Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Monday, October 26, 2015

Sambal goreng Saadiah

Air tangan Ogy Ahmad Daud


Bagaimana rasanya?
Boleh tahan sedap.
Unik!!!
Berbaloi membeli walaupun agak mahal.

Apa yang ada?
Udang, daging, limpa dan paru kot.

Beli 2 packs.
Satu selamat dikorban semasa Hari Raya Aidil Adha.
Yang ke-2, baru dikeluarkan dari freezer pagi tadi.
So, bolehlah reheat for my dinner tonite....







Sunday, November 9, 2014

Noritake vs Plastic

Sedapkah makan meatball dalam pinggan noritake?


Ada beza tak dengan meatball dalam pinggan plastik???


Hmmm...guna pinggan apa pun rasa meatballnya sama je, pasti mengenyangkan dan akhirnya jadi bahan buangan juga. Apa jenis pinggan pun tetap perlu basuh juga kecuali disposable plate la hahaha. Guna pinggan apa pun kalau presentation teruk pasti isi di dalamnya kelihatan tidak menyelerakan as in the first picture.

Hish beria ambil gambar sampai terlupa letak lingonberry jam.

Ok...ok jom tengok AF final. I suka Ewal tapi I nak Firman menang...I rasa dia memang jadi pilihan ramai. Tambahan pula komposer lagunya adalah M Nasir tu...

Tuesday, November 4, 2014

Ikea meatball craving

Finally, this almost 5 years of craving was fulfilled last week...Tuesday the 28th to be exact :))).


Hahaha....this 5 meatballs set is kids meal. 15 meatballs in one go is a NO NO. A bit disappointed at first since this long awaited food is not really as what I expected it to be. The same goes to my craving for red velvet and rainbow cakes :(. Anyway... I began to enjoy this famous Swedish food as I was biting into the last piece. HMM....too bad isn't it....

Hey...don' t worry....just like IKEA DIY furniture, we can DIY this dish haha... Either we make it from scratch or we can just buy these RM47 package.


However,  the 8 servings frozen meatballs is quite pricey for me. One thing to be sure was I can't wait long enough to dig in the meatballs for the second time. Using Campbell mushroom soup and a dash of ground black pepper, I prepared this bantai ajelah gravy on the next day.


Once I bought the cream for the IKEA gravy then only I prepare the full set of the dish :)))).

Tuesday, August 13, 2013

Berurut di hari raya

Orang sibuk pi beraya, I sibuk pi berurut hari Ahad lepas. Kami pi beraya di hari raya pertama je. Habih tu dah semua pakcik makcik kat kampung ni kan :P. Tetamu pun boleh dibilang dengan jari. Bohsan dok umah. Rasa nak termuntah tengok TV. Tak Tv, makan,. Tak makan, tido. My niece tak balik raya, my nephew pulak balik rumah nenek sana. I was the first customer. Urut kaki 1 jam (Rm38), urut badan 1 1/2 ((Rm65) jam. Bab kaki tuh, wpun sakit tapi lega. Bab badan mmg sakit gilos.....angin satu hal, urat tegang satu hal terutama bahagian bahu dan tangan kanan. Bila diurut, menjeritlah....Sampai harini masih rasa sakitnya. I suka pi kat tempat urut sebelah McDonald ni. Ye lah tempat wanita kat atas, cantik dan selesa pulak ....Tapi gambo hampeh coz guna hp cap ayam ;)....

Naik tangga

 Turun tangga


 Sambil urut kaki,

 layan je la TV....


 Tempat urut badan...mestilah golap :P


Then, dah selesai apalagi...jom McD.......hahaha mana tak anginnya kan.


Ingat nak balik, tetiba melencong pi nilai square, mencari kain lycra.  Rasa nak buat ala2 busana Muslimah...labuh and longgar. Jumpa di Bunga Raya Textile RM15/m. Tapi corak tak menarik. Jelita Textile tutup pulak, nak jugak jenguk Japanese Cotton.

Lepas tu singgah solat di Giant...hehehe Masjid besar dekat je dengan Nilai Square tuh. Habih tu I kan tak pakai tudung, tau pulak segan ek......

Then punyalah tak senonoh, patutnya terus balik. Boleh pulak I menyinggah pi cuci cuci rambut. Hish awat mahal sangat RM30. Biasa ku rasa RM25 ajo...Katanya "Biasa mmg macam tu ma...". La iyo ko.......

Sakan memanjakan diri. Luckily, boleh menahan diri dari pi buat facial treatment pulak hehehhe. Bayar nearly RM135-RM165 for each session, tapi muka tetap berjerawat dan berjeragat gak hhhehe. So, lenkali buat je la sendiri scrub n mask tu ya. Duit kat bank tu pun dah menyusut sangat tu. Gaji lagi 12 harikan. Hmmm..macam perlu guna guna duit raya yg tak habis tu hehehhe...

Psst pagi tadi I sarapan meatball you...semata-mata nak perabih thick cream that will be expired next 2 days.


Tapi ni versi ngelat and caca marba ya..... Versi asal from scratch sila google ya. Beli je frozen meat balls. Then rebus sekejap dengan air yang dicampur Seasoned Salt McCormick. Agak2 dah masak, angkat dan toskan. Air rebusan tu simpanlah ya. Then masukkan meatball dalam sandwich zipper bag. Masukkan pulak seasoned salt. Zip the bag dan goncang. Simpan dalam fridge semalaman untuk rasa yang lebih enak. Kalau dah lapar sangat abaikan je the red color steps heheheh. Then panaskan minyak sikit dalam pan dan goreng meatball sehingga perang. Angkat dan toskan. Then, masukkan 2 sudu tepung dalam pan tadi. Kacau dan tambah stok daging (air rebusan meatball semalam or beli je kat kedai hehehhe). Then, tambah thick cream. Perasakan dengan bbq sauce and seasoned salt. Siap.....

Harini kira bz lah. Dok menggulung carpet, basuh baju dan menyiapkan kerja-kerja opis. Huhu..esok start kerja, harini barulah kalut. Macam kena stay up je. Maklumlah I dok relax sakan since Raya ke-2 hingga kelmarin. So now padan muko den .........



Thursday, April 4, 2013

My style of exercise

Bangun awal pagi, semangat begitu membara untuk bersenam. Pastinya mau join program senaman di TV untuk dapat lebih momentum. Tapi tetiba lapar pulak....


Hmm..begitulah cara saya bersenam...having brekky while watching exercise program :P.

Tu cerita bulan lepas, keinginan ada, pelaksanaan tiada. My brother words made me furious with him and myself
"Aku tengok ko makin tembam"
Maka bermula Rabu minggu ni, pepagi I buat senaman perut for about 10-15 mins. This morning, I ikut video di youtube for about 20 mins, then buat sikit ikut program di channel 728, finally buat senaman perut. Guess what? My friend and I went for one hour brisk walking this evening starting from 5.50pm. Balik rumah, sambung buat senaman perut. Tapi punyalah tak senonoh lepas tu pi bantai minum ni ha.........


Tetiba I rajin pulak berblogging kan. Lepas exercise, bolehlah jenguk blog jap. I have to push myself to do it or else I tend to forget whatever I have done. I tak larat nak tulis in my corporate diary.  So, this blog helps me to check on something later on.

Anyway, what a hectic day today. From 9-11.30am, I prepared the assessment form for my customer. Definitely, I got distraction from my colleague and today one of them suggested to me to watch mind power video on youtube. Kinda like -imagine it, strive for it and we achieve it. Imagine kita meraikan majlis konvokesyen with family and supervisor, Insha Allah akan tercapai. It's good input for our life but this video can wait during this critical time.

Later, I got appointment with customer from 12-1pm. Since I got long discussion with the first group and then I have to wait the input from the second group due to area of interest changes, this meeting ended around 2pm. Lapo giler....Then I wanted to pray and go out for lunch. Unfortunately my boss's PA came and asked me to provide the evidence for the error in my colleague's data entry. I have to handle that data entry since she is on maternity leave, even though I know nothing about that project. Blank and blur sekejap dalam keadaan lapar. Mana nak cari ? some of the evidence ada dalam my lappy di rumah. Okay, ada yg I dah email pada boss. Dia tak perasanlah tuh. Previously I had difficulty to key in that data due to system error. Once that problem was solved, there was another error due to unmatched record.  So, I have to go through the raw data manually in order to provide the evidence that the system read/interpret the raw data wrongly. Huh! teknologi yang menyusahkan bukan yang memudahkan. Then, kena turun tingkat bawah nak photostat raw data and print other evidence from email. Siap highlight kan untuk memudahkan my boss.

Bila balik ke office nampak pulak my colleague yg nak pindah di wing kami. Dia contact cleaner untuk bersihkan bilik dia, tapi cleaner tak angkat phone pulak. So, I invited her to come in my room and offered myself to contact the cleaner. Jawab pulak minah tu. So, satu hal pulak nak tunggu cleaner. Akhirnya, bolehlah saya pi ambil wuduk. Balik dari wuduk ada kawan lain pulak bertanyakan pasal isu bilik. Selesai je solat dalam keadaan tanpa mekap dan rambut serabai, staf yg uruskan penempatan bilik kami pulak nak jumpa I. Selain membebel pasal isu bilik, he gave me senarai bil berkaitan rumah yang dia telah bayarkan sepanjang ketiadaan saya dahulu.....mencecah  RM600 huhuhu.  Hutang..hutang perlu dibayar segera.

Akhirnya sekitar 4.10pm barulah saya keluar nak pi lunch. Hahhah dah petang baru dapat lunch....nasi goreng daging merah dan air tembikai ya...........


Wednesday, January 9, 2013

Tekak besar si orang sakit

Huish semalam di OZ, mesti ramai yang mengeluh di sana sini. Aku keluar pi uni around 4.30pm. Keluar je rumah terasa sangat udara panas membahang, walaupun langit berawan....


Sungguh ramai orang bersidai tepi pantai, selain lelaki yang berlenggeng dan wanita yang memakai pakaian seminimum mungkin berjalan ke sana ke mari.

Sampai ofis...manalah ada aircond kan. Bangunan lama kan...so pasang kipas laju gilerlah. tak cukup dengan itu, my opismate pun pasg mini cooler. At one time, I told my opismate rasa nak pakai bra aje hahhahha............Balik lebihkurang 10pm pun rasa panas membahang. Jenguk ke laut ramai orang dok berendam dalam rock pool ni...


Dah tengah malam pun panas lagi. Inilah kali pertama I buka tingkap memalam buta dan siap pasang kipas lagi. Konon pagi tadi bangun 3am, nak pulun buat kerja. Tapi pi buat benda ngarut. Then 6.30am baru belek thesis....Tapi biasalah terlelap, Sedar-sedar dah 7.45 hehehhe. Semalam punyalah panas, harini dingin je tergigil2 ditiup angin waktu tengahari semasa tunggu bas. Oz weather...we can't complain ;)

Owh...nak cerita pasal foodkan, tapi intro takde kaitan lansung hahhahah. Hah! nilah antara menu orang sakit. Either masak, leftover food, instant food atau beli

Egg noodle and bbq chicken


instant mashed potato, leftover peanut sauce+taupok+chicken liver n pedal


Sticky chicken wings+mixed beans salad+kale+boncocini


leftover Sup daging+instant mashed potato+rojak buah...


Murtabak sardin

Thai food

Baked chicken+mixed bean salad+stir fried kale


Opps...macam tak sakit je kan ;)))

Hari jumaat lepas teringat sangat nak makan ikan dan nasi goreng Thai. Tapi beras kan dah habis. Belek purse, sekali lagi duit ada AUD15...:(. Terpandang pulak AUD10 atas rak buku. Balancenya korek2 la plastik duit syiling. Alhamdulillah tertunai hasrat tekak hehehhe.....

Macam biasa, mesti ada orang menyibuk :P. Kalau I beli takeway food, ada je la yang tak kena. Ni I order yg free delivery pun pepaham je la...."Eh! mahalkan.". "EH! bukan ke minimum order for delivery AUD40". Hello! yang ko tengok tu entah mana-mana katalog. Kenalah pandai cari harga termurah, food yang best dan yg pasti HALAL....I bukan membazir ya atau belanja boros. Lagipun, I boleh makan ikan dan nasi tuh banyak kali...YA! ENAM KALI TAU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Yang egg noodle tu harga aud12.50 kot, tapi I boleh makan EMPAT kali ya. Sometimes orang ni tak sedar, walaupun dia jarang beli take away food, tapi dia beli bahan yang mahal takpun menggunakan sesetengah bahan dengan banyak. Contohnya sayur brocolini yg aud2.98 secekak kecil je tuh..yg hanya boleh dimakan satu atau dua kali sahaja. Lepas tu, bila beli barang banyak sangat, sampai tak nampak...at last buang je sayur/buah yang dah layu/busuk. Sekali masak, habis sebijik bawang besar...kalau masak sambal ok jugaklah nak guna bawang banyak tuh. Kalau dia makan di Fishmarket, sensorang je sekali makan boleh habis nearly or more than AUD35.  I habis aud13 je hehhehe....Tapi duit dia, lantak dialah kan....Tapi yg dia dok nyibuk dengan apa I belanja, apahal............


Friday, November 23, 2012

Bila daging kunyit hancur berderai

Salam Jumaat :)......

Rasa macam dah lama tak cerita pasal food. Asyik dok membebel pasal my work, takpun meratap pasal kekecewaan my nephew tuh ;)...ate cucu sulong, anak tunggal pulak kan. Dah ok sikit kot budak tuh, maknya nak bawak pi Pangkor harini. Katanya seronok nak pi, tapi sedih gak hahhaha....

Haritu teringin sangat nak makan daging goreng kunyit. So, I defrosted the frozen meat in microwave for 2 mins. Sentuh2, macam sejuk beku lagi...Tambah lagi 2 mins...Nampak ok, bila nak potong daging.... banyak yang peroi dan berderai hahahah......Tapi dah teringin, masak je la...


Actually the day before fenin nak masak apa. Korek2 freezeer jumpa udang...Rasanya ni beef dan udang ni stock masa raya haji haritu. So, masaklah udang goreng kunyit hehehhe..................


Senang sangatlah kan nak masak goreng kunyit nih. Less than 15min preparation and cooking time. Psst...menu ni pun simple kan.....waalupun tiada rupa, tetap menyelerakan.


Chet.. hampeh hampagas betul la. Blog I pun dijangkiti wabak penyakit seperti blog lain grrrrrrrr...... Semasa dok upload gambar tetiba keluar message nih :

Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more

Luckily pagi tuh, dah baca entri Cempaka Biru hehehhe........Thanks Nieda Dan Qaseh Honey. Ikut je arahan langkah demi langkah...In shaa Allah ok. Jangan degil macam I hehehe....

As a summary :

sign up for new google account >>>>let this new account be the author or the admin of the blog too (caranya lihat tutorial hehhehe)>>> login using this new account>>>>Maka, dapatlah upload photos :)

Tuesday, September 25, 2012

Cendol in OZ spring.........

Awal sept buat cendol. Tiada tepung beras dan air kapur, so guna tepung jagung je. Tapi saya tak jumpa pula link recipe tu huhuhu, tak larat nak cari dah.


Walaupun rupa kejadian tak semenggah, cukuplah untuk tekak orang mengidam in OZ spring hehhehe.........


Bunga pelbagai warna,


maka makanan harus juga pelbagai kan hehehhe...................


Penuh sepinggan dengan leftover food, ada nasi goreng, gulai ayam, satay goreng dan sambal belacan berbawang ;).......

Then leftover food lagi heheheh kecuali lettuce lah..........


Suhun goreng pun ada, masak ala2 bihun kicap


Leftover suhun kita jodohkan dengan sosej ;)


Makanan in september maksudnya makanan thesis ;)..............

Actually sekarang ni memang sedang serabut, banyak perkara nak fikir-tesis writing,visa, study extension n accomodation. tu tak termasuk dengan perangai housemate kesayangan dan juga pelbagai problem di Malaysia. Antara yg remeh tapi perlu juga diuruskan ialah unknown bill. Manalah tau kot ada orang pandai2 guna my name. Hari Ahad call my sis, katanya ada bil dari Telekom Malaysia. Saya hairanlah, saya dah lama tak menggunakan khidmat Telekom ni. Bila call customer care pun problem, ada ke patut kita di suruh masukkan kod kawasan, satu lagi pilihan apatah dial up ke. I bantai je la. Bila dapat bercakap dgn officer tu, dia pun tak tahu. So, call pulak nombor yang dia bagi. Nombor yg dia bagi pun silap dibahagian depan tuh.  Camnalah nak call 0060.... dari OZ, lainlah +60....Hmm, bila dapat call pun ada dua pilihan tu, I biar je, dah beberapa kali baru disambungkan ke officer. Then, yang geramnya si officer tu asyik tak dengar apa yang I cakap. Tak larat nak ulang banyak kali. Lagi2 bila 'masa' tu, memanglah moody and bad tempered. Bila saya bertegas kata line dia tak clear (coz macam terputus-putus dan ada desiran), boleh pulak dia  betulkan hehehhe. Barulah clear. Lama menunggu dia buat semakan, akhirnya barulah saya tahu bahawa bill tersebut adalah tuntutan TMNet yang saya telah tamatkan akaunnya pada tahun Dis 2002. Seingat saya dah bayar semua, tapi tak larat nak fikirla. Bayar je la nanti. Lawak of the day kan. Setelah hampir 10 tahun barulah, perkhidmatan mereka yang CEKAP tu nak tuntut bayaran.

Saturday, September 15, 2012

Mari belajar mengelim karipap dari kanda :)



My kanda buat karipap malam ni you. Tak tahu apa angin dia tah...Tapi biasalah bila student Phd sibuk dengan writing ni, tetiba je datang seruan nak masak macam2. Memanglah sepatutnya fokus with writing, but sometimes we need to take a break or do something to relieve the stress. So, buat pertama kali dalam hidup kanda dia buat karipap sendiri you. Haritu dia buat bersama saya, tapikan dulu dia prefer guna acuan tuh. Bukanlah saya ajar dia pun coz saya pun baru je 3 kali buat karipap ni, tu pun pasal mengidam. Tapi saya masih tak pandai nak kelim karipap. Dahlah slow, tak cantik pulak, jari -jemari pun sakit. Rupanya tadi baru tau salah teknik hehehe. Malah saya mulakan dari dari atas. Tadi, kagum saya tengok kanda dapat kelim karipap dengan mudah dan pantas dengan memulakannya dari bawah. Maka saya pun apalagi teruja nak belajar mengelim karipap dari kanda, walaupun dah mengantuk, dah pukul 10pm kan. Kesian kanda kena demo banyak kali, selain kena buat slow motion demi adindanya ini hahhahah. I thought that she learned it from youtube. Katanya, it based on her observation while her sister was pleating the curry puff edges and kinda like her own idea ;).

Talking about youtube, apahal all this while I never think of  watching the video on how to pleat the curry puff edges. Anyway, sebaik sahaja merosakkan 2 karipap kanda yang bersaiz mini hehhehe, maka saya naiklah ke atas kerana katil pun sudah memanggil-manggil. Tapi tangan gatal pi search youtube pulak hehehhe. Wah!!! ada banyak video. Ni yang very clear.



Owh! ada jugak orang yang mulakan kelim dari atas. Ku sangkakan aku je yang sonsang hehheheh.........Such a cute video



Eh! tak ke pelik, cerita pasal karipap, tapi kenapa ada gambar dendeng daging hehhehe.  Mana karipapnya???? Belum masak lagilah. Inti banyak lagi, so kanda buat tambahan adunan kulit karipap. Rasanya sekarang dia sedang menggoreng tuh....Wah! menggoreng karipap menjelang tengah malam hehhehe. Sekarang pukul 11.34pm tau.

Owh dendeng tu saya masak for dinner tonite la. This superb recipe was contributed by Kak Umi.  Tapi daging agak chewy coz saya rebus daging sekejap je. Tu yang mula-mula segan nak offer pada Kanda. Tapi kesian pulak, bila tengok dia dah malam baru balik dari uni dan cakap lapar. So, offer je la hehhehe.

Siang tadi, agak bengang juga dengan Iranian housemate because she lent my mixer to resident from another unit without asking me first. Actually she baked a cake yesterday and she told me that her hand was hurt coz she beat the batter manually. So, I asked her to just use my mixer whenever she need that next time. It never cross my mind that she would easily let other people use it too. It's not about stingy or whatsoever. I don't mind sharing certain of my things with others. The issue is when somebody took the liberty lending my things to others without asking my permission.She had apologized and I just said it's ok since she didn't know but please ask me first next time.

Another case was yesterday. Punyalah banyak senduk yang disediakan oleh accomodation management or yang ditinggalkan oleh previous resident, dia boleh pi ambil senduk kanda which of course dalam drawer kanda. Apalagi membebel la kanda. Tak kisahlah Iranian ke, German ke..mereka ni macam suka2 hati je buat harta orang macam harta mereka. Tapi kalau harta mereka mesti mereka jaga elok2 kan. Saya tak kisah nak share my jug kettle with them. Cumannya sedih, bila orang tak pernah nak cuci dalam yang berkeladak. Orang tak lap luar kettle yang ada stain. Saya ada juga letak heater di living room. Tapi saya tulis atas heater tu "Level 1" only due to certain reason. Si German pepandai pasang lebih dari level 2. Yang philipino pulak, bila kawan dia datang pi angkut heater ke dining room. Then biarkan je kat situ dan terpasang punyalah lama walaupun tiada orang. Haritu saya terlupa nak simpan my microwave food cover. Tetiba si German and Iranian selamba je guna. Then beberapa hari lepas tu dia tercari2 food cover tu and ask me where is it. I told her that I kept it. Dia boleh tanya lagi is it yours? Come on la. She has been living here since February kot. Takkan selama ni tak perasan tiada microwave food cover. Saya hanya terlupa nak simpan food cover tu bulan Ogos kot. Iranian pun buat benda yang sama, tanya benda yang sama dan aku pun jawab benda yang sama hehhehe.

Tulah diaorang ni barang orang sesuka hati je nak guna. Tapi kalau setakat penutup bekas plastik makanan dia hilang pun complain.  Saya terdengar si German tulah cakap dengan Philipiono hmate. Bila jumpa saya, pun dia tanya jugak. Actually sebelum dia tanya saya, dia dah kena sembur dengan kanda hehhehe. Bak kata kanda why making fuss over cheap things (Yang ni aku terasa juga, tu cerita next time pulak hahhaha). Yelah setakat 50sen je kan. Berkira sungguhkan. I bukan nak puji diri sendiri mahupun pun mengungkit pemberian, just nak share betapa kita orang Islam tak kisah pun nak share certain barang dengan orang lain malah jika kita ada barang lebih kita akan bagi mereka. Misalnya, I gave my old heater to her. Not to mention several spray deodorant sample that I got while I was in Melboune last year as well as expensive sunblock since I got extra as free gift from magazine that I bought (saiz besar tau bukan sample). Bukannya mengharapkan balasan atau dikenang pemberian kita, tapi pepaham je la hehhehe. Cakap banyak bunyinya dah macam tak ikhlas pulak kan. I kan sensitif, so hati mudahlah terusik hehehhe..........So si german berkira, yang si American self centred dan memang stingy. Nak collect duit beli plastik sampah pun tak mau. Sanggup guna plastik woolies yang cinonit tuh. Toilet roll pun tak beli. Dia ambil kat uni hehhehe. Dia kata dia mintak dari janitor. Boleh caya ke orang senang2 nak bagi free for nearly 7 months ;). Tu belum lagi bila dia nak conquer ruang dalam fridge and kabinet dapur hahhaha. I guess memang certain orang berkira dan kedekut. Tak boleh jugak cakap semua orang german berkira dan semua orang America pentingkan diri dan kedekut. EH!!!! macam biasalah kan I suka melalut....dari karipap ke dendeng ke housemate pulak :P................

Update at 10.27am:
Tadi saya brekky bersama kanda, si german n philipino tuh. Kelakar je, kanda kan buat karipap saiz besar and kecil. Last nite aku cakap, takpe la yg kecil tu kot si german tuh nak rasa je dulu. Maklumla kanda kan suka yg pedas, takut german tak tahan. Guess what si german n philipino pi bantai ambil yg besar hahhahah, lepas tu kali ke-2 pun ambil yg besar. depa memang suka sangat. kata si german kulit karipap je pun dia dah suka. Walaupun 'hot', tapi depa mmg suka karipap kanda hehhehe. I pun suka sangat, tambahan kanda tambah corriender leaves. Kanda gunakan resipi from myrecipe ya puan-puan. Tapikan yg sedihnya bila kanda boleh buat cerita dengan depa kata dia kena stay up until midnite membuat/menggoreng karipap sebab kena ajar saya dengan slow :(. Padahal dia ajar saya dua kali je. Each tak sampai pun 2 minit :(........Pulak tu, saya bawa turun sea weed snacks. Memula dia kata dia suka, lepas tu dia kata tasteless. Aku pun kurang suka seaweed brand tuh, tapi takperlulah nak komen sampai macam tu kan. Si german n philipino pun terperanjat hahhaha......Oklah nak pi kuar jap. Nyesal pulak bagitau kanda kata i nak kuar hehhehe, dia pesan sesame seed. Wah! dia nak buat apa lagi tu heheheh....mode masak tengah aktif tu hahhahah.......

Saturday, August 6, 2011

Resipi daging yang semakin popular

Aku masak lauk daging nih for majlis kesyukuran last saturday.

Tapi nak nampak banyak aku tambah beans and carrotlah. Yang ni leftover, so bila dah perhangatkan, mestilah dah tak ceria and berseri seperti baru masak haritu. Cuma daun tu je aku baru tambah hehehe. Tau ke lauk apa nih ????? Aku guna pes tomyam dari Thai, so memang masin, pulak tu terlebih letak pulak. Penat aku adjust tau. Dahlah lupa nak beli sos cili thai, aku guna sos lingham je. Bila rasanya macam lain je, aku surf internet macam mana nak buat sos cili thai hehehe....Dengan sos cili thai buatan sendiri, maka terhasillah lauk di atas.

Hah! Dah dapat teka ke menu apatuh? Daging Kaprau lah....
Terliur betul tengok menu ni di blog Kak Jee. Masa, memula buat dulu on 11/7/2011, aku tiada daun selasih pulak. Bila google, daun selasih=basil. Bantai ajelah I just used dried basil instead of the fresh one hehehe....Sedap tau. Click here for the recipe. TQVM Kak Jee for sharing this recipe. Kali kedua aku buat harituh, aku masukkan hirisan cili macam Along Rodz. Bila masuk blog Kak Jee, memang kena menahan perasaan melihat makanan yg dipaparkan. Kalau tak silap aku jumpa blog Kak Jee dari link di blog Mas Duniaku pada bulan Mei tahun ini. Pertama kali baca dah terpaut...MACAM-MACAM ADA. Makanan ada, either masak sendiri or jalan-jalan cari makan, petua ada, cerita seram ada, kisah artis pun ada. Rasa terbayang-bayang kenangan masa kecil dulu menonton Santan Berlada. Hampir seminggu aku nak baca her previous entries...hehhee sampai pukul 2 atau 3 pagi jugak aku baca. Yang paling aku tak sangka Kak Jee yang popular ni jadi follower blog aku. Punyalah excited sampai termimpi-mimpi hahaha. TQ Kak Jee for being my blog follower begitu juga rakan-rakan yang lain...

Wednesday, July 6, 2011

Dendeng daging vs Brownies

Adakah sesuai kombinasi itu?
Ada aku kisah, janji habis ;).....
I cooked this dendeng daging for our gathering last friday-24th June. Adik2 undergrad bolehlah happy coz dah habis exam. Kekanda postgrad yg masih diawang-awangan pun menyibuk sama. Yelah bab makan kan ;)).....

Resipi kat http://fairylilly-journey.blogspot.com/2011/03/dendeng-daging-ala-omak.html. Tapi actually sukatan tu main bantai je. Pepandailah adjust ya ;). Dendeng tu dah macam masak kicap pulak kan hehehe. Dahlah pak Arab butcher tu pi slice daging nipis dan lebar. Ingat aku nak masak steak ke? Terkial-kial aku nak slice daging tuh. Actually plan nak buat pulut kuning, tapi ada satu pot je. Pulak tu pi asian groceries hanya tinggal yg 5kg. Nak buat apa bebanyak. Inilah first time aku masak 'lauk' nak bagi orang ;). Tapi takut tak jadi. Maka, buatlah brownies sebagai back up.


Tapi lebihan adunan coklat tu cepat keras, maka sangatlah susah nak piping kat atas cream cheese tuh, sampai pecah piping bag hehehe. Perasan tak aku tersilap buat corak. Dahlah cream cheese tu lambat masak. Pulak tu bila dah keluarkan dari oven, lambat sangat sejuk. Nak tak nak, terpaksa jugak aku potong walaupun masih panas dan lembik. 1/3 for my ofismate, her son heart choc cake...brownies ni bolehlah ya hehehe, 1/3 for gathering and 1/3 for me and my housemate lah.....Alhamdulillah semuanya licin....

Dah kenyang makan, silalah balik, dah hampir maghrib :). Turun dari bas, dah 5pm, confirm dah masuk waktu maghrib....Cantikkan langit senja :)............

Lega!!!! I done with my packing at 12.40am ...1 hour ago. No more boxes-new or used, packaging tape, tape dispenser, bubble wrap, palette wrap and fragile sticker.

Biar patah kuku
Biar sakit bahu
Lapang kamarku,
lapang jua dadaku ;))

Tangan lenguh, badan bisa
Sakit belakang, padan muka!!!

Sudah tahu tidak larat,
Tapi hasrat melebihi kudrat,
Memaksa diri dengan tulang 4 kerat,
Beban 20kg tetap diangkat.

Berapa kali ek???
Berkali-kali !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Beginilah nasib orang bujang yang 'comel' di perantauan hahahah.....

Sunday, April 3, 2011

Makan besar

Rasa macam dah lama tak cerita pasal makanan kan.
Hah ni nasi Padang
Sedap Kak jah, ado rendang daging, ayam sambal dan terung rebus bersambal. Hehehe, confirmlah bukan aku yang masak. Ni aku makan kat Warong Ita, bukan di Malaysia mahupun Indonesia tau, tapi di Lakemba, Sydney hehehe. Satu set $9.50. Di Lakemba memang mudah dapatkan makanan dan produk halal. Masjid pun ada tau. We went there last 2 weeks kot, jap nak tengok date kat gambar........ yup on 19/3. Susah bagi orang yang ada KaKi tetapi tiada CarKey untuk datang sini :(. Selain makan-makan, kami sempat membeli minced beef, kicap kipas udang dan juga produk untuk kulit yang licin dan gebu macam Kh** T*y* hahaha....

Lepas tu, kami singgah di Punchbowl.
Bukan mencari mangkuk punch, mahupun nak minum air punch , mahupun main bowling.
Mahupun sengaja cari pasal nak kena punch.
Habis, Nak cari apa?
Cari inilah........
Double cheese burger dan big Mac. Perut kecik camna tak moncit n boroi kalau disumbat-sumbatkan ;)).
Halal ke?
Puas hati?????
Jangan pulak pi order Angus Beef Burger pulak ya :P

Thursday, March 17, 2011

Dendeng daging ala Omak

Tiba-tiba I was craving for daging dendeng. So, I cooked this dish using my mum's recipe on wednesday afternoon.

Dendeng daging ala Omak
by Fairylilly
-utk sorang makan ( 4 kali makan la :P)

Bahan :
200-250gm daging
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
1 1/2 sudu cili kisar( atau 2 sudu cili serbuk)
1 1/2 sudu kicap
1 1/2 sudu gula (saya guna gula kabung)
2 keping asam gelugor ( saya guna 1/2 sudu teh pes asam jawa adabi)

*dikisar

Cara:
1. Hiris nipis daging dan rebus sampai empuk
2. Ketuk daging dan perap dengan kicap (Kalau rajinlah nak mengetuk)
3. Goreng daging sampai separa garing
4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
5. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak
6. Masukkan kicap, asam dan gula
7. Masukkan daging
8. Masukkan air rebusan daging dan kacau sekali sekala sehingga masak

Disebabkan daging sedikit, maka saya tambahkan hirisan tipis kentang selepas cili pecah minyak. For lunch pack semalam aku tambah tomato pulak :).

Resipi ini hampir serupa dengan resipi yang boleh didapati di internet. Kelainannya hanya pada penggunaan lengkuas.

I cooked this bubur kacang on tuesday.



Tak tahu nak masak apa, tiba-tiba teringatkan bubur kacang. Disebabkan kacang ada sedikit sahaja, maka aku buat ala omak juga iaitu tambahkan bebola tepung. Kali ini aku gunakan tepung wholemeal dengan sedikit campuran tepung pulut.

Kelakar je pagi selasa tu kononnya nak pi uni, so aku buatlah spicy scrambled egg wrap. Tetiba rasa nak buat kerja kat rumah. So, that noon I recheck previous literature and modified programming code based on their work. Done. Then, I recheck my main formulation.
During night, sambil buat kerja sambil tengok Trilogy versi radio. Eh! Ada ke cerita tu versi radio????? Habih video yg aku download takde gambar hanya keluar suara je hahahaha.

Then bukak youtube, entah macam mana tertengok cerita khurafat.


Tapi takut pulak nak tengok habis malam2 buta. So aku sambung tengok cerita tu on wednesday while continue checking
-the main formulation
-how to combine all equation
-half of the parameter-atomic density
and typing all that for future references.

Lepas tu tertengok pulak cerita lawak nih



Sakit perut I gelak bila tengok depa nyanyi n menari, bab bunuh diri pun pun cam kelakar waalupun tak logik hahaha. Then ketawa besar bila tengok Awie pulak. Make sure you watch it till the end


Sekurang-kurangnya video nih boleh juga menceriakan hatiku yang duka lara dan hidup yang penuh drama dan airmata :(. Tak larat nak menangis hari-hari. Bermula dari hari Isnin semasa dalam bas untuk pulang ke rumah, air mata tak boleh ditahan-tahan...itu kisah my studies pulak.
Semalam, my friend came to my office. Rasanya dia nak luah perasan, tetiba aku pulak yang sebak dan luah perasaan aku pulak :(. Semoga kami beroleh kejayaan dan terus diberi kekuatan, kesabaran dan redha dalam menghadapi segala dugaan. Amiin.............

Terkeluar tajuk pulak. Sebenarnya aku nak cerita gara-gara hari Isnin aku balik 9pm, tak pasal2 aku ponteng sekolah dua hari. Tapi aku ponteng pun buat kerja tau.

Apa2 pun bila pi uni semalam, my office mate told me one of our lecturer just passed away on wednesday. What a shocking news to hear that such a young, brilliant and energetic guy died in his sleep. We still don't know what is the cause of his death but it was suspected as heart attack.
Tetiba rasa takut sangat. Mungkin malam ini, esok atau lusa kita pula. Risau juga, kalau tiba-tiba spv saya pergi. Ajal tiba tanpa mengira waktu, bila sampai masanya...jadi, maka jadilah ia. Semoga dipanjangkan umur kami, keluarga kami, guru-guru dan sahabat kami dan hidup dalam keimanan dan keberkatan. Amiin