*Lihat*Dengar*Rasa* ........................................................... *Catat*Bebel*Melalut
Monday, November 16, 2009
Memang salah orang tuo ko...
Ak: Angah balik nanti nak apa?
A : Nak pi CC.
Hish...budak 9 tahun pandai nak pi Cyber Cafe. Siapa yang ngajar???Ikut kawan???.
Sapo laie, eden lah. Alkisah haritu kek umah takdo internet, tapi den kona submit abstrak pado pakcik. Nak tak nak, kono poie CC rebut2 ngan bebudak remajo. Sogan ado gak, tu yang ajak si kocik ni toman, lagipun nak gak dio tau dunio IT. Kesian ado gak, selalu dio cakap kawan eh poie CC, so nak dio tau menatang apo si CC. Tapi si kocik ni, dah ala2 ketagih lak nak main game kek CC bukannya nak surf internet cari bahan2 berpaedah. Niat den baik, tapi mungkin kurang memantau.
Dialog 2
Ak: Bukan, nanti Angah balik nak pesan apa?
A : Tak tahulah. Semua dah ada.
Logo den, sib baik tak mintak psp. Terharu lak bilo bebudak kocik, tak pandai nak memintak dan raso barang2 eh dah cukup. Tapi bilo pikir balik, dah insaf kot patutlah tak tau nak apo laie. Yolah, apo mainan yang dio takdo. Satu lemari ponuh ngan koleksi kenderaan darat, laut n udara. Ateh almari ponuh dek garfield, teletubies, bob span, pooh etc. Sekotak bosar mainan McD, sekotak bosar mainan KFC, duo kotak bosar mainan cecampur, tu tak masuk scooter bosar, beskal dan mainan yang bosar2 tu. Boli tu berpado-padolah, jangan ngaja bebudak sonang nak dapek apo yang dio nak. Jawapan eh...kesian kek A. Memanglah ko boleh cakap camtu, dah anak ko sorang. Agak eh duit tu kalau dikumpul, dah boleh buek downpayment boli rumah. Selalu gak den sound si A dah kalau mak eh dogil,
"omak ko ponek2 kojo cari duit tp ekau ni maleh belajar, tak pandai jago mainan n maleh nak komeh mainan."
"Ko patut bersyukur. Anak org lain, ado dapek mainan cam ko? Ado dapek makcik eh bawak poie makan 2 n jalan2 ? "
"Mainan ko dah banyak, kalau nak boli pun boli buku yo, buku naruto tak leh"
Psst...den tau den patut masuk kelas cara berkomunikasi ngan kekanak n psikologi kanak2...
Saturday, November 14, 2009
Panduan Haram Additives
Semasa memasak spiral bolognese ini kelmarin, rakan serumah telah bercerita mengenai satu jenama sos pasta produk dari luar negara yang dijual di Malaysia, mengandungi "meat". Setelah membuat semakan mereka mendapati "meat" tersebut adalah "pork". Kebetulan, pagi semalam saya membaca komen dari rakan blogger mengenai cerita yang berbeza tetapi masih berkaitan isu halal haram makanan. Justeru, untuk entri kali ini saya merasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi pengalaman mengenai isu ini.
Bila tinggal di luar negara ini, barulah saya begitu teliti menjaga pemakanan dari segi halal haram. Memang di Malaysia pun saya agak prihatin, cuma saya selalu mengambil mudah berdasarkan apa yang saya selalu makan sejak kecil, apa yang saya lihat di iklan media cetak/elektronik ataupun mengikut rakan-rakan sahaja. Justeru, pasti ramai yang tersentak dengan artikel muka hadapan Harian Metro mengenai jeli kulit babi yang bukan sahaja mudah didapati malahan seringkali disajikan semasa hari Raya. Mengikut pengalaman sendiri, misalnya semasa ke Langkawi saya hanya mengikut rakan2 membeli coklat tanpa memikir kandungannya dengan pandangan bahawa rakan saya banyak pengetahuan dan pengalaman, tidak mungkinlah dia mencadangkan sesuatu yang tidak baik. Tambahan pula mengikut pengetahuan saya hanya bahan yang berkod E471 sahaja yang diharamkan. Pada lawatan entah kali ke berapa ke Langkawi, saya membawa bersama anak saudara lelaki yang berusia 5 tahun. Saya telah memilih satu coklat yang saya biasa beli sebelum ini. Tiba-tiba anak saudara saya terus bertanya "Angah, halal ke?" Saya terkejut dan saling berpandangan dengan seorang customer yang berhampiran. Kedua-dua kami tersenyum malu apabila ditegur oleh si kecil, lantas terus membaca isi kandungan coklat tersebut. Alhamdulillah tiada yang meragukan.
Bila sampai di Australia, saya selalu pening kepala semasa membeli makanan seperti roti, biskut, sos, produk tenusu dan sebagainya. Seperti biasa, saya hanya membeli apa yang orang Malaysia biasa beli. Bila bertanyakan rakan2 yang sudah lama di sini, jawapannya adalah bacalah label kandungan. Alhamdulillah terdapat juga produk di sini yang mempunyai perakuan sijil halal Australia. Malah, kebanyakan produk buatan Malaysia yang terdapat di pasaraya di sini juga mempunyai sijil halal JAKIM. Tetapi, adakalanya saya pun tidak mengetahui apakah bahan yang tercetak pada label. Tambahan pula dengan tulisan kecil yang sukar dibaca. Akibatnya, pilihan makanan saya terhad memandangkan saya keberatan untuk membaca dan menyemak lebih lanjut. Alhamdulillah ada rakan yang rajin menyemak bahan2 tersebut di internet, dan juga rajin menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan. Saya juga telah cuba mempraktikkan cara begini bukan sahaja untuk diri sendiri tapi untuk berkongsi info dengan rakan-rakan. Misalnya, saya dimaklumkan oleh rakan bahawa terdapat franchise makanan ayam panggang dan burger ayam di sini hanya ayam panggang sahaja yang halal tetapi tidak burger ayam dan kentangnya yang dikatakan disalut dengan minyak babi untuk mengekalkan kesegarannya. Alhamdulillah, setelah dihubungi, berikut adalah respon syarikat tersebut :
"Thank you for taking the contact us here at Op...
All our stores purchase all chicken and chicken meat products from Halal certified plants in Australia in accordance with Australia Food Safety Standards. Our delicious chicken is supplied by Cordina, Bartter Steggles, Red Lea/Fresh Poultry. Halal certificates are available in request and are kept in the store information folder under each counter.
All marinades and sauces are also safe to consume on a halal diet.
The chips are blanched in vegetable oil, frozen and supplied to stores ready for cooking. We then cook our chips with a vegetable oil that also makes them suitable for a Halal diet.
Should you have any further queries, please do not hesitate to contact me. Thank you once again for your enquiry."
Ada juga rakan yang memberikan saya senarai kod bahan yang haram yang memang saya sentiasa letak di dalam purse untuk memudahkan menyemak semasa membeli barang dapur.
Haram additives with “E” prefixes
E120, E140, E141, E252, E422, E430, E431, E470, E471, E472(a), E472( , E472©, E472(d), E472(e), E473, E474, E475, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E494.
Haram additives without “E” prefixes
120, 141, 160(A), 161, 252, 300, 301, 422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470, 471, 472(a, e), 473, 474, 475, 476, 477, 481, 482, 483, 491, 492, 494, 542, 570, 572, 631, 635, 920.
Namun, janganlah berasa risau. Adakalanya walaupun sesuatu produk itu mengandungi E471 tetapi ada juga yang melabelkan E471(soy based). Ada juga yang hanya melabelkan E471, tetapi setelah menghubungi syarikat tersebut ternyata ia berasaskan sayuran/tumbuhan. Konsepnya di sini, mengikut kefahaman saya terdapat dua jenis iaitu pertama dari sumber yang memang haram dan kedua dari sumber yang diragui iaitu jatuh hukumnya haram jika kita memakannya. Kalau merasa ragu, jangan dibeli selagi tidak mendapat kepastian. Untuk makluman lanjut anda boleh layari
http://special.worldofislam.info/Food/numbers.html
http://handzolah.blogspot.com/2009/09/makanan-halal-haram-kod-e.html
http://otam67.blogspot.com/2009/10/makanan-halal-haram-kod-e.html
http://www.halalfoodguide.com.au/whats_halal.php
http://www.halalaustralia.com.au/HalalAuthorities_Details.asp?OrgID=2
http://www.cookeryonline.com/Vegetarian/halal.html
http://www.halaal.co.uk/main.php
Satu tips lagi, saya lebih suka membeli barang yang mempunyai label suitable for vegetarian. Namun, perlu juga membaca kandungannya dengan teliti misalnya terdapat coklat yang sesuai untuk vegetarian tetapi mengandungi "wine". Selain itu kami di sini juga perlu berhati-hati untuk membeli yis, walaupun ia telah disenaraikan halal dalam salah satu laman web di atas, namun apabila dibaca labelnya, terdapat satu bahannya yang mempunyai kod yang tersenarai di atas. Mungkin ia diperbuat dari tumbuhan, tapi untuk mengelakkan keraguan seeloknya kami hubungi syarikat pengeluar yis tersebut untuk mendapat kepastian.
Selain dari tips di atas, kita juga harus berhati-hati dengan sebarang produk seperti yang dipaparkan dalam imej dibawah yang boleh didapati dari
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.765.

Sebarang komen/pendapat/pembetulan dan penambahan info mengenai perkara ini amatlah dialu-alukan.
Tak ko polik bona...why I'm so serius???? Sobab tak menganyam ketupek kot....
Thursday, November 12, 2009
Apo??? Misteri tong sampah hilang…..
Tetibo lopeh tu, housemate yg Indonesian tu kuar. Mako terbongkarlah misteri tong itew…Hah! Pengetuo buek hal lagi. Alkisah eh..maso dio masak pagi tadi, apo ke jadah eh poie bukak plastic kocik dalam tong sampah. Rupo eh mmg dlm plastic tu berulek..dicampak eh lak plastic tuh. Mako..bertaburan lah ulek tu, tergodik2 dari dapur nak melawat serato dapur sampai ke bilik hmate Indonesian tu. Pengetuo jorit mintak tolong Indonesian tuh. Lopeh tuh, bukannya dio nak borsihkan n buang ulek tuh, yg Indonesian tu yg buek. Pulak tu bilo Indonesian tu mintak tolong angket sekali tong tuh keluar…tak nak dio doh,banyak na alasan dio bagi. Ado gak manusio camtuh. Berkiro!!!! Memanglah bukan turn ko buang sampah…tapi ekau yang menyobabkan ulek tu tersebar. Ntah2 eh ulek tu dari sampah dio. Dahlah tak nak borsihkan, org mintak tolong angkek tong kuar pun ko tak hingin…Polik bona, bilo nak berubah. Dahlah kalu jomor kain dalam bilik air tak porah. Meleleh la air tu n bertakung kek lantai. Bilo dikobaan, marah, kato camlah dio tu budak2. Habih tak perangai bebudak ko camtuh..wpun umor dah 40an (hehe..pandai ngato org den nikan...mcmlah mudo laie) Bukan apo, selain menyomak pandangan dalam bilik air, bahayo pun ado..klu terpijak air tuh, tergelicik, terjatuh, tercedera, terpatah camno. Kok dio yg kono, lantak eh lak…kalau kami niha???? Mintak dijauhkanlah...tp malang tak berbau. Sesudah heh, kami maleh nak gaduh2, mop jolah lantai. Tapi, sampai bilo kito nak ngalah/sabar/bertolak ansur kalau dio pun makin bosa kapla. kito pun banyak kojo lain…Dahlah sesamo belajar, tak pasal2 jadi bibik dio. Tapi biasolah kan, dah tinggal serumah. Time dio ok, kita ok. Kang kalau pulaukan org yg busy body n berkiro cam dio tuh, kesian pulak. Dio nak cakap ngan sapo…dahlah mmg ramai tak suko dio. Tulah, kami ni ngumpek2 gak, tapi raso belas kasihan ado laie…adakah dia begitu pada kami??????Tapikan tadi, maso den balik..bilo dio sonyum, cair hati den. Yolah, takkan bilo org sonyum kito nak poie tampar lak..kito sonyum lah balik.
Tapi satu yang den musykil..eden baru bersihkan tong sampah haritu. Takkan klu org buang sampah dalam tong tu..copek berulek. Tapi tak tahulah. Nanti den kono surf internet jangka maso proses pereputan n perulatan hehe....
Tau den buek apo tongohari tadi??? Den tido !!!!Alah setakat tido yo, apo nak diherankan, mmg eh kito tido hari2..tak cukup tido malam, tido siang pun jadik. Tu pun nak masuk ko dalam blog, buek ponek org baco yo...(haha..baik ngaku kot ado yg terpikir camtu, sonyum2 tuh boto lah tu...kantoi ekau). Eden tido kek opis lah,..ngantuk bona harini. bukan hari2 den ngantuk ko. (Ala setakat terlolop sekojap kek mejo biasolah...tu pun nak cakap ko...hah! apo Kak jah, ngato den laie yo). Eden tido landing baik punyo. Siap bontang sejadah berbantalkan tolokung tuh. Bukannya nak semayang zohor dulukan....Sib baiklah si Aaron takdo, hehe..buleh gak den tido camtuh. Tapi rasa bersalah gak..hehe. tak sampai sotongah jam..den bangunlah.
Tadi den kuar awal dari opis...5.15. Kek sini kodai copek tutup. kalau senin-rabu, jumaat kodai pukul 5.30 dah tutup kecuali supermarket eh. Hari Khamis barulah bukak sampai 8mlm, tupun pasal org sini gaji..maklumlah gaji setiap minggu. Hari Sabtu tutup pukul 6ptg. Hari Ahad lagi awal ..4ptg.Patut eh weekendlah tutup lambek. Nak kato nak ngelakkan masalah sosial tak jugak. Kang klu lambek balik sikit, pukul 7mlm dah ado yg mabuk. Ngan bebudak eh yg mcm polosit. Selalu ngacau kami Asian people ni. Tadi siap ado yang nak mengepau duit..."Mam, do you have any change for homeless people?". Nak duit, boli arak lah tu. Jangan ingat negara maju takde peminta sedekah. Kabar eh, pengganggur kek sini, kerajaan bagi duit..habih tu yg poie mintak duit org kenapo??? Satu g, bukan best shopping baju kek sini, kebanyakan made in China. Klu made in Australia, susah nak jumpo. Eh! banyak cekadak ko..yang ko tergodik2 nak poie Australia tu buek apo? Bukannya nak bersyukorkan..Yolah, bukan semuo yang tak best kek sini, byk gak yang menarik n best. Yolah poie tompek org ni, kita ikut apo yang baik...sok balik msia boleh praktikkan. Byk berjalan luas pemandangan, rajin belajar...tambahkan pengetahuan, selalu praktis..tingkatkan kemahiran.
Poie boli buah tdi, tapi boli epal ngan pear yo. Cherry ngan

Dinner mlm ni den masak macaroni. takdo minced meat, den cincanglah sendiri.... Gambar eh esok jolah yo. Sibuk borak+makan...maleh nak naik ateh pi amik kamera.
KAK LIA & SESAPO YG LINK NGAN BLOG DEN NI TIMO KASIH LA YO. BULEH LA KITO SELALU SALING SINGGAH MENYINGGAH. UNTUK PUAN NAZ ILYN, TIMO KASIH LA JADI first FOLLOWER BLOG DEN YANG TAK SEBERAPO NI. TERHARU BONA DEN..
Wednesday, November 11, 2009
Biar boto…status den menjadi sensasi..kontroversi… hangek berapi!!!!!
Apa2 pun sib baiklah org yg dimaksudkan itu tiada dlm friendlist den. Haha, tapi ramai dapat mengagak siapakah yg den maksudkan. Actually ramai tak suka this busy body person. Den panggil dia pengetua..yg kelakarnya kengkawan den pun guna nama yg den bagi ni. Dalam sesi anyam ketupat pagi tadi, baru ku tahu ofismate dia pun tak tahan, sampai minta tukar bilik. Yelah sape tahan klu dok asyik tak puashati pasal supervisor lah, tak puas hati pasal org menang pertandingan di jabatan mereka lah, sibuk ngan projek org konon susah nak collect data, berisiko, payah nk dpt bahanlah. Kenapa sibukkan hal org lain, jaga jelah hal sendiri..dah takde keja ke????Yelah kenapa spv bising sebab ko degil..ikut jelah klu org tu suruh baca A, ko baca jelah..yang pi baca B buat apa. Bukan sekali dua..ko buat camtu, marahlah org tuh. Klu spv ko tak nak bincang pasal laporan ko, nak buek camno..agak eh nyampah nengok muko kau. Bilo spv ko dok puji senior ko jealous..dah ko tak ikut cakap dio…tu yg dio compare tuh. Rupo eh ado beberapa org nyampah bilo first time jumpo dia ni. Yolah, baru pertamo kali jumpo , dah berbanggo cerito pasal flight bisnes class lah, pi Egypt la, Dubai lah, Us lah. Masalah eh bukan sekali, banyak kali ulangan bondo yang samo. Org lain yg tinggal lama kat situ pun tak kepochi cam dia..nak tunjuk dia hebat la tu. Bila borak pasal kami pi Floriade festival di Canberra, tetiba dia nyampuk..masa I di Amsterdam dulu bla2…..Bila cakap pasal gelang ku hilang…dia pun cakap gelang I bla2….matching ngan jam I bla2…Tak boleh org lain lebih dari dia. Eh..eh..aku pulak klon kepochi cam dia…dahlah nyibuk tulis entri khas utk dio harini haha…
Mengambil kata2 sahabat dalam fb, mungkin ada baiknya di sebalik apa yg berlaku, mungkin kita ada silapnya, so bila dia sibuk2 cam tuh, elok gak kita tengok balik apa yang kita dah buat dan hentikan n jgn ulang apa yg tak elok n betulkan apa yg silap n lebih berhati2. Yelah ada hikmahnya jugakan….Kita pun kena muhasabah diri jugak kan. Takkan benda2 kecik sikit2 nak melatah. Tapi tulah, klu kecik2..bila dikumpul lama2 menggunung n meletus. Sebab tu lah, kalau dia susah atau tak nak berubah, kita lah yg kena berubah n mohon supaya kita lebih sabar, tabah, kuat selain dari tak putus berdoa supaya lembutkan hatinya utk berubah ke lebih baik.
Tadi pakcik dtg menjenguk..I lambai je hehe. Dia tanya “ are you still ticking off ?“ (tengok dlm kamus cam ‘marah’..ntahlah tak sure ntah2 kicking off). Aku tanya “ what does that mean?”. Dia gelak “ are you still in control?”. Aku gelak n cakap “ yeap”..ala2 slang Oz kan. Haha npk den ni dah tak terkawal ke haha.. Yang terharu eh si ofismate den Si Aaron ni, Australian yg hensem ni (sayang dah kawin la), ajar den camno nak link software to produce better quality graph plotting. Dia ni mmg selalu tolong org..klu kita tak minta tolong, dia yg tanya apa progress…bagi idea camna settlekan my prob. Wujud lagi manusia yg baik di sini…..
Masuk harini dah 3 hari den tak makan nasi…hehe…tapi cam tak sesuoi yo menu harian ni gaya makan sihat..ni tak masuk makanan selingan tuh…
Isnin : Bfast-3 biji anngur; Lunch-Kebab daging(separuh;
Dinner-Kebab daging (separuh)+Ayam kunyit satu sudu..nak rasa je
Selasa: Bf-Roti canai+sambal kosong; L-Ayam kunyit+garlic bread 1 ½ keping
D-Sambal tempeh+coke
Rabu: Bf-Milo suku mug+roti ½ keping; L-Sambal tempeh+roti 1 ½ keping
D-Sambal tempeh+ikan stim
Pelikkan sambal tempeh + coke….teringin lah. Biasa cam nilah…agak2 nak bendera merah, mesti ngidam nak minum coke. Tak elok minum air yg boleh buat pencuci toilet nih…maksudnyer apatuh..Coke ada kesan pelunturlah tuh.Mau tinggi kandungan asid dlm badan n menghakis apa2 dlm tubuh kita..mungkinkah tulang2? Penyebab Osteoporosis? Lagi?...satu tin coke 9 sudu gulo...nak koncing manih?Tu lah dah tahu, tapi minum gak. It’s all about self control….. Ha kat bawah nun gambar dinner den hari salasa ngan rabu….
sambal tempe lemau...tak garing cam haritu
yellow tail steam...kocik bona ikan eh...
KEPADA RAKAN2 YG TELAH MENJENGUK BLOG NI TRIMAS YA….TERHARU GAK ADA GAK YG SUDI BERKUNJUNG BALAS SETELAH MENERIMA KOMEN ATAU “JERITAN” DARI DEN. SELALU2 LAH JONGOK DEN YO…KAK CHIK, KAK AIDAH, KAK LIA, NAZ ILYN DLL.....
Monday, November 9, 2009
Kalau kain den koyak pun, ko pedulik apo....
hah..tutup buku lah pasal cito ni. Baik den cerito pasal apo yang gumbira semalam. Potang semalam, den poie laie bercanda di pasiran pantai...Really enjoy it, wpun tetiba hujun turun. Layan jolah gambar blur kek bawah ni...Eden ni pomalu...auw!!!
Harini, ntah napo paneh laie..sampai 37 degree. Tu yg sakit kepalo, badan pun paneh dalam. Nak berfikir n bercakap pun susah nak fokus. Agak eh, den susah sikit nak menyesuaikan diri ngan cuaco yg tak menontu ni..kojap sojuk, kojap paneh...nak summer lah katakan. Patutlah duo tigo harini tak sodap badan terutama menjolang potang. Macamlah kek Malaysia tak panehkan...tapi paneh sini lain bonar. Hawa n bahang panas..maybe due to our location nearby the sea.
And to Cik Min dungun, terima kasihlah berkunjung. Baca tak paper harini, kerana segelintir penyokong yang buat hal, tak pasal2 memalukan Kelantan n KAFA mungkin dikenakan tindakan. Siapa yang rugi ??? Siapa yang kena menanggung akibatnya??? Pulak tu ada org dalam forum mana tah melibatkan nik aziz sekali. Tok guru pun tak merestuinya..bak kata dia takde semangat kesukanan.....
(psst..Cik Min, saya suka pi ganu, cantik betul pantainya..seronok betul menyusuri pantai ...(tak ingat) makan satar...then pi pantai kemasik, makan kepok).
And for dinner tonite...layan jelah gambar ayam goreng kunyit ku (syhhh..ni lauk semalam). Konon bermula harini tak mau makan nasi seminggu..boleh ke hehe...
Saturday, November 7, 2009
Weekend oh weekend
Selain exercise for health reason, nak juga badan fit n berstamina. Yg plg penting utk kurangkan berat badan sebelum balik msia….Tak nak org kata, kata homesick…makan makanan yg dah berhari2 tapi..badan bukannya susut paling tidak pun maintain tapi makin bertambah2 ‘comel’ lak…Habih, ada org homesick susah hati tak lau makan, aku lak yang klu stress/sedih lagi lah kuat makan. Mmg makan byk..tapi tak menikmatinya coz makan tanpa perasaan..tau2 sebungkus besar chips aku habiskan
Balik jogging, another hmate..cakap ada pesta di city. So, lepas sarapan aku bersiap lak pi city...ala jalan kaki 10min je. Rupanya ada art festival. Tapi disebabkan awal lagi belum pun pukul 10, maka tak ramai org n gerai pun ada yg bru nak setup. Huhuhu..tak dapat tengok org ber belly dancing. Tapi oklah dpt bergambar ngan dora, ladybird n pokok berbaju.Pokok berbaju???? silalah nengok gbr eh. Then, biasalah hari Sabtu...kami pi window shopping baju/perfume, then pi beli groceries n buah. Kira murah la mangga ni dapat $2.00~RM6/sebiji. Haritu telan air liur je masa harga dia $3.84/sebijik..tapi yg buah besar kot.



Bila balik cam tak larat nak masak, wpun lapar giler..at last makan chips je. Badan pun rasa tak sedap, so lepak atas katil je. For dinner I just cooked sambal sardin+carrot+tomat. Tak larat nak buat kerja, so tengok tv je la. Nak tengok tv3 thru internet..offline lak. Apalah agaknya keputusan bola NS vs Kelate. Harap jang hobenkan si kijang...
Friday, November 6, 2009
Copek eh lak maso toghobang..dah jumaat
Bila check facebook cam tak best lak..coz takde sape pun nak tulis kat wall atau bagi komen. Tapi, memanglah aku pun dah lama tak update status. Bukan apa, dulu aku suka gak update status..macam2 kisah..sedih/bengang/seronok punya cerita. Tapi lama2 takut org bosan lak n kata aku menggedik lak. Pepaham je la org yg kiut miut cam aku ni..afraid that people will misinterpret/misperception. So ada pekdahnya ada blog ni, senang nak curah perasaan...ke perasan hahaha...
Tadi nyembang ngan bebudak hongkong ni. Dahlah sibuk ngan research, they also taking bussiness n admistration subjects to get the certificate.Berpandangan jauh..so once they finished with their studies boleh dapat 2 certificates..postgrad n B&A. So, klu rasa2 susah nak dapat keja in our field they can change to B&A field. Why I never think about this before..just terpikir nak amik paper science/math/comp which is relevant to me.
Ternyata org muda sekarang memang advance regarding their future. Mcm haritu terbacalah satu blog pasal financial. Bagus betul org kita sekarang,muda2 lagi dah ada rumah+bangunan kedai+homestay. Yang aku paham, for example first they aim to have at least 40k saving in ASB..dgn apa cara sekali pun. Then, guna 10k buat deposit beli rumah, 10k for emergency, 20k pi convert jadi sijil. Sijil ASB tu ble dicagarkan utk buat overdraft di bank. Dapatlah 95% dari 20k which is 19k. Dengan 19k tu depa boleh bayar part of housing loan, secara tak langsung mengurangkan kadar faedah bank bila pinjaman perumahan berkurangan. Habis, mana nak dapat duit bayar overdraft? Kita masukkan duit gaji dalam tu, biar nampak akaun tu aktif. Jgan la pi guna semua duit gaji tu, nanti tak terbayar lak duit overdraft tu. Duit ASB yang 10k kan adalagi, lagipun sijil ASB 20k tu masih dapat dividennya. So gunalah duit dividen tu mempercepatkan menghabiskan bayaran overdraft. Katalah, kalau kita sewakan rumah tadi, duit sewa rumah tu pun boleh la bayar pinjaman bank tu. Yang pentingnya, we know how to roll the money...(kalau silap info, mintak maap la ya..tolong betulkan juga).
Satu lagi, tengok org muda kita ngan internet bisnes..contoh jual pakaian. Seronok je tengok adik2 yang masih di uni mencari extra income. Bila tengok, memang bisnes ni bole cari duit, ramai pembeli n follower. yang penting u buat betul2 n know who you target market n tahu the latest trend n customer demand....Eh! Ni dah lari jauh dari tajuk entry ni...
Banyak lak nak cito harini. Pagi tadi masa naik bas, aku kena berdiri..jarang kena berdiri ni. Akupun tak kisah. Tetiba ada sorang man around 50s, gave his seat to me. Bila sampai kat satu stop tu, naik pulak a lady with her 3 year old daughter. So, I gave her my seat. The man said that I'm nice person, so I said you being nice to me so I should be nice to other person too. Bila sampai satu stop, ada grandma around 80s ngan her shopping trolley. Tempat kat depan tu khas utk org tua/disable/baby stroller dah penuh. One of the guy ngan baby stroller tu dah bangun, nak suruh grandma tu duduk, tapi grandma tak nak. In fact ada lady yang kat seat tengah pun dah bangun, tapi grandma ni cam takut je nak tinggalkan trolley dia.Ada sorang old lady ni macam marah2 kat lelaki tu, in fact ada sorang lelaki lain on the aisle pun kena marah coz tak bagi laluan. Habih dah grandma degil tak nak duduk..nak buat guano. Yang kelakarnya bila sampai kat corner tu, ada sorang guy ni kena pegang grandma ni, takut jatuh. drama ni berakhir bila sampai another stop, the father n stroller got off the bus so that the grandma can seat at the front seat. Yang another old lady to siap membebel kat grandma tu..you should speak up. Macamlah org lain yg salah, padahal grandama yg degil...
Thursday, November 5, 2009
Sebelum jam berbunyi..dan aku gumbira
Ha semalam aku post entry pasal si Mr Rpino tu kan...dia baru add aku dlm facebook mlm tadi. confirm aku perasan kata dia suka kat aku hehehe, padahal bila nengok status dia dlm fb..in relationship...adakah aku frust..haha takde makne pun. Sape yg suka sape ni. Gaya cam takde awek je..cis.. Tp rupanya dia sebaya aku..ingatkan older than me. oklah tu kan daripada muda dari aku kan. No matter what, aku tatap takleh ngorat dia hahaha....Lagipun susah bila we came from different background-religion,culture,life style. nak tido jap la..kang kat opis ngantuk lak.
Hi..nyambung balik. Tu lah mmg tak elok tido lepas subuh. Bgun dah dekat pukul 10am.Kalut la bersiap nak pi opis. Tetiba cam malas nak pi coz hujan.Dah dua hari hujan. Such an upredictable weather coz dua hari lepas panas gile mencecah 37 degree...dengan hawa panas n bahangnya. Depa kata klu summer nanti mau 40 degree..waduh. So, back to the main story...nak tak nak pi gak opis coz dah email pakcik semalam kata nak discuss pasal progress report. So, terpaksalah meredah hujan pi tunggu bas. Dah la terlepas bas yg awal, so I have to wait for another 20 min dalam kesejukan. Sampai opis, nampak pintu bilik pakcik terbuka, bila tinjau semula tutup pulak...cam magik lak. Kecik ati lak, agaknya pakcik ni memang tak suka aku pun. Tapi tak baik berburuk sangka coz mungkin dia pi makan2 kat tea room, coz normally hari khamis, memang lecturer ada ala2 potluck. Dulu I join gak, tapi dua kali je ...segan lagipun cam tak yakin je nak makan2 kek2 depa wpun teramatlah menyelerakan.
At last at 1.40pm, I managed to see pakcik to discuss about my progress report not from this uni, but from my two sponsor too. Hahaha..pakcik puas hati ngan report this uni, then when it comes to another two report yang dia kena isi..dia tanya aku camno nak isi, aku pun tak tau..dia kata mesti org stat yg buat that report form. Almaklumlah banyak berskala 1-5 for each statement. When it comes to English proficency, ada ke patut dia pi letak 5..bukan 5/10 tau, tp 5/5.Apa maksudnya tu...excellent lah. Hahaha..korang tengok je lah my english yang lintang pukang ni..tak sesuai. Apa2 je la pakcik oi...janji my mission accomplished...
Whatever happen today...yang pastinya I'm really happy today. Why coz kak Ina aka Kakak tertunai hasrat dihati yang pofular tu, jenguk ke blog aku...siap tinggal comment lagi dan lagi..link dgn my blog. Tima kacih kak..Not only that another blogger fofular yg dgn masakan yang mengancam n kadang2 ada buat ala2 restaurant review which is cik noorana, nilai pun singgah blog I..lots of thanks.
Wednesday, November 4, 2009
I'm feeling sad and being left out
The most saddest part was he seems that he didn't interested with what I'm doin and while I'm still in his room he turned his attention to my friend who came later than me. Tau la..budak tu dah habis belajar, banyak produce paper n datang pun pasal nak diskus pasal his paper..tapi janganlah dibiarkan I yang baru lagi ni....rasa dipinggirkan. Mau aku nyanyi lagu sekadar di pinggiran ni, tapi tak ingat lak lirik nye..melodi pun tak hingat dah huhu... Pelik jugak, pakcik ni dulu tak camtu. Dulu hari2 datang jenguk bilik aku..tapi la ni..jarang sangat...sebulan sekali pun payah kalau bukan aku yg jenguk dia. What is happening....
Nak balik tadi jumpa minah thai yg brilliant ni, datang semula ke oz ni nak buat research je, dia dah dapat pun phd. Yang tak best nyer, dia kata nak apply tinggal di penginapan universiti sama cam aku. Alamak, harap2 dia tak jadi apply atau tak dapat. Buatnye tinggal serumah, mau aku hidup terkonkong...kotnye dia jadi spy supervisor aku. Lemas ku...rimas ku.
Balik tadi jumpa Mr R, mamat filipino...Hah sudah tergagap-gagap aku nak jawab, bila dia tanya aku ni muslim awat tak pakai tudung. Bila aku kata tak ready wpun harap one day god will open my heart to wear it, dia boleh tanya kenapa tak ready...hah sudah. aku cakap depends on people, deep inside my heart mmg nak pakai..cuma takut tak pakai sungguh2..kejap buka kejap tutup. Pulak tu dia tanya kenapa kena pakai tudunglah. Kalau nak lelaki bukan Islam nak kawin dgn kita kena convert ke..mestila. Aku rasa mamat ni dari dulu suka kat aku..tu yang dia tanya soalan ni..chet banyak perasan la ko. KOt2 dia saja nak tanya...bukan pasal minat ke, nak kawin dengan ko ke... Lagi apa yek..ha dia tanya pasal poligami. Bila dia tanya apa festival muslim november ni..puas aku memikir. Malu pun ada...ha baru teringat Eid Adha...bila dia tanya untuk apa..tergagap lagi aku nak jawab..pasal pengorbanan..Susah na nak ingat english word nya. Nasib baik gak aku cakap pasal sacrification nabi ibrahim...Nasib baik betul coz dia kata nak cari di internet. Yang bahaya nyer dia ni Katolik, mestilah skeptical..in fact pada agamanya sendiri. Dia boleh kata agama tu dah mcm ritual lak. in fact dia rasa sometimes moral lagi ok dari beragama coz ada yg religious, tp buat jahat gak... ada yg baik wpun tak percaya agama...Tapi dia kata bila dia tak pi Sunday mass macam bersalah lak...Tu yg dia kata dia pun confuse. Aku pun mula cucuk jarum, tanya dia baca bible tak. Then aku cakap aku baca Quran, boleh tenangkan hati etc. Sembahyang pun selain dari kewajipan kita, pergerakannya pun baik untuk kesihatan. Tu la, kalau la aku ni banyak pengetahuan agama, insya-allah aku boleh tarik dia sikit2 ke arah Islam. Lepas ni aku memang kena mendalami Islam untuk memudahkan berdiskusi dgn org bukan Islam n secara tak lansung menceritakan kecantikan Islam yg membuatkan mereka tertarik dgn agama kita ni...Insya allah.
Balik tadi, aku pun terus membuka my fav blog. Oh no..Salam Dua Benua, bakal sibuk..tak best la. Wah rupanya kakak Tertunailah Hasrat Di hati, menyambung ulangtahun blognya...tahniah kak. Baru setahun rupanya...ingatkan dah lama, tambahan bila tengok follower, counter pengunjung n keakraban dengan kawan2 blog. Teruskan berblogging kak
Tuesday, November 3, 2009
Mood and sambal tempe ku
Bila balik dah senja tu...teringin nak makan sambal tempe, so dengan gigihnya aku menggoreng tempe/kacang/ikan bilis...nearly 1 hour baru solosai...Den raso sodap bona sambal tempe tu...wpun first time membuek eh. Di makan lak ngan pajeri noneh ku yg dah tigo aritu...umang ai licin, sib baik tak jilat pinggan.Konon rancang nak study...sesudah e pi tengok tv n borak2..sodar2 dah 11.45. Pulak tu bukan nak tido awal..sibuk nengok internet pasal si Dr. Asri tu. Buek malu yo...malu nengok org agamo gaduh2, sesuko hati tuduh org/tangkap orang. Malu ngan agamo lain..agak e..bertopuk tangan dio tengok ulama kito berpocah. banyak bondo ponting lain nak dipikirkan cam kes org buek maksiat, kes murtad n camno nak tarik org masuk Islam daripada melarang orang nyampaikan ilmu agamo ni. Mudah mudahan akan ado jalan penyelesaian...Kalau berbeza pendapat takpo, yang ponting e..bermuzakarah la domi kopontingan umat Islam bukan utk pihak totontu yo.
Then, melompat ke several of my fav blog. Antaranya http://tertunailahhasratdihati.blogspot.com/ yg memang aku ikut setiap hari, wpun tak register jadi follower. Seronok je nengok kakak tu dapat hp blackberry free...boto la tu kak oi...sapo kato berblog ni tak berfaedah..he..he untung apo..ribu2 lak tu. Tahniah la kak oi..murah rezeki akak.