Showing posts with label pajeri. Show all posts
Showing posts with label pajeri. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Lagi lagi kambing.....

Scheduled post :P...

E...eh ni bukan kambing ek...beef fried rice


Alkisahnya, sekali lagi aku tak sempat nak siapkan bekal pi uni. Pi cafe yang dekat dengan school semua tutup, kalau yg bukak pun setakat ada muffin, tak tertelan, hamburger memang haram ditelan kan...Then, pi cafe yang jauh sikit ada thai cafe n subway tapi tak terbeli pun...yang Thai tuh, macam kembang tekak, Subway pulak long queue selain tak pernah torai pun OZ Subway. Next, pi arah lain pulak cari cafe lain..tutup pulak. Geram punya pasal, aku pi city..cerdik sangatkan....selain macam baki elaun ada ratus-ratus lagikan....So aku pi Thai restaurant

....HALAL tau...dan sedap.....Kalau nak jimat masa and duit, better balik umah, and makan maggi ek...


Hah ni barulah kambing ....Macam biasa bahan perapan lamb=oyster sauce, honey +black pepper. For mushroom too sanang baitu...curah susu dalam fry pan yang ada saki baki lamb juice+kicap, jika kurang rasa tambah garam lah hehehhe..........jangan lupa letak mushroom ek....Percayalah kos masak this food dari segi tenaga, masa dan duit memang jimat sangat...Menu sihat kan kan kan ;)))))).....

What is the difference between mutton and lamb????
Sila google sendiri...aku baru tau hahahha...
Selama ini aku ingat mutton =daging kambing Pak Dollah yang kat kampung tuh= meat of goat je, lamb =daging kambing biri2=meat of sheep....Tu la pepandai buat andaian sendiri.

Aiyoo..baru tau juga veal=meat of calf...aku ingat sepupu sepapat pork. Bertahun tengok Masterchef Australia pun tak nak ambil tahu..ish...ish....ish....

Pst...pst...Aku ada terfikir nak bela kambing la. Apa kelas bela kambing biasa...Kambing Boer lah. Bebiri ok ke ? Mesti banyak untung ternak Kambing nih. Yelah meh aku listkan
1. Kambing dah cukup umur boleh
a) dieksport ke luar negara
b) dijual di pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan harian (orang awam, peniaga/pengusaha makanan, caterer etc), semasa perayaan( Hari Raya Aidil Adha/Aidilfitri, Deepavali), majlis kenduri kendara (Kahwin, Aqiqah, etc).
c) disimpan/dijual sebagai goat breeders.

2. Kambing tak cukup umur tuh pun boleh dijual jugak kepada sesape yang baru berminat nak berjinak-jinak dalam dunia ternakan nih hehehee............


3. Jika penternak cukup modal, berdaya saing dan kreatif boleh

a) mengusahakan produk dari kambing berjenama sendiri or sebagai supplier for
i) makanan
- fresh meat
- frozen lamb goat slices, minced, burger, sosej,
- smoked lamb
- Instant food-lamb korma, mutton curry...apa2 je la....
- goat's milk, goat's cheese
ii) baja tahi kambing
iii) calf leather for handbag etc....
iv) kok bela sheep ...wah boleh dapat wool tuh hahhaha..........
v) uri kambing untuk kecantikan ...uwekssssssssssssssssssss
vi) kuku kambing for handcraft :))))))))))))))))))))))))))))))))))

b) membuka perniagaan
i) gerai kambing panggang di Pasar Malam atau kenduri kahwin ;))....
ii) restaurant yang menu utamanya kambing dari ladang sendiri hahhaa...

Tu dia..tu dari fikiran aku je. Belum lagi aku google and buat research tau :P...
Kalau korang ada idea, sumbangkanlah jugak kat sini.....

Sudah-sudahlah kita cakap pasal kambing....nanti ada yang bau kambing coz tak mandi lagi :P......Jom kita sarapan ;)))))

Ni sarapan kembang tekak...tu la ingat perut besar boleh habih sepinggan


Ada pajeri nenas tuh...guna canned pineapple+pes pak berahim yg dah expired hehehe...ada sambal belacan harituh punya+ ikan sepat masin..mesti my germany house penin dengan bau ikan tuh....tu yang bukak tingkap living room walaupun tingkap dapur dah terbuka luas

Sunday, May 2, 2010

Kenapa perlu detoks ?????

Kenape yek orang nak buat detoks????
Nak bersihkan kolon, nak buang toksin, nak lancarkan sistem penghadaman, nak sihatkan dan segarkan badan.

Kenape den nak buek detoks pulak ????
Semua jawapan di atas...selain dah terlebih makan dan nak kempiskan perut lah hehehe....

Lagipun haritukan..dah banyak kali plan seminggu tanpa nasi, tapi tak boleh gak. Hish susah betul nak control keinginan nak makan ni, especially Rabu lepas. Nilah penangan nasi ayam kawanku...Yumm..yummm !!!
Huhuhu...plan tanpa nasi yang tidak kesampaian. Disebabkan nasi ayam ni di order dari kawan, makan kena jimatlah... 2/3 for lunch and 1/3 for dinner...dah makanan kena bayarkan.
Lagipun..lately susah nak telan food bebanyak sekaligus. Memang biasanya aku jenis orang makan sikit tapi kerap (Kalau stress makan banyak nak kerap le...). Cuma kali ni yang sikit pun susah nak telan..bagus gak kan hehehe. Tapi, cepat sangat lapar n nak makan selalu la..hish...

So, esoknya bawa bekal sardin kicap je...terpengaruh dengan tayangan kak Aidah lah ni hehehe. Psst..leftover gak ni, cuma serikan ngan vegies hehehe.
Bila sampai uni, kawan pulak bagi bihun goreng..alamak hancus lagi konon nak kurangkan karbo. Rezeki jangan ditolakkan..alhamdulillah patut diucapkan :). So, bihun for lunch and sardin for dinner...hahaha jenuh nak perabih sardin tuh, takkan nak simpan lagi jadi 2 minggu lak, takkan nak buang.

Jumaat lak, biasalah kehabisan idea n nak jimat masa...vegies scrambled egg for lunch and black pepper grilled vegies+chicken for dinner...
E..eh tadi cite pasal detoks kan, camna lah cite pasal food pulak...Tulah kalau orang yang pemakan macam den ni..asyik nak cite pasal makan je la hehehe...

Camno nak detoks???
Ikut resipi my friend, Cik Ami...segelas susu, 4 sudu yogurt, 2 sudu honey + 1/2 biji limau.
Tapi bergantung kepada individu jugak ya, ada yang selepas 2 jam proses detoks berjalan ngan lancar. Macam den selepas 5 jam kot, tu pun setelah melantak my leftover pajeri nenas+frozen pegedil hehehe....Memang rasa lega, Kak jah woi.....

Friday, April 30, 2010

Talam labu pun mendap gak...isk..isk...

Semalam punya lah semangat nak berblogging tapi internet kong. Actually, memang dari pagi ada problem..tapi ingatkan malam ok lah. Rupanya tak jugak. Bila tanya housemate, dia kata internet dia ok je...hah????Penatlah godek network set up, cabut n cucuk internet cabel sampai nak terputus dari 10.45pm-12.30....hampeh. So, tido jelah..internet punya pasal, terus takde mood nak writing my proposal huhuhu. Alhamdulillah, dah ok bila tukar new cabel tadi...saja je nak membazir duit ku...aud13~RM39.

So...disebabkan maleh nak transfer gambar dari camera, den pun nyelongkar apa yg ada lam lappy ni je....Here's my kueh talam labu,

...sumbangan pada our club to introduce our Malaysian food to other students last 2 weeks. Tak tau nak masak apa, kebetulan ada labu sikit...maka carilah resipi kat internet hehehe. First time mengukus kuih hehehe...

Den ambik resepi dari rumah hanieliza dan Mat gebu. Timo kasih banyak lah kek diaorang ni coz share this recipe. As usual den suka menokok tambah, mengubahsuai resepi, n menggabung resipi. Nasihat den, ikut jo la resepi asal..jangan la tergedik2 ubahsuai...melainkan portion/kuantiti eh jo.

Atas kesilapan diri sendiri...bahagian tengah warna kuning tu kureng masak.

Ingatkan bila letak adunan putih dan kukus lama sikit, dia akan masak...rupanya tak jugak...mendap pulak huhuhu. Dahlah buek sikit jo, nak memotong cari bahagian yang ok pun susah...Maklumlah nak bagi kat orang, mestilah bagi part yg ok. Tapi mendap mendap pun..habih gak. Rupanya klu kita masukkan kuih ni dalam fridge, bahagian lembik tu jadi keras jugak hehehe...

Psst..maso hari tulah..yg kawan den menegur den berisi tuh. So atas keinsafan dan keseganan ditegur gitu, mako den malam tu den makan ayam bakar n rakan-rakannya....ala-ala menu sihat...baru perasan macam tak masak pulak ayam tuh...tapi habis jo den ngapppp...

Maklumlah...duo hari sobolum tu yo yo den makan nasi banyak +melantak pajeri nenas.

Yolah, ingatkan haritu ado stok perencah tu. Bila nak masak penat lah selongkar kabinet dapur sampailah ke rak dalam bilik tak jumpo pun..yg ado perencah asam pedas ngan rendang je. Memang terkilan sangat..tu yang that weekend I went to buy this pajeri sauce hehehe...Tu yang makan tak hingat tu.