Few years back, conversation between my 6 yo nephew and my sister.
My nephew: mama ibu tunggal tu apa
My sister: perempuan yang tiada suami
My nephew: owh macam aunty fairy ya.
Hei apa je la penerangan my sis tu, sampai budak confuse antara single mother and bachelor.
Hari Selasa lepas sambil jemur kain di malam hari, conversation with my 5 yo niece.
My niece: kesian auntie fairy tinggal sorang. Sebab tu adik teman
Me: baiknya adik...
I am touched with her words.
Hari Rabu lepas semasa dalam kereta, tak ingat how did we start the conversation
My niece: macam auntie fairy tak kahwin lagi
Me: mana adik tau auntie tak kahwin lagi
My niece: hehehe ( sambil sengih-sengih)
Me: tak kahwin lagi tu macam mana?
My niece: hehehehe....
Me: cakaplah dik
My niece: hehehe...takde lelaki lah
Adoi....another touching moment.
CHILDREN DO HAVE EYES, NOTICE AND AWARE WITH PEOPLE AROUND THEM.
Tidaklah marah dengan kata-kata jujur dari kanak-kanak, hanya TERSENTAK.
Tapi I memang SENTAP apabila berada dalam situasi di bawah:
Orang yg baru dikenali: anak berapa orang?
Me: Saya tidak kahwin lagi
Orang: Hah!!!!! Tak kahwin LAGI!!!!! Umur berapa?
Orang yang sudah 17 tahun tak jumpa, tiba2 contact I untuk jadi cabel anaknya kot. Setelah berbual pasal kes anaknya, dia bertanyakan soalan.
Kawan: anak dah berapa?
Me: I belum ada anak lagilah
Kawan: Nilah masalah orang pandai ni
Luckilylah I tak cakap masih bujang or else faham2 sajalah. I tak rasa masih belum ada anak atau masih belum kahwin tu satu masalah coz I percaya itu ketentuanNya, mesti ada hikmahnya. Memanglah sedih, tapi takkan I nak meratap dan menangis. Lebih baik terus berusaha, berdoa dan nikmati hidup ini. Tapi masalah timbul apabila ada orang yang tidak sensitif, malah seolah2 menafikan itulah ketentuanNya. Jika hidup anda sudah lengkap dan sempurna, maka bersyukurlah. Jika anda tidak dapat menolong orang yang hidupnya yang anda rasa serba kekurangan, jangan sesekali mempersoalkan nasibnya, menyakitkan hati atau hina dia. Jangan lupa nikmat yang dikecapi itu boleh ditarik bila2 masa sahaja.
Reminder to all n definitely myself too.
110 % setuju, facing dis kind of problem,
ReplyDeleteSakit hati tapi terpaksa lalui coz itulah realiti kini
Delete