Adakalanya kita tersepit antara arahan ketua, tanggungjawab yang diamanahkan, keluhan rakan sekerja dan simpati kepada pelanggan. Begitulah dilema yang mungkin dialami bila memegang jawatan tertentu.
Lagi-lagi jika ada rakan sekerja yang difficult dan memilih untuk membuat tidak peduli dengan alasan hanya diberitahu dengan cakap2 sahaja tanpa sebarang surat rasmi. Agak angkuh bunyinya. Kita faham semua orang memang sibuk dan tidak larat lagi dibebankan dengan tugasan lain. Malah kita yang turut terbeban pun sebenarnya kalau diikutkan memang tidak sanggup.
Tetapi perlukah ikut kepala sendiri dan memprotes sebegitu? Memang itu hak dia. Tetapi bagaimana dengan pelanggan yang dinafikan haknya? Adakah ramai orang yang sudah berpangkat dan mempunyai gelaran sebegitu? Lupakah dia semasa zaman bawahannya dulu???? Tidak pernahkah dia alami bila sangat memerlukan tiada siapa yang menghiraukan????
No comments:
Post a Comment