Showing posts with label wrap. Show all posts
Showing posts with label wrap. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

BE POSITIVE !!!!

Hari Rabu lepas, masa aku bersiap-siap nak pergi uni, tetiba aku rasa tak sihat. Pening dan rasa panas. Tekak dan hidung pun rasa semacam. Ni gara-gara makan aiskrim memalam buta lah ni. Then, I went to my spv's office at 2pm. but she was not around. So, I came back to my room and sent an email to her together with the attachment of my current progress (latest version of my second paper) and my plan during her leave. Tetiba macam takde mood nak buat kerja, al-maklumlah dah berhempas pulas writing for this few days. So, I planned to go home early or maybe melencong jap ke city. Sementara tunggu waktu asar, aku pun blog walking dan akhirnya check my email. Alamak!!!! my spv has replied my email and asked me to see her at once. Maka aku pun kalutlah turun ke bilik dia. Tapi dia ada discussion dengan another lecturer. Anyway, she gave me back my paper that I have sent to her a week before and she also asked me to see her on Thursday at 9.30am.

Once I looked at the paper, my heart pounding really fast. Tak sempat masuk bilik, aku dah selak2 that paper while climbing the stairs. Ingat tak lagi yang aku kena justify my inconsistent result tuh? My spv didn't like the way I'm writing it. Her comment is
BE POSITIVE !.
Huish siap ada tanda seruan tuh....benganglah gamaknya. But, seriously I don't know what else to do. I have no idea how to justify my result in positive way. As I mentioned previously, I got the guidance from the phrasebank. So, if the guidance is not up to her standard what more that I can do ?????????????

Bila masuk my opis, rasa serabut sangat. Tak boleh pikir.....meja pun serabut.

Lantas, tanpa membuang masa aku turun ke bawah dan menjenguk-jenguk apa yang dijual at wednesday market. Tak kuasa aku nak beli barangan accessories ke hape kan. Baik aku beli junk food-dried sour cranberries, dried paw-paw and soy bean snacks apatah....Tetiba teringin nak minum hot choc. Terus pi beli LARGE SAIZ tuh.

Aku dah lama tak beli hot choc ni....Rasa macam mahal bebeno. Yang large aud4. Yang small aud2.50 kot. Baik aku minum home made milo je ;)). Tulah, my problem kalau stress, aku lepaskan pada makanan....Bukannya nak berzikir ke apa kan.

Malam tuh, memang tak boleh nak buat kerja...selain stress, cold and fever symptom pun ada. Rasanya, bila autum memang ramai yang berpenyakit gini maka virus pun mudah tersebar dan orang yang tak kuat antibodi mudahlah kena jangkitan. Yelah, kat rumah my housemate pun tak sihat dah 2 minggu kot, kat opis my ofismate pun dah lama kena. So, nak tak nak minum je lah panadol soluble tuh. So, hari Khamis pun kalut lah jumpa my spv for discussion. Bincang pasal my plan during her leave. Dia tak kisah aku nak buat projek apa as long as I know what to do :). Dia tanya gak pasal my second paper corrections. Aku kata tak sempat, padahal memang tak larat pun nak buat corrections. Aku tanya gak dia camna nak justify my result tuh. Hehehe berdas das aku kena you. Meamanglah dia gelak gelak. Tapi betul jugak katanya, janganlah sampai orang kata apa yang kami buat tuh bullsh**t je...Macam no point doing it. Then, dia suruh aku submit that paper correction to her and my pakcik at Adelaide ASAP. So kiranya kalau dia tak larat, pakcik boleh tengok gak paper tuh. Her expected baby's delivery date is on friday that week,but she will only goes to hospital wednesday this week...Aku mintak maaf jugak dengan dia aku ni slow in writing dan kadang-kadang takde mood nak writing. Dia suruh aku minum kopi. Pulak dah....aku kalau minum kopi lagi jadi tak tentu arah, jantung berdegup laju etc. Dia kata tulah bagus, aku tak ngantuk, senang buat kerja. Kalau aku dah tak tentu arah, minda tak stabil, satu hape pun tak jadi..kerja tak boleh buat, tido pun tak boleh....mengong semacam je :(...whateverlah. My spv tanya gak, bila aku supposed to finish my studies. Bila aku cakap next year, dia tanya aku tak boleh extend ka ??????????? Aduss !!! Kalau boleh tak mau extend....

Lepas discussion, aku buatlah corrections mana yang termampu. Lepas zohor ingat nak jumpa kawan di city. Tapi dia entah mana-mana. Aku pun dah habis credit nak call...So, aku merayau sorang2 sambil melihat easter show n activities. Silap, actually aku dah terlepas nak tengok the dance and cooking show. Yang ada mestilah kids rides
and 'animal farm'
ayam special ......mana matanya????

Ku teruskan perjalanan, nak tengok games yang ada...


Nyampah dengan mamat kat atas ni. Dia marah I coz ambil gambar...Perasan betul, aku bukan nak ambil gambar dia. Agaknya bengang coz games dia tak laku hahaha...Then, aku terus pi day market, normally on Friday, tapi since good Friday kan cuti so depa awalkanlah market tuh. Ni je lah gambar yang ada, Gerai buah dan sayur-sayuran dan gerai makcik turki buat gozleme dan pakcik cina buat mee goreng, aku tak berani pulak nak ambil gambar. Takut kena marah lagi hehehe....

Then, for lunch I had enchilada, the mexican food. Tapi aku takde mood nak ambil gambar jugak.
So, ni gambar yang aku google yang lebih kurang apa yang aku makanlah. picture credit to : http://www.el-indio.com/17_adj.jpg

Cuma, takde nasi dan sos tulah. My set ada banyak salad, chicken shredded, a dollop of sour cream, mashed avocado and grated cheese...yummy.........Nampak kurang menarik pulak, kalau nak tengok gambar yang menyelerakan sila click this link http://www.google.com.au/search?q=enchilada&hl=en&client=firefox-a&hs=cBp&rls=org.mozilla:en-US:official&prmd=ivns&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=fH-zTbW_PIvsvQPR3fWLBw&ved=0CFcQsAQ&biw=1280&bih=585

Memang banyak tak larat nak perabih. Memang buat dinner jugaklah. Balik dari city terus telan panadol. Malam tuh aku buat susu panas+ginger+madu...Bak kata dia, tu cara tradisional untuk hilangkan kesakitan. Bukannya nak hilangkan punca penyakit. Housemate aku siap suruh makan ubat dia lagi, apatah Cordal yang ada Day and night tablet tuh....

Wednesday, March 9, 2011

Sedap jugak chicken kebab with rice

Siang tadikan aku kalut nak pi uni coz ada discussion with my spv. Dalam pada kalut tu sempat jugak aku buat comparison for my model with various parameters. Memang tak sempat masak for lunch pun. Bila sampai uni, tiba2 aku tak boleh bukak file tuh. Tak pasal2 aku kena buat semula comparison tuh. Tak pasal2 jugak aku lambat jumpa spv. Luckily aku tak cakap dengan dia the exact time nak jumpa hehehe. Apa2 pun next time tak payah minta kebenaran spv kalau nak tambah apa2 in my writing. Just write. Kalau dia rasa tak sesuai, dia suruh buang aje. Tapi tulah camna ya, my result is not in good agreement with related papers huhuhu. I have checked all my calculation, parameters and my programming code, but yet the result still the same. Ya Fatah, Ya Mutakabbir................

Apa2 pun tadi tengahari aku macam malas nak masak maggi kat opis, so aku pi beli chicken kebab with rice. Letaklah bbq and chili sauce. Sedap jugak. Nasi tu I suka. Cuma takde sayur kan.Hari Khamis lepas, aku teringin sangat nak makan daging goreng kunyit. So apalagi aku masaklah pepagi buta for my lunch pack. Tapi lupa pulak nak goreng daging sampai garing hehehe. Malam tu aku bantai makan lagi, kasi perabih terus. Padahal boleh makan untuk esoknya tuh hehehe.
Hari Jumaat tuh, aku tak bawak bekal. Kononnya kawan aku ajak nak makan kat kedai Bangla. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu dia tak call aku pun. Aku punyalah lapar, tapi takkan aku nak pi beli food dalam uni pulak. Bila pukul 3++ pm aku nampak dia online. Korang tau tak? Dia dah pi city and dah beli pun Oporto. Chet!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Geram betul aku. Sesudahnya malam tuh, aku dinner dengan sepinggan hentak nasi. Banyak giler you. Lauk apa???? Lauk gulai ayam yang ntah bila tu hahahaha.

Hari Sabtu lepas aku buat lagi udang cop woolies nih hehehe. Disebabkan avocado agak murah lately, maka aku letak je la sebagai penyedap rasa hahhaha

Dan for breakfast on Sunday aku buat avocado omellete pulak. I got this recipe from the brochure in woolies too hehehe.

Tengahari ahad tu aku pi fruit market naik shopping shuttle provided by our accomodation management. Balik tu aku kelaparan sangat. So aku potong kecik2 lebanese bread and bakar and makan dengan salsa macam ini. Hehehe ni gambar lama tau, aku letak nenas+ ayam la.

Tapi takdelah melantak tak hingat coz petang tu we got bbq at our accomodation. Tapi jangan haraplah dapat makan sosej n burger yang tak halal tuh. Maka terpaksalah aku makan lebanese bread dengan falafel. Jenuh nak perabih hehehe. Then on Monday aku bzlah jugak, cuma tak pi uni. For lunch aku buat mackerel floss wrap pulak hehehe. Korang tau serunding ikan tu tahun lepas punya, raya haji kot. Masa aku ngintai ngintai kat rumah MAS duniaku, terliur pulak nengok ayam goreng kuzie catering dia. Resipi asal dari Hana. Apalagi petang tu, ku usahakan membuatnya. Sedap !!!!!!!!!!!!!! Nikmatnya dinner dengan serdak tu hehehe.

Sambil menunggu ayam masak, aku buat shell for blueberry cheese tart. I used the leftover Cheese frosting for the red velvet cake. Since that frosting didn't has egg in it, so the tart filling a bit soft and not that smooth. But the taste still oklah. Asal boleh telan oklah kan :)).

I made omelete wrap yesterday for my lunch. Balik rumah lapar giler. Luckily masih ada lagi ayam goreng and tart untuk di ngap for dinner hahaha.

Aku kan sekarang memang malas nak update blog. Selain tak sempat kan. Tambahan pulak nak upload gambar lama la pulak. Lagilah menyebabkan hasrat aku nak hapdate blog terbantut kan. So, as usual bila korek2 folder, maka jumpalah gambar yang bertarikh 27 feb...Sunday last two weeks. Pajeri nenas for dinner

Paste from pakcik brahims hehehe. KOrang nampak tak nenas tu dah macam kubah masjid pulak hehehe. Makan pulak dengan kailan ikan masin.

Huish sodap !!!!!!!!!!! Kalau tak silap, aku dok makan pajeri nenas tuh for lunch and dinner on Monday too. Makan dengan telur goreng kot.

Monday, December 6, 2010

Nak buat apa dengan Lebanese bread?

Aku masih kepenatan. I had meeting in Berry Town last weekend. Korang layan je la gambar tak berkaitan dengan meeting. Tapi, just nak share...aku dapat aud50~Rm150 coz my presentation kira oklah. Seronok gak dapat duit. Walaupun spv aku kata masa aku practice better than that and I seemed nervous and just pointed the pointer everywhere hehehe...The best presenter dapat aud100.

Wholemeal Lebanese bread is good for our health and if we take it moderately, we can lose fat faster.So, how can we eat these lebanese bread ????

1. You can eat it just like that. Punyalah besar, mencungap nak habiskan setengah keping.

2. Dip it into chickpeas hommus.

3. Make as wrap with any fillings that you like.

For example, last thursday I used hommus, grilled chicken -leftover from wednesday, lettuce, grapes tomatoes, sliced cheese and bbq sauce.
In fact, I also made the filling from humous, lettuce, serunding ikan-leftover from Aidil fitri( not aidil adha..;) ) and chili sauce...yummy.

4. Bake it until crispy as snack and dip into leftover pasta sauce+pineapple+leftover grilled chicken
or we may dip it into tomato salsa.

5. Make a pizza with topping contains leftover pasta sauce+pineapple+leftover grilled chicken+sliced cheese.


Macam-macam boleh buatkan...

Friday, May 14, 2010

Bulat cam bola...tidakkkkkkkkkkkkk

Lately memang tak sempat nak masak for lunch. Last monday i just had maggi in cup at the office for lunch and for dinner I had the leftover vegies pizza.

On tuesday, I bought this tandoori chicken wrap at the uni for aud7.50. Hmm...with this price I can buy one whole chicken which can last for one month. Since, it's quite large, I had it for dinner too with additional stir fried vegies.

As usual, on wednesday I order the food from my friend...nasi ayam again...the chicken was so yummy. I managed to finish all of it just in a blink of eye ??? Selalu kalau kat malaysia terkulat-kulat la nak perabih sepinggan nasi ayam....Penangan stress n sesejuk ni....tu yang asyik nak makan n makan dengan lahapnya banyaknya...Sebab tulah badan bulat bagai bola. Habih malam nak makan apa??? Dah kesejukan ni dapat makan sup kan sodap. Tapi ayam dah habis...Masak je la tomyam vegies+telur...tak sampai 10min dah siap...

On, thursday I bought 'borek' again...
Please click image for source

but with beef inside...aud5, maybe coz in small size.

Since, banyak kilija today, tak sempat nak sarap. Kalut nak siapkan slide. Tetiba ada lecturer tu cakap kalau nak pi Adelaide kena bagitau dia before lunch time. Dahlah kena hantar abstrak harini jugak. Fenin..tak tau nak buat yg mana satu. Bila co-spv datang, i just said that I'm still thinking whether wanna go there or not. Bila pi bilik dia, she asked why I don't want to go. I just said that I just wonder who's going to pay for the transport n accomodation. Memang ada peruntukan from school and research centre...but it's only cover for certain amount n byk cekadaknya. Luckily she said that my pakcik going to pay for the flight n the accomodation is free ..alhamdulillah. Bila tunjuk my slides, dia fokus pada my future research. Yg kelakarnya sama pulak my plan future research dgn research dia sekarang. Bila aku nak delete je that plan, she said leave it, coz I can extend her research to more complex structure. In fact dia bagi byk cadangan jugak. Then, kalut pulak tokok tambah abstrak. Bagi pulak pakcik check. Pi lunch kejap..dah tahan sgt..lapar gila. Bila pakcik kata abstrak ok, terus submit...lega. Tengahari tu jugak my spv check available flight to Adelaide. I still have to continue with my paper correction...bila dah ok, figure pulak lari sesuka hati from its location..menci tau!!!! Pukul 4pm ada pulak discussion ngan kawan....huish what a life...

Of course I have to buy food for lunch which is vegies rice+chicken...
Credit : source

Best jugak bila dia letak white n bbq sauce. Rasa nasi tu macam beriani sikit...bila surf internet, known as pilaf with peas. That chicken taste just like chicken kebab....hehehe of course without the wrap le

Credit: source


Beli lagi...Ni lah first time banyak kali membeli lam seminggu. Yela kena fokus kat study...sangat-sangat banyak keja. What to do, I come here to study not to masak-masak and bukan nak kumpul duit. But of course, sometimes cooking can be considered as therapy too..depends on your mood, time and work load la hehehe...Memanglah mahal bila beli food, nanti2 kenalah ikat perut puasa dan ubahsuai budget bulanan. Actually, elok gak pose musim ni..maghrib awal, pukul 5pm dah masuk. Selain dapat pahala, baik utk kesihatan, boleh gak jimat duit n kurengkan berat bola itu ..;).

Tuesday, April 27, 2010

Tenggelamnya kek lapis menjadi marble cake...

Orang melapis, den pun nak melapis.
Orang membakar kek, den pun nak membakar...hangus hangit
Orang mengukus, den pun nak mengukus...tonggolam karam bahagian tongah
lapisan bawah pulak berebut-rebut naik ke atas huhuhu....

Tonggolam coz bahagian tongah tak berapa masak lagi walaupun dah lobih 30 minit tu.
hmm agak... eh pengukus tu tak cukup bagus, hehehe..yolah penutup eh pun dah bengot.
Yang kelakarnye dah masukkan adunan dalam loyang, tetiba loyang tak muat lak nak masukkan dalam pengukus den yg comel lote tuh. Takde pilihan just masukkan dalam plastic container, walaupun tau tak baik untuk kesihatan. Gambar bawah ni cam ok sikit kan...

Kek lapis menjadi kek marble ke kek berbatik ke....yg pastinya tatap sodap gak.

Resipi ni diambil dari rumah Maz , tapi berasal dari myresipi sumbangan dayang jack. Terima kasih bebanyak ya. Rasanya kak Aidah pun ada resipi tersendiri, nanti nak cuba jugak. As usual den suko na mengkhianati resipi asal. Tulah salahkan diri sendiri kalau kek tak jadi...jangan sesekali salahkan resipi atau pengukus hahaha.

Bahan-bahan Kek Lapis alwani ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
  • 1 cawan tepung gandum ( ......den guno 3/4 cawan)
  • 1/3 cawan horlicks (original) ( ......den guno 3/4 cawan)
  • 5 biji telur gred A ( ......den guno 2 biji telur 800gm n 1 biji telur 600gm)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin ( ......den guno butter, tapi rasanya Hasue cadangkan kalau guna butter, elok kurangkan telur)
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam ( ......den guno hawflakes)
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit pewarna oren, hijau dan merah

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  5. Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  6. Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
  7. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  8. Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  9. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong.
  10. ***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas.
Jom nengok kek ni dalam pose tenggelam timbul dan tersenget terherot hehehe..

Actually nak gak bagi kek ni pada my co-spv. Dia tak datang pulak. Maka kek ni + teh cameron highland menjadi habuan my group mate la. And for lunch today...vegies wrap-mushroom,carrot, zucchini, egg plant with bolognese sauce n cheese.

melted cheese..yum..yum....

Oklah nak ngadap adobe illustrator..to modify my figure. Nite....

Monday, April 26, 2010

Cuti lagi...

Hah cuti lagi??? Bukan ponteng tau...but today is public holiday due to Anzac Day yesterday.
Apo ko bondo eh Anzac Day tu. Mengikut cik wiki :

Anzac Day is a national day of remembrance in Australia and New Zealand, and is commemorated by both countries on 25 April every year to honour members of the Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) who fought at Gallipoli in Turkey during World War I. It now more broadly commemorates all those who died and served in military operations for their countries.

Ni gambar last year parade.

I suka nengok baju navy gi hehehe..

Bagpipes...best best

Kenangan si pejuang...

Tak sedar dirikan...Hari pahlawan kat Malaysia tak pi. Kat sini boleh pi pulak...yolah dokek bona ngan umah tak sampai 15min jalan pun. Mako atas dasar keinsafan itu...this year parade atas katil je hahaha. Kuar nak cari ayam pun, kodai tutup huhuhu...alhamdulillah supermarket woolies n coles n fruit market bukak.

Semalam tengok berita, depa pun buat Dawn service kat Sandakan. Tak tau apa kisahnya. So, bila surf internet kat sini :

In 1945 a group of over 2000 Australian and British prisoners of the Japanese in Borneo were taken from Sandakan to Ranau. Of the 2345 men, only six survived. Of those who died, most were never found.

Masa tengah mengupload gambar tadi, tetiba sakit perut ...sangat sakit, tak tau camna nak describe tapi macam kejang je perut tuh...memang nak jalan pun terbongkok. Terlebih gas kot hmm...Sapu losyen pati halia n tido bergulung dalam quilt, dah ok...alhamdulillah. Tu lah, makan ntah apa2 kan...

Korang tau tak hasrat aku tak mau makan nasi seminggu asyik kantoi je since last friday asyik kantoi je. Lunch dua kali tu hahaha...veggies wrap at 11am and tomyam at 1pm.

Tetiba bila pi city, teringin nak makan ini

Tambahan bila petang dia jadi separuh harga...apalagi ngap je lah. Sushi tu pun ada nasi jugak kan..hish. Nampak tak tu...katak merah n ular..Allen's brand.

Hari sabtu, banyak makan junk food and for dinner I have that grilled chicken yg ala2 satay tu.

Tak sangka pulak semalam, 'kakak' bagi aku makan satay daging pepagi...rezeki jangan ditolak. Dia pi Sydney on saturday, tu yg dia beli satay kat kedai apatah "Abang Sam", Malaysian restaurant. Apa2 pun kantoi gak la makan nasi impit huhuhu...
Bila lah nak betul-betul start ni ?????

Pulak tu lunch semalam pi makan spinach pie...memanglah bunyi macam ok. Rupanya ada cheese kat dalam...terlebih lemak pulak kan. Malam, pi makan kari telur je..leftover 2 minggu lepas kot...operasi ngosongkan fridge menjadi operasi penuhkan perut huhuhu.
Camno lah nak kempiskan perut kan..malah perut pun sakit....