Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Kecoh bila calon UPSR melarikan diri

Terkejut juga baca berita ini. Terfikir kot anak buah saya melarikan diri hehehhe. Saya ingat anak buah saya sahaja yang kecewa, budak ini pula tertekan  kerana namanya tercicir dari senarai pelajar yang mendapat 5A. SEbak melihat gambar ini...


 From here :

JOHOR BAHRU – Keriangan 267 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 di sini semalam meraikan kejayaan bertukar kecoh apabila salah seorang calonnya melarikan diri kira-kira dua jam.

Semuanya bermula apabila nama pelajar terbabit, Hafeq Shakirin Abdul Halim, 12, tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A di sekolahnya.
Setelah menyedari kehilangan pelajar itu, pihak sekolah dan keluarga Hafeq panik sehingga membuatkan ibunya, Norlida Mohd. Yusop, 36, dan seorang lagi anaknya, Dania Elliana, 9, menangis di tengah-tengah orang ramai.

Selepas dua jam mencari akhirnya Hafeq ditemui di dalam Dewan Jubli Perak yang terletak satu kilometer dari sekolah dalam keadaan menangis pukul 3.10 petang oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40.

Hafeq ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila namanya tidak disebut oleh guru sekolah sebagai pelajar mendapat 5A walaupun telah memperoleh keputusan cemerlang itu dan mengambil keputusan melarikan diri kerana tidak mahu melihat ibunya bersedih.
“Saya lihat nama kawan-kawan lain yang dapat 5A sudah dipanggil tapi nama saya tidak. Jadi saya tertekan. Waktu itu saya hanya fikir saya tidak berguna untuk keluarga,” kata anak sulung daripada dua beradik itu sambil menangis teresak-esak.


Note:
Agaknya begitulah yang dirasakan oleh anak buah saya apabila melihat satu demi satu rakannya naik ke pentas.

Monday, November 19, 2012

Hari KECEWA

11am
- dapat email dari spv

 Hi F,

Where are you now? Can you come now or before 12?

Cheers,

N


11.21am OZ=8.21am Msia

-sambil tunggu bas, call my nephew

 Me: Kat mana?
Dia: Kat rumah
Me: hah...tak pi sekolah lagi?
Dia: Cikgu kata pukul 10am


11.30am
-berlarian pi jumpa spv.....

adoyai....kena buat jugak the last project that I have been abandoning for months...
Sempatkah??????

Rasa blur...........

12.54pm
-dapat email dari Pakcik Adelaide-pdf file for thesis intro
 -fenin tengok banyak red comments

 1.51pm oZ= 10.51 am Msia
-cuba call nephew tak dapat
-call his mom

1.57pm
-hantar sms pada nephew bagitau boleh check result guna sms
-tau apa dia jawab...dia takde internet..hehehhe mesti gabra giler tuh

 3pm OZ=12pm Msia
-call nephew

Me: Dah dapat result ke?
Dia: belum lagi
Me: Takkanlah tak dapat lagi...
Dia: Lupa..dah buang (dengan nada semacam malas nak layan)
Me: Hah..apa yang buang..takkan buang slip (dah mula naik angin)
Dia: Cikgu tak bagitau lagi
Me: apa ni..dah dapat ke belum..
Dia:.....
Me: ada A?
Dia: Ada...
Me: B?
Dia: Ada...(dengan nada sedih)
Me: Berapa A?
Dia: Tak tahu...nantilah...

3.17pm
-call my sister
-dia pun tak tahu lagi dan macam terkejut bila aku bagitau

3.34pm
-my sis called, her husband told her that my nephew only got 2A 3B
-sedih sangat....coz trial dia dapata 3A 2B. dan beberapa hari sebelum result keluar katanya kalau boleh nak lah dapat sekurang2nya 4A, ni jangankan daapt result macam trial malah lower than that
-bergenang air mata bila mengenangkan kata my sis bila sebelum UPSR my nephew rajin belajar, tak tinggal solat, solat awal waktu dan rajin solat hajat...
-sedih tu bukan apa..tapi sedih takut dia frust coz dia mengharap yang terbaik

3.49pm
- I sent him this message

 "Owh dapat 2A 3B ya. Takpela. Mesti ada hikmahnya. Dah buat yang terbaikkan. Result tu pun dah ok kan. Ada orang lansung tak dapat A...."

-It really broke my heart reading this
"...Tapi Iman sangat kecewa......."

-I couldn't control my tears from streaming down my face....kesiannya...budak kecil yang begitu kecewa. Bayangkan kita yang tua ni sebak mengenangkan dia kecewa. Inikan pulak dia yang menanggungnya...............
-so, later when I calm down, I sent him this message

"Takpe. UPSR bukan segalanya. byk lagi peluang nanti semasa sekolah menengah dan universiti. Ramai je org yg tak dapat upsr 5A tapi cemerlang selepas itu. Iman kena redha ya. Itu ujian Allah sebab Dia sayang kita" 
 -tau apa dia reply?

"Yelah.."