Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Monday, August 14, 2017

Rezeki dikongsi

Hari jumaat lepas, rasa nak makan di luar.
Biasa ok je kalau makan sorang2 di Secret recipe.
Tapi kali ini rasa nak teman borak2....
Ajak kawan yg dah lama tak keluar bersama
Ada plan katanya...
Maka, macam pasrah nak pi sendiri
Tapi bila di main office terjumpa my close friend
Alhamdulillah she wanna join me...
I had thai seafood spageti...

Pic from here

Yummy...it was really to my liking.
The only drawback was the shrimps were obviously came from frozen pack.

I had to work on saturday. Really happy to see our customers happy face and excitement when they got their lunch treat....


And guess what ....bila kita kongsi rezeki dengan orang lain, tiba2 orang lain pula kongsi rezeki bersama kita. Alhamdulillah....the caterer sedekah kari siakap to us...ikan fresh you


Itulah lunch on sunday.

Petang tu teringin sangat nak gorpis...
Ku redah hujan lebat mencarinya 😁😁😁


Ahad kerojenya makan berat, junk food munching tido, tv dan tenet...Ko dah kenapa??? Keroje byk wei...


Saturday, September 3, 2016

Salmon, spinach and feta cheese

Yeay...

Akhirnya dapat menikmati all that for dinner on thursday.


I love that feta goat cheese.
Tak sedap, tapi it kinda a challenge to eat it.
And that made me like it even more 😅😅😅
Weird reason huh...
The crunchy pine nuts definitely boost the meal flavour and texture...

And for today's lunch,  I had omelete with the same ingredients


Kenyang sampai petang 😂😂😂

Konon je menu gitu kan...
Hari jumaat I cari nasi gak...
Patin tempoyak you ...RM4 je..murah kan


Tuesday, August 9, 2016

Asam pedas TV3

Pagi tadi sambil bersiap nak pi kerja, I tonton MHI TV3. Salah satu segmen adalah mengenai asam pedas di Masjid Tanah Melaka. Macam biasa, bila ternampak semestinya teringin. Maka, for lunch terbeli ....

Ahh...craving is fulfilled....
And it only costed me RM4.20.
Reasonable and yummy...

Tuesday, May 17, 2016

Soal Siasat

Ni menu selepas soal siasat pagi tadi....


Murah RM3.70 je.

What a day.....
Terkejut....
Tak tentu arah ...
Nervous...
Orang tanya kita jawab
Ada yg tak boleh semak...lega...
Ada yg terkantoi...
Ada yg dia pun tak tahu nak tanya apa 😅😅
Terkabul doa nabi yunus dan ayat kelima al fatihah.

Tapi lepas tu terus takde mood nak buat kerja lain.

Pagi tadi kalut kemaskini dokumen dan buatkan untuk yg tiada. Dalam proses tulah tiba2 mereka nak tengok. Alhamdulillah cepat, sempat walaupun panik dan penat.
What I learnt today...
Sometimes we need to do things immediately once we suddenly think of it.
I hope everything goes well and smoothly.


Saturday, January 2, 2016

Lontong dan kimchi

Semalam I menikmati mamee lontong+kimchi untuk makan tengahari


Sedap you..gabungan lontong yg lemak dan kimchi yg masin masam. Lepas tu padan muka, sakit kepala gara2 MSG.

Untuk hari ini pula I  masak apa yg ada dalam fridge sahaja. Fried soft taufoo dituang kicap dan ditabur fried garlic. Then, I had these bought food for dinner.

Ada juga MSG lah tu coz now I sakit kepala.





Sunday, January 4, 2015

Masak korek-korek

Korek sana, korek sini, belek fridge, selongkar kabinet. Jumpalah


Gaul-gaul dengan macaroni dan chicken slice...


Tu menu semalam. Menu hari ini walaupun tanpa sayur, laju je makan...


Sup suhun/fucuk tu gelap coz kayu manis tertumpah hahaha. Jenuh, cedok nak buang yang terlebih.

Petang nanti nak pi supermarket cari sayur, buah n groceries. Sebelum tu perlu sapu rumah atas dan bawah. Lega.. this morning to noon done with unpacking travel bag, sorting clothes, handwashing, cleaning kitchen and fridge. Kalau tak hujan ptg perlu gardening juga...sudah semak samun my front yard. Malam folding clothes, buat budget, kira spending, tulis diari, list of things to do and siapkan kerja.

Tapi la ni masih half lying on the bed watching nona.

Monday, November 24, 2014

Sebungkus RM3.50 je

Jom lunch ....

Macam tak percaya je harga nasi campur ni...ikan dan 2 sayur.




Kenyang perut, suka hati
Kena fokus kerja selepas ni :)))
Tapi mata minta dikatupi



Sunday, November 16, 2014

When weekend is not really weekend....really?

I attended a workshop in KL on 10-12 Nov last week. 

What an exhausting 3 days!!! We were really focus with our work in the seminar hall from 8 am to 11pm. Once back in the hotel room I continued doing my work till 2am in the morning. But only to find out on the last day that certain part of what I have done was wrong grrrr.....Busy with the work as well as thinking too much about certain irritating and annoying people who think that they know better of my work than I do really made me stress and feel useless. Pssst....being a shopaholic I still managed to skip out for 1 hour to shopping for working shoes and lingerie 😘😘😘.

I was flat and a bit haywire on Thursday. Regardless of that I was still have to go for work and juggling between the overdue office work and unfinished workshop work. Oh! Not to mention trying not to see my dusty and cluttered office.

On friday and saturday I have to focus on unfinished workshop work from morning and stay up till 2-3 am. As a result I was having a repetitive dream (or maybe in real) such as hearing many voices outside my house and being press by something that I hardly breath. It happened several times for almost 1 hour....huhuhu takut tapi ngantuk. Even though I recited alfatihah, it still happened several time. This disturbance stopped after I reciting 3 Qul and put the yassin booklet on my bed.

I planned to do my wshop work this morning. But my eyes feel sore looking at the dust, cobweb and lizard faecal everywhere in the house. So, I had to be the maid for a while. Done with the upstairs cleaning, I was distracted by this solving mystery movie....Nancy Drew.


It reminds of my childhood favourite books...Siri Salma. I love to see her quick thinking and how she discovered the secret passage.


Influenced by my childhood fantasy I almost designed the secret space for my house renovation hahaha....

After surfing the internet for material for my work and doing at home facial, I cooked and had canned sardine curry using low fat milk for lunch


HMM....what's next????
Buat kerja lah .....




Friday, September 19, 2014

Pekasam hancur

Hampir 2 tahun I teringin nak makan pekasam. Susah nak jumpa. Alih2 tadi jumpa yg dah siap goreng....Alhamdulillah


Monday, December 30, 2013

Bersepah Berhabuk bersawang berkulat

It's been a month since my last post here. So pastinya ada sawang sana sini. Sedangkan rumah dan office yang ditinggalkan for almost 2 weeks pun bersepah berhabuk bersawang berkulat, inikan pulak yang ditinggalkan sebulan. So, misi nak ke membuat kerja di office pada lewat pagi ahad bertukar menjadi misi membersih mengemas. Tak boleh nak buat kerja office dengan tenang selagi ternampak habuk di atas meja dan almari, cebisan kertas dan helaian rambut di atas carpet, tahi cicak di atas lantai, kesan jari di atas meja, stationery berterabur sana sini, botol kosong besar kecik di atas meja, carpet yang senget dan wayar yang berselirat.

Sebelum tu kita makan dulu :)


Bila sensorang di office dan mungkin sensorang di wing yang panjang dalam bangunan besar bertingkat, bila dengar bunyi pelik amatlah mengejutkan. Padahal bunyi buku yang melurut jatuh dari susunan. Dasar penakut !!!. Dah tak boleh fokus, sesudahnya kemas barang dan balik rumah. Ni dah 1.45 am, baru terhegeh-hegeh nak buat kerja. Tak sedar diri sempat update blog lagi hahaha....

Thursday, November 7, 2013

Minggu tanpa nasi hancus

Kononnya plan tak makan nasi since Sunday 3/11.
Tapi first day dah kantoi...memang tak makan nasi, tapi before lunch pi makan aiskrim pulak.
For lunch dok makan tumis bende dan ini....


Kenal?
Sedap jugakla....
Tau?
Sambal jering tua la.....
Hehehe...lauk nenek-nenek yang ku suka
Eh! tak makan nasi pun, calorie intake pun tetap banyak....
Lagi teruk malam tu pi makan daging burger pulak + mayo+mustard+chili sauce


Isnin pulak, rasa tak sedap badan dan sakit kepala.Mungkin juga coz kena hujan panas the day before. Beli je la sup ayam. Tu pun makan sikit. But again punyalah tak senonoh, petang tu pi ratah sambal tuh. Malam menikmati kerabu mangga je...kononnya.

Hari Selasa kan cuti, so for lunch I ratah gulai ikan keli. Dah namanya ada santan...berlemak la pulak. Petang tu ada keinsafan untuk masak ikan rebus bantai aje.


Memula just letak jus limau, bawang, halia dan cebisan serai yang dah kering kontang. Tapi rasanya macam kureng. Then letak sikit sos tiram. Tetiba I teringat ada orang letak asam boi....Tak pernahlah tengok resipinya, just tengok gambar je. Apalagi? letak je beberapa biji asam boi. Boleh tahan jugak rasanya heheheh....

Hari Rabu, macam malas pulak nak bawa bekal ikan rebus ni. Ingat nak balik lunch je. Malangnya, I dah sampai office baru perasan charger laptop tertinggal kat rumah. Terpaksalah balik ambil. Bila sampai office, terliur pulak nampak cekodok dan karipap, mak terpaksa beli hehhehe. Sesudahnya I tak lunch. Tapi balik rumah, for dinner I had beef burger again....Eh! Kalau sekeping daging mcm gambar atas tu dipanggil burger jugak ke????? Whatever...........

Harini Khamis, dimulakan dengan having oat for brekky. Tapi meeting 10am, ada nasi lemak that I couldn't resist...sikit je la. Patutnya, idok le ambil lunch kan. Tapi tengahari tu aku serabut nak ngemas file yang bertimbun atas meja. So, pucuk dicita ulam mendatang bila kawan ajak makan nasi briani kat pantry....So double hancuslah diet nasi for today. Lagi tak senonoh, I pi beli satay for dinner.

I pi kedai kain petang tadi tau. Kononnya nak cari baju konvo ala2 batik or songket. Tapi hampa belaka huhuhu....So, hari Sabtu moh le kita ke jalan TAR ya......

Sunday, September 8, 2013

Masak dan buang

Konon busy, tapi sempat update blog ek. Yelah bila buat kerja ngadap laptop, otak dah tepu dan internet pulak slow gilos, maka bolehlah kita buat entry, then copy paste je ;)........

Banyak cerita especially pasal kerja, kerja dan kerja yang tak pernah habis. Kerja kat ofis pun tak siap, kena pulak pi outstation, balik dan pi lagi. Weekend pun bertapa di opis..balik rumah 7pm. No social life gamaknya. Kawan ajak lunch kat umah dia, I tak pi. Jiran setaman buat open house, pun takpi.  Kawan nak datang rumah pun I terpaksa batalkan saat akhir. Yelah kerja banyak mengejar due date next week, rumah bersepah, I tak reti masak dan paling teruk I kepenatan dan sakit tengkuk dan belakang.  So, apakata kita alihkan sebentar kepada food, food dan food.

Haritu entah apa mimpi I pi pasar pagi you, maka terhasillah sambal tempoyak udang 


dan dada ayam berempah hampir rentung



Tengahari semalam konon masak sambal cili api sardin, tapi tak menjadi :(...pulak tu lupa letak garam huhuhu....


 digandingkan dengan telur+lobak asin.


 Tapi balik petang tadi, nasi dah basi..sardin pun rasa semacam...maka buang je la. Pelikla, awat cepat sangat basi. Tulah lenkali kena terus simpan dalam fridge


Monday, December 10, 2012

Cucur jagung kuah kacang

Petang semalam, tak tahu nak masak apa. Tetiba teringat ada frozen corn and peanut sauce. Apalagi buatlah cucur jagung yang nipis, garing dan rangup dan reheat kuah kacang yg masin pekat tuh heheheh


Harini pulak punyalah malas nak masak. Tapi lapar hehehhe.  Hmm...I have defrosted the fish fillet. kuah gulai ikan masin haritu ada lagi. Lebihan petai pun ada. Campurkan sahaja ketiga-tiga bahan tuh dalm periuk. Tak sampai 10min , dah masak hehehhe...Makan dengan sambal udang dalam botol tuh...........


For dinner nak makan apa pulak. Nasi dah habis, tong beras pun dah kosong :(. Tak tertelan di tekak nak makan roti memalam. Hmm...fish n chips sounds good for this cool windy weather. Sampai 7pm, alamak kedai dah tutup. So, instead of hanya menapak 400m, kenalah menapak 1km mencari something crunchy.......tak dapat ikan..aym pun jadilah hehhehe. Sekarang tengah bloated. Padan muka.

Last week pun mode memasak ke laut. Tapi bila stress mesti nak makan. Konon nak buat sambal daging, tiba-tiba jadi black pepper beef hehhehe. Cepat dan sedap :)


Makan pulak dengan leftover sambal cili api terung udang kering pedas berapi, menu sebelumnya :).


Rasa macam lama tak membebelkan. Kalau pasal thesis dah buhsan kan ;))). Ni pasal teguran orang yang tidak bertempat. Tak kisahlah niat baik sekalipun, tapi perlukah mengaibkan rakan sendiri?

Baru-baru ini saya terbaca dalam satu blog, penulisnya berpeluang untuk bercuti ke Benua Eropah. Tiba-tiba ada pulak rakan FBnya yang komen bila pulak nak pi Mekah. Plan orangkan. Mana kita tahu dia dah pi ke cuma tak warwarkan, ataupun sebenarnya sedang dalam perancangan. Yang tukang komen tu dah pi ke?

Satu lagi bila ada rakan berkongsi cerita pasal anaknya yang membaca English story book dalam FB. Ada pulak yang komen, sebaiknya bagi budak tu baca Malay or srikandi Islam story books. Manalah kita tahu depa tak baca buku cerita Melayu dll. Kalau jati diri kuat, baca apa pun takkan terjejas la. Kalau rasa baik sangat, awatlah tak tegur dalam private message dari mengaibkan rakan sebegitu rupa. Macamlah dia tak pandai didik anak. Tak terfikirkah yang komen itu mungkin dibaca juga oleh datuk dan nenek budak tuh. Kawan saya bertindak bijak apabila tidak membalas komen itu. Saya pulak yang meroyan kat sini hahhahah.

Whatever it is..don't judge the book by its cover dan jangan pandai-pandai membuat assumption. Dulu semasa di USM. Ada rakan saya berambut perang dan semestinya bergayalah kan. Orang dok kata dia warnakan rambut, padahal itu memang rambut asli dia, bertukar warna coz rosak. Sedih bila saya jalan bersamanya, ada pelajar lelaki jerit2 panggil dia bohsia. Sungguhpun penampilannya begitu, dia begitu menjaga solatnya. Rakan yang lain pula...dia jalan berlenggang, tangan dihayun lembut....Ya dia lelaki. Baru-baru ini semasa di surau, saya terkejut mendengar dia menjadi imam solat.


Friday, November 23, 2012

Bila daging kunyit hancur berderai

Salam Jumaat :)......

Rasa macam dah lama tak cerita pasal food. Asyik dok membebel pasal my work, takpun meratap pasal kekecewaan my nephew tuh ;)...ate cucu sulong, anak tunggal pulak kan. Dah ok sikit kot budak tuh, maknya nak bawak pi Pangkor harini. Katanya seronok nak pi, tapi sedih gak hahhaha....

Haritu teringin sangat nak makan daging goreng kunyit. So, I defrosted the frozen meat in microwave for 2 mins. Sentuh2, macam sejuk beku lagi...Tambah lagi 2 mins...Nampak ok, bila nak potong daging.... banyak yang peroi dan berderai hahahah......Tapi dah teringin, masak je la...


Actually the day before fenin nak masak apa. Korek2 freezeer jumpa udang...Rasanya ni beef dan udang ni stock masa raya haji haritu. So, masaklah udang goreng kunyit hehehhe..................


Senang sangatlah kan nak masak goreng kunyit nih. Less than 15min preparation and cooking time. Psst...menu ni pun simple kan.....waalupun tiada rupa, tetap menyelerakan.


Chet.. hampeh hampagas betul la. Blog I pun dijangkiti wabak penyakit seperti blog lain grrrrrrrr...... Semasa dok upload gambar tetiba keluar message nih :

Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more

Luckily pagi tuh, dah baca entri Cempaka Biru hehehhe........Thanks Nieda Dan Qaseh Honey. Ikut je arahan langkah demi langkah...In shaa Allah ok. Jangan degil macam I hehehe....

As a summary :

sign up for new google account >>>>let this new account be the author or the admin of the blog too (caranya lihat tutorial hehhehe)>>> login using this new account>>>>Maka, dapatlah upload photos :)

Sunday, October 14, 2012

Mak! nah, tak sedap!!!

Semasa beratur untuk mengambil makanan di satu majlis pada hari Sabtu, saya dan rakan terkejut dan berpandangan sesama sendiri dengan bola mata yang membesar sambil tersenyum-senyum apabila tiba-tiba anak rakan kami menghulurkan sepotong kuih kepada ibunya sambil berkata perkataan di atas. Seibu tertawa kecil sambil mengatakan dia biasa menjadi 'tong sampah' untuk anak-anak. Memang tidak dinafikan kanak-kanak sangat jujur. Tetapi melihat saiz badan kanak-kanak ini, saya menganggarkan dia sudah berumur lebih 9 tahun. Bagaimanalah perasaan si pembuat kuih itu jika dia ada bersama kami? Begitulah antara apa saya lihat dan dengar hari semalam selain kisah masa dan doktor yang seolah-olah memandang rendah kepada saya. Hmm..apa pun saya lebih terkejut dan rasa sangat  'bertuah' bila saya mendapat sesuatu tanpa melihatnya. Insya Allah, esok atau bila tiba hari yang sesuai pasti saya boleh melihat, menyentuh dan menggunakannya. Kelak akan saya kongsikan juga di sini :).

Eh...kat atas tu semacam ayatnya kan. Kita tukar tune biasa hahhaha. Dan apalah blog ini tanpa paparan makanan kan. Wah! kari ayam dan bendi berkunyit in the house on Monday


Kari tu kononnya, tak mau letak santan. Tetiba terletak juga. I rasa sedap jugak. Ala2 my mum's cooking waktu hari raya..Kari ayam mak I sedap giler bila raya sebab banyak santan hehehhe. Memang ramai yang menanti dan mencari :). So, mana tak my curry ni lemak berkrim, dah pi guna 3/4 packet santan for 3 pieces chicken only hahhaha.

Owh the day before, trout bakar...


Tapi kampung style makan ngan kuah kicap la hahhaha. Then sambal sardine


Hari Rabu pulak, tergedik-gedik buat guacamole 


 walaupun tiada corn chips, biskut cap ping pong jadilah hahahha. Then I had grilled chicken wings, grilled lady's fingers and egg plant for dinner last nite :)...sambal belacan tu 2 minggu lepas punya kot hahhaha


See...makan dan makan. Memang, lately selera makan makin dasyat....Pipi dan perut dan peha makin dipam-pam..opps.......

Dan apalah blog ni tanpa bebelan. Sewaktu menonton filem Tommorow Never Dies bersama kanda in living room last nite, tiba-tiba Iranian pi tutup lampu dapur dan terus masuk kebiliknya. Terkejut sangat bila kanda marah-marah dengan kuat
I don't like when people switch off the light.
I pay too. (the rent)
How many times we have to tell them
Sambil bangun dan berjalan ke dapur to switch on the light, dia sempat lagi bebel
Go to hell...bla-bla
.......................
...........................
Bila sampai di dapur, dia seperti menghentak sesuatu di atas meja dan menghempas pinggannya dalam sink. Nasib baiklah pinggan plastik hahhaha. Tak cukup dengan itu, dia menutup pintu kabinet dengan kuat juga. Then bebel lagi. Bila kembali ke living room pun bebel lagi sambil memandang saya. 

Apa saya buat? 
Saya hanya mampu tersengih dan malas nak berkata apa-apa.
Saya malu dan benci dengan sikap, perangai dan perbuatan sedemikian. Tak tahulah nak cakap, mungkin biadap atau tidak beradap dengan marah-marah dan menghempas barang begitu. Bukannya budak-budak atau remaja lagi, hanya beberapa tahun saja lagi bakal mencecah separuh abad.Kalau tak suka, tidak bolehkah cakap baik-baik?

Sebenarnya saya pun bengang bila si American pun suka sangat menutup lampu dapur seawal 7pm walaupun saya tinggalkan sekejap sahaja sayuran di atas papan pemotong di meja dapur. Saya pun hairan apa fungsi lampu koridor dan lampu tangga apabila dia sanggup turun dalam keadaan yang gelap gelita semata-mata to save energy kononnya. Walhal dialah penyumbang terbesar kitchen waste di rumah kami. Adakalanya, sangat sakit hati apabila teraba-raba mencari suis lampu di dinding koridor sambil menahan pundi kencing. Tapi tak kuasa nak marah-marah coz tau perangai si American yang tak makan saman tuh. Lagipun dah hampir 10 bulan kami tinggal bersama. Apa susah? Dia tutup, kami pasang hahhaha. Kalau dia terbangun tengah malam, dia tutup semula. Dan kami pun bakal meninggalkan Australia tidak lama lagi, so biarlah kami berpisah dengan cara baik ;).

Thursday, January 19, 2012

Lagi lagi kambing.....

Scheduled post :P...

E...eh ni bukan kambing ek...beef fried rice


Alkisahnya, sekali lagi aku tak sempat nak siapkan bekal pi uni. Pi cafe yang dekat dengan school semua tutup, kalau yg bukak pun setakat ada muffin, tak tertelan, hamburger memang haram ditelan kan...Then, pi cafe yang jauh sikit ada thai cafe n subway tapi tak terbeli pun...yang Thai tuh, macam kembang tekak, Subway pulak long queue selain tak pernah torai pun OZ Subway. Next, pi arah lain pulak cari cafe lain..tutup pulak. Geram punya pasal, aku pi city..cerdik sangatkan....selain macam baki elaun ada ratus-ratus lagikan....So aku pi Thai restaurant

....HALAL tau...dan sedap.....Kalau nak jimat masa and duit, better balik umah, and makan maggi ek...


Hah ni barulah kambing ....Macam biasa bahan perapan lamb=oyster sauce, honey +black pepper. For mushroom too sanang baitu...curah susu dalam fry pan yang ada saki baki lamb juice+kicap, jika kurang rasa tambah garam lah hehehhe..........jangan lupa letak mushroom ek....Percayalah kos masak this food dari segi tenaga, masa dan duit memang jimat sangat...Menu sihat kan kan kan ;)))))).....

What is the difference between mutton and lamb????
Sila google sendiri...aku baru tau hahahha...
Selama ini aku ingat mutton =daging kambing Pak Dollah yang kat kampung tuh= meat of goat je, lamb =daging kambing biri2=meat of sheep....Tu la pepandai buat andaian sendiri.

Aiyoo..baru tau juga veal=meat of calf...aku ingat sepupu sepapat pork. Bertahun tengok Masterchef Australia pun tak nak ambil tahu..ish...ish....ish....

Pst...pst...Aku ada terfikir nak bela kambing la. Apa kelas bela kambing biasa...Kambing Boer lah. Bebiri ok ke ? Mesti banyak untung ternak Kambing nih. Yelah meh aku listkan
1. Kambing dah cukup umur boleh
a) dieksport ke luar negara
b) dijual di pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan harian (orang awam, peniaga/pengusaha makanan, caterer etc), semasa perayaan( Hari Raya Aidil Adha/Aidilfitri, Deepavali), majlis kenduri kendara (Kahwin, Aqiqah, etc).
c) disimpan/dijual sebagai goat breeders.

2. Kambing tak cukup umur tuh pun boleh dijual jugak kepada sesape yang baru berminat nak berjinak-jinak dalam dunia ternakan nih hehehee............


3. Jika penternak cukup modal, berdaya saing dan kreatif boleh

a) mengusahakan produk dari kambing berjenama sendiri or sebagai supplier for
i) makanan
- fresh meat
- frozen lamb goat slices, minced, burger, sosej,
- smoked lamb
- Instant food-lamb korma, mutton curry...apa2 je la....
- goat's milk, goat's cheese
ii) baja tahi kambing
iii) calf leather for handbag etc....
iv) kok bela sheep ...wah boleh dapat wool tuh hahhaha..........
v) uri kambing untuk kecantikan ...uwekssssssssssssssssssss
vi) kuku kambing for handcraft :))))))))))))))))))))))))))))))))))

b) membuka perniagaan
i) gerai kambing panggang di Pasar Malam atau kenduri kahwin ;))....
ii) restaurant yang menu utamanya kambing dari ladang sendiri hahhaa...

Tu dia..tu dari fikiran aku je. Belum lagi aku google and buat research tau :P...
Kalau korang ada idea, sumbangkanlah jugak kat sini.....

Sudah-sudahlah kita cakap pasal kambing....nanti ada yang bau kambing coz tak mandi lagi :P......Jom kita sarapan ;)))))

Ni sarapan kembang tekak...tu la ingat perut besar boleh habih sepinggan


Ada pajeri nenas tuh...guna canned pineapple+pes pak berahim yg dah expired hehehe...ada sambal belacan harituh punya+ ikan sepat masin..mesti my germany house penin dengan bau ikan tuh....tu yang bukak tingkap living room walaupun tingkap dapur dah terbuka luas

Monday, January 9, 2012

Masak-masak bulan Disember

This is scheduled post...
Sebelum saya tayangkan hasil masakan saya, haruslah saya tunjuk dulu sesi
makan free :)...kawan minta temankan dia bawak kawan dia jenjalan sekitar tempat kami. So dia nak belanja kawan dia, dia kena gak belanja saya jugak kan...rezeki saya :)...

Manggo lassi
Sizzling tandoori chicken...berasap you

nan bread stuffed with tandoori chicken and cheese....

satay prawn pizza...yang ni bukan makan free ya...kami share kot...

Sesi masak sendiri bermula ;))

beef steak and potato salad
+asparagus for dinner...a bit dry huh wpun only 3-5 minutes grilled for each side...tapi rasa tetap sedap :)

Tulah kena buat sendirilah, haritukan tak join the bbq gathering at out accommodation. Then, beef steak again with leftover potato salad+tomatoes for lunch the next day....gravy tu aku just curah susu je dalam fry pan yg ada lebihan steak juice hehehe..tak kuasa nak letak tepung..tu yg cair semacam hehhee

malam tu...telan kerabu manggo halus bebeno..tiada sos ikan guna juga sos tiram hahaha...

Teringin nak makan sambal cili api ikan bilis....tapi rupanya green chili sauce jauh beza rasanya dengan cabai rawit in bottle....banyak komplen ek...habis je aku makan...


Masa kat uni on 6/12, teringin pulak nak makan creamy tuna pasta...hehehe letak je butter, susu, cheese+black n white pepper....nal lagi ummph...letak fried dried chillies...

Kembang tekak pulak nak makan pasta...so ni lunch pack for 7/12.....


Konon je lunch pack for opis...sesudahnya, makan kat rumah je hahhaha. Then petangnya ngegada sangat nak churros...terlebih telur, maka adunan cair selain bau telur hahhaha...............