Orang membakar kek, den pun nak membakar...hangus hangit
Orang mengukus, den pun nak mengukus...tonggolam karam bahagian tongah
lapisan bawah pulak berebut-rebut naik ke atas huhuhu....
Tonggolam coz bahagian tongah tak berapa masak lagi walaupun dah lobih 30 minit tu.
hmm agak... eh pengukus tu tak cukup bagus, hehehe..yolah penutup eh pun dah bengot.
Yang kelakarnye dah masukkan adunan dalam loyang, tetiba loyang tak muat lak nak masukkan dalam pengukus den yg comel lote tuh. Takde pilihan just masukkan dalam plastic container, walaupun tau tak baik untuk kesihatan. Gambar bawah ni cam ok sikit kan...
Kek lapis menjadi kek marble ke kek berbatik ke....yg pastinya tatap sodap gak.
Resipi ni diambil dari rumah Maz , tapi berasal dari myresipi sumbangan dayang jack. Terima kasih bebanyak ya. Rasanya kak Aidah pun ada resipi tersendiri, nanti nak cuba jugak. As usual den suko na mengkhianati resipi asal. Tulah salahkan diri sendiri kalau kek tak jadi...jangan sesekali salahkan resipi atau pengukus hahaha.
Bahan-bahan Kek Lapis alwani ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
- 1 cawan tepung gandum ( ......den guno 3/4 cawan)
- 1/3 cawan horlicks (original) ( ......den guno 3/4 cawan)
- 5 biji telur gred A ( ......den guno 2 biji telur 800gm n 1 biji telur 600gm)
- 1/2 cawan gula halus
- 200 gm marjerin ( ......den guno butter, tapi rasanya Hasue cadangkan kalau guna butter, elok kurangkan telur)
- 1/3 cawan susu pekat manis
- 1/3 cawan kismis hitam ( ......den guno hawflakes)
- 1 sdt esen vanilla
- sedikit pewarna oren, hijau dan merah
Cara-cara
- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
- Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
- Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
- Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
- Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
- Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
- Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
- ***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas.
Actually nak gak bagi kek ni pada my co-spv. Dia tak datang pulak. Maka kek ni + teh cameron highland menjadi habuan my group mate la. And for lunch today...vegies wrap-mushroom,carrot, zucchini, egg plant with bolognese sauce n cheese.
melted cheese..yum..yum....
Oklah nak ngadap adobe illustrator..to modify my figure. Nite....
Salam Fairy,
ReplyDeleteTak kisahlah apa rupa kek tu, janji masuk perut kenyang. Apasal lapis nya tebal bebeno. Ni mesti kes nak cepat habis, sama lah ngan akak, kalau membaking semedang nk cepat habis, hehehe
jah..seok2 klu den ngidam kek yg ekau masak ni cam no jah..?den kono dtg sano ko..?
ReplyDeletekak aidah, resepinya memang 3 lapis je...tapi as usual mine mmg terlebih tebal coz takleh masuk lam loyang lebar, kena masukkan dalam small container tu yg tebal bebeno. Hehehe..mmg masak nak cepat habis je kan
ReplyDeletedaela,
hahaha..mai..mai datang sini. Air asia ngan tiger airways kan ado...