Showing posts with label Aidil Adha. Show all posts
Showing posts with label Aidil Adha. Show all posts

Sunday, July 10, 2022

Pengubat Hati Di Aidil Adha

Eid mubarak...
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha
So my mum cooked chicken curry
My sister ordered 1.2kg beef rendang +peanut sauce
And I bought ketupat palas+beef floss

Even though my initial plan not to balik kampung
Due to piles of works
But family is no 1
However as expected kinda boring day
Without the kids 

I came back home early to meet the kids
Before they left
Sempatlah pi beli corn dog Family mart
Lepak di Tealive menikmati smoothies
Dan pi playground



My friday kinda gone wasted
Plan to focus on checking the document
But only check 1/5 of it
And the rest more to sleeping if not focusing on my mobile phone 🤦‍♀️

On saturday morning
I went to buy brekky
Hmm...nasi lemak 3 -RM6
Sambal kerang utk 2 org makan-RM8
Rendang daging "- RM10
Quite pricey...
But bayau je la

Then I cleaned our living room+second family area
Jenuh...pi bersihkan tahi cicak
Sapu dan mop
So tengahari tu keletihan

Around 3pm I went to Aeon
I had churros and nachos for afternoon tea break



I bought these



And these



As a heart broken healer...

I just realised my precious CK missing as I wanna sleep on 5th of July
At first I just calm
I just thot that I dropped it somewhere in my home
I tried to search it 
And cleared a lil bit of my messy family area

The next day ...
I searched everywhere thoroughly in my home
Either upstairs or downstairs
Even in the bathroom
Either in the Piles of dirty laundry,
in the washing net
Or unfolded cleaned clothes

As far as I remembered 
I did the handwashing on sunday and monday nite
I had stomache on tuesday dawn 
Due to that I had to go to the toilet several times
So I checked
The water holes at my bathroom
I had difficulty to lift the main hole slab
But after a few attempts I managed to do so
However I really afraid to lift the metal cover
Because it kinda rusty n macam reput
Moreover I am afraid in case there is any reptiles or any living things in the dark main hole
In addition definitely it really gross to see my own sewages if they are still there 😅

Strange..that main hole cover suppose to be
Heavy steel and ada cangkuk
But this one seems like aluminium nipis dan tiada cangkuk...
Hmm...did the previous renovation contractor took and sold it?

I went everywhere
**at the cafe that I went on tuesday
Look thoroughly at the parking lot and
Asked the cafe staff
**At my unit office
**At my own office
**at the department office
**at my office parking lot
**at the cafe that I went on monday
**at the herbs shop
**at the stationery shop

I made many phone call 
**security
**second cafe management office
**my colleagues
I even sent whatsapp to the restaurant in town that I went on monday evening

But no one found it...
This really made me upset 😭😭😭
My colleague said who wanna return the gold item?
The only place that I did not go is JnT
Coz I was rushing to go back to my home town
To avoid traffic jam
I went there on friday the week before
But I wonder why they did not pick up the call

The most regretful ...
I knew it has the loose clip
But still wore it
Moreover this was the second time it happened to me
Just like I never learnt 🤦‍♀️😢😰

No matter what
I still hope that I can find my precious piece
I have asked my friend and my cousin who is now the hajj pilgrims to pray for me as well...








Saturday, September 10, 2016

Tetamu dan rumah

Kepada bakal tetamuku
Kalau nak datang
Beritahulah awal
Jangan tiba-tiba muncul depan rumah
Kalut tuan rumah mengemas
Malu pun ya juga

Kepada bakal tetamuku
Kalau tak jadi datang
Maklumkanlah
Ni tuan rumah kalut kemas rumah
Pi kerja lewat
Balik tengahari jumaat tak berehat
Petang keluar pejabat awal
Mencari makanan untuk tetamu
Tapi anda senyap
Call tak angkat
Mesej tak balas
Whatsapp lewat balas
Hanya minta maaf
Sambil tunjuk menikmati nasi kandar 😠

Kepada diriku
Lain kali pekalah dengan tarikh
Orang sibuk balik kampung
Petang jumaat 9 sept
Atau pagi sabtu 10 sept
Aku sibuk baiki rumah

Kepada diriku
Kalau nak cari tukang
Carilah dengan betul
Jangan mudah percaya cakap orang
Jangan hanya tengok satu contoh
Jangan hanya pasrah
Be proaktif
Jangan hanya biarkan apa yg tidak elok
Segera maklumkan apa yg perlu dibaiki
Rugi bayar mahal
Hasil kerja teruk
Baru 2 minggu retak sana sini
Baru 2 tahun retak makin panjang dan besar
Air meresap
Berkulat


Kalau diluar kononnya biasa berlaku
Kononnya faktor hujan dan panas
Aku tengok rumah jiran ok je
Bahagian dalam yg retak tu kena hujan jugak ke?
Bukan letak ubat atau sealer
Tapi hanya composite filler






Saturday, September 26, 2015

Beraya di MITSUI

Kami ingat kami saja yang beraya di MITSUI outlet, rupa-rupanya ramai yang beraya bersama ;)))) ....


Kami fikir kami saja yang lunch raya dengan japanese food, tapi ramai yang turut serta ....



Biasa je Mitsui ni...Tapi certain brands such as Rip Curl and Cotton on reminds me of Birkenhead Point outlet, Australia. Kalau ada Oroton lagilah menambah sebak di hati.

We ended our 4 hours therapy with The Loaf ....




Saturday, October 27, 2012

Beraya Aidil Adha di perantauan buat kali terakhir

Pada malam khamis, pastinya kami sibuk memasak. Pada pagi jumaat saya menemani kanda bersolat raya. Saya tidak berani untuk mengambil gambar ketika mereka solat, hanya sewaktu jamuan makan barulah saya berani mengambil gambar.


 Pastinya pelbagai warna dan fesyen pakaian saya dapat saksikan. Yang datang bersolat dengan wedges 5 inci ada, dengan high heels lebih 7 inci pun ada. Terpesona melihat si gadis Arab yang berkasut tumit tinggi lebih 6 inci selamba mengimbangkan badan sambil menyarungkan kain telekung di sebelah saya. Di bawah ini saya kongsikan gambar pada hari raya Aidilfitri tahun 2009.



Maklumlah ketika itu pertama kali beraya di perantauan, pastinya begitu teruja untuk merakamkan pengalaman tersebut :). Owh dalam gambar di atas, tumit boot itu tidaklah setinggi apa yang saya saksikan pada hari semalam :).

Pastinya apabila balik ke rumah, kami tidak sabar-sabar menikmati juadah raya iaitu ketupat segera, serunding ikan dan kuah kacang (my menu) yang masin pedas dan pulut kacang serta rendang daging (menu kanda).


Saya pergi ke uni lebih kurang 11am dan masih terkial-kial menulis acknowledgements. Apalagi gunakanlah internet mencari acknowledgements sample yang sesuai dan sedap bunyinya hahahha. Amboi Cik Olyyn siap sebut nama beloved bf ya ;)))). Bila tinjau bilik spv, Alamak!!!! she is there. Ingatkan masih di brisbane...habislah kerja tak siap lagi. Anyway, pada petang harinya saya berjumpa kawan untuk berikan sedikit my raya foodies. Kesian dia sudahlah tak sihat, pagi-pagi lagi sudah ada meeting dengan spv. Dia pun kelihatan kecewa dengan spv yang asyik menyuruh menokok tambah research, tapi tidak dimaklumkan apa sebenarnya yang dimahukan. Bukanlah maksudnya spoonfeeding tapi kita perlukan juga panduan ataupun skop supaya tidak tersasar jauh. Lagipun, masa yang tinggal sangat singkat. Sepatutnya fokus untuk writing sahaja, manalah sempat untuk membuat lagi simulation. Bagi melapangkan fikiran, maka kami pergi ke city dan he treated me to late lunch-burger, chicken strips, chips mash potato...rezeki jangan di tolak ;). Makan burger di hari raya, korang ado? Then kami keluar masuk myer and david jones, tetiba terbeli


for my cousins di Chemist warehouse hehhehe.

Semasa di dalam bas, rakan berkongsi ilmu untuk orang-orang seperti kami yang kebuntuan.

1. Mohon orang lain doakan untuk kita, misalnya ibu bapa atau orang alim.
2. Kita mohon pada Allah, jika selama ini kita dah berbuat kebaikan, maka dengan kebaikan tersebutlah kita mohon dipermudahkan dan dibukakan jalan untuk kita.
3. Sentiasa berzikir dengan salah satu dari 99 nama Allah.

Tetiba saya teringat kisah dahulu. Terdapat banyak halangan untuk saya menyambung pengajian. Suatu hari saya terdengar di dalam radio/TV ceramah dari Dato Fadzillah Kamsah yang menyarankan kita berzikir dengan "Ya Fatah, Ya Wahab, Ya Razak" supaya dipermudahkan sesuatu keinginan. Memang saya sering amalkan zikir itu. Malangnya, pad tahun ini saya seperti terlupa akan zikir itu.

Bila balik ke ofis, barulah saya jenguk sebahagian draft ke-5 yang telah dikembalikan oleh spv pada jumaat lepas. Baru sahaja nak hilang stress, stress yang baru muncul lagi..........Tiba-tiba rasa nak delete all the praises to my spv in the acknowledgements page. Siapalah yang tidak bengang. Telah beberapa kali saya beritahu yang saya tidak setuju dengan struktur thesis. Saya ada beberapa projek yang mana saya prefer setiap projek dalam satu chapter. Maka segala theoretical background dan result dalam satu chapter. Bagi saya mudah untuk reader dan examiner untuk fahamkan chapter itu. Tapi dia mahukan saya letakkan semua general theoretical background dalam chapter 2 where each subtopic describe each general structure. Manakala subsequent chapters baru focus pada each project.  Pastinya dulu saya terpaksa mengubah dan menambah ayat, gambar mahupun formula so that Chapter 2 match to subsequent chapters. Malas nak argue dah. Ok takpe..saya ikutkan sahaja dulu. Then later dalam draft ke-4, dia suruh mention mengenai specific structure dalam subtopik yang terakhir dalam chapter 2. Saya rasa pelik, dalam chapter yang konnonnya general, tiba-tiba ada subtopik yang spesifik. Sebab itu apabila saya submit draft ke-5 saya jot down di bahagian itu regarding that issue. Tau apa catatan dia pula
"You can do the same for other cases too"....
Grrrrrrrrrrrrrrr...if that the case...it will be redundant to the subsequent chapters ..................

Saya tak larat, saya nak muntah, kalaulah boleh saya berkata kepada spv "Enough is enough......". Sudahlah x-spv masih tak response to abstract correction.  Bertabahlah duhai hati...Owh my officemate suggested to me to read my spv's thesis. Hmm...good idea!!!!! So, I packed my things.....8.30pm kita balik rumah.......Memanglah hati tak tenteram dan kepala pun terasa bengong je semasa menunggu bas di malam yang dingin tuh. Balik rumah, I joined my housemate watching movie -I love you man!.............

update at 4.19pm:
Pukul 3pm i turun, ada filipino kat dapur. Maka offerlah  ketupat segera, serunding ikan dan kuah kacang. So reheat je la the foodies. Bila dah simpan semuala food container dalam fridge keluar pulak si Iranian tuh. Sekali lagi ku reheat food. Semasa sedang berkemas, balik pula si American. Tak kuasa aku nak offer food tuh. selain tak larat, diakan half vegetarian selain tak suka nonhealthy food. So better buat tak tahu. Tapi ku offer jugak ice cream, katanya tak suka Australian ice cream. Ok jimat ice creamku hehehhe. Ketika minah berdua tu selesai membasuh pinggan dan sedang menikmati ice cream kerana kepedasan, turun pulak si german. Nak jugak offer kat dia, tapi memang malas betul nak buka fridge. So, I naik je. Tak sampai 5min kat bilik, i kesian pulak kat dia. Yelah hari khamis dia dah nampak i masak, pagi tadi dia dah nampak I sarapna dgn food tuh.So I turun dan offerlah that food hehehhe. Boleh pulak dia makan. Agaknya dah get used to Malaysian hot n spicy food hahhaa.

Tuesday, November 8, 2011

Gagal Menjala, Kite Membakor !!!!!!

Hah itulah, ku rasakan menjala itu senang, apalagi tebarkan je lah jalanya kan. Tapi macam manalah aku nak tebarkan si jala itu, kalau jala nye pun takde. Alkisahnya di pagi raya aku gigih mengukus pulut dan masak kuah durian. Sebenarnya aku teringin nak makan kuah tu dengan roti jala pandan. Kiranya pulut tu sebagai sampingan saja, yelah aku masak 3 cawan je. Hehehe dah itu je yang muat dalam steamer kami kan. So, malam dan pepagi raya aku gigih mencari resipi si roti jala. Alhamdulillah jumpa kat rumah Along Rodz. Huish, so drooling tengok masakan Along, cantik dan kemas jalanya. Punyalah semangat aku mengisar semua bahan2, tiba-tiba aku tak jumpa acuan roti jala yang kawan aku bagi. Hah sudah!!!!!! Mana aku letak. Kat bilik aku, yang ada bekas sos yang muncung satu. Berapa lama nak siapkan roti jala kalau gitu. Tetiba terpikir nak cari dalam locker kat living room. Hehhehe di situ rupanya, tersorok di sudut dalam kotak.

So dengan semangatnya aku mula menjala. First time, buat tak menjadi. Takpe, kurang air kot, kita tambah air. Kali kedua buat, tak nampak jalanya, pulak tu melekat. Kali ke-3 buat, macam tebal pulak, bawah dah garing atas tak masak lagi, pulak tu susah nak angkat coz tepi pan tuh tinggi. Dan begitulah macam2 masalah ye puan-puan, sehingga aku BERHENTI terus selepas percubaan ke-5 or enam. Tak pandai menjala, takkan aku nak melempeng pulak. Sesilap kena lempang pulak coz bawak lempeng di majls raya hehehe..Yang pastinya bukan salah resipi ya puan-puan, salah aku sendirilah yang tak pandai nak menjala selain salah Fry pan hahahha....ye lah sape suruh guna pan murah aud10 yang dah berumur hampir 3 tahun. Habih, aku pi jenguk Tefal pan yang sesuai nak masak lempeng tu mahal pulak....discount yilekkk.............

Habih, takkan nak biarkan je adunan tuh. Malas nak kasi semak peti sejuk. Nak buang sayang. E...eh dah alang kepalang ia warna hijau, why not kita tambah gula, marjerin dan telur. Alamak!!!! Mrjerin berketul pulak. Kita panaskan sekejap adunan tu dalam periuk. Aduh!!!!! adunan berketul pulak, gara-gara kurang dikacau. Lantaklah.....Ok kita masukkan adunan dalam bake tin yang ada minyak panas. Lepas tu kita tabur bijan and kita bakor le..............Maka si roti jala bertukar menjadi si kuih bakor............................sedap!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi kelembutannya hampir nak lembik selain terselah ciri-ciri hangit coz aku letak guna api panas gara-gara nak cepat masak.
Tinggal kerak je la. Yang kerak bahagian lain and isi tengah dah selamat menjadi santapan kawan-kawanku. Sedaplah tu, kalau tak, takkan yang kerak hangit pun orang makan hehehe. Ke depa penggemar kerak macam aku ;)). Punyalah aku nak biar ia cepat sejuk coz nak pi majlis, aku rendam bake tin dalam air. Rendam separuh je la. Kok rendam semua, maka tenggelam dan lemas lah kuih bakorku :P....................

Hah ini frozen durian
Memanglah tak selera nak tengok ek. Just be grateful dapat gak rasa deghoyan siam in OZ ya. Aku tambah air 4 cawan+gula biasa+gula perang+daun pandan+garam

Then baru letak santan serbuk 1 bungkus. Tapi warnanya pucat sikit. Kita tambah sikit palm sugar ya......La, cair pulak. Kita tambah sikit tepung nak kasi pekat. Alamak tepung jagung yilekkk. Letak je la tepung gandum hehhehe. Nilah saki baki yang sempat aku snap


Abaikan je la paras rupa, tekstur dan warnanya ya :P. Psst...kanda dok cakap aku tak suka warna gelap ek. Tu aku cakaplah, biasa kalau tengok kat internet memang warna camtu, lagipun yang aku makan kat Bidor dulu pun warna tu. Eh! lupa nak cakap yang aku makan kat Penang pun gitu juga hehehe. Dia kata yang biasa dia makan warna gelap dan orang tempat dia =Perak pun buat gitu. Eh kalau warna gelap tu bukan bubur kacang durian ke??? Kelakar je minah tu. Padahal, masa kat sini aku yg mula2 buat kuah durian tuh. In fact, dia tanya aku camna aku buat. Lepas tu yang dia buat banyak kali tuh. Cuma dulu aku pernah ceritakan yang dia buat bukan gelap sikit tapi gelap banyak. Tak kisahlah cara dan rupa masakannya, yang penting sedap. Masing2 lah kan. Entahlah, aku rasa dia actually jealous dengan aku pasal kuah durian yg aku bawak pun habis hehehe sampaikan bekas nye pun hilang. Opps entah2 tak sedap sampai orang baling keluar bekas tuh hahahha......Yelah nampak dia bengang pasta yang dia bawak tak laku...Raya kan orang teringin nak makan yang makanan Melayu lah,,,,Takpelah boleh orang lain tapau, kira habislah kan.

Bukan hanya pasal food, pasal pakaian pun dia jealous.
Kenapa aku kata dia jealous?????

1. Dia dok ulang cakap aku pakai baju kurong tak matching dengan dia yang pakai blouse+jeans nak ke majlis raya. (aku tak kisah dan orang lain pun tak kisah, suka hatilah dia nak pakai apa)

2. Dia dok ulang kata dia panas tu pasal dia pakai t-shirt.( aku tak tanya dan orang lain pun tak tanya)

3. Bila keluar rumah, si kengakawan Iran, Japan, Filipino, China,, Jerman and etc hairan tengok ...yelah dengan baju cantik kurong kan, nak ke mana pulak tengahari gitu. Siap ada yang kata nak ambil gambar hehehe....

4. Bila nak pi tunggu bas, dok ulang cakap pasal panas kalau pakai baju kurong. Sibuk tanya aku tak panas ke? Dah aku punya baju cotton lining dengan chiffon nak panas apanye. Kat Malaysia pun panas gak kalau gitu kan.

5. Bila tunggu bas, dok ulang lagi pasal panas dan orang tengok. Kalau dah 20 minit tunggu bawah matahari terik memanglah panas. Tapikan tepi laut, so oklah kalau ada angin. Memanglah orang tengok, tapi idoklah depa heran sampai tertoleh2. Lagipun ni bukan first time pakai baju kurong in OZ, so tiadalah nak segan-segan.

6. Bila aku pakai sun glasses, dia ngomel lagi kata tak matching dengan baju kurong. Aku tak kisah, yang dia sibuk apehal kan.

7. Si dia merepek pulak kata kalau aku pakai baju tu dengan seluar LAGI CANTIK. Giler ke apa. Takkan nak pakai baju kurong dengan seluar. Dia boleh tanya, ni baju kurong ke? Pelik aku, padahal dia dok ulang cakap kami tak matching. Aku cakap ni baju aku, aku taulah. Dia tanya lagi, kenapa kembang? Aku cakap, kan ini baju kurong Pahang. You all tahu apa dia cakap, I ada BANYAK baju kurong Pahang. Habih!!!! Kalau ko ada banyak baju tuh, takkan ko tak kenal baju kembang aku ni kanda ooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

8. Nak buat lawak tak kena or should I say cakap benda yang tak sepatutnya. Dia boleh tegur Malaysian yg dah dapat PR OZ, pakai baju kurong warnanya tak matching dengan baju melayu hubbynyer. Suka hati orang tu lah. Masa orang tu nak blah, orang tu siap tunduk tengok baju dia. Siap dia kata dengan aku oklah kan baju dia. Agaknya dia rasa something must be wrong. At least minah tu pakai gak baju kurong compared to my kanda ;))...........

9. Masa raya haji tahun 2009, aku pakai kaftan. Pun dia kata dia ada BERLAMBAK baju camtu. Dah gitu, awat hang tak bawak mai OZ?????

10. BIla nampak kawan kami pakai summer DRESS pun dia kecoh. Biasalah kan kat OZ during spring and summer. Kat Malaysia pun dah ramai pakai dress. Wei...dia pun ada banyak JUBAH kat Malaysia, tapi tak pakai. Habis yang hang beli buat apa?

11. Bila dia perasan aku suka pakai dress pendek berbunga dengan jeans, pun dia kata dia ada beli jugak. Tapi aku tak pernah nampak dia pakai pun.

12. Aku suka juga pakai dress pendek, yang cerut bawah dada. Pun dia ngomel juga. Konon breast aku kecik, bolehlah pakai gitu...............Aku tau lah aku 'punya' KECIK...........dia 'punya' BESAR....seksi kan :))))))))))))))). Kalau hang teringin sangat, hang pakai je la, then labuhkan tudung. Takpun pakai je kat rumah. Apa masalahnya? Apahal nak kaitkan dengan aku 'punya' pulak.

Aku rasa minah ni ada penyakit
1) selalu tak puas hati dengan orang lain (aku pun ada penyakit nih ;))... )
2) Tak boleh orang lebih dari dia
3) Bila dia kurang dari orang lain, dia akan cari jalan supaya kita pun rasa kekurangan, ada yang tak kena dan tidak selesa
4) suka merapu dan bergurau tak kena tempat
5) suka sakitkan hati orang

Kalau korang baca ayat ni, memang korang gigih la. Padahal boleh disampaikan secara ringkas je kan. Biasalah aku semua nak cerita ;))....Bila la nak insaf ni?????????????

Friday, November 19, 2010

Apa ku buat di hari raya Aidil Adha

Cantikkan bunga tu...Salam Aidil adha. Lama betul tak berblog kan....

Here, we celebrated Aidil Adha on tuesday, 16 Nov 2010. Actually aku plan pergi solat raya by bus. Alhamdulillah, ada kawan yang sudi menumpangkan kami. Segan nak tunjuk gambar sebelum dan selepas solat, maka aku tunjukkan makanan yang disajikan selepas solat. Aku hanya kenal baklava je...tapi yang satu tu sebijik macam wajik...

Then, kami berkampung dirumah kawan kami. Aku malas nak ambil gambar makanan, tapi antaranya yang aku ingat ada nasi tomato dan rakan2nya, daging dendeng, bihun dan mee goreng, bubur pulut hitam, rojak buah, desert dll. Aku bawa apalagi....tartlah.

Macam2 jadi the night before. Aku dah beli St Dalfour blueberry jam, tapi tak jumpa. Luckily my housemate ada mixberry homemade jam. Pulak tu for the cream cheese feeling aku terletak 60gm butter instead of 20gm. Luckily ok hahaha...I got the recipe from http://mamafami.blogspot.com/2009/07/blueberry-cheese-tart.html. TQVM Mamafami...:).

Then, I have photo shoot session with my gediks friend at the botanic garden.



But, we really not in the mood that day to pose bagai nak rak. Lagipun rasa penat semacam. In fact I cancelled my plan nak masuk ofis nak run my programming. That nite, aku teringin sangat nak makan someting ala2 raya foodies. Almaklumlah tadi takde lemang dan rendang. Tapi takde daging..minced beef adalah. Yang ada pun chicken breast dalam 200gm. Tetiba teringat daging masak itam Cik Elyza, maka aku buat ayam itam hahaha....

Tapi aku malas nak surf tenet and copy resipi Cik Eliya. So aku bantai je resipinya....bahan tumis yang biasa+cili serbuk, mestilah ada kicap kan, yang lain aku ingat ada jintan manis hahaha. Sedap gak walaupun dah ada kicap aku pi letak garam hahaha...maka tambahlah air dan gula hahaha. Tapi today kenalah surf tenet jugak coz nak link the ori recipe. TQVM Eliya :). Ayamnya sikit sangat, maka kena tambah carrotlah hehehe...On wednesday I had the same menu for lunch, since it's a bit dry, so aku tambah airlah.

Tapi minyak nampak bergenang pulak hehehe. Then, malam tu biasalah masak my fevret food hehehe..sambal tumis ikan bilis with telur dadar. Malas nak tepek gambar. Siap bawak bekal for lunch on thursday tuh. Tetiba teringin pulak nak makan lamb rogan josh, butter chicken n vegies curry..maka terpaksalah ke city mencari indian food. Hari ini pun aku melantak that indian food with bread for lunch :))...

Sejuk pulak harini...Semalam ok, cuma petang ada gerimis sikit. Padahal spring nak masuk summer. Such an unpredictable weather. Last 2 weeks panas giler. Last week kejap warm, kejap hujan lebat. Suhu sekejap 19, sekejap 25 degree...
Oz weather huh....

Saturday, November 28, 2009

Aktiviti masak-masak, bercanda n beli belah...salam aidil adha


Malam raya
Pulun membuat dua puding, resipi dari blog noorana (thanks noorana). Akibat menderhaka sikit dan mungkin agar2 serbuknya tak sama ngan di malaysia, maka hasilnya agak keras...pudingnya lansung tak bergoyang, tekstur sgt kasar coz telur putih timbul...sehingga terpaksa ditapis . Rasanya tetap sedap, cuma kureng ummph mungkin coz segala telurnya tinggal dlm tapisan, rasanya masa memuda dulu buat lagi menjadi. Moralnya, ikut je resipi yg diberi, jgn pepandai ubahsuai melainkan ko mmg selalu n pandai masak mcm noorana tu. Anyway, hikmahnya puding tu senang dipotong n tak berubah bentuk bila dibawa jln jauh.


Hari raya Aidil Adha
Pi uni, return buku library dulu. Then, jalan kaki pi umah pelajar malaysia untuk jamuan raya potluck. Pelbagai hidangan, ada rendang pelbagai warna n cara masak, ada lemang, nasi lemak, nasi tomat, ada laksam, mee n bihun goreng, popia n kek coklat opps..my puding too. Balik pun jalan kaki...susut ke???Ingat nak pi opis, tpi cam tak, larat balik umah...tido. Petang, pi tangkap ikan dan picnic....Tangkap ikan??? saja je....umpannya maruku hehe. Best main air sambil menikmati keindahan alam ni.
saja tepek gambar haritu...tp tempat main harini takde rumpai

Sehari selepas raya-pagi
Pi mandi manda di laut. Konon nk mandi di rock pool, pesisir laut yg disekat menjadi kolam. Tp ombak jahat..opps ombak kuat dengan air pun dlm. At last mandi je tepi rock pool..which is kawasan berbatu semulajadi yg kedalamannya tak lebih 1m. Konon nak belajar float...tp penakut n nafas pun pendek. Anyway, akhirnya tertunailah hasrat dihati nak mandi laut setelah 9 bulan mengidam..sorry kak ina guna keyword akak hehe.

Tengahari-petang
Saja pi shoping complex yg jauh sikit, naik bas. Byk sale...rmbg mata. Pekenan satu baju tanpa lengan, suitable for summer. Cam comel je klu pkai. Bila dah try, tp menurut adik hmt, kakak hmt pun bru pi cuba...terkilan nya. Padahal, i yg cuba dulu. Rasanya utk seorang kakak mmg tak sesuai pakai and in fact she never wear that type of blouse before. Nak ubah style kot. Lantaklah, ada hikmah aku tak beli, lagipun a bit large for me, especially at the armpit part. Best lagi beli ni...

Biasa kt msia fererro roche je. Here, we got fererro rondnoir-dark choc and fererro garden-coconut...it's good...