Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Thursday, January 25, 2018

Si pahit D24

Tadi ada rezeki dijamu sikuning D13. Teruja pula nak beli D88 yg gebu n creamy. Tapi tinggal D24, satu lagi lupa dan durian kampung ....Maka, ambillah D24 tu and satu lagi jemis tu...2 biji dapat 3 bekas for RM47




Tapi rasa sama je ...Pakcik ni tipu ka. Dahlah macam saja dengki pi beri D88 to myfriend knowing that I pun nak juga. Apa salahnya at least jual sebiji pada I. Kena mandi bunga kot nak dapat aura positif,  aura seri and untuk org suka πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…....Guess what last year ada orang cakap patutlah menyampah tengok muka 😰😰😰. Sentap I.....

Owh ada kejadian lawak. Dah order durian. Baru teringat duit dalam purse macam tak cukup. Luckily my colleague dan kakak cafe willing to lend me their money. Bila belek2 dalam purse. Alhamdulillah cukup 😁.

Anyway...petang dah makan, malam I melantak durian lagi. Now nearly 12am tak boleh tido coz kepanasan πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…....

Pulak tu konon tak mau dinner. Tapi pi beli paprik pula. Makanlah suku


Eh sedap pula.
Tambah lagi
Eh habis dah
Ambil lagi
Dah alang-alang tinggal suku tu
Perabih je la πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Wednesday, December 20, 2017

Durian Oh Durian...

Cerita brekky dulu baru durian ya πŸ˜….
Sebagai pengidap OCD, I nak my post ikut urutan
Otherwise I boleh jadi stress πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

What's on Tuesday?

My favourite brekky fruits, nuts and yogurt


1 Banana, 1/2 of medium green apple, 2 walnut, 1 tsp chia seeds n yogurt

Entah apa yg dibuat...rumah tetap bersepah, tapi p kerja lewat. Then, pi  office ..mood kerja je laut.

Tengahari pi TM nak daftar pakej internet. Bila sampai...eh awat pintu pagar TUTUP!!!. Betulkah di situ? Tulah confident sangat. Google cepat...Ada 3 yg berdekatan. So yang mana???? Bila call, them tak pick up call. Logiknya di TMPoint la πŸ˜…πŸ˜…. So pergilah ke sana. Adoilah...susah nak parking. Dua kali pusing....even lalu kawasan perumahan belakang shoplot di situ pun kereta penuh..Jalan 2 lorong dah jadi satu lorong. Terpaksa beralah beri laluan bila kereta bertembung. Seriau kot bergesel...

Dah sampai TMPoint......😱😱😱. No more pakej RM69/month. The cheapest is RM110. Habis tu how
Nanti rate unit naik pulak. Mampukah mereka?Seorang ok saja...jika tambah harga. Yg sorang ni call tak angkat, whatsapp tak respon dan mesej tak balas. Where is she? Padahal dia paling cerewet, walaupun belum bayar apa2 πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Nak murah, tapi demand tinggi 😰. Banyak kali tanya benda yg sama. Susah na nak faham ek? Ke pelupa???? Tak larat nak jawab dah. Anyway, I tak kuasa nak tunggu lama. I balik dan decide I do not want to install intwrnet package. Haritu them request. Walaupun I tak kuasa nak pening with the registration process and billing management...kerana kesian I turutkan. Mati kutulah kalau hidup tanpa internet. Tapi bila mahal...cancellah...

Balik I am having these for lunch...



Nikmatnya lahai...Alhamdulillah....

Then rehat jap...but later Sakit perut pulak...mcm diarea. Tulah minggu ni I start semula makan pil kurus. Saja seksa dirilah kan πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Itulah walaupun dah tahu...ko nak kurus ko kawal makan 80%, 20% senaman...Tapi haritu gedik juga nak beli pil kurus. Ternyata I mudah terpedaya dengan marketing company pil tu. Dah lama beli, takkan nak biar expired 😁....Atas prinsip jangan membazir, so telanlah je lah....dan hadapi akibatnya πŸ˜…πŸ˜….

Petamg tu bila pi ofis tiba2 teringin durian. Ini gara2 si Eina Azman dok kerap tayang Musang king. Tapi I beli durian kampung je ... Rm17 sekilo. Nak yg kuning dan pahit


Yang ini buah besar... harga asal RM37 sebiji....Tapi bila buka ada part tak ok..so tauke buang je, maka jadilah RM25 sebekas tu. Pelik orang tu patut jika ada part yg tak ok janganlah jual terus. Malah ada part nmpk dah lembik and berair...dia tetap nak jual. Disebabkan hari hujan dan hampir 7pm, I malas nak bising2... I bayar dan blah je...Hmm...idokle pahit seperti yg diharapkan. Apapun syukur dapat gak merasa...separuh bekas I bedal sorang 😱😱😱. Korang kiralah berapa kalorinya...Kalau seulas 60kcal, kalau separuh bekas???? So no dinner ya....






Tuesday, August 29, 2017

Aku, durian dan bola

Lately asyiklah craving for durian.
Akhirnya jumpalah tadi.
Awatlah mahalnya...
Durian kampung RM22/kilo
Durian kahwin RM30/kilo.

Teringin punya pasal beli jugalah
Boleh bawa balik kampung
Pilih, kopek sikit and check
Tinjau macam ok
Total RM200

Balik berkobar2
Bila buka habis


😭😭😭😭😭
Awat rope lembik benyek

Bila rasa
😠😠😠😠
Awat masam

Patutlah peniaga tu kalut2 tutup semula durian tu
Dear abang dan kakak penjual
Korang rasa berkatkah jual buah begitu?
Dahlah mahal....
Jadi darah daging tuh

Oklah...jomlah kita tengok bola
Harap Malaysia menang menentang Thailand

Jika durian raja segala buah
Bola sepak khabarnya raja segala games
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

🎢🎢Ayuh Malaysiaku...
Hari ini...kita mesti Menang🎡🎡
Fighting!!!FIGHTING!!!
Thanabalan, Jafri and team



Shafawi ekau jangan tamak ya
Adib be careful...jangan main ganas
Adam keep up your good defence
Eh...goal keeper and jafri acik suko nengok ko
Acik???? Kakaklah πŸ™ˆπŸ™ˆ

Update 10.30pm
Alahai...bolos sudah.
6 minutes left 😭😭😭



Friday, September 9, 2016

Makan sorang nampak


Seriously?
Ya la ....
Sorang la ...
Apa ?
Ingat tak boleh ke ?
Kupas untuk tapau la ...


Kok perabih semua tu sensorang
Memang cari nahas...
Panas
Tak boleh tidur
Pening
And worst...high blood presure πŸ˜…

Rm84 untuk 6 biji durian kawin n 2 biji durian kampung.


Kiri-durian kahwin, kanan-durian kg
RM12/kilo for deghoyan kahwin n RM8/kilo deghoyan kampung. Tak tahulah murah ke mahal....

Yang pasti haritu balik kampung beli 1 udang merah, 1 tekka dan 1 D24 pun dah RM110. Kalau tak silap masa tu Musang King RM35/kilo dan Udang merah RM28/kilo....

Ni udang merah


Ni tekka


Memang puas makan...walaupun hanya seulas for each type.

Thursday, June 23, 2016

Pulut mangga dan durian


Yummy....
Beli pulut durian tu last week, makan sikit je.
Last nite baru berkesempatan untuk menikmatinya bersama mangga.

Tu kira untuk moreh.
Untuk berbuka tekak nak nasi lah.
Telur dadar+sawi tumis dan sambal bilis garing.
Nikmat!!!





Tuesday, November 8, 2011

Gagal Menjala, Kite Membakor !!!!!!

Hah itulah, ku rasakan menjala itu senang, apalagi tebarkan je lah jalanya kan. Tapi macam manalah aku nak tebarkan si jala itu, kalau jala nye pun takde. Alkisahnya di pagi raya aku gigih mengukus pulut dan masak kuah durian. Sebenarnya aku teringin nak makan kuah tu dengan roti jala pandan. Kiranya pulut tu sebagai sampingan saja, yelah aku masak 3 cawan je. Hehehe dah itu je yang muat dalam steamer kami kan. So, malam dan pepagi raya aku gigih mencari resipi si roti jala. Alhamdulillah jumpa kat rumah Along Rodz. Huish, so drooling tengok masakan Along, cantik dan kemas jalanya. Punyalah semangat aku mengisar semua bahan2, tiba-tiba aku tak jumpa acuan roti jala yang kawan aku bagi. Hah sudah!!!!!! Mana aku letak. Kat bilik aku, yang ada bekas sos yang muncung satu. Berapa lama nak siapkan roti jala kalau gitu. Tetiba terpikir nak cari dalam locker kat living room. Hehhehe di situ rupanya, tersorok di sudut dalam kotak.

So dengan semangatnya aku mula menjala. First time, buat tak menjadi. Takpe, kurang air kot, kita tambah air. Kali kedua buat, tak nampak jalanya, pulak tu melekat. Kali ke-3 buat, macam tebal pulak, bawah dah garing atas tak masak lagi, pulak tu susah nak angkat coz tepi pan tuh tinggi. Dan begitulah macam2 masalah ye puan-puan, sehingga aku BERHENTI terus selepas percubaan ke-5 or enam. Tak pandai menjala, takkan aku nak melempeng pulak. Sesilap kena lempang pulak coz bawak lempeng di majls raya hehehe..Yang pastinya bukan salah resipi ya puan-puan, salah aku sendirilah yang tak pandai nak menjala selain salah Fry pan hahahha....ye lah sape suruh guna pan murah aud10 yang dah berumur hampir 3 tahun. Habih, aku pi jenguk Tefal pan yang sesuai nak masak lempeng tu mahal pulak....discount yilekkk.............

Habih, takkan nak biarkan je adunan tuh. Malas nak kasi semak peti sejuk. Nak buang sayang. E...eh dah alang kepalang ia warna hijau, why not kita tambah gula, marjerin dan telur. Alamak!!!! Mrjerin berketul pulak. Kita panaskan sekejap adunan tu dalam periuk. Aduh!!!!! adunan berketul pulak, gara-gara kurang dikacau. Lantaklah.....Ok kita masukkan adunan dalam bake tin yang ada minyak panas. Lepas tu kita tabur bijan and kita bakor le..............Maka si roti jala bertukar menjadi si kuih bakor............................sedap!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi kelembutannya hampir nak lembik selain terselah ciri-ciri hangit coz aku letak guna api panas gara-gara nak cepat masak.
Tinggal kerak je la. Yang kerak bahagian lain and isi tengah dah selamat menjadi santapan kawan-kawanku. Sedaplah tu, kalau tak, takkan yang kerak hangit pun orang makan hehehe. Ke depa penggemar kerak macam aku ;)). Punyalah aku nak biar ia cepat sejuk coz nak pi majlis, aku rendam bake tin dalam air. Rendam separuh je la. Kok rendam semua, maka tenggelam dan lemas lah kuih bakorku :P....................

Hah ini frozen durian
Memanglah tak selera nak tengok ek. Just be grateful dapat gak rasa deghoyan siam in OZ ya. Aku tambah air 4 cawan+gula biasa+gula perang+daun pandan+garam

Then baru letak santan serbuk 1 bungkus. Tapi warnanya pucat sikit. Kita tambah sikit palm sugar ya......La, cair pulak. Kita tambah sikit tepung nak kasi pekat. Alamak tepung jagung yilekkk. Letak je la tepung gandum hehhehe. Nilah saki baki yang sempat aku snap


Abaikan je la paras rupa, tekstur dan warnanya ya :P. Psst...kanda dok cakap aku tak suka warna gelap ek. Tu aku cakaplah, biasa kalau tengok kat internet memang warna camtu, lagipun yang aku makan kat Bidor dulu pun warna tu. Eh! lupa nak cakap yang aku makan kat Penang pun gitu juga hehehe. Dia kata yang biasa dia makan warna gelap dan orang tempat dia =Perak pun buat gitu. Eh kalau warna gelap tu bukan bubur kacang durian ke??? Kelakar je minah tu. Padahal, masa kat sini aku yg mula2 buat kuah durian tuh. In fact, dia tanya aku camna aku buat. Lepas tu yang dia buat banyak kali tuh. Cuma dulu aku pernah ceritakan yang dia buat bukan gelap sikit tapi gelap banyak. Tak kisahlah cara dan rupa masakannya, yang penting sedap. Masing2 lah kan. Entahlah, aku rasa dia actually jealous dengan aku pasal kuah durian yg aku bawak pun habis hehehe sampaikan bekas nye pun hilang. Opps entah2 tak sedap sampai orang baling keluar bekas tuh hahahha......Yelah nampak dia bengang pasta yang dia bawak tak laku...Raya kan orang teringin nak makan yang makanan Melayu lah,,,,Takpelah boleh orang lain tapau, kira habislah kan.

Bukan hanya pasal food, pasal pakaian pun dia jealous.
Kenapa aku kata dia jealous?????

1. Dia dok ulang cakap aku pakai baju kurong tak matching dengan dia yang pakai blouse+jeans nak ke majlis raya. (aku tak kisah dan orang lain pun tak kisah, suka hatilah dia nak pakai apa)

2. Dia dok ulang kata dia panas tu pasal dia pakai t-shirt.( aku tak tanya dan orang lain pun tak tanya)

3. Bila keluar rumah, si kengakawan Iran, Japan, Filipino, China,, Jerman and etc hairan tengok ...yelah dengan baju cantik kurong kan, nak ke mana pulak tengahari gitu. Siap ada yang kata nak ambil gambar hehehe....

4. Bila nak pi tunggu bas, dok ulang cakap pasal panas kalau pakai baju kurong. Sibuk tanya aku tak panas ke? Dah aku punya baju cotton lining dengan chiffon nak panas apanye. Kat Malaysia pun panas gak kalau gitu kan.

5. Bila tunggu bas, dok ulang lagi pasal panas dan orang tengok. Kalau dah 20 minit tunggu bawah matahari terik memanglah panas. Tapikan tepi laut, so oklah kalau ada angin. Memanglah orang tengok, tapi idoklah depa heran sampai tertoleh2. Lagipun ni bukan first time pakai baju kurong in OZ, so tiadalah nak segan-segan.

6. Bila aku pakai sun glasses, dia ngomel lagi kata tak matching dengan baju kurong. Aku tak kisah, yang dia sibuk apehal kan.

7. Si dia merepek pulak kata kalau aku pakai baju tu dengan seluar LAGI CANTIK. Giler ke apa. Takkan nak pakai baju kurong dengan seluar. Dia boleh tanya, ni baju kurong ke? Pelik aku, padahal dia dok ulang cakap kami tak matching. Aku cakap ni baju aku, aku taulah. Dia tanya lagi, kenapa kembang? Aku cakap, kan ini baju kurong Pahang. You all tahu apa dia cakap, I ada BANYAK baju kurong Pahang. Habih!!!! Kalau ko ada banyak baju tuh, takkan ko tak kenal baju kembang aku ni kanda ooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

8. Nak buat lawak tak kena or should I say cakap benda yang tak sepatutnya. Dia boleh tegur Malaysian yg dah dapat PR OZ, pakai baju kurong warnanya tak matching dengan baju melayu hubbynyer. Suka hati orang tu lah. Masa orang tu nak blah, orang tu siap tunduk tengok baju dia. Siap dia kata dengan aku oklah kan baju dia. Agaknya dia rasa something must be wrong. At least minah tu pakai gak baju kurong compared to my kanda ;))...........

9. Masa raya haji tahun 2009, aku pakai kaftan. Pun dia kata dia ada BERLAMBAK baju camtu. Dah gitu, awat hang tak bawak mai OZ?????

10. BIla nampak kawan kami pakai summer DRESS pun dia kecoh. Biasalah kan kat OZ during spring and summer. Kat Malaysia pun dah ramai pakai dress. Wei...dia pun ada banyak JUBAH kat Malaysia, tapi tak pakai. Habis yang hang beli buat apa?

11. Bila dia perasan aku suka pakai dress pendek berbunga dengan jeans, pun dia kata dia ada beli jugak. Tapi aku tak pernah nampak dia pakai pun.

12. Aku suka juga pakai dress pendek, yang cerut bawah dada. Pun dia ngomel juga. Konon breast aku kecik, bolehlah pakai gitu...............Aku tau lah aku 'punya' KECIK...........dia 'punya' BESAR....seksi kan :))))))))))))))). Kalau hang teringin sangat, hang pakai je la, then labuhkan tudung. Takpun pakai je kat rumah. Apa masalahnya? Apahal nak kaitkan dengan aku 'punya' pulak.

Aku rasa minah ni ada penyakit
1) selalu tak puas hati dengan orang lain (aku pun ada penyakit nih ;))... )
2) Tak boleh orang lebih dari dia
3) Bila dia kurang dari orang lain, dia akan cari jalan supaya kita pun rasa kekurangan, ada yang tak kena dan tidak selesa
4) suka merapu dan bergurau tak kena tempat
5) suka sakitkan hati orang

Kalau korang baca ayat ni, memang korang gigih la. Padahal boleh disampaikan secara ringkas je kan. Biasalah aku semua nak cerita ;))....Bila la nak insaf ni?????????????

Saturday, August 13, 2011

Tempoyakku bukan tempoyakmu

Nikmatnya dapat menikmati deghoyan D24 nih selepas solat tarawih di gerai tepi jalan. Musang King best jugak. Durian tembaga pun ok kan. Korang ada?

Hmm...mimpi je lah labu. Takde maknanya. Ini durian frozen Thai mari hahaha. Demi melunaskan keinginan tekak yang tidak dapat dibendung lagi, maka ku gagahkan diri membeli durian ini dan juga pejamkan mata dengan harganya aud4.90 sekilo. Meh kita belah durian nih. Luckily kulitnya nipis and lembut.

Sedap ke? Macam durian nak busuk je. Hmm...boleh je telan, sejuk di tekak, dingin diperut hahaha.....Kita makan dua ruang=4 ulas kot. Yang lebihnya kita buat tempoyak ya. Eh! bijinya jangan dibuang. Kan ada lagi saki baki isinya kat biji tuh. Kita buat serawa durian nak. Sediakan periuk, curahkan biji durian yang masih ada lagi saki baki isi, air sikit, brown sugar dan daun pandan. Eh! mana sukatannya? Bantai je, sesedap rasa. Alahai, macam buat bubur tuh. Nak resepi yang betul, sila google sendiri. Then, masaklah ! Tunggu apalagi. Next, larutkan santak serbuk dalam air panas dan curah dalam periuk. Lepas tu kacau sampai masak.....Pulut mana pulut. Ok, ok ada tu. Sambil masak serawa, kita kukuslah pulut.

Jom makan pulut dan serawa durian ......sila sila.....opps....dah lama habis hehehe. Lagipun aku baut sikit je. Apa-apapun dapat jugaklah housemate aku merasa dan aku bungkuskan for my friend. Aku beli deghoyan tuh on 23/7. Lepas makan-makan dengan kawan kat restauran turki tu lah.

Apa jadi dengan tempoyak???????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tempoyak ku PAHITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT. Ada yg kata kena letak garam dan gula sikit. Aku terletak banyak pulak garam huhuhu.....

Jangan tak tau, gara-gara serawa dan tempoyak ku, maka my housemate si kekanda pun beli durian jugak. Dia dah beli 3 kali you....Katanya nak buat tempoyak. Hish! makcik ni, orang buat tempoyak pun nak jealous jugak. Takkan selama ni pi woolies tak nampak deghoyan tuh. Apa orang buat semua nak ikut dan tidak boleh lebih dari dia hahaha. Orang nak buat kuih hijau=kuih bakar, dia pun nak buat kuih hijau jugak. Luckily dia buat seri muka hahaha. Orang nak masak daging for potluck, dia pun nak buat jugak. Aku buat daging keprau, tu dia tak boleh tiru lah hehehe. Tapi at last rendang daging dia tak buat pulak hehehe....Tadi x-housemate kami org Latvia tu datang. Esok dia nak balik ke sana...huish 35 fours flight tu. Sydney -Shanghai-Turkey-Latvia....Aku tak tahu nak bagi apa kat dia. Tetiba aku teringatkan souvenir yang aku masih tak terberi to my spv. So, aku bagilah minah tu Malaysian card holder yang aku beli di MPH, Mid Valley. Eh! Yang mana satu, ntah2 yang ini aku beli di Souk, Putrajaya...whateverlah.

Aku perasan, kandaku siap jeling lagi bila aku bawak souvenir tu turun. Bila aku bagi kat minah Latvia tuh, cecepat kanda nak tengok apa dia. Lepas tu dia pulak yang over. Dulu masa aku bagi keychain kat my chinese housemate pun camtuh.

Hish! aku ni. Bersangka baiklah. Lagi-lagi bulan puasa nikan. Tapi dah 2 kali dia buat serawa hehehe....Sedap sangatlah tu aku punya serawa tu....sampai dia pun teringin buat. Dia buat serawa, warnanya gelap...tapi sedap jugak hehhee...Tak baik aku kata dia jealouskan. Aku jugak yang untung, dapat makan serawa dia 2 kali hahaha....

Lupa lak, apa cerita tempoyak pahit aku tu kan. Aku teringin nak makan sambal tempoyak daun kayu. Tapi manalah nak cari daun kunyitkan. Takpelah janji ada tempoyak, serai dan petai.
Maka on 5/8 jadilah gulai tempoyak udang my version hahaha....

Kalau tak silap, aku hiris serai dulu. Then aku tumbuk sebahagian hirisan serai+cili api+kunyit hidup+bawang besar. Kat sini mana ada bawang merah hehehe. Then bahan tumbuk+lebihan hirisan serai+tempoyak+santan+petai masaklah dalam periuk hingga mendidih. Jangan lupa letak garam. Tempoyak aku kan rasa dia pelik sikitkan. So, aku tambah sikit pes asam jawa+gula. Kita kena kreatip hahahha. Then masukkan udang. Biarkan sekejap. Maka siaplah.....
Apa rasanya????? Sedap giler....Makan pulak dengan rebus baby wombok=chinese cabbage

Senang je didihkan sikit air, masukkan bawang putih+serbuk pati ayam+.....Siap dah.

Lebihan lauk udang tuh kita boleh makan lagi ....kita rebus lagi sayur tuh. Eh! cili ada lagi tuh. Apalagi kasi tumbuklah cili besar+cili api. Asingkan sikit cili tuh. Then baki cili tuh tumbuk sekali dengan bawang besar. Then tumis bahan tumbuk+bawang putih. Curah garam+gula perang+air asam.....Asingkan sikit sambal tu ya. Then masukkan kepala ikan bekal majlis kesyukuran harituh....Maka kita ada sambal ikan+gulai udang+rebus.....

Nikmatnya makan macam ini. Alhamdulillah.....
Hmm...tapi teringin nak makan sambal tempoyak yang biasa tuh. Petai dalam tin pun masih ada lagi. Cili tumbuk pun ada lagi. Sambal cili haritupun ada lagi. Maka on 8/8 ...cili tumbuk+tempoyak, jadilah sambal tempoyak. Rebus petai dulu. Then petai+sambal cili+ikan bilis goreng, jadilah sambal goreng petai hahhaa.....

Mudah bukan? Siapa kata susah nak masak hehehe...Yang penting kita boleh telan. Kalau aku lauk macam nilah yang menambah selera hehhee.....