Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Thursday, October 14, 2021

Perlu sedar diri

Bila terlalu sayang
Bila terlalu risau
Kita perlu sedar diri
Perlu ada had
Itu anak orang lain
Bukan anak kita

Bila niat kita baik
Kita beri pelbagai cadangan
Kita minta disegerakan
Kita perlu sedar diri
Kita perlu terima
Orang mungkin salah faham
Tak cakap pada kita
Tapi lepaskan pada orang lain
Kata kita memaksa
Kata dia tahu nak buat apa
Itu anak dia

Kita perlu sedar diri
Kita perlu ingat
Itu hak orang
Jika memberi amaran pada yg menyampaikan
Perlu minta persetujuan dia sebelum sampaikan pada kita

Kita perlu sedar diri
Kita perlu faham
Mungkin sebenarnya orang itu terkejut
Mungkin sedih
Mungkin sukar terima anaknya kurang sihat
Maka dilepaskan kesedihan dan kekecewaan yg terpendam kepada orang lain

Kita perlu sedar diri
Di mana kita dalam hati mereka
Tak semua orang ada semangat kekeluargaan
Maka baiklah berdiam diri
Tak perlu bertanya
Tak perlu berkata-kata
Jika orang enggan memberitahu

Kita perlu sedar diri
Dan persiapkan diri
Bila sampai masanya nanti
Memang tiada lansung yg peduli
Hadapilah sendiri ....
😭😭😭😭

Saturday, December 22, 2018

Hola...
After have been quiet for nearly a month, Yes...I am still alife 😁.
As usual life has been up and down

The first and second week of december were really hectic. Particularly, from 4th to 13th December

Due to last minute plan, I have to clean and tidy up my house for two days in a row to be ready for my family visit despite my busy work schedule. On tuesday night I even had to spent time to study the public transport path and schedule and later suggested to them a few options 😅. It's been a long time since I did that while I was staying in OZ 😊.

On Wednesday morning, I woke up really early to continue with the house tydying. Then I rushed for 8am meeting. But before that I need to photocopy the evaluation forms. Once done with the meeting, I have to prepare the evaluation form for another meeting. Then, around 12pm I rushed to buy food and went back home to proceed with the tidying task. Then I went to pick up my family at the train station.

Once settled with everything, I finished up the second evaluation form. But of course with constant interuption of my cheeky lil nephew. He even asked me to buy toys for him 😅. Then off I went for the meeting. Luckily the meeting ended early, so I managed to drop by at the shop to buy cakes for my nieces and toys for my nephew.

And definitely pizza was the simplest, fastest and the most favourite menu for our dinner 😂😂😂...




Monday, July 16, 2018

Aktiviti di kampung

Backdated post

Ni kisah balik kampung last weekend

On friday padan mukalah bila bertolak lewat
Bila sampai ELITE around 5.30pm faham2 sajalah....
Alhamdulillah smooth even though quite slow

Sampai rumah tak sabar2 lah nak menghadap ni ....

Malam pula helping my nephew to pack.
Spentot, boxer n stokin pun I lipatkan and susunkan elok2 dalam bekasnya 😅😅😅...
Harap later bolehlah buat sendiri begitu...
Selain bebel...tak perlu bawa banyak
Susun begini begitu...
Tulis nama...
Fail, kertas dan puncher mesti ada
Jug kettle juga, air botol, biskut dan maggi juga 😅....
Sampai budak tu rimas bila semua nk bercakap...

Pepagi brekky tosei Rawa...
Tapi kali ni kurang pula rempah ratusnya...


Petang pi MrDiy and Popular mencari exchange gift. Lawak pulak bila my 2.5 yo nephew tunjuk Sushi King..." Kan...Tu". Hamboi pandai pilih tempat nk makan situ. Sorrylah ya...out of budget. Lagipun dah plan nak makan McD.

Tapi di McD banyaklah yg tak diberi...milolah, sudulah...jenuh nak ulang alik ke kaunter. Their rilled beef burger did not taste and look like the one that I bought last month...very dissappointing. When I made a complaint to the staff...them seemed to think it was funny...Hello, just because you put the burger in the correct container, it does not mean you put the correct burger/ingredient.

Dah kenyang tu sempat singgah MMA santai corner mencari Dim Sum. Ada adik ni pi from table to table to promote his oreo toast  bread. So let us support when the young gen wanna find halal income ....


On Sunday off we went to here...


It is hard to let my kesayangan out of the nest...but yes....the time has come...May Allah protect you wherever you go,,ease your affair and grant you success in ypur studies and future undertaking...

When stopped by at this kedai Kak Wok...
Macam2 ado...
Pelbagai masak lomak cili api
Kuih bakar paneh2
Kuih muih pelbagai jenis
Kuih2 lama such as kuih sepit, bahulu, halwa maskat...
Kerepek dan Biskut rayo pun ado...
Air sirap free yo...
Ramainya orang...


Petang tu acara mengait rambutan.



Best musim buah kali ini.
Selain rambutan kuning dan merah
Ada gak manggis dan pulasan...
Durian pun menjadi ada 3 pokok di kebun dan 3 pokok di depan rumah...Durian kampunglah. Ada gak durian kahwin sepokok...Ini rupa isinya...




Wednesday, December 27, 2017

Massage and Exercise

I sakit belakang akibat perjalanan jauh. Maka, semalam pi lah urut kaki 1 jam RM43 dan badan untuk 1.5jam RM75. Walaupun kadarnya dah naik tetap berbaloi. Ringan badan...Tapi lepas tu pi hadap sundae cone pulak 😂😂.

Pagi tadi rindu nak exercise. Maka walking/jogging for 1 hour.


Dan diikuti pula oleh 3 set of jumping jack, lunges, high knees, kick butt dan squat. Nak buat burpees I sogan 😅.

Punyalah semangat membakar lemak, tapi pi brekky nasi lemak pulak 🙈🙈🙈.


Walaupun cuti, tetap dikejar boss untuk semak dan modify meeting report. Semalam tak sempat. So today perlu paksa diri juga.....Walaupun I still tak puas hati with my boss regarding isu selfish n mengambil hak orang dan menafikan yg berhak, I tetap ada rasa simpati. I have been in his shoes...what do I feel if people ignore me when I am really in need. Takpelah...biarlah boss n colleague buat jahat dengan kita, kita jangan jadi macam mereka kan...Cuma perlu berhati-hati...jangan sampai kita susah payah untuk orang, tapi orang tu seronok berjimba sana sini takpun sibuk cari side income hingga tugas utama lambak ke kita.

Dah settle with my adhoc work, I masuk dapur to cook pasta for family adhoc do. Sekali keluar duit beli barang sampai lebih RM50. Camno nak jimat. Haritu I dah habis nearly rm900 for our get away 😰. Berjalan seronok...when it comes to spending is the worrying part. Takpelah yg penting kita happy bila lihat wajah2 kesayangan yg happy.

Then later in the afternoon, my aunt drop by at our house...apalagi borak sakan 😁.

Dah senja baru terhegeh delete images in my hp due to storage space running out. I deleted many images in house album...from kitchen, dining hall, porch gate, outdoor lights to turqoise curtains 😁. Sakan screenshot...tp idok le mengikutnya.




Weekend get away ...


Get Away with food overloaded 😂😂😂😂

Antaranya adalah .....

A&W


Satar


Pais Pari


Akok


Sotong and Udang Celup Tepung


Ais Jagung Parut


Singah sini sana semestinya





Saturday, June 18, 2016

Pelupa ...

Many things happened this past few days.
Alhamdulillah my father's operation went well on wednesday.
He is ok eventhough something came up after the surgery.

On thursday I got back to work. So, many things to do....urgent and important task.

Yesterday, my senior colleague asked about my father's condition. I just wonder where she heard about it. As for me, the less people know the better. Whatever it was she made me realise on something....can you believe that I was totally forgotten to call my family and get the update of my father?????

Forgetful?
Workaholic?
Too tired?
Sendiri mau ingat












Monday, June 13, 2016

Anak jenis apa abaikan bapak

Siapa yg tak sedih, apabila tiba2 dapat tahu bapa sakit dan akan pi sendiri buat check up dan mendaftar di wad and will undergo an operation.
Itulah asyik kerja, asyik fikir diri...sampai tak tahu apa yg berlaku pada keluarga....

Patutlah hati berat sangat nak balik kg hari ahad
Dah ambil cuti pun isnin.
Plannya...lewat pagi isnin back to work dan petang jumpa customer dan meeting minta colleague jadi wakil.
Sudahnya tak balik pun...
Tiba2 dapat berita tu....

Pagi tadi dok kalut siapkan bahan untuk meeting sampai 12pm and then updated material for customer. Next, 2-4pm jumpa customer...

So, kena bertenang...
Plannya
1. once back to office, I need to settle urgent matter or anything that need my signature
2. Go to workshop to check tyres of my car
3. Fill up car with petrol
4. Go back home as early as possible tommorow.

Tapi sampai ofis....
1. Ada banyak dokumen yg perlu dimasukkan dlm sistem. Ok...hold dulu.
2. Ada 3 dokumen yg perlu ditandatangan dan  dihantar petang ni jugak. Tapi perlu keluarkan memo. But my PA got somwthing to do somewhere else. She cant come back to the office even I asked her to do so. As a result I have to prepare the memo by myself.
3. Then the second boss seems furious. He asked me to settle something urgently. How can I proceed if there is not a single memo from him. I am really irritated and upset...tears in my eyes. Due to someone overlook excuse I have to settle it, I have to carefully think of it and assign people even though I know it is totally unfair for them. But what choice do si have??? Orang lain yg salah, orang lain jadi mangsa, orang lain kena tekan, orang lain kena marah.
4. Then only after 5.30pm I got out of the office and off I went to the workshop and petrol station.

So tonite I have to complete documents for meeting .
Semoga semua urusan dipermudahkan, dilancarkan perjalanan dan diberi kesembuhan dan perlindungan to my family...

Tuesday, December 16, 2014

Ibu tunggal, Seorang dan Tak kahwin

Few years back, conversation between my 6 yo nephew and my sister.

My nephew: mama ibu tunggal tu apa
My sister: perempuan yang tiada suami
My nephew: owh macam aunty fairy ya.

Hei apa je la penerangan my sis tu, sampai budak confuse antara single mother and bachelor.

Hari Selasa lepas sambil jemur kain di malam hari, conversation with my 5 yo niece.

My niece: kesian auntie fairy tinggal sorang. Sebab tu adik teman
Me: baiknya adik...

I am touched with her words.

Hari Rabu lepas semasa dalam kereta, tak ingat how did we start the conversation

My niece: macam auntie fairy tak kahwin lagi
Me: mana adik tau auntie tak kahwin lagi
My niece: hehehe ( sambil sengih-sengih)
Me: tak kahwin lagi tu macam mana?
My niece: hehehehe....
Me: cakaplah dik
My niece: hehehe...takde lelaki lah

Adoi....another touching moment.
CHILDREN DO HAVE EYES, NOTICE AND AWARE WITH PEOPLE AROUND THEM.
Tidaklah marah dengan kata-kata jujur dari kanak-kanak, hanya TERSENTAK.

Tapi I memang SENTAP apabila berada dalam situasi di bawah:

Orang yg baru dikenali: anak berapa orang?
Me: Saya tidak kahwin lagi
Orang: Hah!!!!! Tak kahwin LAGI!!!!! Umur berapa?

Orang yang sudah 17 tahun tak jumpa, tiba2 contact I untuk jadi cabel anaknya kot. Setelah berbual pasal kes anaknya, dia bertanyakan soalan.

Kawan: anak dah berapa?
Me: I belum ada anak lagilah
Kawan: Nilah masalah orang pandai ni

Luckilylah I tak cakap masih bujang or else faham2 sajalah. I tak rasa masih belum ada anak atau masih belum kahwin tu satu masalah coz I percaya itu ketentuanNya, mesti ada hikmahnya. Memanglah sedih, tapi takkan I nak meratap dan menangis. Lebih baik terus berusaha, berdoa dan nikmati hidup ini. Tapi masalah timbul apabila ada orang yang tidak sensitif, malah seolah2 menafikan itulah ketentuanNya. Jika hidup anda sudah lengkap dan sempurna, maka bersyukurlah. Jika anda tidak dapat menolong orang yang hidupnya yang anda rasa serba kekurangan, jangan  sesekali mempersoalkan nasibnya, menyakitkan hati atau hina dia. Jangan lupa nikmat yang dikecapi itu boleh ditarik bila2 masa sahaja.

Reminder to all n definitely myself too.



Friday, November 23, 2012

Bila daging kunyit hancur berderai

Salam Jumaat :)......

Rasa macam dah lama tak cerita pasal food. Asyik dok membebel pasal my work, takpun meratap pasal kekecewaan my nephew tuh ;)...ate cucu sulong, anak tunggal pulak kan. Dah ok sikit kot budak tuh, maknya nak bawak pi Pangkor harini. Katanya seronok nak pi, tapi sedih gak hahhaha....

Haritu teringin sangat nak makan daging goreng kunyit. So, I defrosted the frozen meat in microwave for 2 mins. Sentuh2, macam sejuk beku lagi...Tambah lagi 2 mins...Nampak ok, bila nak potong daging.... banyak yang peroi dan berderai hahahah......Tapi dah teringin, masak je la...


Actually the day before fenin nak masak apa. Korek2 freezeer jumpa udang...Rasanya ni beef dan udang ni stock masa raya haji haritu. So, masaklah udang goreng kunyit hehehhe..................


Senang sangatlah kan nak masak goreng kunyit nih. Less than 15min preparation and cooking time. Psst...menu ni pun simple kan.....waalupun tiada rupa, tetap menyelerakan.


Chet.. hampeh hampagas betul la. Blog I pun dijangkiti wabak penyakit seperti blog lain grrrrrrrr...... Semasa dok upload gambar tetiba keluar message nih :

Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more

Luckily pagi tuh, dah baca entri Cempaka Biru hehehhe........Thanks Nieda Dan Qaseh Honey. Ikut je arahan langkah demi langkah...In shaa Allah ok. Jangan degil macam I hehehe....

As a summary :

sign up for new google account >>>>let this new account be the author or the admin of the blog too (caranya lihat tutorial hehhehe)>>> login using this new account>>>>Maka, dapatlah upload photos :)

Thursday, November 22, 2012

Mama, jangan kecewa tau

"Mama, jangan kecewa tau"
"Biarlah, Iman kecewa sorang"

Siapa yang tidak sedih mendengar kata-kata itu. Kata-kata seorang budak yang kecewa kepada ibunya sehari selepas keputusan UPSR diumumkan. Biarlah...biarlah, dia berkata-kata daripada diam seribu bahasa, wajah sugul, enggan menjamah makanan, tiada keinginan membeli majalah kegemaran seperti pada hari pertama. Ibunya bercerita lagi, katanya

"rasa nak buat je lagi UPSR tu"

Ya, masa tidak boleh diputarkan kembali. Tapi, jika diberi peluang sekali lagi, pasti dia akan buat bersungguh-sungguh.

Dia : Mama, nanti PMR...Iman nak buat betul-betul
Mama : Nanti PMR takde dah
Dia: SPM?
Mama: Ada kot.
Dia: Nanti lepas SPM, kalau result bagus masuk uni kan. Kalau tak bagus masuk form 6 ya?

Sebaik sahaja saya meletakkan telefon, terus berderai air mata tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Sukar untuk melelapkan mata dengan perasaan yang berbaur-baur. Ingin sekali mendakap dia. Jika saya mampu, pasti saya akan terbangkan dia ke bumi kangaroo ini. Tidak boleh sebaliknya, takut saya tidak kuat untuk kembali ke sini.

Rasanya dia masih mencuba untuk menerima hakikat bahawa keputusan UPSRnya tidak seperti yang diharapkan olehnya, guru-gurunya dan kami sekeluarga. Terasa ingin menyarankan dia memohon semakan semula keputusan, iaitu dengan bayaran RM10 bagi setiap subjek yang ingin disemak semula. Tapi, bila difikirkan semula....biarlah dia belajar mengenal erti kehidupan. Adakalanya ceria berwarna warni, adakalanya penuh onak dan duri. Tidak semua apa yang dia mahukan, akan tercapai.

Saya tidak tahu bagaimana dia membuat andaian mengenai form 6 itu dan dari mana dia mendengar cerita itu. Tapi, apa yang buat saya terharu, ialah semangatnya. Semangat ingin berjaya di masa depan, hasil dari kekecewaannya sekarang. Mengambil kata-kata Anon dalam post sebelum ini 

                              "Upsr bukan penghujung, cuma permulaan"

Monday, November 19, 2012

Hari KECEWA

11am
- dapat email dari spv

 Hi F,

Where are you now? Can you come now or before 12?

Cheers,

N


11.21am OZ=8.21am Msia

-sambil tunggu bas, call my nephew

 Me: Kat mana?
Dia: Kat rumah
Me: hah...tak pi sekolah lagi?
Dia: Cikgu kata pukul 10am


11.30am
-berlarian pi jumpa spv.....

adoyai....kena buat jugak the last project that I have been abandoning for months...
Sempatkah??????

Rasa blur...........

12.54pm
-dapat email dari Pakcik Adelaide-pdf file for thesis intro
 -fenin tengok banyak red comments

 1.51pm oZ= 10.51 am Msia
-cuba call nephew tak dapat
-call his mom

1.57pm
-hantar sms pada nephew bagitau boleh check result guna sms
-tau apa dia jawab...dia takde internet..hehehhe mesti gabra giler tuh

 3pm OZ=12pm Msia
-call nephew

Me: Dah dapat result ke?
Dia: belum lagi
Me: Takkanlah tak dapat lagi...
Dia: Lupa..dah buang (dengan nada semacam malas nak layan)
Me: Hah..apa yang buang..takkan buang slip (dah mula naik angin)
Dia: Cikgu tak bagitau lagi
Me: apa ni..dah dapat ke belum..
Dia:.....
Me: ada A?
Dia: Ada...
Me: B?
Dia: Ada...(dengan nada sedih)
Me: Berapa A?
Dia: Tak tahu...nantilah...

3.17pm
-call my sister
-dia pun tak tahu lagi dan macam terkejut bila aku bagitau

3.34pm
-my sis called, her husband told her that my nephew only got 2A 3B
-sedih sangat....coz trial dia dapata 3A 2B. dan beberapa hari sebelum result keluar katanya kalau boleh nak lah dapat sekurang2nya 4A, ni jangankan daapt result macam trial malah lower than that
-bergenang air mata bila mengenangkan kata my sis bila sebelum UPSR my nephew rajin belajar, tak tinggal solat, solat awal waktu dan rajin solat hajat...
-sedih tu bukan apa..tapi sedih takut dia frust coz dia mengharap yang terbaik

3.49pm
- I sent him this message

 "Owh dapat 2A 3B ya. Takpela. Mesti ada hikmahnya. Dah buat yang terbaikkan. Result tu pun dah ok kan. Ada orang lansung tak dapat A...."

-It really broke my heart reading this
"...Tapi Iman sangat kecewa......."

-I couldn't control my tears from streaming down my face....kesiannya...budak kecil yang begitu kecewa. Bayangkan kita yang tua ni sebak mengenangkan dia kecewa. Inikan pulak dia yang menanggungnya...............
-so, later when I calm down, I sent him this message

"Takpe. UPSR bukan segalanya. byk lagi peluang nanti semasa sekolah menengah dan universiti. Ramai je org yg tak dapat upsr 5A tapi cemerlang selepas itu. Iman kena redha ya. Itu ujian Allah sebab Dia sayang kita" 
 -tau apa dia reply?

"Yelah.."