Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

Thursday, June 10, 2021

J/B untuk odoh...

 Jodoh itu rahsia Allah
Apa kaitan dengan buat bodoh-bodoh?

Demi mengejar jodoh
Perlukah jadi bodoh-bodoh?
Just be yourself!!!
Jujur dan tidak hipokrit

Jika buat bodoh-bodoh sebelum kahwin
Tak ke naya selepas kahwin
Apabila suami sedar dia diperbodohkan

Dah selama ini berdikari
Jika mampu, buat sendiri
Jika tak mampu, upah orang le 😁
Takkan tiba2 nak buat bodoh-bodoh
Macam mana nak buat ya?
Habis siapa yang nak buat ?

Demi jodoh yg cepat
Demi nak memikat
Adakah ibubapa mengajar anak2 untuk bertindak bodoh-bodoh?
Bermaruahkah yang manja2 dengan entah sesiapa?

Yang dah bertemu jodoh itu
Memang pernah buat bodoh-bodohkah?

Memang semua lelakikah terpikat dengan wanita yang bodoh-bodoh?
Siapa yg kata?

Jika lelaki itu baik dan sedar diri
Dia terima wanita seadanya
Lelaki yang yakin dengan dirinya
Tidak rasa tercabar/terancam/risau/takut dengan wanita yang lebih bijak
Lelaki yg hebat
Bukan hanya berusaha meningkatkan dirinya
Malah menyokong wanita untuk menjadi lebih hebat
Jika betul lelaki tu sayang dan menghargai
Dia akan lindungi wanita

Sejak bilakah buat bodoh-bodoh
Bermaksud merendah diri, menjaga adab, berlemah lembut, ada segan silu atau bermanja-manja? 
Sejak bilakah perempuan yg boleh berdikari
Bermaksud tak hormat lelaki?
🤔🤔🤔

Berhati-hatilah memilih perkataan
Jika ada pilihan perkataan yg positif
Kenapa memilih perkataan yg negatif?
Lagi2 jika tujuannya untuk memberi kesedaran atau motivasi
Nak sebarkan kebaikan kan...

Jika sesuatu perkataan itu banyak atau luas maksudnya
Maka gunalah perkataan yang jelas maksudnya, mudah difahami dan tidak mengundang salah tafsiran
Bukan semua orang faham bahasa kiasan
Lagi2 dari pelbagai golongan dan peringkat umur
Masing2 faham ikut konteks masing2
Jika fahamannya lain
Dan mereka suarakan
Hormati pandangan mereka
Jangan musuhi

Kepada pentaksub
Jangan mudah nak menilai dan melabel orang
Jangan terus kata orang bodoh
Jangan tuduh orang bodoh sombong
Jangan kutuk kata gelap hati
Jangan tuduh orang biadap 
Jangan tuduh orang cepat melatah
Hanya kerana tidak bersetuju dengan idola anda
Hanya kerana orang tak faham apa yg cuba disampaikan

Komen2 anda beradab sangatkah?
Anda tidak melatahkah?
Adakah anda faham apa yg disampaikan oleh pihak yg tidak bersetuju?
Baik sangatkah perbuatan pi report orang yang mendidik wanita jadi berani, berdikari tanpa diperbodohkan suami?
Jika anda tak mampu untuk membuat kebaikan
Janganlah merencat usaha orang nak buat kebaikan
Disebabkan tindakan anda ramai yg boleh terkesan
Tak dapat bantuan
Sempurna sangatkah idola anda?
Lansung tiadakah cacat celanya?
Sehebat mana dan setinggi apa ilmunya
Dia tetap manusia biasa
Tidak lari dari melakukan kesilapan
Perlu juga terima teguran orang lain
Tetap perlu refleks diri


Friday, October 9, 2020

Appoinment and files

Hello peeps...
Mesti tak sabar nak berhujung minggu
Samalah kita 😁

Macam biasa
Mesti nak bebel pasal sesuatu
This time about hospital appointment
I mean about the irresponsible staff
In the same hospital

End of last year I underwent a MRI scan for upper part of my body at the main hospital
Stated in my appointment card that my appointment at the related department in the district hospital will be scheduled after than scan.
I have been waiting for nearly two months
But never got any call from that district hosp
Since I got appointment at other department,
 so I went to the first department for enquiry
What is annoying is to see the staff not feeling guilty for not calling me
Not a single apology


Last 2 weeks, 
I went for appointment at another unit
Guess what?
The specialist is not around 🤦‍♀️
And again the staff did not contact me
But based on her appointment book,
 she did call other patients

Today 
I went for treatment appointment at different unit
Terkejut, kecewa dan geram.....
"Puan, staf kata tarikh dah tukar dan puan dah tahu. So saya tak call lah"
🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️😡😡😡

Haah....
Saya memang tiada kerja lain
Saya memang banyak masa
Setiap minggu boleh datang untuk appointment
Bukan untuk jumpa doktor
Atau buat treatment
Tapi semata2 nak set appointment baru 😅
Takpun jadi personal assistant
To remind that irresponsible staff

Please dont get me wrong
saya tak tulis pasal semua staf ya
It is only for those irresponsible staff
Jika tidak berkaitan, mohon jangan terasa
Jika berkaitan, sila berubah

Dahla sakit hati pasal appointment
Buang masa perjalanan pergi balik
So kerja sendiri pun tertangguh
So waktu rehat tak boleh rehat
Pulun hadap dokumen utk customer
Then dari 6++ to 7++ pm dok download n rename lost of files....
Yup...around 155 files
Mata berpinau
Rasa tak stabil juga 😭😭
 

Sunday, June 21, 2020

Bila meletop....

Bila ada byk kerja
Dah terlepas juga deadline
So have to set a new deadline
Pun macam tak terkejar
Padahal customer dah lama hantar since feb kot
Resubmit mac pula
Tapi tu la dokumen customer pun serabut juga 😰
Tu yg makan masa
Tak tahu nak mula dari mana
Terpaksa rujuk sini sana
Bila dah dapat new idea rupanya ada org buat the same....
Daku kecewa

Risau dengan performance kerja
Risau membebankan customer yg mengejar 29 june
Risau melibatkan org lain and her future
So mmglah beremosi bila ada yg mengganggu dan terganggu

Ya kita perlu memuliakan tetamu
Tetamu itu bawa rezeki
Tapi adakalanya buat stress dan jadi beban pula
Yg bukan pun tetamu betul pun
Memanglah budak lagi
Tapi ada yg dah 13 tahun

Sebelum ni ada je budak di rumah ni
Tapi perangai tak serupa ni
Semua benda nak kena suruh
Bila disuruh belum tentu buat
Semua benda nak kena ingatkan
Bila dah ingatkan belum tentu buat terus

Asyik berkurung dlm bilik
Semalam siap kunci bilik lagi
Dahlah tak bgn sendiri
Nak kena kejut
Nak makan pun kena kejut/panggil juga
Dah panggil pun tak keluar
Bila keluar sorang je
Kita pulak nak cepat
Klu tak nak makan certain food kita nak simpan
Takut basi
Bila suruh sorang pi tanya, yg sorang lagi respon kata tak tahu
Takkan tak tahu nk mkn or not
Org byk kerja yg nk kena buat
Perlu tunggu dia pulak
Menyiraplah...
Sorrylah nk layan perangai gini
Hah! Meh I pi tanya
Kata tak nak pulak
Mmg kena jeritlah
Ingat puteri ke????

Hah dua2 org kena sound
Datang sini jgn nak mengada2
Kami bukan kawan2 or org gaji korang
Org dah bersusah payah beli, makanlah
Siap asingkan kuah coz takut pedas
Ni tak nak makan pula...
Kan membazir je
Tak fikir org belikan utk dia
Tak kesian ke?
Cuba hargai org beli tu
Ada org tak dapat makan pun

Tu tak termasuk yg biadap
Buat muka sentap
Buat tahu bila ditegur
Tak pun berani meninggi suara
Tapi bila ada benda yg nak dari kita
Pandai pulak datang dekat

Bukan nak buka aib
Cumanya nak kongsi nilah realiti budak2 zaman sekarang
Mereka ni pun saya rasa idoklah teruk mana
Ada yg lagi macam2...
See besarnya cabaran
Beratnya tanggungjawab ibu bapa dan guru dan mendidik mereka ni



Thursday, June 11, 2020

MCO Activity: Gardening Episode4

See punyalah bersungguh
Dok bersihkan tepi rumah dengan cangkul
Tak sedar Sampai melecet jari
Dan tersiat kulit
Pedihlah kena air



Punyalah beria gardening
Pesan brg dari orang lain
Keluar beberapa kali
Pi MrDIY
Pi Nursery
Pi 3 kedai hardware
Beli benih atau anak pokok
Beli pasu
Beli polybag
Beli tapis
Beli besen
Tak jumpa long planter box, tebuk sendiri
Potong botol juga buat ala hidroponik
Beli tanah
Beli baja
Beli pagar besi nak buat trellis
Beli pvc pipe
Beli biji benih atau pokok
Google cara penanaman
Google cara penjagaan

Semai dari benih
Buat ala trellis
Eksperimen bekas tanam, penyiraman air, pendedahan cahaya, pembajaan dan lokasi

Untuk harini pi bersihkan tepi rumah yg telah ditambak dan disimen
Penuh dengan tanah, rumput liar, saki baki pembakaran sampah, bahan binaan dan beberapa sport rims lama
Coz nak susun pokok limau, daun kari dan lain2 dalam pasu

Berpeluh2....
Selipar terjatuh ke bawah
Jumpa lipan, katak, anak cicak hutan
Byk jenis juga haiwan menjalar...ala2 gonggok
Dekat2 situ pun ada kera 🤦‍♀️😅

Ya kita beria nak menanam
Nak bersihkan kawasan
Nak cantikkan rumah

Baru nak mula
Dah bising disuruh siram pokok
Tapi dirumah ni saya seorang sajakah?
Memang saya yg beli dan tanam
Apa salahnya ada rasa tanggungjawab sama2?
Bukan hanya harap pd org yg membeli dan menanam tu seorang
Maka tak hairanlah taman yg saya bina di depan rumah lebih 10ntahun dulu dah jadi gondol
Pokok bunga yg dibeli dulu2 ada yg mati tak terjaga

Bila dah separuh masa
Bising pula ...jangan pi sodok tembok
Nanti runtuh
Bila pulak i buat tu?
Takkanlah i nak buat!!!
I pi buang tanah dan sampah yg datang entah dari mana2...
I hanya padatkan tembok dan kawasan yg senget supaya rata
Bising lagi...
Jangan tutup lubang
Macamlah I tak nampak kan...

Nasib baiklah I nak buat
Kalau tak, terbiar je
Bila I buat
Bising pula 🤦‍♀️

So sebenarnya nak apa????
Bila buat tak tahu di kata pemalas
Beria buat pun tak puas hati

Sepatutnya
Belajarlah bersyukur
Belajarlah menghargai
Jika sendiri pun tak nak buat
Jika sendiri pun tak mampu buat
Diam itu lebih baik



Thursday, June 4, 2020

Manusia memang macam-macam

Sometimes
People see what they wanna see

Sometimes we just share/comment something at social media
thing that we thot is funny
Or how determine we are in doing something
We meant something else
But people interpret it differently
That is ok...
Coz maybe our statement is not clear
Or maybe we used unsuitable word

What is NOT OKAY are
#when people said something unappropriate/rude
#When people ask us to read carefully
like we just read without thinking/understanding
But they dont even read our other comment
#When people simply accused us of buying artificial item even though we did not say or show anything about it
#When people highlighted their preference
While condemning others
when we did not ask about theirs
when we even do not interested to know
#When people ranted about basic thing
like we dont know anything

Sometimes we just share something as precaution
To ask others to be careful
To avoid the same thing happens to others
For example cat attack
But people accused that we did not tell the complete story
accused that the cat were treated badly

To err...this kind of people
PLEASE WAKE UP
If you do not have anything nice to say
Just shut up
If you dont understand the whole situation
Just ask
If you want to give opinion
Please learn how to do so
If you want to judge other
Please reflect yourself first
If you never meet or know someone
Dont simply accuse she is doing something that she never did
If you think you are good
Dont look down on other people
If it never happen to you
Dont simply think people are lying

PLEASE PONDER
You are not always right
Other people not always right too
What is definitely not right
when you push other people to follow what you like/want/do/how you do it

PLEASE REMEMBER
If there is any different just accept it
Hormati pilihan orang lain
Selami situasi orang lain
Raikan perbezaan
Masing2 punya minat
Masing2 punya keinginan
Masing2 punya tujuan
Masing2 punya cara
Masing2 punya pendapat
Masing2 punya kepuasan yg tersendiri
Masing2 punya kebahagiaan terhadap sesuatu  yg tersendiri
Masing2 punya situasi
Masing2 punya gaya hidup sendiri
Masing2 punya pilihan
Masing2 punya duit sendiri
Ikut sukalah nak minat/buat/cara apa
Itu hak mereka
Mereka tak minta duit awak
Awak pun tak tanggung hidup mereka








Kerdilkah anda?

Hi everything....
Awat gini?
I perasan trend ni 1/2 bulan ni
So terikut juga tanpa cari maklumat 🤣

Awal pagi ni bukalah FB
Tapi hmm....
Terkesan dengan penulisan
Dalam mengaku diri kerdil
Menerima insan yg ada "sejarah tersendiri"
Atau yg kebiasaannya insan yg "sukar"
Tak sedar telah meninggi diri
Tak sedar telah melukakan hati pihak yg pernah menolak
Anda tak berada dalam situasi pihak tersebut!!!
Anda tak berurusan dengan insan yg "dulu"
Yg mgkin berubah bila diberi peluang kedua
So kenapa tidak terus jalankan tugas anda
tanpa mengungkit kisah pihak lain?
Nak tunjuk apa sebenarnya?

Kerdilkah anda ?
Jika biasa pertikai itu pertikai ini
Semuanya salah
Anda saja betul
Yg dlm negara konon membebankan
Yg dlm negara entah apa2
Yg luar negara hebat
Yg luar negara sempoi
Nak komen tak salah
Nak menegur tak salah
Nak membetulkan tak salah
Tapi ada cara dan adabnya



Ni untuk reflek diri sendiri juga
Berhati-hatilah...
Jika tak mampu menolong
Jangan menghina
Jika tak mampu berkata baik
Jangan bersuara
Jika tak mampu berlawak
Jangan mempersenda
Jika tak mampu menghormati
Jangan biadap
Jika tak mampu nak mengenang semua
Jangan senaraikan lansung


Bila bercakap pasal reflek diri pun
Perlu bijak mencari guru dan ilmu juga
Ada yg boleh buat kita rasa down
Mengenang betapa kotornya hati...
Betapa jahil, jahat dan banyak dosa kita
Ada juga yg buat kita rasa insaf
Malah bersemangat untuk berubah ke arah kebaikan....



Wednesday, June 3, 2020

Sombong bongkak

Pagi tadi
macam biasa menyapu luar
dan jenguk kebun tiny mini dulu
Then pi tanam snake plant
Kan sedang viral sekarang
Padahal kurang berkesan sebagai penapis habuk
dan pembersih udara 😅.
Tak apalah
Masih ada manfaat
Penghias ruang
Sumber ketenangan 💕



Tengok pokok mmg tenang
Tapi tunggu nasi lemak bikin hati panas
Tak sampai2 walaupun dah 9am
Nak call kot dia sibuk delivery
Bila suruh pi jenguk
Guess what?
Tak buat pun coz konon ada tetamu
Hmm...that is it
sorrylah nak order lagi

Bila WFH
Hati perlu kental
Kena bertahan bila dikata sombong bongkak
Padahal kita menegur untuk kebaikan
Padahal kita melarang untuk elak keaiban
Padahal kita berdiam coz tak mau berbalah
Mungkin cara kita salah
Maka perlu perbaiki diri

Bila WFH
Perlu bertabah
Abaikan bila dikata pemalas tak membantu
Hanya tuhan yg tahu
Betapa stuggle nak jalankan tugas pejabat di rumah
Perlu menyambil dengan kerja rumah juga
Susah nak fokus kerja bila kepenatan
Tapi yg betul2 pemalas dan pengotor dibela dan disokong
Bukan remaja pun
Bukan bawah 30 tahun pun
Jangankan bekerja
Menolong kerja rumah pun tak
Lagi dibuat semak/sepah/kotor
Berkurung dlm bilik saja
Apalagi main game dan tidurlah
Hanya keluar bilik untuk makan
Bilik umpama tongkang pecah dan reban
Dan pernah tolong kemas
Tapi berterabur kembali
Dah dibelikan cadar dan langsir
Kini togel semula
Lantak dialah...bilik diakan
Tapi kenapa mencacatkan pandangan di beranda?
Semak serabut
Kenapa sepahkan ruang tv dan ruang tamu?
Kenapa dibiarkan berhabuk dan kotor dgn tahi cicak?
Sedih lihat macam rumah tinggal
Boleh mati ke kalau mengemas/membersihkan?

Bila kita suarakan ketidakpuasan hati
Takpelah tak kerja
Takpelah tak buat kerja rumah
Kan tangannya sakit
Hmmm....kita pun sakit juga
Kad temujanji hospital lebih dari 3
So antara nak tak nak je
Antara rasa bertanggungjawab atau tak

Ni peringatan dan pengajaran utk kita semua
Bila usia makin meningkat
Sepatutnya jadi contoh teladan
Makin dihormati
Tapi yg melihat dan menghadap hari2
Hati makin menjauh
Semakin hilang hormat
Alangkah bagusnya jaga ibadah dan fokus akhirat
Seperti jaga harta dan dunia
Alangkah bagusnya jaga kata dan perbuatan
Seperti kandungan tv yg kerap ditonton
Dan surat khabar yg dibaca
Alangkah bagusnya jika tidak memilih kasih
Alangkah bagusnya tidak menjalar sana sini
Alangkah bagusnya jaga kebersihan
Alangkah bagusnya jaga penampilan

Walaupun hati terluka
Walaupun hati membara
Hidup perlu diteruskan
Makan itu perlu 🤣😁😅
Inilah dinner kami ...
Menu kedai tomyam
Tapi menu resipi rahsia tak sempat ambil



Saturday, May 23, 2015

Macamlah baik dan suci sangat...

Kadang2 tak faham bila membaca komen orang di mana2, seolah2 mereka lebih tau apa yang berlaku dan sesuka hati menuduh, mengata, mengutuk, menilai dan menghukum orang. Awak tinggal serumahkah? Awak keluarga terdekatkah? Awak ada ditempat kejadiankah? Awak lihat dan dengar sendirikah? Hanya mendengar cerita sebelah pihak, terus buat kesimpulan sendiri. Konon serba tau, satu hal; menghukum pulak; Masuk campur hal orang lagi; Menyampaikan juga; melaga2 pun sama. Apa yg ko dapat? Happykah jadi batu api??? Sukakah bila hidup orang tak tenteram????  Ada sajalah yang tak kena....buat tak tahu salah, ambil tahu pun salah...Apa yg ko nak sebenarnya? Kalau betul orang tu salah, siapa kita untuk judge dan hukum dia? Kalau memang dia tak salah, bukankah dah jadi fitnah. Doa orang yg disakiti dan teraniaya tu makbul. Cuba Cermin diri !!!  Awak tu baik sangatkah? Sempurna sangatkah? Suci sangatkah???? Tak takutkah suatu hari nanti kejadian yang sama berlaku kepada anda???? Rasa2 boleh hadap????Daripada sibuk menambah perasa ke jalan cerita yang tak diketahui hujung pangkalnya, apa kata doakan yang baik2 sahaja.... .

Peringatan utk diri sendiri juga yg selalu meluahkan dan membebel.




Wednesday, May 20, 2015

Kita tunggu dan lihat

Last year I pernah beritahu my boss yang I rasa nak quit from my current position bukan kerana tak tahan dengan karenah customer tapi pening melayan karenah colleagues yang kerap argue apa yang kami buat. Ada je la yang tak puas hati dan tak kena di mata mereka. Cakap pun bukan dengan cara baik. Senang cerita kalau tak nak hormat colleague yg jawatannya hanya atas sikit sahaja at least hormat sebagai orang yang lebih tua. Bila rasa diri itu hebat dan lebih baik, maka hilanglah rasa hormat, adab dan kesopanan.

My boss kata
"Takpe, kita tengok bila dia pegang jawatan".

Ya betul, baru sahaja dilantik, dah mula nak tunjuk kuasa hahaha...Sampai yg tiada kaitan dengan bidang kerja dia pun, kononnya perlu buat laporan kepadanya. Malah, mendahului arahan our second big boss dan pandai2 'arahkan' kami, walaupun tiada kaitan dengan jawatannya.  Owh yg selama ni asyik tak puashati dan pertikai tu sebab nak pegang jawatan jugak ke hahaha.....Hish!!! Tak baik judge orang ;)))).

Itu lantaklahkan...masing2 punya keinginan dan cara. Kita sendiri pun ada salah silap jugak. A bit irritating when our unit idea diambil untuk tugas barunya. Untuk apa??? Untuk menonjolkan diri dengan boss baru??? Kalau iapun, presentlah idea projek lain. Takpelah juga jika projek itu mendatangkan kebaikan utk ramai orang. Tapi dia juga yang komplen coz projek tu jadi besar. Yang mendatangkan amarah apabila projek itu untuk kumpulan fokus yang lain...sedangkan idea asal kami adalah untuk kumpulan fokus yang bermasalah. Akibatnya, mereka ini mungkin terus terbiar walaupun sepatutnya didahulukan diberi perhatian....Padahal selama ini, dia juga yang selalu komplen pasal kumpulan yg bermasalah ni...I am totally do not understand with this kind of people....

Friday, May 8, 2015

HATI PEREMPUAN meroyan

Hah!! dah lama nak membebel pasal si hati perempuan ni...cuma tak berkesempatan. Semalam dalam FB ternampak news feed ustaz pun komen pasal watak perempuan drama ini. Tapi I tak sempat baca kandungannya. Hari ni pulak dalam Beautifulnara.

Memang hati angin je tengok cerita ni. Rasa nak meroyan bila tengok perempuan yang asyik tak puashati, ego, kuat merajuk, degil, mudah berprasangka dan mudah percaya akan sesuatu, marah-marah, mengamuk dan meroyan. Tegas tu perlu, cuma idok le sampai kurang ajar dengan suami dan lansung tak mahu mendengar penjelasan dan berbincang. Bak kata si suami semalam...asyiklah tak mau dengar kata. Lepas tu minta maaf dan ulang lagi. Dan I nak tambah....Never learnt a lesson????

Begitukah perangai wanita dan isteri masa kini???? Lansung tak pernah hargai jasa baik dan kasih sayang suami dan bersyukur dengan apa yang diperolehi. Maka, tak hairanlah jika terdengar kisah2 yang lebam2 atau patah riuk kena bantai. Atau macam cerita semasa ramadhan few years back...cerai talak empat balas hehehe.

Memang wujudkah wanita seteruk itu sikapnya???
Memang wujudkah lelaki sebaik dan sesabar si watak suami???
Memang wujudkah orang yang terlampau berahsia sehingga menggangu ketenteraman perkahwinannya????
Jika tidak...dasyat juga imaginasi si penulis ya...
Apakah sebenarnya yang ingin disampaikan???
Kurang ajar dalam kemanisan???
Degil dalam romantik????
Di manakah nilai2 murni dalam cerita ini?????

Sebab tu malas nak tonton, better tukar channel. tapi kalau dah takde apa nak tonton....terpaksa tonton gak hahaha....lepas tu meroyan sensorang. Tu namanya cakap tak serupa bikin....

Friday, April 3, 2015

Rempit

Petang semalam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah ternampak segerombolan mat REMPIT sedang berlumba sambil buat willy di laluan sebelah. Hati jahat I ni nak je tengok them terbang terlambung2 dan tergolek2...

Bila dah sampai at my housing area sekumpulan mat REMPIT lain bukan main lagi menyonsang arus. Terkejut tu pasti la. Sakit hati pun ada coz dah lah menyongsang arus, I pula yg kena mengelak. Maka bila berselisih terjeling mataku dan terkumat kamit mulutku.....

I tertanya2 si mat REMPIT ni datang ntah dari ceruk mana.... yg pastinya mengganggu ketenteraman n keselamatan our housing area. Lagi pelik bila si mamat/minah berkereta mewah dan  tinggal di kawasan yg elit pula pun tetap nak menyongsang arus.....Memang mentaliti golongan ni setara dengan si REMPit kot...sanggup menggadai nyawa dan membahayakan orang hanya kerana nak jalan pintas.

Balik rumah rasa no idea nk mkn apa plus tak larat nak masak. Tetiba muncul mentol atas kepala...maka call lah home delivery. Pun terkial2 nk fahamkan kata2 si penerima order...very the REMPIT in explanation. Bila order diterima, marilah meREMPIT makan hehehe....




Monday, December 10, 2012

Cucur jagung kuah kacang

Petang semalam, tak tahu nak masak apa. Tetiba teringat ada frozen corn and peanut sauce. Apalagi buatlah cucur jagung yang nipis, garing dan rangup dan reheat kuah kacang yg masin pekat tuh heheheh


Harini pulak punyalah malas nak masak. Tapi lapar hehehhe.  Hmm...I have defrosted the fish fillet. kuah gulai ikan masin haritu ada lagi. Lebihan petai pun ada. Campurkan sahaja ketiga-tiga bahan tuh dalm periuk. Tak sampai 10min , dah masak hehehhe...Makan dengan sambal udang dalam botol tuh...........


For dinner nak makan apa pulak. Nasi dah habis, tong beras pun dah kosong :(. Tak tertelan di tekak nak makan roti memalam. Hmm...fish n chips sounds good for this cool windy weather. Sampai 7pm, alamak kedai dah tutup. So, instead of hanya menapak 400m, kenalah menapak 1km mencari something crunchy.......tak dapat ikan..aym pun jadilah hehhehe. Sekarang tengah bloated. Padan muka.

Last week pun mode memasak ke laut. Tapi bila stress mesti nak makan. Konon nak buat sambal daging, tiba-tiba jadi black pepper beef hehhehe. Cepat dan sedap :)


Makan pulak dengan leftover sambal cili api terung udang kering pedas berapi, menu sebelumnya :).


Rasa macam lama tak membebelkan. Kalau pasal thesis dah buhsan kan ;))). Ni pasal teguran orang yang tidak bertempat. Tak kisahlah niat baik sekalipun, tapi perlukah mengaibkan rakan sendiri?

Baru-baru ini saya terbaca dalam satu blog, penulisnya berpeluang untuk bercuti ke Benua Eropah. Tiba-tiba ada pulak rakan FBnya yang komen bila pulak nak pi Mekah. Plan orangkan. Mana kita tahu dia dah pi ke cuma tak warwarkan, ataupun sebenarnya sedang dalam perancangan. Yang tukang komen tu dah pi ke?

Satu lagi bila ada rakan berkongsi cerita pasal anaknya yang membaca English story book dalam FB. Ada pulak yang komen, sebaiknya bagi budak tu baca Malay or srikandi Islam story books. Manalah kita tahu depa tak baca buku cerita Melayu dll. Kalau jati diri kuat, baca apa pun takkan terjejas la. Kalau rasa baik sangat, awatlah tak tegur dalam private message dari mengaibkan rakan sebegitu rupa. Macamlah dia tak pandai didik anak. Tak terfikirkah yang komen itu mungkin dibaca juga oleh datuk dan nenek budak tuh. Kawan saya bertindak bijak apabila tidak membalas komen itu. Saya pulak yang meroyan kat sini hahhahah.

Whatever it is..don't judge the book by its cover dan jangan pandai-pandai membuat assumption. Dulu semasa di USM. Ada rakan saya berambut perang dan semestinya bergayalah kan. Orang dok kata dia warnakan rambut, padahal itu memang rambut asli dia, bertukar warna coz rosak. Sedih bila saya jalan bersamanya, ada pelajar lelaki jerit2 panggil dia bohsia. Sungguhpun penampilannya begitu, dia begitu menjaga solatnya. Rakan yang lain pula...dia jalan berlenggang, tangan dihayun lembut....Ya dia lelaki. Baru-baru ini semasa di surau, saya terkejut mendengar dia menjadi imam solat.


Saturday, May 14, 2011

Nak pinjam sikat, boleh?

Awatlah blogspot problemo nih. Hari khamis dah mula buat hal. Tapi semalam seharian tak boleh sign in....

Kes 1-Day 1


Kawan Indonesia: Can I borrow your comb?
Aku: Hmm...what? (Tokojut den)
Kawan Indonesia: Can I borrow your comb?
Aku: Hmmm......Alamak camna nih...aku tak suka share benda peribadi...geli, tapi aku tak reti camna nak cakap. Silap cakap, nanti kecik hati (ambil masa nak jawab sambil fikir dan cakap dalam hati)
Kawan Indonesia: Is it ok?
Aku: Ok...(macam kena pukau pulak)
Kawan Indonesia: Are you sure?
Aku: Hmm....Ya Allah, apa aku dah buat nih...(dalam hati) menyesal tak sudah sambil rasa nak hantuk kapla kat dinding. Dilema antara geli and tak sampai hati. Selain tak tahu how to say No.

Kes 2-Day 2

Kawan Indo: Can I borrow your comb?
Aku: ....(tak cakap apa, hulur je)
.
.
.
Kawan Indo: Thank you (sambil pulangkan sikat aku)
Aku: Hampeh betul ko Indon, dahlah pinjam sikat orang, sampai basah pulak tuh. Wei tu sikat kayu lah...bengong!!!!! (dalam hati huhuhu)

Tidak lama selepas itu sehinggalah sekarang kelemumur aku yang dulunya yang kejap ada kejap tiada tapi jika ada sangat-sangat sedikit and halus, tetiba menjadi banyak dan berkeping-keping. Tetiba aku rasa geli yang teramat dan loya bila mengenangkan pernah berkongsi sikat dengan kawan aku itu. Menyesal tak sudah tu jangan cakaplah kan :(. Mungkin, peningkatan kadar kelumur kerana shampoo yg aku pakai, mungkin juga pasal resdung aku, tapi tidak mustahil berjangkit dari rakanku. Lepas nih kena pandai tolak permintaan camtuh.

Kes 3

Aku sedang pakai lip balm.
B: Nak sikit
Aku: Takpe ke nak guna ni (Marahkan diri sendiri dalam hatilah, kenapa susah sangat nak cakap "Maaf, tak boleh"
B: .....(tak ingat apa dia cakap)
Aku lap dulu lip gloss dengan tisu dan bagi B(Marahkan diri sendiri kerana begitu mudah menyerahkannya pada B)
B: Thank you (sambil hulurkan semula pada aku)
Aku ambil lip balm dan lap dengan tisu....nak buang sayang pulak

Kes 4-Day 1

B: Bawak sikat tak? Nak pinjam.
Aku: Alah..awak kan pakai tudung. Guna je lah tangan.
B:......(aku tak ingat apa dia cakap)
Aku: Takpe ke? Akak ada kelemumur.
B: Takpe
Aku: Takdelah, kakak akak tak suka akak pakai sikat anak dia. Tiba2 je budak tu ada kelemumur.
B: ......(aku tak ingat apa dia cakap)
Aku: .... Alamak camni nih...susahlah nak cakap tak boleh. Bila dah bagi hint2 macam tu patutnya fahamlah (dalam hati)

Kes 5-Day 2

B: Nak pinjam sikat.
Aku:....(hulur je la dengan sakit hati)
.
.
.
.
B: TQ(sambil pulangkan sikat)
Aku: Eeeeee basah (sambil lap sikat di cadar)
B: Eh! Biar saya lap
Aku: Sabar jelah dengar orang yang tak sedar diri ni. Tak pandai nak jaga barang dan hati orang (dalam hati)

Kes 5-Day 3
Minah ni buat perangai. Dia tolong bawakan barang kami. Aku dah offer nak bawa, dia tak bagi. Tiba-tiba dia nak pi somewhere. Tapi kami tanya tau ke nak pergi situ. Tetiba dia sentap dan mood monyok tak tentu pasal. Padahal kami yang bersungguh-sungguh cari tempat tuh. Dia ikut je. Handphone canggih dia yg ada gps puntak boleh harap. Lagi sakit hati bila dia suruh kami bawak barang kami, dan dia bawak barang dia. Berat katanya. Padahal, total berat barang tu tak sampai pun rasanya 600gm-1kg je. Sesi mengumpat bermula.

C: geramlah kenapa dia camtuh.
Aku: Entahlah, apsal tah.
C: Dia marah kita sebab bawa barang kita ke.
Aku: Tak kot. Akak dah offer nak bawak.
C: Spoilt je. Tak sukalah...Kecik hati...bila dia bagi barang kita, dia bawa barang dia. Berkira sangat. Padahal akak dah banyak tolong dia.
Aku: Itulah ada camera sendiri. Nak jugak tumpang camera orang. Bila ambilkan gambar kita, kalau tak elok tak cakap pun. Tapi, bila dia suruh kita ambilkan gambar dia guna camera kita, dia suruh ambil banyak kali lak tuh. Pulak tu ambil gambar ntah apa2. Akak kalau ambil gambar orang sungguh-sungguh. (Hehehe, memang lepas tuh everytime depa ambilkan gambar aku mesti tengok dulu, takut nyesal).
C: itulah
Aku: Tu sikat tuh, akak gelilah nak share sikat dengan orang dan....(cerita pasal kes 1 and 2). Tak nak geli, akak anggap dia macam adik sendiri. (Hish! kalau adik beradik dan anak beranak pun belum tentu kita nak share sikat kan....)
C: Peliklah...
Aku: Baik lupakan je. Nanti ingat sakit hati.


Kes 7-Day 7

B: Ada bawak bedak tak?
Aku: Ada. Tapi bedak compactlah(Aik takkan bedak pun nak pinjam, ni lagilah geli nak share)
B: Nak pinjam, boleh?
Aku: Hmm, kalau bedak biasa oklah. Ni bedak compact.
B: Boleh tak?
Aku: Tak kot. Sorry yek...

YEAY!!!!! At last I got the guts to say NO!!!!!

PELIK KAN MANUSIA BEGINI.
TAK MALUKAH NAK PINJAM BARANG PERIBADI ORANG LAIN?
TAK GELI DAN JIJIKKAH BERKONGSI BARANG PERIBADI ORANG LAIN?
TAK TERFIKIRKAH MEREKA BAHAWA EMPUNYA BARANG TIDAK SELESA UNTUK BERKONGSI BARANG?
BILA DAH BAGI PINJAM, TAK TERFIKIRKAH NAK GUNA BAIK-BAIK BARANG ORANG LAIN?????

Dan last nite, aku sakit hati sangat bila si B, pi letak gambar aku dalam FB. Aku dah pesan jangan letak, jangan tag. Tapi dia letak jugak walaupun tak tag. Kata nak privatekan. Tapi aku tengok ramai je orang yang aku kenal komen kat gambar tuh. Nak berlagak punya pasal. Konon ada kawan Irish and Denmark. Yelah selama ni walaupun di OZ serumah ngan orang Thai, ofismate orang Indo n Sri lanka.....Hmm....kalau camtu, gambar dia or gambar pemandangan yg aku ambil, sorrylah aku nak bagi dia. Aku nak watermark, so aku taulah kalau dia guna jugak gambar aku tuh. Dahlah kedekut nak beli pendrive and memory card. Kedekut tapi nak ambil kesempatan kat orang lain.

Kes 8

B: Camna ya. Memory card saya ada 512MB je.
Aku: Bawalah pendrive, nanti transferlah.
B: I tumpang you jelah.
Aku: Mana cukup. I sehari guna 2 GB.
B: Berapa harga pendrive?
Aku: 4GB dalam aud12 kot, kalau 8GB dalam aud20 kot
B: Mahalnya....
Aku: akak dah survey memory card, 8GB ada yg aud40 ada yang aud60.
B: Mahal.

Kes 9

B: Nak beli airlah. Hauslah. (masuk Reject shop cari air yang kononnya murah, less than aud2)
Aku terus ambil coke dan bayar aud3. Yelah kalau mineral water pun sama harga.
B: I tak jadilah beli air. Mahallah, I minum air you jelah.

Kes 10
Semasa sesi ngumpat B yang berkira and suka ambil kesempatan

C: Sebab tu saya, kalau share beli barang dengan B, saya suruh dia bayar dulu. Kalau saya bayar dulu, dia lupa terus nak bayar kat saya.