Showing posts with label kisah dedolu. Show all posts
Showing posts with label kisah dedolu. Show all posts

Sunday, August 20, 2017

Solving mystery in the morning...

Good morning Malaysia!!!!
Macamlah satu negara baca my blog kan 😂😂😂

Pagi ni konon dengan semangat waja
Buat plan things to do
Nak check customers documents...
Saja nak pasang tv to just get sound
And sometimes to let my eyes get a rest

Alih2 sibuk dengan my CSI 😂😂😂
The Julius House:An aurora teagarden mystery
I suka sangat this kind of mystery
Ada ruang tersembunyi etc

Teringat masa kecik2
Suka sangat pinjam buku Siri Salma di library sekolah rendah
Sekolah menengah terjumpa my aunts' novel
Such as by ahadiat akasyah n siri bercakap dengan jin
Semasa matrikulasi baru kenal Mills&Boon
No more mysterylah kan 🙈🙈🙈
Suka juga historical romance
Ada satu my favourite author
Lupa namanya...
Tak kuasa nak selongkar kotak bawah katil 😂😂😂
Baca juga novel by Barbara Cartland
But too slow

Anyway semalam sibuklah berkerastangan
Sebelum tu perlulah rendam tangan and pakai losyen supaya jari jemari lembut 😂😂😂
It was fun doing it
Once a while when we are doing something else out our routine...
Wei boleh bukak kedai tau 😂😂😂

Then I had Dinner with terung kicap and acar telur


Malam tu tontonlah
The colourful and superb
The Opening Ceremony of Sea Games 2017
Tapi pagi ni terkejut bila baca post one of my Fb friendlist
Katanya Sh***est...messiest due to transportation problem...
Syukurlah aku hanya nikmati malam minggu di rumah 😀.




Monday, August 8, 2011

Bila seorang...

Hari Khamis lepas, sangat terkejut membaca akhbar mengenai kes pembunuhan Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Arwah. Hari Jumaat masih lagi terpapar kisah pembunuhan tersebut. Terus teringat dulu aku pernah tinggal seorang selama 5 tahun.Ianya membuat aku berfikir, betapa aku dan kawan aku patut bersyukur tiada sebarang perkara yang mengerikan mahupun terlalu menakutkan berlaku selama kami tinggal sendirian. SEmoga kami sentiasa dalam perlindungan Allah. Aku terus chat YM dengan kawan aku. Rasanya kalau aku berada di Malaysia ketika ini, memang hidup tidak tenang dan dalam kerisauan dan ketakutan selepas membaca kisah pembunuhan tersebut. Menurut kawan aku, dia pun terfikir benda yang sama. Saat itu, aku bermohon pada Allah supaya kami dilindungi dan tidak hidup keseorangan dan dalam ketakutan. Rupa-rupanya kawan aku pun berdoa perkara yang sama juga...Kami selalu ada instinct yang sama, macam ada telepathy pun ada. Memang rasa sebak masa tu. Kami bersyukur atas segala nikmat yang diberikan. Kami berpegang pada " jika Allah kabulkan doa hambaNya, maknanya Dia menyayangi hambaNya; jika Allah lambat kabulkan doa hambaNya, maknanya Dia sedang menguji hambaNya; jika Allah tidak kabulkan doa hambNya, maknanya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk hambaNya...."

Semasa aku berpindah ke kawasan perumahan yang baru pada tahun 2005, famili aku datang menjenguk. Proses berpindah aku yang yang uruskan seorang diri. Bukannya banyak barang pun. Mak sangat risau bila tengok pekerja-pekerja Indon berlongok di kawasan lapang tidak jauh dari rumah aku. Pulak tu depa dok tengok je kami. Tambahan itu kawasan baru, maka tidak ramai lagi penghuninya. Lagipun jauh ke dalam dari jalan besar. Senang cerita tempat jin bertandanglah. Kakak dan anak buah aku ada temankan aku selama lebih kurang 2 minggu. Sekembalinya aku dari menghantar kakak balik ke kampung memanglah rasa takut. Tapi memandangkan masa tu bulan puasa, rasa takut tu agak kurang. Tu takut pada benda yang tak nampak pada mata kasar. Yang lebih menakutkan sebenarnya takut pada oranglah. Maksud saya dari segi keselamatan. Kalau gardening, aku prefer kunci pintu pagar. Kalau gardening di luar pagar aku selalu toleh-toleh ke belakang.

Bukan apa, selalu je nampak perkerja kontrak sama ada pembinaan ataupun pertanian yang melalui jalan pintas tepi rumah jiran aku. Mana tak takut, aku sensorang di luar pagar. Depa tu ramai....

Kebetulan rumah tu mempunyai sistem penggera, jadi rasalah selamat sikit pada waktu malam. Cuma, kadang-kadang bila sistem penggera tetiba-tiba berbunyi dengan kuatnya pada tengah malam, memang takut sangatlah. Terkejut dengan bunyi kuat ketika enak dibuai mimpi satu hal. Risau jika penceroboh hanya diluar bilik satu hal. Nak turun ke bawah pun takut, tapi kena juga, nanti megamuk pulak jiran sebab tak matikan alarm. Bila mendapat kekuatan, untuk membuka pintu bilik, aku pergi ke tangga dan tinjau ruang bawah. Bila nampak clear, cepat2 aku reset alarm dan lari naik atas. Agaknya cicak main-main di tingkap kot hehehe...Lepas tu memang susah nak tidur. Rasa lega bila dengar bunyi motor Pak guard buat rondaan. Kebetulan, Setiap 1 jam pak guard perlu punch diluar pagar rumah my neighbour. So, bila dia turun dari motor tu, mesti dia mengawasi sekeliling termasuklah rumah aku. So, rasa selamat sikit.

Tapi dalam pada adanya alarm dan Pak guard tu, ada juga yang berani merompak rumah jiran aku. Grill wrought ironnya yang berbetuk bunga ros, dipotong seumpama memetik tangkai bunga oleh si Perompak. Si perompak hanya mencari duit dan barang kemas. Bila aku masuk kerumah aku, memang aku terkejut sliding door terbukak dan penyapu aku didalam rumah. Rupanya ada percubaan nak masuk ke rumah aku. Alhamdulillah mereka tidak berjaya mebuka grill rumah aku, cuma grill jadi senget dan kemek sikit kerana sungkitan. Rumah ni, guna grill murah je, bukan wrought iron mahupun stain less steel. Cuma ada besi padu yang berselang seli dengan besi kosong pada grill tuh. Memanglah tiada barang yang hilang, tapi aku buat juga laporan polis, sebagai langkah berjaga-jaga. Kebetulan aku dan jiran terlupa untuk switch on the alarm on that day. SEhingga ke hari ini, memang aku tak bagi tau my parents, takut depa risau.

Selain 'serangan' manusia, aku juga risau dengan serangan binatang liar dan menjalar disebabkan aku tinggal berdekatan ladang dan hutan. Pernah jiran aku ternampak harimau kumbang berhampiran rumah aku. Manalah masa aku gardening di luar pagar he come and say hello...Ya Allah mintak dijauhkan. Lipan lebih besar dari ibu jari pun ada. So masa korek2 tanah tuh, aku terjumpa lipan saiz halus mahupun yang bersaiz jari telunjuk. So, yang bersaiz halus senang dibunuh. Yang saiz besar tuh susah sikit nak bunuh. Tapi selepas bunuh yang saiz besar tuh, aku terfikir, ni kawasan hutan, mana boleh bunuh sesuka hati. Buatnya ada yg datang cari macam mana?....Manalah kot suami ke bapak lipan tu cari aku huhuhu...SEhinggalah pada satu malam sedang aku lepak atas carpet menonton tv, aku nampak lipan gadang melintas tepi aku menuju bawah sofa.Memang terkejut giler...Cepat-cepat aku cari penyapu. Bila aku cari bawah sofa aku tak jumpa. Pelik pulak ke mana dia pergi. Siap cari bawah tikar pun tiada. Tetiba aku terfikir ntah2 bapak lipan datang nak balas dendam...dasyat ek aku punya imaginasi. Memang takut lah....Sambil diri atas sofa, aku selak langsir di sliding door, rupanya, lipan tu ada di celah-celah alur sliding door. Apalagi, aku pun menjalankan operasi pembunuhan....susah betul nak mengejar lipan yg begitu cekap melarikan diri tuh. Boleh dia menjalar pergi semula ke kawasan berhampiran meja makan. Lepas tu, selamatlah lipan tu dengan operasi hentak dan lenyek sampai keluar darah hijau...

Begitulah ya kawan-kawan risiko yang terpaksa dihadapi bila kita tinggal bersendirian. Ada macam drama tak? Daripada korang layan drama aku tuh, baik korang layan drama Anissa. Aku haritu dah tengok first episod. Macam bosan. tapi kawan aku cakap cerita tu best. So hari malam Sabtu, aku tengok sikit cerita tuh. Macam best pulak. Tapi tetiba internet kong. Hampeh betul Nowhere internet nih. Only esoknya baru ok, itupun dah 3 pm. Lepas aku dah menjalankan house cleaning duty, maka bolehlah aku bertenet. Tu yg dapat menyambung tengok Anissa tuh. Tapi senja kena stop pulak hehhee. Masterchef season 3 Finale.....Aku nak Michael yang menang, tapi oklah jugak Kate yang menang walaupun ada kes favouritsm di situ. Actually my favourite and popular contestant, Hayden has been eliminated huhhuhu....So,dah habis tu sambung Anissa kat youtube. Tapi ada setakat episod 16 je. Pulak...mana nak cari the rest. Google punya google jumpalah yg sampai episod 24. Sambil buat budget, aku tonton Anissa. Harini, sambil sarapan then lipat baju, then key in spending, aku tonton lagi. Maka tamatlah......Cuma aku ada kemusyikilan
1) Rozita Che Wan pakai 3-4 inches high heel even though heavily pregnant. Kok pakai wedges boleh diterima jugak...
2) Si suami kemalangan pada waktu malam atau awal pagi, tapi si isteri hanya dihubungi pada keesokan harinya.....

Sorrylah, aku banyak komen pulak bila tengok drama-drama nih. Kalau tak suka, jangan tengok kan. Tapi pembikin drama kenalah ambil kira penonton jugak. Bukan semua penonton hanya tonton dan terima apa dipaparkan tanpa berfikir. Aku ni kan suka fikir and quite observant jugak hehehe....Rasanya ramai jugak yang macam aku. Cuma mereka malas nak kecoh hehehe...

Ok, ok...itu my writing sudah kenyit mata and melambai-lambai tuh :P

Saturday, August 7, 2010

Ee..........rumah angah ada antu....

Petang semalam kan beria-ia aku tengok jalan2 cari makan. Macam2 ada..gulai tempoyak ikan, asam pedas, gulai kawah, petai goreng berlado, pasemboq, mee rebus, mee kolok le...Memang terliur gila la tengok semua food tuh...tambah pulak tengok cara Serina makan. Tapi bila malam aku hanya mampu buat lempeng pisang je niha...campur sikit dengan kelapa kering...

Sesuka hati aku je kan..orang buat sarapan pagi atau makan petang, aku pi buat dinner pulak.

Pagi semalam kan dapat email dari pakcik....
thanks very much for the paper, which I will read very
carefully on the flight to Beijing and try to get corrections to you asap.

Best wishes, J.

Tetiba 12 jam lepas tu..pukul 8.30 malam tuh...tiba pulak yang ini
I have a lot of suggestions for you, but no scanner here. Will send to you
asap. Cheers, J


Alamak somput den dah ni.....
Dear pakcik,
timo kasih lah sudi check paper den tuh.
janganlah suggest n ubah bebanyak.
Harituh dokek sebulan den nak menulih eh..
walaupun setakat 4-5 pages..
Pages lain tu banyak ngan calculation n references jo tau.
Tapi pakcik tau tak yang kojo kiro mengiro
n develop n run program tu since tahun lopeh....
Yang ado dopan mato ni pun tak terbuek lagi...
takdo ideo lagi niha huhuhu...
Pakcik,
den heranlah..dah pakcik tinggalkan den kek sini,
poie pindah kek G-8 uni,
sikit pun tak ajak den ikut pindah,
apahal pulak masih nak tengok
kojo den yo...den dah lah lamo merajuk tau.....

Stress dah ni...hish kena pi kuar lah ni...:))

Psst..kami dapat housemate baru..ingatkan dari sri lanka lagi, rupanya dari Latvia..cute orangnya..petite la...Tau ke latvia kat mana ? Bila kawan tanya aku cakap kat Republic czech kot..ntah2 yugoslavia..hahaha sesuka hati je kan. Rupanya sebelah Rusia n lithuania..alah seberang laut tu Sweden....

Eh..rupanya dah terkuar dari tajuk asal entri kan..hehehe..sowi....

Baru2 ni tengok gambar2 lama....Tetiba teringat kisah dolu2....
Dulu tahun 2005/2006 kot, aku kena pindah rumah at new housing area yang dekat ngan hutan belantara....
Sementara nak tunggu ketibaan housemate, aku mintaklah kakak teman dan terpaksalah pontengkan anak buah aku dari taska. First nite tuh aku dah baca yassin and doa lah. Tapi susah gak nak tido. Esoknya bangun ada jejak-jejak ini kat belakang rumah...

Hmm..not small cat...but I think BIGGGGG CATTTT....hutan kan.
(Psst..sesapa yg tau pasal animal or verterinar ni..silalah bagi komen ya..jejak apakah itu.
Bila tengok balik..macam tapak kasut pulak kan hmm...)

Tambahan pulak bila terserempak dengan contractor yg masih sibuk buat kerja kat kawasan berdekatan, dia tanya ok ke tinggal situ. Dia cakap takde apa2 kan..but the way he said that..mesti ada apa2 yang dia tau n cuba sembunyi dari aku huwaaaaaaaaaa.....Rasanya tak mustahil coz rasanya last two years..my neighbour ada bagitau..yg the other neighbour ada nampak yg berwarna hitam yg pantas berlari itu kat belukar depan umah we all.....Harap takkan serempak la ek. Sebab tu bila gardening aku mmg sentiasa tutup pagar, manalah tau kok dia nak say hello to me....Bila gardening kat luar pagar, selalu gak aku tertoleh2 kat belukar tuh.

Bila dah berani sikit, kakak aku pun balik kg...coz mak pun dah bising my anak buah hati pengarang jantung pisang tu dah lama tak sekolahkan. So, bila sekali lagi aku ajak depa teman aku....ada ke patut si kecik tu cakap macam tajuk di atas tu...siap cakap kat bawah tangga tuh. Chet...bertuah punya budak, tak sayang mulut tuh. Patutlah dia macam tak suka masa teman aku harituh...asyik ngegada n merengek je.

So, bila aku balik kat umah tu sensorang, aku mula la seram. Tambahan pulak, lepas tuh tengok ulangan tayangan rancangan Linda Onn...kebetulan dia pi jemput uncle seekers..tak guna betulla uncle tuh...dia pi cakap, biasanya hantu kat bawah tangga jugak...Alamak den yg penakut lagi lah penakut tambahan bila tengok bawah tangga tuh. Sebab tu pastikan yang den naik ke upstairs before pukul 12 malam..If possible, sebelum pukul 10pm. Tapi tulah kenkadang kusyuk buat kerja tau2 dah lebih pukul 12 malam...alamak...so scary nak naik atas. So, bila kat tangga tuh...aku naik sambil badan sandar kat dinding...

Bukan apa kalau terus naik, aku cam rasa ada benda kejar aku....Sambil naik tuh, sambil baca apa2 yg patut. Pernah gak aku cakap " aku tak kacau ko, jangan kacau aku...." . Dahlah selalu terkejut dengan imej sendiri dalam cermin besar tuh. Rasanya dulu, pernah gak aku terbalikkan atau tutup cermin tuh. Masa tuh sedih gak, apsal susah nak cari housemate. Rasanya pasal depa tak suka kawasan baru, pasal takut jugaklah tuh. Lagipun jauh dari tempat lain. Tapi aku takde pilihan huhuhu. Aku cuba elakkan nengok cerita2 seram ni..apa ninyang rapik ke apatah, semua aku tak tengok. Tapi rasanya kalau cerita apa tuh yg ada pontianak Zarina an julie=Anjoulie lavucah tuh aku tengok gak. Kekasih ku seru layan jugak...walaupun lepas tu selalu terbayang sesuatu kat siling. Tu pun pasal dah letak tv dalam bilik, lepas tu tido selubung lah...sampai sesak nafas. Selalu gak, bila aku sedang sembahyang isyak hampir/dah larut malam...tetiba rasa bulu roma tegak semacam je. Punyalah penakutkan...Bukan apa dulu, pernah baca forum/ sesi soal jawab..jika kita rasa sesuatu tuh, betullah ada benda tuh. Aduh...lagilah aku takut kan. Padahal tengah sembahyang tuh, nampak sangat tak khusyuk...Ya Allah lindungilah hamba mu ini dari gangguan syaitan...

Heheheh..teringat pulak perdebatan Dr. Fadzillah kamsah ngan uncle seekers...Uncle seekers dengan excited n tegar ngan prinsip ngan kewujudan 'h...u' n and siap cakap ada dlm quran..tapi Fadzilah dengan senyuman berkata dalam quran tak sebut pun pasal keujudan 'h..u'..yg ada hanya jin, iblis lah....Logo acik....

Kawan tanya gak...kat oz tak takut ke. Aku cakap so far kat oz tak terpikir lah makhluk gitu-gitu...Yelah mana ada cerita tang cik pont..k ke, cik pol...g ka...etc la kan. Ada yg buat lawak, yelah kat sini dracula ada lah..chet!!! Baru-baru ni...pi toilet bawah dah larut malam, keluar dari bilik air terkejut gila nampak cam benda besar sangat depan aku..rupa-rupanya kain batikku kat ampaian heheheh. Hah ko, padan muka aku cakap besar kan...Oklah aku nak pi teman kawan pi beli souvenir utk dia balik raya nih..aku survey le...

Friday, May 7, 2010

Den dan bungo oww.......

Tetiba rasa sangat homesick...rindu sangat kat famili...huhuhu aku mau pulang !!!!
Tapi camno nak pulang...selain kojo banyak, kewangan cam tak mengizinkan jo...
Relax...take a deep breath ....try to think something nice...hmm...selongkar jolah apo yg ado dalam youtube tuh...Dah dapat apo yg den cari????

Jom nyanyi jap...ni lagu zaman kekanak riang dulu kot...ntah2 masih isap botol lagi hehehe.



Cam tak sesuai jo kan den dan lagu bungo ni kan....
Den yang ganas dan bungo lagi tak sesuai...
Macam tak cayo jo....den ado tanam bungo, hmm tapi check kek sini...
Lagi tak cayo den bolo banyak bungo niha...
Ado ko patut..kucing kek umah tuh poie main bungo ni sampai bosopai dibuek eh....

My first flower bouquet...tiru gubahan kek kodai tu, tapi tak cukup budget boli beberapo tangkai jo

I love the flowers and the arrangement...geram betul my cousin pecahkan the cream vase during my bro's wedding.

Hahaha bungo palsu/plastik/artificial....
Psst...bungo budget ni bukan untuk pameran atau jualan tau. Kok berminat poie lah kek Nilai 3 yo. Boleh minta penjual tuh buek gubahan sekali for free. Better tanya dulu coz last time several shops charged RM3-5/set.

E..Eh ! nanti dulu...ado laie niha.....
Ni pun tiru gubahan kek kodai, tapi budget version hahaha...
kok setakat daun kelapo dikoringkan den pun buleh buek hahaha...ranting tu pun kutip topi jalan jo kan.


Gaya kedekut....E..eh nampak lak juraian tirai/bidai/blinds love pemberian Cik Rn

Last but not least...jangan lupo
Vase dari bekas vitagen yg dibalut ngan tali keras tuh...

bungo tolo hehehe...abaikan aksesori tambahan tu yo.

Hargailah pemberian teman2...mesti dia bersusah payah bersengkang mata buek bungo tolo tukan. Kalau dio tak curah tenago pun, dio curah duit kan nak boli bunga tu kan. Sobab tu den tokojut dan sodih bilo ado kawan selambo badak yo poie buang bungo pemberian kengkawan tu..umpamo habis tolo, bungo dibuang. Lagipun kok terdosak bona, kok sedaro maro tak cukup bungo tolo, bolehlah disedekahkan...Tapi dedulu mak den mintak nak buek tambah bungo tolo maso kenduri mak usu den tak bagi hehehe..kodokut kan. Maso kenduri adik baru den bagi, tupun bilo nengok kuantiti kotak tolo cam dah kritikal ...dan cari mano bungo tolo yang ado duo set, satu den totap simpan la...sayang la, dahlah cantik..nak buat kenangan selain hargai pemberian kawan.

La...bukannya entri nak mengubat lara di hati..bila cakap pasal bungo, bungo kek umah pulak tuh...lagilah eden homesick....be strong.....

Wednesday, February 3, 2010

Ado apo ngan topi Balkis...

Korang minat ko ngan topi niha


Amat sesuai diberi nama topi Balkis atau topi Cinto Balkis. Kenapo??? Saksikanlah..........


Hish, tak baik boto si Balkis ni meniru topi den tau. Topi den ni boli tahun 2006 kek Langkawi.


Ciss...topi melancong den di buek eh topi berkobun takpun masuk ladang...Tak suka tau !!!!

Bilo cakap pasal ladang ni, rumah den dulu memang dopan, belakang n bolah kiri ladang kelapo bali si Golden Hope punyo. Opps..korang tahu ko apo bondo eh kelapo bali tuh...kelapo sawit lah. Eh..kitorang tak cakap ladang tau..kitorang cakap istit yo...terjemahan kepada estate hehe.Best jugak bilo ngonang jaman kanak2 ribena tuh. Main galah panjang ngan konda kondi kek istit dopan umah...hehe tak hingat nak balik. Terjorit-jorit lak mak panggil hehe. Kok sesapo tak tahu apo bondo eh konda kondi tuh, lawatlah blog ini.

Poie cari lidi kek istit sobolah rumah. Cari lidi ??? Alahai...bilo orang kait buah, mesti dio kait pelopah eh sekali kan.


Tu...daun-daun kek polopah tu bilo ko lurut, tak ko dapek lidi eh. Jonuh gak nak ngumpulkan lidi nak buek penyapu cam kek bawah ni...


Lopeh tu, kek istit belakang umah, selalu tompek kitorang jago lombu. Jago lombu???? Haha..nanti2 lah den cito yo. Kalau poie jauh ke dalam gi, boleh poie cari pucuk paku.


Kadang, kalau lopeh hujan...kutip cendawan la. Kenkadang kitorang cabut boneh pokok sawit tuh. Ala, yg baru muncul tuneh/daun mudo duo tigo lai tu. Maso tu biji eh tinggal tempurung hitam tu jo. Yang best eh, bilo tempurung eh tu dipocahkan, ado isi puteh eh..manih gak raso eh..cam gambar bawah ni.


Sobab tu korang tengok, dalam cito cinta balkis tu depa kutip biji sawit yang terlerai dari buah tu. Kalau tak dikutip, kan tumbuh lak keliling pokok tuh..buek somak jo kan. Lagipun buah lorai kalau dikutip, sedikit sebanyak menambah berat kepada hasil tangkapan eh hasil pengumpulan buah tu....

Sobona eh, maso sekolah rondah dulu..nilah sumber pendapatn den. Kalau rajin ngutip biji lerai tuh, dapek lah upah. Ado sekali tuh, nak duit lobih sobab nak poie rombongan cik kiah ke Kolumpo, den siap angkek buah kelapo tu lotak lam keto tolak(kereta sorong). Bosar gak buah eh. Dapek tigo buah tandan, ponuh la keto tuh. Mako terkial-kial la den menolak keto tu. Bilo sampai kek titi nak soborang bonda (parit bosa), berhompeh puleh lak den menyeimbangkan badan yg ketot ni sambil bawak boban yg borek gilo tuh...Maso kocik dulu..memang tak suko buek kojo kutip mengutip n angkek mengangkek ni, tapi kenkadang seronok gak coz raso cam den kuek bagai jantan johan bilo buek kojo orng dewaso. Bilo pikir bilik sekarang ni...pengalaman berhargo tuh kan.

Tu kisah dedolu, kisah harini lak, den makin poning ngan kojo den. Semalam den cakap graph yg den dapek cam tak logik. Bilo ado sorang post doctoral student ni check my work, dio kato mungkin den punyo formula salah. Musykil gak coz haritu my spv check kata ok. Den pun raso formula den cam boto. Bayangkan kojo den yg 6-7 bulan tuh kono buek semulo right from the start tak ke haru. Tapi, den maleh nak ngiro pepanjang dulu. Den kiro sikit, then suruh cik comp kiro. Sib baik buleh...tapi mmg lamo gilo lah. Maklumlah den tak sompek nak permudahkan that equation. Tapi yg sakit hati eh...pun dapek graph yg samo. So, apo lak masalah eh laie....Ya Fatah Ya Fatah...Ya Allah permudahkanlah, bukalah pintu penyelesaian...Amin. Cam biaso, poning2 gak, lunch jgn tinggal. Niha boka siang tadi ...sambal terung semalam ngan ayam hangus hehe..

Sunday, November 22, 2009

Sapo lah yang pemaleh ni....


Ni bilik sapo yang lintang pukang cam di sorang garuda, tongkang pocah pun tak cam ni. Tak tahu nak ngomeh(kemas) ko ? Pemaleh bona.


Kan elok barang tu tersusun rapi cam ni ha. Sojuk mato memandang bilo dio nonggok ontok2 dalam shopping bag tu.(nonggok ontok2=duduk diam...betul ke??? lama tak guna word ni).

Barang duduk diam dlm bag, tuannya pun pulun tido dalam train. Ngantuk giler. Nilah penangan minum coke memalam buta. Sesudahnya pukul 2.30 pagi masih terkebil2. Selain ngantuk giler, dan syaitan yang bertenggek kat atas mata tu...susah bona nk bgun pukul 5pagi. Pepagi gi mana? Tu la pi jalan2+shopping... haha takdelah awal mana pun kuar umahnya. Psst tadi aku makan kat Joy cafe, an Indonesian restaurant. Minum ais durian + makan ayam penyet. Sebut betul-betul, ayam penyet ya, bukan ayam pendet ya. Jangan suka-suka sebut pendet, nanti kita kena sweeping pula kalau kita selalu klaim opps sebut itunya si pendet...Apapun kok pedes bangat si ayam penyet tu. Housemate ku yang Indonesian tu pun siap ketepikan sambelnya. Sekurang-kurangnya aku mencuba juga makan sambel itu. Tapi lepas makan, mmg perut pedihlah. Haha, org Ns tak kuat makan lado....Balik semalam terus pekena macaroni bakar lebihan dinner Hari Jumaat, first time buat tu...

Tau apa jadi semalam? Takde apa pun...tapi apa ko rasa bila orang tanya " Are you from China?". Cina sangatkah aku ??? Buto apo mamat tu, kok mato den sepet n den ni putih melopak or pinky kegebuan gitu logik gak. Tetiba teringat dialog kat Penang dulu "Lu Melayu ka? serupa cina la lu". Rasanye kami takdelah keturunan cina, keturunan jowo adalah. Macam2 diaorang ni. Mula2 sampai kat OZ ni, masa pi solat di surau uni, minah arab ingat aku from Indonesia coz dia ingat orang Malaysia semuanya pakai tudung. Lepas tu lak " Are you vietnamese?", huh...mamat vietnam nak cuba ngurat aku lah tu. Ada gak " oh! you are from Malaysia, I thought you are from Thailand. Kenapa lah, tak terus tanya aku dari mana berbanding main serkap jarang cam gitu. Tapi pelik gak...dialog dedulu masa darjah 3 lain pulak

Makcik apatah namanya : Ekau anak sapo?
Aku : Anak si......
Makcik apatah : La yo ko. Kenapo lain bona...hitam.
Aku : Camano tak hitam eh, berpaneh berbaning balik sekolah tongahari buto jalan kaki jauh wo. Apo makcik doso ko kalau hitam? Hitam ini menawan apo...hitam pun manihkan.


Masa darjah 6 kat jabatan pendaftaran seremban, nak buat IC...tetiba sudah tukar kulit

Lelaki : Anak dia ke? Anak cam cina bapak hitam?
Perempuan : Anak angkat kot.
Aku : Wei, korang takdo kojo ko. Hitam2 pun bapak den tau. Tak pahamlah orang-orang ni, kalau kulit putih, hati hitam cam korang tak guno gak kan. Apo ado kek warno kulit?? hehe selain ada bintang2 atau parut masa zaman kekanak riang dulu.
Orang putih pun berlumbo nak menghitamkan diri/menggolapkan kulit. "Tan skin" kato eh...sampai ado yg kono kanser kulit kalau guno "tan spray" berbanding pi berjomur kek tongah paneh nun aka "sun bathing".


(apa korang ingat den berani jawab cam semuo tu ko...huhu, tak baik tau. den kan polombut dan pemalu...kua kua)