Sunday, March 24, 2013

Cotton Nilai 3

Haloo!!!! Rindu saya kah?

Selain busy, memang tak larat and takde mood nak berblogging. Balik kerja tak tentu masa tapi biasanya 5.30-6.30pm. Then, melepek giler...9pm dah ngantuk gilos dan biasanya terlelap depan tv. Then, sambung tido kat bilik as early as 10pm.

Harini Sabtu..opps dah awal pagi Ahad, celik pulak mata hehehhe. Tapikan tadi lebihkurang 12.45am, I macam dengar bunyi sesuatu kat siling rumah....seriau pulak. Khabarnya bulan lepas ada kes orang masuk rumah ikut bumbung di kawasan kejiranan yang baru. Dahlah tadi I lupa nak tutup pintu pagar. Hanya perasan ia terbuka luas apabila dah pukul 9pm. Confirmlah tak berani keluar, selain susah nak keluar rumah gara-gara tombol pintu rosak. Jiran sebelah balik kampung kot huhuhu....I pun tak sure whether Pak Guard ada buat rondaan or not waktu gini. Ya Allah, lindungilah hambaMu ini....Alamak! dengar lagi bunyi kat siling. Terus sms jiran selang dua rumah who is also my colleague. Segan jugak ganggu kawan yang dah berfamili awal pagi...1.20am. Terharu juga bila dia terus call, tanya bagaimana bunyi yg aku dengar etc, malah menawarkan dirinya(dan suaminya) untuk datang melihat. Takkanlah aku nak nyusahkan depa kan. So, aku cakap takpe..just nak inform kalau ada apa2 sebagai langkah berjaga-jaga...kira suruh depa standby je lah. Ni takut nak tido huhuhu.......

Mukadimah takde kaitan dengan tajuk. I dah type tajuk tuh...tetiba jadi pulak kejadian seperti di atas :(. Anyway layan je la apa yg mencuci mata I di Nilai 3 iaitu pada 2 minggu lepas on 9/3/2013.


Antara yg I singgah...Ada Perabot di second row of the shops lot

  

Ada carpet di third row


Yang kat atas warna merah dan purple tu macam juarian benang je, tak padat macm carpet biasa.  Ada dua jenis, satu tu yang benangnya mudah ditarik harganya RM60-70. Yang agak kuat sikit benangnya RM100. Tu tanpa minta diskaun ya. Kata penjual carpet dibawah ni pulak yang ada ala2 blink blink tu style baru..Hmm I tak suka.



Ada juga tikar buluh

Then, pi Textile Walk mencari Cotton House, tapi tak jumpa yg ada hanyalah antaranya kain pasang yang biasa seperti 2-3 psg for Rm100. Ada juga pakaian siap,

 tudung,

Hiasan dinding seperti gambar dan ayat suci Al-Quran


 Penat I merayau, pusing sana sini, tapi tak jumpa jugak Cotton House. Sesudahnya makan dulu di Marry Brown hehhehhe

Then, pusing2 kereta lagi. Terpandang kedai ini


 ...rasa nak beli bunga pulak walaupun bukanlah perlu sangat. Plan asal nak beli carpet dan kain cotton je. Sekali masuk kedai nih fenin nak pilih










I suka bunga putih di bawah ini, tapi dah habis stok.


So, I opted for this :)

Total cost=RM91.90. Bunga cam gitu je kan....macam tak berbaloikan. Yang Putih setangkai ada 2 bunga RM10.90. Yang pink setangkai satu bunga Rm15.90. Mintak diskaun tak dapat coz tauke kata upah penngubah bunga tu mahal. Dah kenyit2 mata, dapatlah RM90.00. Penggubah bunga ni lembut orangnya...tapi sombong sikit. Kita dok tercongok depan dia menunggu gubahan, dia boleh ignore aje. Sibuk borak dengan kawan dia pasal cerita di Astro apatah ..Undercover. Orang tanya, dia jawab tak sungguh-sungguh. Pelik..biasa golongan adik2 ni peramah. Bila orang nak ambil gambar dia tak mau pulak hehehe. Sebab I tak ambil gambar dialah maka I cerita pasal kekekwatannya di sini....or else jika ada gambar I hanya akan bagi caption gambar..My Penggubah Bunga ;).

Then. misi pencarian Cotton diteruskan. Entah camna I terpandang outlet baru ....JELITA...namanya


Kedai ni cawangan baru Cotton Houselah :).
Yeay! Suka Suka............Tapi tiada diskaun pulak

Ada European cotton yg mahal bebeno tapi kainnya best




Ada juga Japanese Cotton.




Ada juga Thailand Cotton. Tapi yg dibawah ini I tak sure jenis apa.............











Punyalah lama, sesudahnya beli sepasang je. La ni I noticed banyak corak Paisley. Sebelum ini, pepandai je I kata Paramesium hehhehe......

Maka pulanglah I dengan segala hasil tangkapan :).  Macam membeli belah di Padang pasirlah....


Dinosour pun adalah.....

Psst: La ni 2.43am....lansung tiada bunyi yang mencurigakan semenjak mendapat panggilan telefon dari jiran. Lagilah I takut nak lelapkan mata huhuhu..........




Thursday, March 14, 2013

Selamat tinggal ladang lalangku

 Macam biasa sebelum membebel, perlulah tunjuk foodies dulu hehhehe. Hari Senin minggu ni teringin sangat nak makan bihun sup, alih2 gerai tu tak buka pula. Maka terpaksalah beli mee rebus manis for dinner.


hari Selasa, punyalah tak tahu nak lunch apa, alih2 pi beli KFC heheheh. Rasa bersalah makan banyak, maka malam tu I makan salad ni je heheheh
 

Aku dah ada port best untuk makan or tapau for lunch. Syaratnya kena datang awal or else ramai orang dan meja penuh. Biasa kawan suka pi 11.30am. Semalam aku baru tau 10.30am dia dah start jual nasi campur. I paid RM12.50 for nasi, pajeri nenas, ayam kicap, ulam n sambal tempoyak.


Wait!!! harga tu termasuklah aku tapau seekor ikan talapia bakar, sambal tempeh and kerabu mangga. Bolehlah makan for dinner heheheh.

Actually, aku serabut semalam, dengan masih tiada bilik, kembali ke alam meeting yg sudah lama ditinggalkan, perlantikan AJK itu ini, selain masalah kediaman. Ditambah dengan hati sakit with orang yang rasa boleh mengarahkan I sesuka hati mengalahkan Ketua Jabatan pulak. Kalau ada orang yang memang sukarela, buat apa nak tanya I lagi? Lepas tu buat apa nak keluarkan statement dengan nada menjengkelkan "Lepas ni tak boleh nak tolak-tolak dah". Ye la I staf biasa aje, tak macam dia yg dah berjaya, dah merangkul anugerah dan begitulah AKTIF dalam kerja. Ada yang tanya dengan lembut dan baik. I  agak lembut hati jugaklah cuma takut tak boleh nak commit. Terharu sangat dengan rakan yg support on why I shouldn't be given that task. Sayang kawan tu ketat-ketat :). Lepas meeting tuh, I belek hp..baru teringat msg Puan Sakan MengPie hehhehe. Sorrylah lambat nak reply. Tetiba rasa nak pi satu kedai ni. Si Cina tu cakap "Lama tak nampak...bla...bla...bla ...mau 30 ribu wo....sekarang manyak bz...". Dan macam dulu juga dia mesti tanya/kata "You sudah kahwin? You serupa Cina, you amak Cina ka". Bila aku kata ramai kata aku macam orang Vietnam, dia boleh kata "Owh sudah low class". Musykil I.....Lepas tu, I kan suka buat benda adhoc. Ajak kawan makan pi early dinner. Konon plan nak makan kat kopitiam, alih2 lalu kat kedai satay dia nak makan satay pulak hehhehe. Dia lagi unpredictable dari aku hehehhe..........Wah! ada plan nak Bandung, Sabah and Sarawak :):).

So nak release keserabutan, selain makan dan sembang, perlulah jenguk blog ;).

Minggu lepas, aku kononnya di utara dari isnin hingga khamis. Excited, Gementar, takut, sedih, sunyi, penat, happy, lega, semuanya ada...bercampur baur. Bak kata anak buahku perasaannya bercampur-campur bila aku tiada di kampung. Sedih sebab aku takde, suka sebab tiada orang nak marah2 kalau dia degil/buat salah/hilangkan buku teks atau membebel bila semak buku sekolah dia.

On Monday 4/3/13, selesai berjumpa orang tertentu, terus aku pi register for astro. Tapi hampagas until now masih tiada pemasangan astro satellite dish n decoder grrrrrr. Petang kawan datang tebang pokok renek yg semakin membesar. Selain tu mestilah kena berkemaskan... 4 hari tak habis-habis.

Petang Selasa, kawan datang lagi. Dia tolong cangkul sesikit kat depan rumah. Rabu petangnya aku sambung lagi sehingga menjadi ini


Tapi tengok tu, camna nak clear semua...kan ada bata. So, bata perlu dikorek kuar......


At last pagi Khamis jadi begini.....


dan gini


 Then clearkan kat luar pulak


Hah ada 2 plastik sampah gadang....

Then, nak clearkan jugak weed dan rumput pada slab n batu kecil tadi. I bertungkus lumus from 8.30-10.30am buat semua ni....Mencurah-curah peluh. Tapi  bila timbang esoknya macam tiada kalori yg terbakar :(.

Kat belakang rumah pun aku clearkan sikit.


 Actually, on Wednesday buat kat tepi pagar je semata-mata nak mudahkan nak jemur kain hehe.

Bila balik kg, confirm sakit badan. Ye lah dah lama tak kerja teruk kan. Hari Jumaat terbaring je kat rumah. Hari Sabtu I nak pi ambil baju yg I tempah kat pekan koboi, tapi ada sepasang tak boleh dikesan. Penatlah I ngan anak tauke pusing kedai dok belek baju tergantung, tak jumpa jugak. Then abang dia pulak round. Tak cukup dengan itu staf lain pun tengok. Tapi tak jumpa. Bila anak tauke check plastik yg tergantung kat sewing machine, rupa-rupanya one of their tailor belum buat finishing touch kat my baju grrrrrrrrrrr. Malas nak tunggu, I cakap bulan depan je la I ambil heheheh. Aku buat lawak nak mintak discount heheheh. Maybe the shop owner felt guilty, so she gave me this Estee Lauder lipstick....


Awat pelik je...entah2 fake hahhahah............

Lepas tu aku ke Nilai 3, nak tau apa I buat? Tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, March 10, 2013

Kembali ke kediaman semulajadi

Beratnya hati pada Isnin pagi
Ke sana harus ditujui
Demi tugas harus dituruti
Walau laluan sesak perlu diharungi
 
Sebelum kembali
perlulah tunjuk muka dan gigi
semestinya pada organisasi
Rasa gementar sekali

Kemudian menuju ke satu destinasi
Berpinar kepala dek banyak bulatan yg perlu dikelilingi
 Tiada tanda arah, pastinya tertanya-tanya dan tercari-cari
Hmm...Tiada pula orang dicari

Kawan bertanya "best tak ke sana?"
Ni antara jawapan saya :
Rasa sunyi keadaan dan kosong di hati, 
umpama baru register masuk asrama or semasa baru tiba di OZ.

Ada yang bertanya "apa perasan? Ada tak rasa unwelcomed?"
Ku jawab seperti di atas, walaupun sebenarnya terdetik juga di hati seperti apa yg ditanya.

Apapun sekembalinya saya,


telah disambut oleh kesuburan dan kehijauan ini,


selain 


cicak gergasi yang pastinya dah mati dan berbau ...ewwwwwwwwwwwwwwww.

Lupakan sebentar gundah di hati dan apa yang bikin geli, perut harus diisi dengan bihun sup dan ayaq asam


dan nasi berlauk ikan keli dan sayuran RM3.80 saja dan laicikang RM3

 

Psst ...wahai Puan Mulan, I stayed in New South Wales bukan di Perth, Western Australia lah