Showing posts with label lempeng. Show all posts
Showing posts with label lempeng. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Bilalah nak pandai masak ikan ni...

THIS IS SCHEDULED POST.
Hehehe..type sesiap entri ni on Sunday coz tau, minggu ni going to be hectic.
Bila aku selongkar pics folder for mid November, maka aku terjumpalah gambar lempeng dan cekodok pisang berkelapa -for late brekky on monday last 2 weeks. Sesuka hati aku je kan buat lempeng pelbagai saiz tuh...

Then, for dinner I had this sambal ikan for dinner. Sedih tau...mungkin terlebih bawang, maka rasa sambalnya agak pelik. Bila hancurkan tomat dalam sambal pun totap tak sodap huhuhu...

Masa dalam proses penyelongkaran gambar ni pun ada

Lempeng keras+butter chicken+lamb rogan josh+sambal ikan bilis for lunch on Friday last 2 weeks. Camna boleh banyak lauk sampingan dan lempeng tu separuh je ??? Entahlah. Aku pun tak ingat. Agaknya aku masak sambal bilis hari Selasa dan hari rabu beli Indian food tuh. Then, hari khamis malam hanya makan lempeng separuh je. Penat jugak ya melatih minda dan mengingat perkara lepas hahaha...

Then, gambar ni pun ada....

Ikan bakar yang tak sedap lansung for dinner. Konon nak elakkan makanan berminyak, tapi kurang menyelerakan pulak. Nasib baiklah ada sambal kicap tu tau...Malulah, masak ikan pun tak pandai. Next time, goreng pun sodap...cuma tak sihatlah.

Saturday, August 7, 2010

Ee..........rumah angah ada antu....

Petang semalam kan beria-ia aku tengok jalan2 cari makan. Macam2 ada..gulai tempoyak ikan, asam pedas, gulai kawah, petai goreng berlado, pasemboq, mee rebus, mee kolok le...Memang terliur gila la tengok semua food tuh...tambah pulak tengok cara Serina makan. Tapi bila malam aku hanya mampu buat lempeng pisang je niha...campur sikit dengan kelapa kering...

Sesuka hati aku je kan..orang buat sarapan pagi atau makan petang, aku pi buat dinner pulak.

Pagi semalam kan dapat email dari pakcik....
thanks very much for the paper, which I will read very
carefully on the flight to Beijing and try to get corrections to you asap.

Best wishes, J.

Tetiba 12 jam lepas tu..pukul 8.30 malam tuh...tiba pulak yang ini
I have a lot of suggestions for you, but no scanner here. Will send to you
asap. Cheers, J


Alamak somput den dah ni.....
Dear pakcik,
timo kasih lah sudi check paper den tuh.
janganlah suggest n ubah bebanyak.
Harituh dokek sebulan den nak menulih eh..
walaupun setakat 4-5 pages..
Pages lain tu banyak ngan calculation n references jo tau.
Tapi pakcik tau tak yang kojo kiro mengiro
n develop n run program tu since tahun lopeh....
Yang ado dopan mato ni pun tak terbuek lagi...
takdo ideo lagi niha huhuhu...
Pakcik,
den heranlah..dah pakcik tinggalkan den kek sini,
poie pindah kek G-8 uni,
sikit pun tak ajak den ikut pindah,
apahal pulak masih nak tengok
kojo den yo...den dah lah lamo merajuk tau.....

Stress dah ni...hish kena pi kuar lah ni...:))

Psst..kami dapat housemate baru..ingatkan dari sri lanka lagi, rupanya dari Latvia..cute orangnya..petite la...Tau ke latvia kat mana ? Bila kawan tanya aku cakap kat Republic czech kot..ntah2 yugoslavia..hahaha sesuka hati je kan. Rupanya sebelah Rusia n lithuania..alah seberang laut tu Sweden....

Eh..rupanya dah terkuar dari tajuk asal entri kan..hehehe..sowi....

Baru2 ni tengok gambar2 lama....Tetiba teringat kisah dolu2....
Dulu tahun 2005/2006 kot, aku kena pindah rumah at new housing area yang dekat ngan hutan belantara....
Sementara nak tunggu ketibaan housemate, aku mintaklah kakak teman dan terpaksalah pontengkan anak buah aku dari taska. First nite tuh aku dah baca yassin and doa lah. Tapi susah gak nak tido. Esoknya bangun ada jejak-jejak ini kat belakang rumah...

Hmm..not small cat...but I think BIGGGGG CATTTT....hutan kan.
(Psst..sesapa yg tau pasal animal or verterinar ni..silalah bagi komen ya..jejak apakah itu.
Bila tengok balik..macam tapak kasut pulak kan hmm...)

Tambahan pulak bila terserempak dengan contractor yg masih sibuk buat kerja kat kawasan berdekatan, dia tanya ok ke tinggal situ. Dia cakap takde apa2 kan..but the way he said that..mesti ada apa2 yang dia tau n cuba sembunyi dari aku huwaaaaaaaaaa.....Rasanya tak mustahil coz rasanya last two years..my neighbour ada bagitau..yg the other neighbour ada nampak yg berwarna hitam yg pantas berlari itu kat belukar depan umah we all.....Harap takkan serempak la ek. Sebab tu bila gardening aku mmg sentiasa tutup pagar, manalah tau kok dia nak say hello to me....Bila gardening kat luar pagar, selalu gak aku tertoleh2 kat belukar tuh.

Bila dah berani sikit, kakak aku pun balik kg...coz mak pun dah bising my anak buah hati pengarang jantung pisang tu dah lama tak sekolahkan. So, bila sekali lagi aku ajak depa teman aku....ada ke patut si kecik tu cakap macam tajuk di atas tu...siap cakap kat bawah tangga tuh. Chet...bertuah punya budak, tak sayang mulut tuh. Patutlah dia macam tak suka masa teman aku harituh...asyik ngegada n merengek je.

So, bila aku balik kat umah tu sensorang, aku mula la seram. Tambahan pulak, lepas tuh tengok ulangan tayangan rancangan Linda Onn...kebetulan dia pi jemput uncle seekers..tak guna betulla uncle tuh...dia pi cakap, biasanya hantu kat bawah tangga jugak...Alamak den yg penakut lagi lah penakut tambahan bila tengok bawah tangga tuh. Sebab tu pastikan yang den naik ke upstairs before pukul 12 malam..If possible, sebelum pukul 10pm. Tapi tulah kenkadang kusyuk buat kerja tau2 dah lebih pukul 12 malam...alamak...so scary nak naik atas. So, bila kat tangga tuh...aku naik sambil badan sandar kat dinding...

Bukan apa kalau terus naik, aku cam rasa ada benda kejar aku....Sambil naik tuh, sambil baca apa2 yg patut. Pernah gak aku cakap " aku tak kacau ko, jangan kacau aku...." . Dahlah selalu terkejut dengan imej sendiri dalam cermin besar tuh. Rasanya dulu, pernah gak aku terbalikkan atau tutup cermin tuh. Masa tuh sedih gak, apsal susah nak cari housemate. Rasanya pasal depa tak suka kawasan baru, pasal takut jugaklah tuh. Lagipun jauh dari tempat lain. Tapi aku takde pilihan huhuhu. Aku cuba elakkan nengok cerita2 seram ni..apa ninyang rapik ke apatah, semua aku tak tengok. Tapi rasanya kalau cerita apa tuh yg ada pontianak Zarina an julie=Anjoulie lavucah tuh aku tengok gak. Kekasih ku seru layan jugak...walaupun lepas tu selalu terbayang sesuatu kat siling. Tu pun pasal dah letak tv dalam bilik, lepas tu tido selubung lah...sampai sesak nafas. Selalu gak, bila aku sedang sembahyang isyak hampir/dah larut malam...tetiba rasa bulu roma tegak semacam je. Punyalah penakutkan...Bukan apa dulu, pernah baca forum/ sesi soal jawab..jika kita rasa sesuatu tuh, betullah ada benda tuh. Aduh...lagilah aku takut kan. Padahal tengah sembahyang tuh, nampak sangat tak khusyuk...Ya Allah lindungilah hamba mu ini dari gangguan syaitan...

Heheheh..teringat pulak perdebatan Dr. Fadzillah kamsah ngan uncle seekers...Uncle seekers dengan excited n tegar ngan prinsip ngan kewujudan 'h...u' n and siap cakap ada dlm quran..tapi Fadzilah dengan senyuman berkata dalam quran tak sebut pun pasal keujudan 'h..u'..yg ada hanya jin, iblis lah....Logo acik....

Kawan tanya gak...kat oz tak takut ke. Aku cakap so far kat oz tak terpikir lah makhluk gitu-gitu...Yelah mana ada cerita tang cik pont..k ke, cik pol...g ka...etc la kan. Ada yg buat lawak, yelah kat sini dracula ada lah..chet!!! Baru-baru ni...pi toilet bawah dah larut malam, keluar dari bilik air terkejut gila nampak cam benda besar sangat depan aku..rupa-rupanya kain batikku kat ampaian heheheh. Hah ko, padan muka aku cakap besar kan...Oklah aku nak pi teman kawan pi beli souvenir utk dia balik raya nih..aku survey le...

Monday, May 31, 2010

Daun Luruh....Laut bergelora .............

Tak pernah2 aku pi opis during weekend, semalam la first time aku pi. Tu pun sebab ada sekumpulan org yg kononnya nak buat kebajikan, tapi guna rumah kami tanpa minta kebenaran kami terlebih dahulu...Apsal tak buat kat rumah ko je? Mesti housemate ko tak suka kan. Dahlah baru emel bagitau, hari jumaat lepas. Asalnya bagitau nak guna rumah kami in case it's raining..Alih2 sabtu malam terus bawa masuk table ko. Macam la tau ahad hujan. Dan memang tak hujan pun, terus guna our dining table gak. Siap suruh kami clear our table tu. Bengang la jugak..hari Ahad kita biasanya nak berenang2 atas katil sampai pukul 10, then having 'brunch', lepas tu barulah jadik bibik..n nyambung hidup sebagai seorang pelajar.

Alih2 pagi ahad ni, kena bangkit awal, masa tengah basuh baju dalam keadaan ber'towel' tetiba depa datang..can we set up the table...piirahhh...tak payah tanya la..dah terlambat....Ko pun ada kunci rumah kami kan. Bila ko dah set up table, kat mana lak aku nak having my breakfast ???? Tetamu yg tak diundang boleh buat tuan rumah tak selesa....tuan rumah yg terpinggir di rumah sendiri. Bila depa ber'parti'...tuan rumah takkan boleh study kat upstair...maka tuan rumah dengan keadaan bengang pi la uni, masuk bangunan yg agak menyeramkan tu sensorang.....Masa naik tangga, ternampak la daun luruh berguguran ini.......

Bestkan kalau dapat baring atas daun ni....

Bila pi uni..tak boleh pun studi....Tu yg makin bengang pada depa yg 'menghalau' kami tuh. Dah tengahari, kuar bilik...rupanya pakcik pun ada, dia datang ngemas bilik...Hahaha...mesti dia ingat den ni rajin sangatlah datang uni during weekend. Tak bawak bekal..dah lapar gile, so kena balik la..lagipun dok opis bukan ada progres pun. Dok surf tenet terjumpa kisah my old friend ada bukak restaurant ..bukan di Malaysia, tapi di sini. Wah, den kagum giler...Dahlah kerjaya meletops, mampu bukak restaurant lak tu. Rasa kecik sangat berbanding ngan dia. Cari restaurant dia di tenet, tetiba tau dia ada blog...apa???? Memang tak sangka dgn penulisannya..betulkah dia yg pernah kukenali...sukar untuk ku terima. Lapar dah, tak yah pikir pasal orang lain...manusia berubah n rezeki masing2, bersyukur dengan apa yg anda ada. Singgah kat harbour layan fish n chips. On the way home, I managed to snap this pic...laut bergelora tu,
but yet ada gak yg begitu berani main jet ski..tempah maut....

Dah balik umah, ngadap tenet..tetiba ada kawan datang, dari soal train to airport sampaila ke soal spv ke bab makan. Dia kata naturally dia tak suka makan....opposite sungguh ngan den niha. Dia terpaksa makan sebab perut berbunyi...kalau den perut tak berbunyi pun, laju je menelan hehehe...Tu yg cakap ngan dia, takpelah as long as she's happy and healthty
Last nite call famili..apsal la depa semua tanya tak balik ke...di kala aku sibuk yg tak sampai tahap gaban ni. Ingat KL-sydney to macam KL-soromban ko ???? Kan dah kata budget problem....isk isk isk....Tapi sempat gi, hari sabtu pi jumpa dak rogan ... macam pernah dengar je nama dak rogan ni kan...cuba ingat...kat mana lagi kat umah LG la..melantak rogan josh lamb kat kedai india/pakistan hehehe. Lupa pulak nak ngambil gambar nyer. Disebabkan dah kenyang gile, masa pi woolies nak beli groceries...hanya usha je curry paste yg dipromosi tanpa bayaran oleh LG. Tapi vindaloo tu cam best je...2 minggu lagi baru beli kot :). Actually sebelum kuar tu, aku buat lempeng jagung berkacang....

hahaha tak layak lagi nak dipanggil apam balik...segan nak tunjuk bahagian bawahnya, warnanya tak sekata dah la tak reti nak buat kasi bulat.

Memang den ada masalah ngan bulatan kot...hari jumaat buat omelete pun bergerigi

Dahla kalau buat cucuq pun mesti leper..hahaha tak sampai hati nak tunjuk my cucuq bilis for dinner on friday. Oklah nak jemur kain...

Friday, February 26, 2010

Ponek lah..den baru balik semalam

Setelah 4 hari ada kerja di sydney..akhirnya aku cabut balik. Nak tenet kat sana, tapi guna wireless cam slow lak..free kan, what can u say hehe.

Sepanjang berada di sana, tak sempat nak berjalan-jalan pun. Memang jadual penuh from 8am-7pm. It was interesting listening to the talk about other people works and discovery eventhough i didn't understand most of it which was too technical for me hehe. Anyway it was a good exposure to the latest technology and a great chance to meet and discuss with other people and the expert. Well, no matter how bz i was, i managed to snap several pics hehe...

Hari pertama ingat malas nak dinner coz dah melantak finger food-spring roll n deep fried prawn during the welcoming ceremony. Tapi memandang aku ni jenis yg tak boleh lapar, maka pusing2 ternampaklah outlet ni
Punyalah lama nak decide nak beli apa. Teringin nak makan roti naan, tapi cam kering takde kuah. Nak makan nasi macam banyak sangat.

At last beli ni....

Apa ni ..haha..nasi penuh ngan kuahkan. Actually ada dua kari tuh. Vegie curry and chicken curry. Very sweet for my taste haha...Manalak tau kalau dia kata mild tuh, rupanya manis, ingatkan kurang podeh. Lainkali memang kena minta yg spicey hehe...

On the second day, I just walk alone to this Malaysian cafe-Kesturi cafe. Rasanya pekerjanya malaysian students yg buat partime.

It's location is at this junction
I bought nasi lemak terbalik terbaring tercampur hehe...Bila bukak je penutup nyer nilah ropenyer...
Tu ar pi hayun plastik makanan tuh, tak pasal2 sambal ku dah bercampur rendang hehe.

On the way back to the hotel I passed by Market City~Paddys market. Here's the place where you can buy australian souvenir, fresh fruit and shopping for clothes too. But I think it close at 5-5.30pm.
If you don't want to walk from the Central train station, you can come here by tram~light rail.

Nearby this Paddy's market, there is China town.

So, I just walked thru this 'town' and happened to see this restaurant~Mamak at the end of it that also sell Malaysian food like roti canai, satay, nasi lemak etc. They sell 6 pieces satay yg kurus kering for aud8=RM24...huish kayo toke kodai tuh. But somebody said that they serve non halal chicken. Several of their workers are indonesian chinese.

See how many people waiting, sodap lah kot. It's located at the junction of Dixon St and Goulborn St..i guess hehe.
Nearby that restaurant, I passed by Delima an Indonesian restaurant which also halal according to the waitress.
It's at Dixon St.
Macam best je kan menu dia.

Apa sup buntut ???? Seingat den mbah kat kampung den yang suko makan goreng cili api buntut ayam, boli buntut ayam sampai sekilo tuh. Apo kabar la mbah tuh, haritu masa balik Malaysia mbah tuh dah tua sangat..dah nyanyuk nak marah2 je. Eh! melalut pulak. Ni lagi menu kat restaurant tu.

Teringinnye nak minum cendol, estellar n abc huhu.

Ni pulak the view on my way back to the hotel in Darling harbour.

chinese garden-gambar dedolu.


Tumbalong park-gambar dedolu.

So, here's Darling harbour at night. I stayed at the hotel on the right.


See that bridge..dia boleh terpisah jugak..gambar dedolu.


Now, I'm on the bridge........tapi tak larat nak jalan sampai ke hujung coz tak sabar nak makan nasi lomak tuh..
Yg best nyer kat sini, many places of interest such as maritime museum

wildlife park ala2 zoo dalam bangunan dan aquarium. Sydney tower just in walking distance from here too.
O..oh, back to my food hehe...Kak Aidah, betul la, saya pusing mana pun, kona baring tergolek terguling pun, akhirnya bab makan2 nak gak citokan. On Wednesday, we had formal dinner at the ballroom which have the life band too.

Tapi tetiba dah jadi cam disko lak


when the singer started to sing mama mia.....

Malas nak tangkap gambar makanan coz...takde sea food. Jealous tengok depa makan chicken and lamb. So, aku makan veggies+nasi berkeju berasparagus which was specially made for me.

Yang ni pulak dry black pepper beef+roti naan

Korang cayo ko hehe..ni lempeng hanguih hangit den buek lah, menu last weekend la hehe.
Ni sarapan den pagi tadi..omelette orang malas...yg juga menjadi santapan potang den.

Wednesday, February 17, 2010

Kojo banyak la kak jah

Macam den sorang jo banyak kojo kan. Memang banyak pun, tak sesiap lak tuh. Makin fenin...Nak berblogging pun selain takdo maso, memang cam maleh lak. Siapkan kojo dulu, tu yang ponting. Cam harini kalu ikutkan maleh nak berblogging. Tapi sementara nak tunggu my programming yg tengah running tuh, ok gak menaip entri +upload gambar. Multitasking tuh...Lagipun ok gak blogging ni untuk hilangkan stress dengan meluahkan apa yg terpendam, selain meningkatkan daya ingatan dengan mengingati apa yg aku dah buat/makan. Macam kelakarkan, tapi itulah salah satu cara yg disarankan oleh seseorang to boost my memory.

Last wednesday, suddenly I was craving for bihun goreng. Mana lak nak cari bihun pepagi buta. Kebetulan, petang tu den nampak my indo housemate masak suhun goreng. Ok gak kan, tak terpikir lak. Selalu suhun orang masak sambal jawa/masak lodeh/tumis air je. Terliur lak nengok my housemate masak. Alhamdulillah den memang ada stok suhun, so apo laie maka termasaklah my suhun goreng untuk boka hari khamis

Perasan tak, den kalau masak macam tauke minyak kan. Tak roti2 nak lotak sikit jo minyak eh. Tapi untuk potang tu nak makan apo yo. Pisang ado ni, tapi dah masak na.

Nak masak apo yo. kodok cekodok ko lempeng. Duo2 den teringin., padahal pisang sebijik jo. Raso-raso apo den buek

....


.....

Mako ni la hasil eh....
Buruk makan boto kan. Tapi cam tak cantik la lempeng tuh. Teringatlak dengan segala hiasan masa cari gambar pisang goreng minggu lopeh............dan inilah hasil hiasan den.

Sodap tau makan lempeng ngan aiskrim mint+choc chips. Gulung aiskrim tuh dalam lempeng yang paneh tuh...ish..nikmat nyer.....cuba torai yo. Alamak teringin lak nak makan aiskrim tuh memalam buto ni. Kono habihkan copek, sobab nak defrost our fridge. Jonuh den nak perabih 2 liter aiskrim dalam maso 2 minggu. Haha..baru den tahu kenapo tokak den asyik raso semacam jo.

Hari jumaat lak, teringin nak makan ala2 hot plate yee mee...Apalagi che' pun teruih campak cili serbuk+kicap+sos tiram dan menghasilkan......

Mano lak eh kuah eh kan. Habih disodut dek mee tuh. Series kak jah memang sodap. Cam tak cukup jo, sobab den hanya guna 1/3 je dari sebungkus mee segera.

Hari Senin minggu ni, utk dinner den goreng karipap. Den buek ko??? Hehe...karipap segera lah kak jah oii, den boli kek kodai halal tuha. Disobabkan karipap eh agak hangus penangan melayan kakak ku yg meluahkan perasaan, mako eh...no gambar yo. Hari Selasa semalam, tak sompek lak nak masak boka ke uni. So, den boli jo lah niha..

Apo bondo eh tu ...Turkish dish : oven roasted vegies+feta cheese.

Boleh tahan gak raso eh. Baik untuk kesihatan jika kurang/tanpa cheese hehe. Bosa tuh. Separuh untuk lunch, separuh untuk dinner.

Dah konyang makan, den mengomeh lam komputer. Camno tuh??? hehe..den organize my files lah, kiro menyusun/sort file to suitable folder. Lamo wo..menunjukkan betapa semak belukar nya files in my lappy.

Pagi tadi lak, habih idea nak masak apa. Takkan nak beli makanan kat uni hari2, tak pasal2 tak cukup duit. Nak masak suhun goreng lagi, selongkar kabinet dapur..ada sebungkus je lagi. Baik simpan untuk emergency hehe. Tetiba teringat mee segera cintan tu ada lagi, maka nilah mee goreng mamak den tanpa tahu dan taugeh hehe........

Biasalahkan, den ni amat susah nak menghabiskan sebungkus mee, maka 2/3 den bawak boka. 1/3 mee goreng tuh simpan dulu lam fridge. Dinner lak den teringin nak makan ayam bakar macam yg kak ina kl buek tuh. Ala, yg guna master food marinate tuh. Den guno marinate tu jo, tak lotak bahan lain. Cumo....haha kelakar rupo ayam eh, hehe korang tengok sendirilah....


Tak menyelerakan rupo eh kan. Agak2 kalau den hias ngan kehijauan capsicum atau lettuce, boleh nampak sodap tak. Hmm...rupo tak sodap pun, habih licin gak pinggan den.

La, dari tadi den menunggu my programming tuh...tak habis mengiro lagi tuh. Hish...oklah kak jah den nak turun bawah ni, nak melantak aiskrim tongah malam buto. Ha kan jangan ngengado complain batuk ah, sakit tokak la yo....