Thursday, April 28, 2011

Kita Bakor Kita Bakor

Bila dok tengok Kaklia dan blog Ceritera menayang sarapan pagi, aku tak mau kalah gak hehehe. Yelah biasanya kat rumah jangan harap nak buatkan, biasanya kalau pi hotel je aku suka ambil benda nih hehehe.....

Tapi, tu for the first platelah. Lepas tu barulah aku bantai salami+salad, danish +salted butter+marmalade.... cari omelette ka, porridge ka, nasi lemak ka, nasi kerabu ka. E eh kalau kat Rennaisance KB yong tau fu pun ada tau for breakfast....Lepas tu tersandor kekenyangan hahaha...

Tu sarapan aku last tuesday. Sosej rebus and sramble egg tanpa minyak. Petang tuh teringin nak memBakor.....so, my craving for Kuih bakar is cured hehehe....Tara......kuih bakor tenggelam, takpun karam ;)))

Punyalah lama tunggu nak dapat garing ditepi tuh. Takpelah, sambil tuh aku boleh buat budget and calculate my spending. Once I took it from the oven, it seems ok. Tapi bila aku turun semula bahagian tengah kuih tenggelam hahaha...Bila potong, frust sangat coz macam lembik je. Terlebih airkah? Rasanya gula je aku kurangkan. Terkurang tepungkah? Rasanya ikut sukatan. Habih tu, tak nyempat2 nak makan kan, mestilah lembik kuih tak sempat sejuk hehehe. Yang bestnya bila makan kuih yang panas dan bahagian tepi yang crispy...sedap nyer !!!!! Aku sorang je boleh perabih 1/4 dari kuih tu sambil layan Movie-Cun. Tu kira dinner akulah....

So, pagi Rabu bila dipotong yang crispy edge dah tak cripsy but still yummy....kuih pun dah tak lembik hehehe...Sedap lembut je. Sape lagi nak puji kan ;))..

Recipe from Myresepi lah :). Aku tambah cinnamon, lagilah sedap :). Sarapan pagi dengan kuih Bakor sambil tengok Merong Mahawangsa Part 1.

Dah sarapan, terkial-kial nak sort kertas atas meja. Kena pulak activate debit mastercard Commonwealth bank. Jangan tak tau, transfer duit aud500 dari NAB ke Commonwealth bank, boleh dapat aud100 tau. Better terus buat, kalau bertanggguh entah bila nak buat pulak kan. Sambil-sambil organize/sort tuh kita layanlah Sinar FM. Alamak terasanya nak masuk usia remaja purba ni ;))). Dah penat with document sorting, pi masak for lunch ....hehehe cous cous goreng cinaSpecial tuh !!!! Korang pernah rasa nasi goreng cina aje kan. Luckily perencah adabi ku ada ;)). Sambil makan, sambil layan Merong lagilah hahaha....Alamak baju pun kena basuh gak, sib baik machine wash.

Malam pulak tekak aku teringin nak makan baked chicken and grilled egg plant with black pepper sauce.
Hah....mengada-ngada sangat nak makan benda tu kan. Hah padan muka aku terbatuk-batuk sampai kuaq ayaq mataq.....

Then, today tetiba kena recharge internet yang hampeh ni...aud30/15GB or permonth. Jangan dilupa aktiviti hand washing yang sudah lama tertangguh diikuti pula hang drying and folding. Bila bilik dah kemas, baru sedap hati nak pi opis kan. Tu pun hampir cancel nak pi opis coz tetiba rasa mual n sakit kapla. Dah tengahari buta baru nak pi opiskan. Pi unicentre jap nak pi bayar accommodation. Nak terkuar bijik mata aku, bila tengok outstanding amount is aud2000. Alamak!!!! ku sangkakan aud1500. Manalah aku nak cari aud500 nih. Kiranya aud100 boleh dapat dari CM bank tuh. Lagi aud400???? Ya Allah murahkanlah rezeki hambamu ini. Harap-harap LHDN refund duit aku ASAP.....

Pi opis buat apa yang patut dan perabihkan my paper correction. Then pi woolies cari udang. Teringin sangat nak makan butter prawn. Tapi teringin gak nak makan vegetable pakora. Sib baik ada lagi pakora tuh. Bila balik, kalut pi solat. Then, sambil masak sambil tinjau Biggest Loser. Kurang semangat nak tengok dah, coz my favourite contestant Joe was eliminated last sunday huhuhu. Tetiba selesema pulak. Gara-gara balik malamlah ni. Lagipun, harini memang gigil due to cold wind. Biasalah kan Oz weather hehehe. Tapi tak tahulah nak kata pelik ke lawak ke my new housemate yg sampai oz baru dua bulan ni. Cara dia cakap kat aku pasal weather ni macam aku yg baru sampai sini and dia pulak yg dah 2 tahun kat sini. EEEEEEE.....minah ni makin lama makin annoying. Hehehe tulah kalau dah nyampah kat seseorang ituh, benda kecik kuman dia buat pun nampak besar gajah. Haritu, aku dah type kat blog melepaskan geram kat dia. Tapi tak terpublish pulak. Elok jugakkan camtuh. Tak baik buka aib orang. Tapi there's a limit. Hopefully aku akan terus sabar walaupun dia buat perangai lagi. Yelah siapa boleh tahan kalau orang buat sesuka hati dengan barang kita dan menyibuk serta mempertikaikan apa yg kita buat dengan barang kita.

Tulah kalau dah blood goes upstairs bengang, tetiba my butter prawn bertukar jadi sambal octopus pulak hehehe....


Tulah aku dah cakap, aku tak sihat pun makan laju je. Lepas tu complaint berat badan susah nak turun kan...hish.

Wednesday, April 27, 2011

Dah penat berzumba bagai, tapi tak kurus jugak

Aku peliklah, aku dah penat exercise, tapi tidaklah susut badan ku mahupun ukurlilit pinggang dan montot yang berkurangan. Memanglah dengan ketinggian dan berat badan aku, BMI ku normal ~ 22. Tapi I used to have 40-42kg weight. Tapi mulai naik ke 44-45kg:2007-2008. Feb 2009: 48kg. jun 2009-July 2010: 46 kg. Ogos-November 2010: 44-45 kg. Sekali balik kampung Dis 2010 : 47 kg....sehinggalah kini, tapi tak turun-turun jugak. Walaupun aku dah mula exercise since last month. Kenapa gitu???? Pulak tu haritu, my indo housemate kata aku gemuklah. Pelik juga kata nutrition and dietician, takkan kurang pengetahuan tentang BMI. Yang my new housemate pulak aku tak tanya, dia sibuk kata badan aku sedang-sedang...nyampah!!!!!!! Macamlah body dia cantik. Nak compare aku ngan dia? Kecik lagi aku. Seksi lagi aku muahahaha.....Yang jiran aku yang kurus tu pulak, siap kata baju yang aku try nampak sempit kat bawah. MY Indo housemate pun dok ngata dengan dia tentang tshirt hsotel yg aku pakai sempit kat montot. Habih nak buat camna, dah dapat baju style gitu. Tshirt saiz S/M yg aku beli kat Malaysia ok je. Dia siap cakap badan aku bentuk pearlah. Habih nak buat camna, masa zaman aku sekolah dulu pun memang aku dah tonggek walaupun kurus. Aku kan bukan mintak, depa komen ke puji ke ape. Tapi at least bagilah kata peransang bila nampak aku risau with my body n weight such as....tak apalah janji sihat...yang penting bertenaga....BMI normal. Ini lagi kutuk adalah.

Dah exercise. Dah kurang makan nasi. Apa masalahnya ????
Mari tengok apa yang aku makan menggunakan Myfitnesspal yang digunakan oleh LemonGrass-Salam2benua

Cuba tengok summary tuh, makin melebihi 47kg pulak...
Owhhh patutlah, kalori masuk lebih dari kalori yang sepatutnya hehehe. Bila exercise pulak, kalori masuk pun masih lebih dari kalori yang dibakar. Camno nak susut kan...Tulah aku suka makan junk food. Kalau dalam keadaan normal pun banyak makan, kalau dah stress sesilap sebungkus chips pun boleh habis, lepas tu mulalah pening n nak muntah. Dah makan takde perasan, hanya telan huhuhu....

Bila sakit je aku kurang makan junk food. Tapi benda lain aku tetap berselera. Dahlah seminggu tak exercise. Anyway bila aku timbang on Sunday...turun gaklah ke 46.5kg. Jadilah daripada takde lansung hahaha...Tapi takkan nak selalu sakit semata-mata nak loose weight...Mari kita tengok pengiraan kalori ketika aku sakit....
Wah...tengok tu, kalau hari-hari makan camni, mau turun 3 kg tuh. Kalori masuk mesti kurang dari kalori sepatutnya. Tu belum lagi kalau aku exercise tuh. Apa yang penting semangat yang kuat and self control. Eat healthily and exercise regularly...
Cakap memang senang, nak buat alamak !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, April 25, 2011

Masak taucu sesuka hati

For lunch on Sunday, aku teringin nak makan hotdog roll with tuna filling..

Senang je tuna+mayo+black n white pepper, tambah lettuce and gerkin. Tapi aku hanya boleh telan separuh je. Then, kenalah mevakum rumahkan-downstairs and upstairs and buang sampah bagai. Dah ada duty schedule kan, sihat tak sihat still kena buat kerja. Baju pun kena basuh gak. Guna washing machinelah. Yang hand wash nanti dulu. Tapi kena angkat kain diampaian dan lipat dulu. Kalau tak manalah nak ampai baju yang baru dibasuh. Bilik pun nak kemas jugak. Barang2 dalam fridge kena juga dikemas. Begitu juga dalam kabinet dapur. serabut betul aku tengok. Tapi dalam pada tuh, sempat gak aku type sampai 3 1/2 entries tuh hahaha...Tapi frust jugaklah, easter holidays + anzac day yang 5 hari ni memang holidays in home betul la...kok holidays pi Great Barrier Reef ka, pi Uluru ka...tak pun pi New Zealand best jugaklah kan...Redha je la...

Plan malam tuh just perabihkan sandwich tuna yang lagi separuh tu. Tapi tekak yang sakit ni mengada-ngada nak masak taucu pulak kan. So here is my fried egg and egg plant in salted bean Masin giler taucu tuh, terpaksa aku tambah sikit chili powder, mustard and honey. Hehehe sesuka hati aku je pi letak bahan entah apa-apa. Seperti yang dijangkakan maka terbatuk-batukla aku yang tak sedar diri ini ketika menikmati menu ini ;)).....

For lunch today aku campur je leftover bihun celur harituh dengan terung taucu, tambahkan thai sweet chili sauce, then pecahkan telur, maka jadilah bihun taucu. Menu orang kreatif kan kan kan ;))....

For dinner tonite, I had the leftover rendang with hotdog roll. Tak kuasa aku nak ambil gambar. Tangan aku sakit giler. Gara-gara semalam mengemas. Dan harini vakum bilik dan juga mengelap blind dan tingkap...Hampir 45 minit tuh nak mengelap bilah-bilah blind tuh. Jenuh juga nak ngelap dari ini

menjadi ini. Hehehe sila abaikan kekotoran yang disudut itu ya....Bila tingkap dah terbuka luas, apakata kita jenguk apa di bawah. Daun-daun berguguran dan pohon meranting....Tapi tak semua pohonlah hehehe...Ada yang masih menghijau dan berbuah tuh. Begitulah Autum in OZ....Apa2 pun rasa lapang hati bila tengok bilik dah bersih, cuma tinggal nak clearkan atas dan bawah meja pulak..adusssssss...

Aku plan nak bayar income tax harini. Tapi aku kena download borang penyata gaji dari our company punya website. Tetiba tak boleh login pulak. Bila contact IT centre, depa main passing baton pulak. Aku hangin lah, and mintak cakap dengan officer. Yelah aku call dari OZ, ingat aku cop duit ker? Pulak tu officer IT kata, depa tak boleh reset password, itu kena contact orang HR. Pulak dah. Dah mula nak naik angin, sib baiklah officer ni lembut je hehehe. Call HR tak angakat phone. So, aku email la. Kalau tak jawab jugak, tak tahulah coz officer It kata orang HR ni macam jarang check email. Sebelum aku tension pikior..baik aku buat benda lain. Oklah aku bz nih...Segala perbelanjaan nak direkod jugak. My paper corrections pun kena jugak dijenguk.

Update 26/04/11:
Hmm..sesudahnya malam tadi, aku tak buat benda yang sepatutnya. Dah ngantuk sangat. Tapi dok terkebil-kebil nearly 2 hours. Pulak tu tak lena tido dahlah lengan/tangan lenguh.

Hampeh betul HR officer tuh, masih tak reply email aku sehingga 12.15pm OZ time. Anyway, alhamdulillah setelah aku masukkan je no IC as my friend suggestion boleh pulak masuk to our company website. So, apalagi dengan pantas aku download the 2010 annual payment form. Dengan pantas juga aku isi e-filing form dan akhirnya selesai semuanya dalam masa tak sampai 10 minit pun....Alhamdulillah. Syukur juga aku tak perlu bayar cukai hehehe. Malah, cukai ku terlebih bayar sebanyak RM1056.19....gara-gara staf financial/HR yang sesuka hati memotong jagi gaji kami.

Ke klinik hampeh

Since my troat really hurt, I decided to go to medicare centre on Saturday morning. I have to pay aud70~rm210 just for doctor consultation since it was weekend cum public holidays. Tapi memang hampeh I have to wait 1 hour before being called by the doctor. Yang sakit hatinya, orang yang lambat datang pun dapat jumpa doktor awal. Of course some of them already made an appointment. Tapi takkanlah semua dah buat appointment. Confirmlah orang Oz nih tak suka orang asing, so isu bias tak boleh dielakkan. Kalau aku ni pendatang asing mahupun pelarian lainlah cerita. Ni kami ni pelajar asing yang memang menjana ekonomi kawasan ni. Kalau tak kerana kewujudan pelajar asing kat sini jadi pekan koboi jelah kawasan ni. Perkara ini memang diakui oleh local authority kat sini.

Memandangkan aku dah tunggu 1 jam, aku pun pi kaunter tanya bila giliran aku dan bagitau aku dah tunggu satu jam. Boleh ke staf kat situ kata memang dah bagitau customer maximum kena tunggu satu jam. Takde pulak dia bagitau masa mula-mula tadi. Dahlah takde sign pasal tuh. Nak je aku cakap, aku tak kisah kalau semua orang tunggu lama, tapi kenapa hanya aku sorang je yang kena camtuh. Lepas tu barulah minah tu terhegeh-hegeh nak check kat komputer. Tetiba barulah doktor panggil nama aku. Yang doktor pun satu hal, kalau aku dah sakit tekak, suruhlah aku bukak mulut and checklah apa yang patut. Ini tidak. Hanya check my breathing and sentuh leher aku. Bukanlah nak suluh tekak aku dan tengok bintik/bijik merah kat lidah aku tuh. Pi klinik yang bayar mahal pun dah dapat service hampeh camni. Then, i bought this tablet

which has been prescribed by the doctor...aud14.90. Mahal kan............Kalau boleh claim ubat tak apalah, huh jangan harap.

Dalam keadaan dah mula rasa tak selesa tuh, sempat lagi aku ke Myer cari stokin. Nak tak nak, kena rehat sekejap kat Michelle. Apalagi aku minum hotchoc dan hanya boleh telah sikit je spinach roll kat situ. Bila badan dah kuat sikit, aku pi woolies kejap beli groceries. Balik je, terus aku makan ubat dan tido. Then, at 5.15pm alhamdulillah internet dah ok. So dalam keadaan pening pening lalat tu sempat jugak aku habiskan TRilogi cinta dari episod 36-40. Memula tengok kat rtm. Tetiba bila episod 37 tak keluar pulak videonya. Luckily ada kat youtube. Alih-alih kat youtube episod last tu ada satu part je. Alhamdulillah, try semula di rtm boleh pulak....Dah makan ubat, harap boleh tido lena. Huh!..Tak jugak. Tapi kuranglah sikit kesakitan tekak tuh.

Sunday, April 24, 2011

Tak sihat pun, makan laju aje...

Tulah aku ni, dalam pada tak sihat tuh sempat gak buat bihun sup nih.

Takdelah aku nak menumbuk bagai kak jah oii......Adabi kan ada hahaha. Bukan apa, bila bangun tido pagi jumaat tuh, tekak dah rasa sakit. So, bila dapat sup panas dan agak pedas nih nih terasa nikmatnya. Letak pulak gerkin=cucumber pickle nih.....mantop....

Malam pun dok makan sup jugak, tanpa bihun lah. Demam2 pun makan banyak gak kan. Sempat lagi tengok Trilogi cinta tuh. Tapi tetiba internet kong, padanlah muka aku kan. So, terpakslah tido awal. Susah betul nak lelap mata walaupun dah makan ubat. Lagi bengang bila dah tido, tak lena pulak, asyik-asyik terjaga. Lagi haru when my troat really hurt. Dah sakit tekak, kena minum banyak air. It hard for me to swallow.Memang pedih ya amat. Kalau batuk lagi lah seksanya. Pulak tu dah minum banyak air, perut tak selesa dan asyik nak ke toilet je. E..macam-macamlah....

BE POSITIVE !!!!

Hari Rabu lepas, masa aku bersiap-siap nak pergi uni, tetiba aku rasa tak sihat. Pening dan rasa panas. Tekak dan hidung pun rasa semacam. Ni gara-gara makan aiskrim memalam buta lah ni. Then, I went to my spv's office at 2pm. but she was not around. So, I came back to my room and sent an email to her together with the attachment of my current progress (latest version of my second paper) and my plan during her leave. Tetiba macam takde mood nak buat kerja, al-maklumlah dah berhempas pulas writing for this few days. So, I planned to go home early or maybe melencong jap ke city. Sementara tunggu waktu asar, aku pun blog walking dan akhirnya check my email. Alamak!!!! my spv has replied my email and asked me to see her at once. Maka aku pun kalutlah turun ke bilik dia. Tapi dia ada discussion dengan another lecturer. Anyway, she gave me back my paper that I have sent to her a week before and she also asked me to see her on Thursday at 9.30am.

Once I looked at the paper, my heart pounding really fast. Tak sempat masuk bilik, aku dah selak2 that paper while climbing the stairs. Ingat tak lagi yang aku kena justify my inconsistent result tuh? My spv didn't like the way I'm writing it. Her comment is
BE POSITIVE !.
Huish siap ada tanda seruan tuh....benganglah gamaknya. But, seriously I don't know what else to do. I have no idea how to justify my result in positive way. As I mentioned previously, I got the guidance from the phrasebank. So, if the guidance is not up to her standard what more that I can do ?????????????

Bila masuk my opis, rasa serabut sangat. Tak boleh pikir.....meja pun serabut.

Lantas, tanpa membuang masa aku turun ke bawah dan menjenguk-jenguk apa yang dijual at wednesday market. Tak kuasa aku nak beli barangan accessories ke hape kan. Baik aku beli junk food-dried sour cranberries, dried paw-paw and soy bean snacks apatah....Tetiba teringin nak minum hot choc. Terus pi beli LARGE SAIZ tuh.

Aku dah lama tak beli hot choc ni....Rasa macam mahal bebeno. Yang large aud4. Yang small aud2.50 kot. Baik aku minum home made milo je ;)). Tulah, my problem kalau stress, aku lepaskan pada makanan....Bukannya nak berzikir ke apa kan.

Malam tuh, memang tak boleh nak buat kerja...selain stress, cold and fever symptom pun ada. Rasanya, bila autum memang ramai yang berpenyakit gini maka virus pun mudah tersebar dan orang yang tak kuat antibodi mudahlah kena jangkitan. Yelah, kat rumah my housemate pun tak sihat dah 2 minggu kot, kat opis my ofismate pun dah lama kena. So, nak tak nak minum je lah panadol soluble tuh. So, hari Khamis pun kalut lah jumpa my spv for discussion. Bincang pasal my plan during her leave. Dia tak kisah aku nak buat projek apa as long as I know what to do :). Dia tanya gak pasal my second paper corrections. Aku kata tak sempat, padahal memang tak larat pun nak buat corrections. Aku tanya gak dia camna nak justify my result tuh. Hehehe berdas das aku kena you. Meamanglah dia gelak gelak. Tapi betul jugak katanya, janganlah sampai orang kata apa yang kami buat tuh bullsh**t je...Macam no point doing it. Then, dia suruh aku submit that paper correction to her and my pakcik at Adelaide ASAP. So kiranya kalau dia tak larat, pakcik boleh tengok gak paper tuh. Her expected baby's delivery date is on friday that week,but she will only goes to hospital wednesday this week...Aku mintak maaf jugak dengan dia aku ni slow in writing dan kadang-kadang takde mood nak writing. Dia suruh aku minum kopi. Pulak dah....aku kalau minum kopi lagi jadi tak tentu arah, jantung berdegup laju etc. Dia kata tulah bagus, aku tak ngantuk, senang buat kerja. Kalau aku dah tak tentu arah, minda tak stabil, satu hape pun tak jadi..kerja tak boleh buat, tido pun tak boleh....mengong semacam je :(...whateverlah. My spv tanya gak, bila aku supposed to finish my studies. Bila aku cakap next year, dia tanya aku tak boleh extend ka ??????????? Aduss !!! Kalau boleh tak mau extend....

Lepas discussion, aku buatlah corrections mana yang termampu. Lepas zohor ingat nak jumpa kawan di city. Tapi dia entah mana-mana. Aku pun dah habis credit nak call...So, aku merayau sorang2 sambil melihat easter show n activities. Silap, actually aku dah terlepas nak tengok the dance and cooking show. Yang ada mestilah kids rides
and 'animal farm'
ayam special ......mana matanya????

Ku teruskan perjalanan, nak tengok games yang ada...


Nyampah dengan mamat kat atas ni. Dia marah I coz ambil gambar...Perasan betul, aku bukan nak ambil gambar dia. Agaknya bengang coz games dia tak laku hahaha...Then, aku terus pi day market, normally on Friday, tapi since good Friday kan cuti so depa awalkanlah market tuh. Ni je lah gambar yang ada, Gerai buah dan sayur-sayuran dan gerai makcik turki buat gozleme dan pakcik cina buat mee goreng, aku tak berani pulak nak ambil gambar. Takut kena marah lagi hehehe....

Then, for lunch I had enchilada, the mexican food. Tapi aku takde mood nak ambil gambar jugak.
So, ni gambar yang aku google yang lebih kurang apa yang aku makanlah. picture credit to : http://www.el-indio.com/17_adj.jpg

Cuma, takde nasi dan sos tulah. My set ada banyak salad, chicken shredded, a dollop of sour cream, mashed avocado and grated cheese...yummy.........Nampak kurang menarik pulak, kalau nak tengok gambar yang menyelerakan sila click this link http://www.google.com.au/search?q=enchilada&hl=en&client=firefox-a&hs=cBp&rls=org.mozilla:en-US:official&prmd=ivns&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=fH-zTbW_PIvsvQPR3fWLBw&ved=0CFcQsAQ&biw=1280&bih=585

Memang banyak tak larat nak perabih. Memang buat dinner jugaklah. Balik dari city terus telan panadol. Malam tuh aku buat susu panas+ginger+madu...Bak kata dia, tu cara tradisional untuk hilangkan kesakitan. Bukannya nak hilangkan punca penyakit. Housemate aku siap suruh makan ubat dia lagi, apatah Cordal yang ada Day and night tablet tuh....

Wednesday, April 20, 2011

Pembongak pulak

Sorrylah, the title of my second last entry pasal makan free tu kurang tepat pulak ;)).
Hehehe....tidaklah aku makan free seminggukan. For lunch and dinner last Thursday I had this chicken and veges pizza.

Tapi pembongak boto orang jual tuh, bukannya chicken, tapi rupo dan raso macam lamb jo. Sib baik hargo eh aud3.50 walaupun saiz eh memang bosa. Kalau boleh memang nak jimat duit, tak mau beli. Tapi aku memang tak sempat masak that morning. Mana nak siapkan my second paper yang dah bertangguh berbulan-bulan tuh and mana nak attend seminar lagi. Apa-apapun I managed to submit that paper to my spv before attending that seminar. Tapi spv aku tak balas pulak my email, harap dia tak marah coz aku hantar lambat. Habis dah the week before dia cakap "send it to me next week". Next week tu apa2 hari pun boleh kan ;))...whateverlah, the most important thing I have submitted it to her even though I didn't really satisfied with it. Memang susah nak justify why my result is inconsistent with previous literature result. Rasanya dah banyak kali check result and my work, tapi problem jugak. So, pepandailah justify dari literatures sebab musabab why my result is like that. I have to use phrases such as....this inconsistency may be due to....A possible explanation might be.......There is no clear explanation.....Even though there are several discrepancies....Luckily, I got writing guidance from http://www.phrasebank.manchester.ac.uk/discussions.htm.

Actually, I attended thesis submission seminar last Thursday. Ingat nak dapatkan guidelines and info pasal thesis nih. Tetiba rasa cuak pulak dengan my progress, dengan my result yang ntah apa2, tak start writing lagi whereas I only got around 1 year left to finish my studies here. Macam-macam2 dugaan selain my research itself, for example my main spv yang 'lari' ke Adelaide dan my-co yang pregnant lagi. So ex-co spv who is currently my main spv is on maternity leave for 6 months starting from this week. That's why I really super duper busy and serabut from March-April. Nak siapkan kerja before she start her leave. Apa-apa pun, I'm really grateful that I managed to submit my third paper to a journal on 7/4/2011 after nearly 6 months struggling writing that paper. Writing je tuh. Nilah akibatnya bila I am too slow in writing, selain dari the co-author who also moved to Adelaide. Dahlah mamat ni very the cerewet. Rasanya more than 10 times corrections kot aku kena buat. Siap kena buat new simulation lagih. Dahlah during february harituh, dia senyap je, yelah bz dengan research grant application. Tapi tak boleh nak marahlah, he's one of the top researcher in our area, several of his articles were published in top rank journal such as Proceeding Royal Society and Journal of Physics A. Hehehe...unfortunately these journals got impact factor less than 2....whateverlah.

Korang tau tak, aku ingatkan my spv start her leave on monday=18/04/11. Tetiba aku dapat email :
Hello,

I will be on leave after this Thursday. I would like to speak to each of you individually. Please try to come to see me between this Tuesday and Thursday. Also, please don't come empty hand, bring your work progress or research plan along so we can discuss about what you should be doing while I am on leave.

Cheers,

N


Hah ko!!!! Luckily aku tak terkantoi pi melancong ke mana-mana mahupun melencong ke Malaysia minggu ni hahaha. Macamlah duit ribu-ribu kan nak pi sana sini :P....So, on Monday noon aku pun pulunlah membuat list of things to do sepeninggalan my spv ;)). Pulun juga membaiki dan menyolek my second paper mana yang patut sambil melayan Trilogi Cinta hahaha...Semalam pi opis, aku menyambung juga tugas2 solekan itu sampai 7.30pm dan disambung pula di rumah sambil melayan Trilogi cinta juga ;)).

La....aku nak cerita pasal food kan. Tetiba membebel, melalut, merapu meraban pasal my research pulak. Dah alang kepalang aku bebel, baik aku bebel terus kan :P. Last saturday, dalam keadaan yang raining cats and dogs tu aku gagahkan kaki ke city. Optus punya pasallah tuh...tetiba hari jumaat malam tuh, hp aku 'hang', tetiba ada message "insert your simcard"....So, bila pi outlet optus, ingatkan dia nak baiki ke hapa. Alih-alih dia suruh bayar aud2 coz tukar simcard baru. Chet punyalah malas, bukannya nak check bebetul. Memanglah aud2 je, tapi with that money, lepaslah aku nak beli chicken wing sekilo and 2 biji epal dengan harga tuh. Dahlah aku ni lupa nak check simcard tu kat phone lain, manalah tau kot ok pulakkan. Yang geramnya, rupanya aku tak copy no phone my friend to my phone. Banyaklah nombor hilang...malas betul nak email/jumpa kawan minta no phone....

So, bila dah settle ngan optus, aku pun pusing2lah city. Nak shopping, tengah pokai. Bila terjumpa my friend dia ajak pi makan. Nak makan oporto macam bosan, so kami pi makan szechwan prawn pizza.Sedap tau, tapi podeh gilo bilo tergigit cili. Lepas tu adik ni, dia teringin nak pi galery. Dah 2 tahun kat sini, tak pernah pi pun hahaha....Tapi enjoylah masuk galeri nih. Tetiba jumpa pulak kawan yang ada writing workshop kat situ. Hopefully dia tak buat gossip lah pulak pasal my unplanned activity tuh ;)), lagipun dengan adik yang muda remaja sesangat ;). Bila habis posing diluar galeri, kami ternampak limosin nih

Then, lepas shopping groceries di woolies aku lalu semula tepi galeri tuh dan ternampak ini.........

Ramai pulak orang kahwin harituh, one of the wedding reception was held at one of the level in the gallery.

Then on Sunday, teringin nak makan rendang, sib baik ada pes mak nyonya. So here is my chicken rendang and pulut kuning
Tapi pes nyonya ni not really to my liking, i prefer pakcik berahim punya pes. So for lunch on Monday aku dok bantai menu yang sama jugak. For dinner rasa macam nak makan sambal goreng dan acar pulak....
Pulut dan sambal juga menjadi my lunch on Tuesday. Then, I had sausages tomyam for dinner last nite...
Hehehe...guna perencah segera je. Oklah nak pi jumpa spv today ;)....

Tuesday, April 19, 2011

Jom Zumba....

Since last month aku dah insaf. Yelah bila badan rasa lemah dan kurang berstamina, pulak tu selalu stress, maka aku perlulah ber exercise. Aku minat zumba...tapi pelan2 lah dulu kan. So memula kita aerobic dulu-low impact for 10minutes. Style orang dedulu....



Hehehe...sexy giler yek orang dedulu bersenam, pakai swimming suit utk aerobic hehehe.

Then, kita terus ke aksi lompat -low n high impact for 8 minutes.



Pening kapla aku, tak pandai bernafas dengan betul ;))....

Next, lets ZUMba for 4 minutes.



Then 5 minutes Zumba yang paling best dengan music yang best...



Finally, aktiviti untuk kempiskan perut moncit n boroi ku....



Tapi aku tak ikut sangat yang ini. Aku buat 4 style sebanyak 2-3 round for each style.
First style-baring,...jangan pulak tido :p. Luruskan kaki ke atas. Then bend sikit ke paras lutut dan luruskan semula. (20 kali)
Second style-baring sambil kayuh basikal lah (20 kali-jangan sesuka hati kayuh, jaga breathing)
Third style- basic crunch as in the video (semi sit up) :20 kali
Fourth style: oblique crunch as in the video (rapatkan bahagian kanan badan ke lutut kiri dan sebaliknya)

Note:
Breath in-perut kembang, udara masuk ;))
Breath out-perut mesti kempis....

Jangan tak tau, punyalah aku bersemangat, buat pertama kalinya tahun ini, aku pi jogging last 2 weeks -saturday the 10th. 45 minutes tuh, tapi rasanya lagi banyak walking ;).....

Sunday, April 17, 2011

Cara-cara nak makan free seminggu

Siapa yang tak berminat dapat makan free kan.
I had my accomodation session dinner at turkish restaurant last sunday, 10/4/2011.

For entree I had this Sarimsakli Mantar

which is caramelised mushroom, basil, garlic and fresh herb and the price is aud12.
My friend had this carrot yogurt+garlic and it really nice eaten with hot turkish bread.
For the main course my housemate had this mixed kebab -char grilled lamb, chicken, adana=char grilled lamb minced, salad, rice, bread (aud22).
Another housemate had this lamb sis (aud20) whilst I had this chicken sis(aud22) But, look at the below photo. What is the different compared to the above photo?

Hish korang ni, just ignore the fork and knife lah and also the angle of the pic too.
Hampir tiada beza kan? kan ....kan ...kan.
Aku hanya mampu makan 2 pieces chicken, 2 scoop rice and 2 scoop salad.
Maka, terpaksalah aku tapau the untouched food

My neighbour siap paksarela aku ambil dia punya lamb sis lagi. Kalau boleh turkish bread dia pun dia suruh aku tapau, yang aku punya pun hampir tak muat dah container tuh. Rezeki jangan ditolak, tapi aku tak maulah tamak kan hehehe....
Maka, dengan hasil tapauan itu, for lunch on Monday I just reheat the food-rice+salad+chicken/lamb sis
Aku suka rice tuh-ala2 nasi minyak pulak. Salad tu pun sodap. Then, I had the chicken/lamb sis again+salad for dinner on Tuesday.

For lunch on wednesday I just mixed the chiken sis with thai sweet chili sauce and mixed the grated carrot with mayonaise and garlic.Hari khamis pulak, eh silap....hari khamis aku ada seminarlah. Aku tak sempat masaklah.
Hari2 makan benda sama mau kembang tekak kan.
I had the improvised lamb sis for dinner on friday hehehe.....
Chewah....kinda lamb with black pepper saucelah. Senang je my black pepper sauce tuh-1 tbsp crushed black pepper, 1tbsp oyster sauce, onion and fresh milk. Sodap tau my sauce tuh, tapi lopeh tu paneh porut di buek eh......

And finally for the last piece of chicken skewer, I made this beef chicken salad for lunch today....

I got the recipe from myresipi, but as usual I had adjusted it to my liking or to whatever ingredient that I had. For the sauce I just used-oyster sauce, soy sauce, vinegar, sugar and chopped chilies and onion. BUt a bit dry, tak kuasa aku makan bebanyak asid asetik tuh, kalau dari limau oklah kan.

Oklah puan-puan, tuan-tuan dan kakak-kakak dan adik-adik, sekian sahaja panduan bagaimana untuk makan food yang mahal, sedap dan free seminggu hahaha.....Lainkali, kalau makan tak habis, korang tapau aje. Aku buat muka tak malu je menapau depan our OZ manager and rakan-rakan yg dari pelbagai negara tuh hehehe....