Showing posts with label petai. Show all posts
Showing posts with label petai. Show all posts

Monday, September 3, 2018

Gulai tempoyak daun kayu

Hari Sabtu tak buat apa pun
Plannya banyak 😰

Hari Ahad
Main masak2 lah
Gulai Tempoyak daun kayu
Ni bahan2nya


Abaikanlah hirisan pucuk ubi yang gedabak tu ya 😜😜
Nak copek
Dah lapar...

Tapi terlupa letak ikan bilis 😅
Luckily teringat semasa sedang gaulkan bahan2 tu....
Tapi pucuk ubi tu banyak pulak
Petai pun sikit
Cili api 10 biji tak pedas pun
Kunyit tak cukup
Tempoyak juga
Santan pun tak cukup sepaket
So perlu tambah empat bahan tu after sesi merasa...

Akhirnya 😍😍


Yummy 😋😋😋😋
Makan dengan tenggiri goreng
Alhamdulillah

Pagi tu dok basuh baju
Dan kemas dapur
Then off I went to visit my bff  baby
Lepas tu barulah pi kedai
As previous post...
Adalah kisah Aku dan bebudak
Dan kisah Aku dan pakcik landscape...

Balik rumah
Baru terhegeh2 jemur kain
Dan bersilat di dapur
Dah kenyang makan
Rehatlah

Eh! Teringin cekodok pulak for tea break...


Penyek pun sodap tau 😉😉😉

Dah senja baru terhegeh2
Nak clearkan sikit bilik bawah
Dan master bedroom

Malam
Fahaam2 jelah tonton Big stage
Maka reminder letter preparation entah ke mana
Keroje lain apatah lagi...
Rumah masih lagi macam tongkang pecah 😭😭😭😭....


Monday, July 2, 2012

Kangkung belacan OZ

Perut rasa nak meletop. Setelah beberapa hari terbayang-bayang nak makan durian, maka pada pukul 6pm tadi aku dapat melantak 4 ulas durian yang dingin dijari dan sejuk ditekak. Keterujaan menyebabkan aku tak kuasa untuk mengambil gambar. Bila naik ke atas, ternampak pula korean seaweed. Sedar-sedar, 3 bungkus sudah ku kerjakan. Then at 7.35pm aku turun ke bawah untuk  menonton Masterchef Australia. Perlu tengok coz Si Amina ada pressure test. Lega dia selamat.....Tiba-tiba kangkung memanggil-manggil untuk dimasak bersama rakannya si belacan. Maka at 8.56pm terjadilah hidangan seperti di bawah.

  

Lebihkurang 10pm aku naik ke atas dan menikmati woolies 69cents choc wafer sebagai supper..........Sungguh buruk makan kan...ish ish ish.......Percayalah, selera makin besar sekarang lagi-lagi di musim sejuk..............

Last 2/3 weeks, my Indonesian office mate told me that we can get water spinach=kangkung at the Asian groceries store. Kerana itulah ku gagahkan kaki melangkah ke city dalam kedinginan senja. Bukan sahaja kangkung ku beli, malah petai cap ayam dalam tin juga ku capai. Memang nikmat sangat dapat makan lauk gitu kan....Maklumlah for lunch I had elbow pasta in white sauce+semi-sundried tomato_dried parsley...

For my tekak melayu, I added lots of chili flakes hehhee....

I am really feeling sympathy to my friend. She got one problem after another. Not only about study, but others too. Today she realized that her problem in study is she has no skill and willing to accept if she fail. So I asked her jangan fikir bukan-bukan dan teruskan usaha selagi terdaya. Later she asked me "you rasa I teruk ke". I didn't know how to answer that, so I just typed "i have no idea...but better forget the past if it keep on lingering around your mind that may affect you present n future life". Yes..easier said than done. O Allah, please grant us good, ease our burden and bless our journey. Ameen..........

Oklah my thesis dah mula merajuk tu......

Saturday, August 13, 2011

Tempoyakku bukan tempoyakmu

Nikmatnya dapat menikmati deghoyan D24 nih selepas solat tarawih di gerai tepi jalan. Musang King best jugak. Durian tembaga pun ok kan. Korang ada?

Hmm...mimpi je lah labu. Takde maknanya. Ini durian frozen Thai mari hahaha. Demi melunaskan keinginan tekak yang tidak dapat dibendung lagi, maka ku gagahkan diri membeli durian ini dan juga pejamkan mata dengan harganya aud4.90 sekilo. Meh kita belah durian nih. Luckily kulitnya nipis and lembut.

Sedap ke? Macam durian nak busuk je. Hmm...boleh je telan, sejuk di tekak, dingin diperut hahaha.....Kita makan dua ruang=4 ulas kot. Yang lebihnya kita buat tempoyak ya. Eh! bijinya jangan dibuang. Kan ada lagi saki baki isinya kat biji tuh. Kita buat serawa durian nak. Sediakan periuk, curahkan biji durian yang masih ada lagi saki baki isi, air sikit, brown sugar dan daun pandan. Eh! mana sukatannya? Bantai je, sesedap rasa. Alahai, macam buat bubur tuh. Nak resepi yang betul, sila google sendiri. Then, masaklah ! Tunggu apalagi. Next, larutkan santak serbuk dalam air panas dan curah dalam periuk. Lepas tu kacau sampai masak.....Pulut mana pulut. Ok, ok ada tu. Sambil masak serawa, kita kukuslah pulut.

Jom makan pulut dan serawa durian ......sila sila.....opps....dah lama habis hehehe. Lagipun aku baut sikit je. Apa-apapun dapat jugaklah housemate aku merasa dan aku bungkuskan for my friend. Aku beli deghoyan tuh on 23/7. Lepas makan-makan dengan kawan kat restauran turki tu lah.

Apa jadi dengan tempoyak???????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tempoyak ku PAHITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT. Ada yg kata kena letak garam dan gula sikit. Aku terletak banyak pulak garam huhuhu.....

Jangan tak tau, gara-gara serawa dan tempoyak ku, maka my housemate si kekanda pun beli durian jugak. Dia dah beli 3 kali you....Katanya nak buat tempoyak. Hish! makcik ni, orang buat tempoyak pun nak jealous jugak. Takkan selama ni pi woolies tak nampak deghoyan tuh. Apa orang buat semua nak ikut dan tidak boleh lebih dari dia hahaha. Orang nak buat kuih hijau=kuih bakar, dia pun nak buat kuih hijau jugak. Luckily dia buat seri muka hahaha. Orang nak masak daging for potluck, dia pun nak buat jugak. Aku buat daging keprau, tu dia tak boleh tiru lah hehehe. Tapi at last rendang daging dia tak buat pulak hehehe....Tadi x-housemate kami org Latvia tu datang. Esok dia nak balik ke sana...huish 35 fours flight tu. Sydney -Shanghai-Turkey-Latvia....Aku tak tahu nak bagi apa kat dia. Tetiba aku teringatkan souvenir yang aku masih tak terberi to my spv. So, aku bagilah minah tu Malaysian card holder yang aku beli di MPH, Mid Valley. Eh! Yang mana satu, ntah2 yang ini aku beli di Souk, Putrajaya...whateverlah.

Aku perasan, kandaku siap jeling lagi bila aku bawak souvenir tu turun. Bila aku bagi kat minah Latvia tuh, cecepat kanda nak tengok apa dia. Lepas tu dia pulak yang over. Dulu masa aku bagi keychain kat my chinese housemate pun camtuh.

Hish! aku ni. Bersangka baiklah. Lagi-lagi bulan puasa nikan. Tapi dah 2 kali dia buat serawa hehehe....Sedap sangatlah tu aku punya serawa tu....sampai dia pun teringin buat. Dia buat serawa, warnanya gelap...tapi sedap jugak hehhee...Tak baik aku kata dia jealouskan. Aku jugak yang untung, dapat makan serawa dia 2 kali hahaha....

Lupa lak, apa cerita tempoyak pahit aku tu kan. Aku teringin nak makan sambal tempoyak daun kayu. Tapi manalah nak cari daun kunyitkan. Takpelah janji ada tempoyak, serai dan petai.
Maka on 5/8 jadilah gulai tempoyak udang my version hahaha....

Kalau tak silap, aku hiris serai dulu. Then aku tumbuk sebahagian hirisan serai+cili api+kunyit hidup+bawang besar. Kat sini mana ada bawang merah hehehe. Then bahan tumbuk+lebihan hirisan serai+tempoyak+santan+petai masaklah dalam periuk hingga mendidih. Jangan lupa letak garam. Tempoyak aku kan rasa dia pelik sikitkan. So, aku tambah sikit pes asam jawa+gula. Kita kena kreatip hahahha. Then masukkan udang. Biarkan sekejap. Maka siaplah.....
Apa rasanya????? Sedap giler....Makan pulak dengan rebus baby wombok=chinese cabbage

Senang je didihkan sikit air, masukkan bawang putih+serbuk pati ayam+.....Siap dah.

Lebihan lauk udang tuh kita boleh makan lagi ....kita rebus lagi sayur tuh. Eh! cili ada lagi tuh. Apalagi kasi tumbuklah cili besar+cili api. Asingkan sikit cili tuh. Then baki cili tuh tumbuk sekali dengan bawang besar. Then tumis bahan tumbuk+bawang putih. Curah garam+gula perang+air asam.....Asingkan sikit sambal tu ya. Then masukkan kepala ikan bekal majlis kesyukuran harituh....Maka kita ada sambal ikan+gulai udang+rebus.....

Nikmatnya makan macam ini. Alhamdulillah.....
Hmm...tapi teringin nak makan sambal tempoyak yang biasa tuh. Petai dalam tin pun masih ada lagi. Cili tumbuk pun ada lagi. Sambal cili haritupun ada lagi. Maka on 8/8 ...cili tumbuk+tempoyak, jadilah sambal tempoyak. Rebus petai dulu. Then petai+sambal cili+ikan bilis goreng, jadilah sambal goreng petai hahhaa.....

Mudah bukan? Siapa kata susah nak masak hehehe...Yang penting kita boleh telan. Kalau aku lauk macam nilah yang menambah selera hehhee.....