Showing posts with label sosej. Show all posts
Showing posts with label sosej. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Cendol in OZ spring.........

Awal sept buat cendol. Tiada tepung beras dan air kapur, so guna tepung jagung je. Tapi saya tak jumpa pula link recipe tu huhuhu, tak larat nak cari dah.


Walaupun rupa kejadian tak semenggah, cukuplah untuk tekak orang mengidam in OZ spring hehhehe.........


Bunga pelbagai warna,


maka makanan harus juga pelbagai kan hehehhe...................


Penuh sepinggan dengan leftover food, ada nasi goreng, gulai ayam, satay goreng dan sambal belacan berbawang ;).......

Then leftover food lagi heheheh kecuali lettuce lah..........


Suhun goreng pun ada, masak ala2 bihun kicap


Leftover suhun kita jodohkan dengan sosej ;)


Makanan in september maksudnya makanan thesis ;)..............

Actually sekarang ni memang sedang serabut, banyak perkara nak fikir-tesis writing,visa, study extension n accomodation. tu tak termasuk dengan perangai housemate kesayangan dan juga pelbagai problem di Malaysia. Antara yg remeh tapi perlu juga diuruskan ialah unknown bill. Manalah tau kot ada orang pandai2 guna my name. Hari Ahad call my sis, katanya ada bil dari Telekom Malaysia. Saya hairanlah, saya dah lama tak menggunakan khidmat Telekom ni. Bila call customer care pun problem, ada ke patut kita di suruh masukkan kod kawasan, satu lagi pilihan apatah dial up ke. I bantai je la. Bila dapat bercakap dgn officer tu, dia pun tak tahu. So, call pulak nombor yang dia bagi. Nombor yg dia bagi pun silap dibahagian depan tuh.  Camnalah nak call 0060.... dari OZ, lainlah +60....Hmm, bila dapat call pun ada dua pilihan tu, I biar je, dah beberapa kali baru disambungkan ke officer. Then, yang geramnya si officer tu asyik tak dengar apa yang I cakap. Tak larat nak ulang banyak kali. Lagi2 bila 'masa' tu, memanglah moody and bad tempered. Bila saya bertegas kata line dia tak clear (coz macam terputus-putus dan ada desiran), boleh pulak dia  betulkan hehehhe. Barulah clear. Lama menunggu dia buat semakan, akhirnya barulah saya tahu bahawa bill tersebut adalah tuntutan TMNet yang saya telah tamatkan akaunnya pada tahun Dis 2002. Seingat saya dah bayar semua, tapi tak larat nak fikirla. Bayar je la nanti. Lawak of the day kan. Setelah hampir 10 tahun barulah, perkhidmatan mereka yang CEKAP tu nak tuntut bayaran.

Saturday, February 18, 2012

Tak mau nasi

On friday, my housemate ajak join makan pizza, tapi aku malas pulak coz nak packing dan angkut sikit barang. Then depa main card game...huish aku lapo giler, segan pulak nak masak. So aku angkut periuk, masak maggi kat rumah lain. Dah pukul 11pm baru depa blah, so baru aku boleh buat kerja kat dapur...Biasalah, bila ada gathering aku malas nak fikir panjang so buat kuih kita bako, kita bako ;))............Nak mendapatkan kerak...tersengguk-senguklah aku sampai nearly 12.45 pm..tengah malam tuh. Dah la kepenatan....

Esoknya, aku memulakan operasi mengangkat barang. Then aku prepare kuih bakar untuk housemate dan jugak untuk gathering. Dah penat, tak kuasa nak ambik gambar kuih bako nyer. Tapi disebabkan nak cepat malam tu kan, so kureng rasa pandan dan bancuhan kurang sebati kot. So ada yang rasa terlebih telur, ada yang ok. Nasiblah sesape makan potongan yg mana hehhee....Huish..si Iranian tu sukakan kuih Malaysia. Aku letak kuih tu untuk dimakan housemates, dia ingat untuk dia sorang dan masukkan dalam fridge hehehe... So, aku potongkan pulak untuk housemate yang lain. Tengahari tu aku kalut la pi gathering, wah ada macam2 makanan....tapi perut aku dah ketat, selain biasalah kalau dah terlampau lapar susah nak telan banyak makanan.......Thanks to Cik Olyn for giving me a lift home :)...........Malam tu makan kambing leftoverla....

Hah ni lunch hasil dari leftover gathering tuh...salad tu tak la...borak punya pasal, rentung lamb n sausage ku..


Petang tu I n kanda pi harbour...plan nak makan aiskrim, tetiba beli calmari n chips pulak hehehe..kongsilah....

On monday, for lunch dok makan ni...sosej pun leftover from gathering...


My American housemete heran, dia tanya tu lunch ke breakfast hehehe....

For dinner, I had baked chicken n grilled egg plant.....

Takde lemon, aku curah je mayonis n balsamic vinegar hehhee....Tak larat nak perabih chicken breast tuh...

On tuesday, konon tak mau pi uni. Tapi borang medical check up tinggal pulak di opis. So, pi city jap beli food...and for dinner at opis I had lamb rogan josh+wholemeal bread


Lamb tu memang banyak. Setakat ni dah 3 kali makan, rasanya the leftover is enough for another 2 meals... Walaupun beli, jimatkan hehhehe..

On wednesday off I went for medical check up. Memang cepat sangat. Appointment at 11am. But I have to be at that Medicare 30 minutes earlier. So, 5 minutes after I registered, my name was called and the staff snapped my photo and I have to pay aud7 for that. Then 5 minutes later another staff checked my weight, height, sight and of course performed the urine test. Exactly at 11am the doctor called me and checked my breathing and blood pressure. 7 minutes later it was done...Hmm not yet actually. I have to go to the Medical imaging centre..x-ray lah kan. So naik bas ke sana. Dah sampai registerlah kan. Not more than 5 minutes my name was called. Tak sampai 10 minutes, aku tercengang-cengang bila the staff said I'll prepare the document and said that I can go hehehe....Efficientkan :)....Teringat masa buat medical check up at KL, tunggu berjam-jam. Tempat x-ray pun lain. Masa menunggu tuh, sudah rasa di Indonesia, takpun Nepal hahhaha. Masa aku kat dalam, anak buah aku nak buang air pulak...tempat x-ray tu takde toilet, kesian dia berapa lama kena tunggu aku. So, bila aku kuar je, dia kata dia tak tahan..so aku cakap dengan adik kat kaunter aku bayar nanti, aku nak bawak anak buah pi toilet hehhee...Lepas tu aku bagi anak buah aku main puas-puas kat Sogo....Eh..dah melalut pulak aku kan....

Lepas buat med check up, aku jenjalan kat city, then I had taco for lunch. Memang my favourite food, mintak extra sour cream...aiyo, camna orang tu lupa letak guacamole..avocado tu la. Bila balik rumah, memang rasa lesu sangat..hah tido petang lah gamaknya. For dinner I had the chicken leftover with egg and steamed veges...


On thursday, I had lamb rogan josh for lunch and corn+carrot fritters for dinner. On friday, I had couscous and kimchi for lunch...sesuai ke??? Telan je la hehhee...

Monday, June 21, 2010

sambal bayam + rebus ayam.....

Hmm..........apa ke benda aku type tuh...silap ek ?

Siang tadi masak lauk ni, sambal ayam dan rebus bayam la hehehe...Actually rendang ngan pulut tu ada lagi. Tapi tak berani nak makan bebanyak coz, pulut ni macam bisa pulak ya. Cepat ngantuk n badan lemah semacam je lepas makannyer....Banyak alasankan, padahal dah memang banyak toksid dalam badan...Jangan gelak nengok sambal ayam tak bertulang n terlebih kuah tu ya. Ye la kan jumaat minggu lepas pi K-mart, then singgah beli ayam ni. Malas pulak beli whole chicken...coz orang tu tak potong. So beli je la chicken breast n sekilo chicken wings, buat stok dua bulan. Boleh ke??? So chicken wings khas untuk bakar/panggang/goreng je ya...Yg semalam buat rendang tuh spesel sikit, takkan nak buat rendang daging ayam je...tak best la pulak.

Patutnya for dinner makan je lah lauk tu kan. Tapi my tekak ngidam nak makan benda goreng2 n crunchy...hah ! hambek ko

Hehehe...macam-macam ada !!!!
My cherry tomato+green apple+sausages+french fries+prawn cracker....


Psst...potato fries tu leftover from last saturday...alamak dah lebih seminggu, sayang nak buang. Kalau kat kg dah selamat jadi habuan our chickens.......Sambil makan sambil nengok Masterchef Australia but not in OZ...in London. Here, look at their desert for yesterday challenge, inspiration from the royal crown. Wow !!! macaroon made by the youngest, ambitious and hardworking contestant, Calumn...

Source: http://www.masterchef.com.au/violet-macaroons-with-raspberries-and-butter-cream.htm

Support Marion too........and she's the winner for today's challenge...really strong contestant. Here's the picture for yesterday challenge too

http://www.masterchef.com.au/pistachio-sponge-with-raspberry-and-lychee-syrup.htm

Don't forget the true survivor and knowledgeable Jono.....Menyampah kat Joanne, patutnya dah lama kena singkir..dahlah tak pernah menang apa2 cabaran as the rest participants..berlagak pulak tu. She always lucky. But why they didn't choose the weakest contestants for yesterday challenge n have the pressure test today..or else we can happily say good bye to her. But, last time...she managed to go through with the test..hmm.....In fact today, her dish is the simplest one compared to others.

Semalam kan, tertengok Nona TV3. Tertengoklah si Razis Ismail ni..penyanyi zaman I kekanak riang ni. La ni dah jadi pengusaha kantin...wife cantik n anak2 pun comel2.



Actually sayu tengok dia and dengar lagu dia. He reminds me of my late Pak Andak, who left us forever in 1995 due to leukemia. Kind of regret coz I never visit him while he was in the hospital. Semoga dicucuri rahmat ke arah rohnya...Al-fatihah.

----------------------Just as reminder- my work journal --------------

Harini tak pi uni. So, sambil kemas kertas2 yg berselerak...sambil check my programming. Alhamdulillah, finally I got the expected result. So, tonite maybe I can merge my ring, disk n two rings result. And proceed with my writing...Oh no!!! I really forgot to check my calculation for the band........But, I got stuck with Jab we met....

Thursday, June 10, 2010

Anak akak ke????

Tadi pi makan2 rumah kengkawan, tetiba aku ter emosional sikit bila sorang mamat ni tanya "anak akak ke ? dengan menyoal semula
"akak ada anak ke ? "...terkejut n bengang kot, sampai menjawab soalan dgn menyoal.

Bila pikir balik, apahal aku nak emo ?
Biasalah org umur cam aku dah anak...in fact more than two children kot....hmm rasanya ada yg dah 5 kot hahaha....

Tapi bila fikir lagi.....
Kalau dukung budak kecik, budak tu mesti anak aku ke?
Ko tak nampak ke tadi...aku datang bawak budak ke?
Apa mata ko rabun ke...selama ni kita ada terserempak dlm beberapa majlis dan juga kat woolies, ada ke aku bawak anak ?
Apa mata ko mmg buta sangat rabun ke, budak yg aku dukung tu anak jiran depan rumah ko yg confirmlah memang ko selalu jumpa???

Bila pikiaq lagi sat ni...
Mamat tu nak beramah mesra...sesaja je tanya soalan tuh.
Takpun terkejut, takkanlah kakak yg comel ni dah ada anak...:))

Dok mikir lagi...
Memang body aku cam body orang dah kahwin n ada anak ke...huhuhu...
Aku tau la, perut aku boroi...tu pasal aku makan byk n malas exercise sesejuk ni.
Aku tau la, ada org dah ada dua anak yg besar pun, badan solid molid lagi..ala cam Rozita chek wan.

Hish..tak yah pikir la...
banyak benda lagi nak fikir......Berlapang dada lah. Small matter je. Bukan apa pun, aku je yg ngegada. Buangkan sikap emosional tak bertempat n kurangkan kadar kesensitifan tuh...Kena belajar kemahiran berkomunikasi kan....tak perlu sentap tak bertempat, kalau sentap pun..pepandai cover..don't be so obvious ma....

Tapi tu la kan, bila jadi bebenda camni..lagilah membuatkan aku nak tolong bukak K-Mart n Big W pepagi esok hahaha.......

Lagipun, tadi at last dah submit my paper. Walaupun mulanya ada masalah nak tentukan nombor rujukan n cari referee. Susah hidup tanpa spvs ni..lecturer yg berkaitan pun takde. Alhamdulillah my hongkong n vietnamese friends help me a lot...Semoga paper ku diterima dengan segera n semoga semuanya dipermudahkan..Amin.

Lupa lak, walaupun tadi aku tak sempat nak makan ayam bbq, mee/bihun goreng n pizza n minum teh tarik...aku tetap bersyukur dapat makan karipap, popia, kuih bakar n bbq lamb. Balik melantak la my curry penne tuh. Semalam ni lah my breakfast, lunch n dinner.......Cheese Sausages Roll

Roti 3 keping tu rasanya dah lebih sebulan kot. Buat bread crumb dari tepi roti yg dihancurkan je hahaha. Terpaksa belah dua sosej tu coz besar sgt n roti hancur bila digulung...penat jugaklah nak mengepalnya...Yelah, roti pun dah keras duk dalam fridge. Walaupun bentuknya kelakar n ala2 rentung, rasa roll itu memang sodap..enak di makan begitu saja..ataupun dgn sos kot. Resipinya hasil intaian di rumah Kak ina kl -hana-myresipi..TQ for the recipe...

Tadi, kami dapat jumper. Kami order saiz S for adult.....tapi dapat L for kids. Sesudahnya umpama pembalut nangka. On the positive side, it should be our motivation to reduce our weight hahaha. However, kami satu rumah memang bengang. Kalau ikutkan aku pakai jumper tu ok je walaupun pakai dua lapis baju. Tapi memang terasa macam kid la hahaha... Dah la hood nyer pendek, nak take off the jumper pun payah...boleh lemas kot kalau jumper tu tersekat kat kapla. Dalam spec ada front zip with nice red color...but not like this red ma...........

Teringat pulak, iklan hantu digi hahaha...cuma yg ini kaler merah. Harap my housemate tak marah dengan tayangan gambar ini...sib baik aku yg tukang amik gambar hahaha. Terpaksa kami complaint n return that jumper. Mesti org yg sesuka hati guna rumah kami haritu kata kami byk songeh...but we have to do so. Dah la tadi masa dia dtg hantar jumper tu...takde pulak nak beramas mesra cam selalu, muka pun hmm....lebih masam dari cuka. Tak pandang pun kami...siapa yg buat salah sebenarnya ????

Wednesday, May 19, 2010

Spicy sosej bila hati tarak tintram....

Sebelum sesi luah perasan, layan jo lah dulu sosej podeh niha..my dinner last nite

Sesejuk ni memang teringin nak benda yg panas2 and pedas...and again for my lunch today.


Tetiba tak jadi pulak bawak bekal pi uni, coz kawan dah buatkan nasi lemak...hari rabu kan....

So..kenapa hati tak tenteram ????

Minggu ni memang minggu yg amat bz, frust, dissapointed, stress n segala yg berkaitan....

Hari Ahad...cam serabut, kalut prepare for my slide..nearly 2am baru tido. So, not really ready for my presentation practice on Monday. I was so disappointed with my presentation..I'm kind of talking without realizing what I am talking about. Sometimes, I just stucked or lost while try to explain something. What matter worst was my friend slept during my presentation...Definitely my presentation was so boring that made people really bored. In fact, compared to my friend presentation bagai langit ngan bumi. I feel really terrible. Of course I got few comments from my pakcik n co-spv regarding my slides arrangement n my sentences. Yes, pakcik said it was good..but deep inside my heart I know that he didn't mean it. Keciwa..terus pi lunch doner kebab...Then, modify my slides n try to find related figures from the internet. Balik tu...perabihkan another half of my kebab n bakar ayam pulak. Dah la jiwa kacau...nak release tension tengoklah tv..tetiba hangin satu badan, bila my sri lankan housemate kata "you watch Tv a lot huh !". So what ???? Relax..be calm..I just said that, I need a break after a stressful day. It' really tiring working with the computer for the whole day, so at least I want to see something nice...lagipun setakat nengok master chef, apalah sangat bukannya sampai 3 jam pun. Sambil makan, sambil layan tv. Rasanya, dia pun sama gak , kalau tak camna dia tau aku tengok tv..hmmm. Mesti dia bengang kot coz haritu aku tegur dia pasal dia tak tutup tv n padam lampu during weekend, lagipun I can't hide my shocking face when I saw her full plate hahaha....Whatever it is, malam tu I have to stay up surfing the internet ...try to find related figures n articles again....

Semalam pulak, bila tengok hujan pepagi...so, cam malas nak pi uni awal. So, tambah figure in my slides n still sambung cari bahan. Then, calling2 kutip hutang...rasa macam Ah Long pulak. Bengang betul kalau orang berhutang, tapi tak mau bayar hutang. Buat tak tau je, walaupun dah call banyak kali. Dari tahun ke tahun. Kalau dalam metro harini hutang Rm3000 tetiba jadi Rm20000...kalau aku punya mau boleh tuntut dekat rm100000 kot. Hahaha...lagi teruk dari Ah long atau ceti haram. Hish..riba tu. Memang dah mintak 'tonto'..opps.... bagi amaran sama dia, pun dia buat tak tahu. Siap boleh tipu itu tonto kata dah contact aku. Rasa kesian pulak, kang kena pelangkung ngan tonto tuh...so aku cakap ngan tonto, mungkin dia try contact, tapi tak dapat. Kadang, orang camni ..memanglah kita bengang tak bayar hutang, yg buat tak tahu n tak contact lansung tu yg lagi boleh mendatangkan marah..hish....Ok, jangan bengang...kita makan dulu.....I had lunch first, apple salad n rentung chicken

before going to uni. Sampai je uni, pakcik tanya pasal my paper..he said that it suppose to go this week. Kalut baiki...nak bagi kat dia takde pulak, so just gave it to my co-spv. Pulak tu ada pulak masalah ngan accommodation kat Adelaide nanti, co kena contact pulak organizer. Then, pulun buat my second project with new method....check it using computer package. So engrossed with my work until 7.30pm. Tu yg bila balik kesejukan..nak makan benda yg hot n spicy tuh...soseh podeh tu lah. Sambil makan, sambil layan NCIS. Then ngadap lagi kerja...sesambil tu nak tenangkan fikiran, bukaklah adamaya...Hahaha..dah basi, tengok sampai episod 2 je.