Sunday, April 24, 2011

BE POSITIVE !!!!

Hari Rabu lepas, masa aku bersiap-siap nak pergi uni, tetiba aku rasa tak sihat. Pening dan rasa panas. Tekak dan hidung pun rasa semacam. Ni gara-gara makan aiskrim memalam buta lah ni. Then, I went to my spv's office at 2pm. but she was not around. So, I came back to my room and sent an email to her together with the attachment of my current progress (latest version of my second paper) and my plan during her leave. Tetiba macam takde mood nak buat kerja, al-maklumlah dah berhempas pulas writing for this few days. So, I planned to go home early or maybe melencong jap ke city. Sementara tunggu waktu asar, aku pun blog walking dan akhirnya check my email. Alamak!!!! my spv has replied my email and asked me to see her at once. Maka aku pun kalutlah turun ke bilik dia. Tapi dia ada discussion dengan another lecturer. Anyway, she gave me back my paper that I have sent to her a week before and she also asked me to see her on Thursday at 9.30am.

Once I looked at the paper, my heart pounding really fast. Tak sempat masuk bilik, aku dah selak2 that paper while climbing the stairs. Ingat tak lagi yang aku kena justify my inconsistent result tuh? My spv didn't like the way I'm writing it. Her comment is
BE POSITIVE !.
Huish siap ada tanda seruan tuh....benganglah gamaknya. But, seriously I don't know what else to do. I have no idea how to justify my result in positive way. As I mentioned previously, I got the guidance from the phrasebank. So, if the guidance is not up to her standard what more that I can do ?????????????

Bila masuk my opis, rasa serabut sangat. Tak boleh pikir.....meja pun serabut.

Lantas, tanpa membuang masa aku turun ke bawah dan menjenguk-jenguk apa yang dijual at wednesday market. Tak kuasa aku nak beli barangan accessories ke hape kan. Baik aku beli junk food-dried sour cranberries, dried paw-paw and soy bean snacks apatah....Tetiba teringin nak minum hot choc. Terus pi beli LARGE SAIZ tuh.

Aku dah lama tak beli hot choc ni....Rasa macam mahal bebeno. Yang large aud4. Yang small aud2.50 kot. Baik aku minum home made milo je ;)). Tulah, my problem kalau stress, aku lepaskan pada makanan....Bukannya nak berzikir ke apa kan.

Malam tuh, memang tak boleh nak buat kerja...selain stress, cold and fever symptom pun ada. Rasanya, bila autum memang ramai yang berpenyakit gini maka virus pun mudah tersebar dan orang yang tak kuat antibodi mudahlah kena jangkitan. Yelah, kat rumah my housemate pun tak sihat dah 2 minggu kot, kat opis my ofismate pun dah lama kena. So, nak tak nak minum je lah panadol soluble tuh. So, hari Khamis pun kalut lah jumpa my spv for discussion. Bincang pasal my plan during her leave. Dia tak kisah aku nak buat projek apa as long as I know what to do :). Dia tanya gak pasal my second paper corrections. Aku kata tak sempat, padahal memang tak larat pun nak buat corrections. Aku tanya gak dia camna nak justify my result tuh. Hehehe berdas das aku kena you. Meamanglah dia gelak gelak. Tapi betul jugak katanya, janganlah sampai orang kata apa yang kami buat tuh bullsh**t je...Macam no point doing it. Then, dia suruh aku submit that paper correction to her and my pakcik at Adelaide ASAP. So kiranya kalau dia tak larat, pakcik boleh tengok gak paper tuh. Her expected baby's delivery date is on friday that week,but she will only goes to hospital wednesday this week...Aku mintak maaf jugak dengan dia aku ni slow in writing dan kadang-kadang takde mood nak writing. Dia suruh aku minum kopi. Pulak dah....aku kalau minum kopi lagi jadi tak tentu arah, jantung berdegup laju etc. Dia kata tulah bagus, aku tak ngantuk, senang buat kerja. Kalau aku dah tak tentu arah, minda tak stabil, satu hape pun tak jadi..kerja tak boleh buat, tido pun tak boleh....mengong semacam je :(...whateverlah. My spv tanya gak, bila aku supposed to finish my studies. Bila aku cakap next year, dia tanya aku tak boleh extend ka ??????????? Aduss !!! Kalau boleh tak mau extend....

Lepas discussion, aku buatlah corrections mana yang termampu. Lepas zohor ingat nak jumpa kawan di city. Tapi dia entah mana-mana. Aku pun dah habis credit nak call...So, aku merayau sorang2 sambil melihat easter show n activities. Silap, actually aku dah terlepas nak tengok the dance and cooking show. Yang ada mestilah kids rides
and 'animal farm'
ayam special ......mana matanya????

Ku teruskan perjalanan, nak tengok games yang ada...


Nyampah dengan mamat kat atas ni. Dia marah I coz ambil gambar...Perasan betul, aku bukan nak ambil gambar dia. Agaknya bengang coz games dia tak laku hahaha...Then, aku terus pi day market, normally on Friday, tapi since good Friday kan cuti so depa awalkanlah market tuh. Ni je lah gambar yang ada, Gerai buah dan sayur-sayuran dan gerai makcik turki buat gozleme dan pakcik cina buat mee goreng, aku tak berani pulak nak ambil gambar. Takut kena marah lagi hehehe....

Then, for lunch I had enchilada, the mexican food. Tapi aku takde mood nak ambil gambar jugak.
So, ni gambar yang aku google yang lebih kurang apa yang aku makanlah. picture credit to : http://www.el-indio.com/17_adj.jpg

Cuma, takde nasi dan sos tulah. My set ada banyak salad, chicken shredded, a dollop of sour cream, mashed avocado and grated cheese...yummy.........Nampak kurang menarik pulak, kalau nak tengok gambar yang menyelerakan sila click this link http://www.google.com.au/search?q=enchilada&hl=en&client=firefox-a&hs=cBp&rls=org.mozilla:en-US:official&prmd=ivns&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=fH-zTbW_PIvsvQPR3fWLBw&ved=0CFcQsAQ&biw=1280&bih=585

Memang banyak tak larat nak perabih. Memang buat dinner jugaklah. Balik dari city terus telan panadol. Malam tuh aku buat susu panas+ginger+madu...Bak kata dia, tu cara tradisional untuk hilangkan kesakitan. Bukannya nak hilangkan punca penyakit. Housemate aku siap suruh makan ubat dia lagi, apatah Cordal yang ada Day and night tablet tuh....

Wednesday, April 20, 2011

Pembongak pulak

Sorrylah, the title of my second last entry pasal makan free tu kurang tepat pulak ;)).
Hehehe....tidaklah aku makan free seminggukan. For lunch and dinner last Thursday I had this chicken and veges pizza.

Tapi pembongak boto orang jual tuh, bukannya chicken, tapi rupo dan raso macam lamb jo. Sib baik hargo eh aud3.50 walaupun saiz eh memang bosa. Kalau boleh memang nak jimat duit, tak mau beli. Tapi aku memang tak sempat masak that morning. Mana nak siapkan my second paper yang dah bertangguh berbulan-bulan tuh and mana nak attend seminar lagi. Apa-apapun I managed to submit that paper to my spv before attending that seminar. Tapi spv aku tak balas pulak my email, harap dia tak marah coz aku hantar lambat. Habis dah the week before dia cakap "send it to me next week". Next week tu apa2 hari pun boleh kan ;))...whateverlah, the most important thing I have submitted it to her even though I didn't really satisfied with it. Memang susah nak justify why my result is inconsistent with previous literature result. Rasanya dah banyak kali check result and my work, tapi problem jugak. So, pepandailah justify dari literatures sebab musabab why my result is like that. I have to use phrases such as....this inconsistency may be due to....A possible explanation might be.......There is no clear explanation.....Even though there are several discrepancies....Luckily, I got writing guidance from http://www.phrasebank.manchester.ac.uk/discussions.htm.

Actually, I attended thesis submission seminar last Thursday. Ingat nak dapatkan guidelines and info pasal thesis nih. Tetiba rasa cuak pulak dengan my progress, dengan my result yang ntah apa2, tak start writing lagi whereas I only got around 1 year left to finish my studies here. Macam-macam2 dugaan selain my research itself, for example my main spv yang 'lari' ke Adelaide dan my-co yang pregnant lagi. So ex-co spv who is currently my main spv is on maternity leave for 6 months starting from this week. That's why I really super duper busy and serabut from March-April. Nak siapkan kerja before she start her leave. Apa-apa pun, I'm really grateful that I managed to submit my third paper to a journal on 7/4/2011 after nearly 6 months struggling writing that paper. Writing je tuh. Nilah akibatnya bila I am too slow in writing, selain dari the co-author who also moved to Adelaide. Dahlah mamat ni very the cerewet. Rasanya more than 10 times corrections kot aku kena buat. Siap kena buat new simulation lagih. Dahlah during february harituh, dia senyap je, yelah bz dengan research grant application. Tapi tak boleh nak marahlah, he's one of the top researcher in our area, several of his articles were published in top rank journal such as Proceeding Royal Society and Journal of Physics A. Hehehe...unfortunately these journals got impact factor less than 2....whateverlah.

Korang tau tak, aku ingatkan my spv start her leave on monday=18/04/11. Tetiba aku dapat email :
Hello,

I will be on leave after this Thursday. I would like to speak to each of you individually. Please try to come to see me between this Tuesday and Thursday. Also, please don't come empty hand, bring your work progress or research plan along so we can discuss about what you should be doing while I am on leave.

Cheers,

N


Hah ko!!!! Luckily aku tak terkantoi pi melancong ke mana-mana mahupun melencong ke Malaysia minggu ni hahaha. Macamlah duit ribu-ribu kan nak pi sana sini :P....So, on Monday noon aku pun pulunlah membuat list of things to do sepeninggalan my spv ;)). Pulun juga membaiki dan menyolek my second paper mana yang patut sambil melayan Trilogi Cinta hahaha...Semalam pi opis, aku menyambung juga tugas2 solekan itu sampai 7.30pm dan disambung pula di rumah sambil melayan Trilogi cinta juga ;)).

La....aku nak cerita pasal food kan. Tetiba membebel, melalut, merapu meraban pasal my research pulak. Dah alang kepalang aku bebel, baik aku bebel terus kan :P. Last saturday, dalam keadaan yang raining cats and dogs tu aku gagahkan kaki ke city. Optus punya pasallah tuh...tetiba hari jumaat malam tuh, hp aku 'hang', tetiba ada message "insert your simcard"....So, bila pi outlet optus, ingatkan dia nak baiki ke hapa. Alih-alih dia suruh bayar aud2 coz tukar simcard baru. Chet punyalah malas, bukannya nak check bebetul. Memanglah aud2 je, tapi with that money, lepaslah aku nak beli chicken wing sekilo and 2 biji epal dengan harga tuh. Dahlah aku ni lupa nak check simcard tu kat phone lain, manalah tau kot ok pulakkan. Yang geramnya, rupanya aku tak copy no phone my friend to my phone. Banyaklah nombor hilang...malas betul nak email/jumpa kawan minta no phone....

So, bila dah settle ngan optus, aku pun pusing2lah city. Nak shopping, tengah pokai. Bila terjumpa my friend dia ajak pi makan. Nak makan oporto macam bosan, so kami pi makan szechwan prawn pizza.Sedap tau, tapi podeh gilo bilo tergigit cili. Lepas tu adik ni, dia teringin nak pi galery. Dah 2 tahun kat sini, tak pernah pi pun hahaha....Tapi enjoylah masuk galeri nih. Tetiba jumpa pulak kawan yang ada writing workshop kat situ. Hopefully dia tak buat gossip lah pulak pasal my unplanned activity tuh ;)), lagipun dengan adik yang muda remaja sesangat ;). Bila habis posing diluar galeri, kami ternampak limosin nih

Then, lepas shopping groceries di woolies aku lalu semula tepi galeri tuh dan ternampak ini.........

Ramai pulak orang kahwin harituh, one of the wedding reception was held at one of the level in the gallery.

Then on Sunday, teringin nak makan rendang, sib baik ada pes mak nyonya. So here is my chicken rendang and pulut kuning
Tapi pes nyonya ni not really to my liking, i prefer pakcik berahim punya pes. So for lunch on Monday aku dok bantai menu yang sama jugak. For dinner rasa macam nak makan sambal goreng dan acar pulak....
Pulut dan sambal juga menjadi my lunch on Tuesday. Then, I had sausages tomyam for dinner last nite...
Hehehe...guna perencah segera je. Oklah nak pi jumpa spv today ;)....

Tuesday, April 19, 2011

Jom Zumba....

Since last month aku dah insaf. Yelah bila badan rasa lemah dan kurang berstamina, pulak tu selalu stress, maka aku perlulah ber exercise. Aku minat zumba...tapi pelan2 lah dulu kan. So memula kita aerobic dulu-low impact for 10minutes. Style orang dedulu....



Hehehe...sexy giler yek orang dedulu bersenam, pakai swimming suit utk aerobic hehehe.

Then, kita terus ke aksi lompat -low n high impact for 8 minutes.



Pening kapla aku, tak pandai bernafas dengan betul ;))....

Next, lets ZUMba for 4 minutes.



Then 5 minutes Zumba yang paling best dengan music yang best...



Finally, aktiviti untuk kempiskan perut moncit n boroi ku....



Tapi aku tak ikut sangat yang ini. Aku buat 4 style sebanyak 2-3 round for each style.
First style-baring,...jangan pulak tido :p. Luruskan kaki ke atas. Then bend sikit ke paras lutut dan luruskan semula. (20 kali)
Second style-baring sambil kayuh basikal lah (20 kali-jangan sesuka hati kayuh, jaga breathing)
Third style- basic crunch as in the video (semi sit up) :20 kali
Fourth style: oblique crunch as in the video (rapatkan bahagian kanan badan ke lutut kiri dan sebaliknya)

Note:
Breath in-perut kembang, udara masuk ;))
Breath out-perut mesti kempis....

Jangan tak tau, punyalah aku bersemangat, buat pertama kalinya tahun ini, aku pi jogging last 2 weeks -saturday the 10th. 45 minutes tuh, tapi rasanya lagi banyak walking ;).....

Sunday, April 17, 2011

Cara-cara nak makan free seminggu

Siapa yang tak berminat dapat makan free kan.
I had my accomodation session dinner at turkish restaurant last sunday, 10/4/2011.

For entree I had this Sarimsakli Mantar

which is caramelised mushroom, basil, garlic and fresh herb and the price is aud12.
My friend had this carrot yogurt+garlic and it really nice eaten with hot turkish bread.
For the main course my housemate had this mixed kebab -char grilled lamb, chicken, adana=char grilled lamb minced, salad, rice, bread (aud22).
Another housemate had this lamb sis (aud20) whilst I had this chicken sis(aud22) But, look at the below photo. What is the different compared to the above photo?

Hish korang ni, just ignore the fork and knife lah and also the angle of the pic too.
Hampir tiada beza kan? kan ....kan ...kan.
Aku hanya mampu makan 2 pieces chicken, 2 scoop rice and 2 scoop salad.
Maka, terpaksalah aku tapau the untouched food

My neighbour siap paksarela aku ambil dia punya lamb sis lagi. Kalau boleh turkish bread dia pun dia suruh aku tapau, yang aku punya pun hampir tak muat dah container tuh. Rezeki jangan ditolak, tapi aku tak maulah tamak kan hehehe....
Maka, dengan hasil tapauan itu, for lunch on Monday I just reheat the food-rice+salad+chicken/lamb sis
Aku suka rice tuh-ala2 nasi minyak pulak. Salad tu pun sodap. Then, I had the chicken/lamb sis again+salad for dinner on Tuesday.

For lunch on wednesday I just mixed the chiken sis with thai sweet chili sauce and mixed the grated carrot with mayonaise and garlic.Hari khamis pulak, eh silap....hari khamis aku ada seminarlah. Aku tak sempat masaklah.
Hari2 makan benda sama mau kembang tekak kan.
I had the improvised lamb sis for dinner on friday hehehe.....
Chewah....kinda lamb with black pepper saucelah. Senang je my black pepper sauce tuh-1 tbsp crushed black pepper, 1tbsp oyster sauce, onion and fresh milk. Sodap tau my sauce tuh, tapi lopeh tu paneh porut di buek eh......

And finally for the last piece of chicken skewer, I made this beef chicken salad for lunch today....

I got the recipe from myresipi, but as usual I had adjusted it to my liking or to whatever ingredient that I had. For the sauce I just used-oyster sauce, soy sauce, vinegar, sugar and chopped chilies and onion. BUt a bit dry, tak kuasa aku makan bebanyak asid asetik tuh, kalau dari limau oklah kan.

Oklah puan-puan, tuan-tuan dan kakak-kakak dan adik-adik, sekian sahaja panduan bagaimana untuk makan food yang mahal, sedap dan free seminggu hahaha.....Lainkali, kalau makan tak habis, korang tapau aje. Aku buat muka tak malu je menapau depan our OZ manager and rakan-rakan yg dari pelbagai negara tuh hehehe....

Thursday, April 14, 2011

Digodek digodak jadi Gudek

Petang sabtu haritu my housemate bagi aku rasa Gudek ni.

Cuba teka yang mana satu gudek ?
Sambal kerepek tempeh kah?
Sambal ikan biliskah?
Keropok udangkah?
Atau nangka+daging?
Hehehehe............................
Semestinya lauk nangka+daginglah.
Rasanya?
Sedap, cukup segala rasa ada lemak, masin dan terasa rempahnya. Confirm tak boleh jadi food critic.
Apa resipinya?

Bahan
Daging
Nangka
Santan
Bawang putih
Bawang merah
Serbuk ketumbar
Garam
gula

Cara:
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga air hampir kering (lebihkurang 1-1 1/2 jam).

Rasanya tiada bahan yang tertinggal. Takpe, kalau berminat, korang buat dulu hehehe. Kalau tak sedap, godek2 sendirilah resipinya. Kalau tak puashati jugak, korang bagitau saya, nanti saya tanya my Indonesian housemate apa lagi bahannya hahaha. Menurut my housemate, gudek ni sedap dimakan bersama sambal dan keropok. Makan dengan nasi putihlah kan. Aku makan camtu aje.

For breakfast on Sunday and monday and for tuesday lunch I had this masak lodeh with brown rice ball. Masak lodeh tanpa suhun dan fucuk. Tak kuasa aku nak pi menapak pi kedai cina pepagi cari suhun. Ada tempe dan kobis dll pun dah patut grateful :). Prawn cracker tu nak interframe jugak coz itu first time aku 'goreng' cracker tanpa minyak....guna microwavelah. Actually, that was the first time in my life using microwave hahaha. I'm kinda phobia with this thingy, afraid that it gonna be explode hahaha.....Tau tak beria-ia aku pi rebus telur, sesudahnya aku lupa pulak. Maka untuk breakfast on MOnday barulah dapat menikmati telur rebus and masak lodeh.

Eh! Korang tak perasan ke my special brown rice ball, rasanya tak pernah lagi orang lain buat. Nak tengok yang tanpa kuah?
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............
Geli pulak bila tengok macam lembap gitu kan. Camna timbulnya idea nak buat rice ball ni???
Panjang ceritanya tau....................................
Jika dipendekkan cerita, sebenarnya aku nak buat nasi himpit lah. Mana aku ada beras biasa. Yang ada brown rice. Dah letak banyak air, tapi teksturnya masih kasar lagi. Aku malas nak tuggu, so aku lenyek n himpit je lah n biar semalaman. Sekali terlembek pulak. Kalau dipotong nak buat bentuk kiub pun buruk, melekat2 kat pisau. Maka apalagi ku keluarkan sarung tangan plastik, ku bulatkan jadi bebola itu...... :P.
Laratkah aku nak makan bebanyak bebola nih?
My housemate mencadangkan Kite Bako.....Kite Bako !!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tapi sebelum tuh Kite kasi penyeklah...................
AWAS !!!!!!!!!!!!!!!!! Jika anda seorang penggeli dan mudah jijik atau loya sila abaikan gambar di bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
..
.
.
La, korang ni memang kuat semangat betul ya.....
Nahlah, aku bagi tengok.
Karang kecik ati pulak :P

Rasa-rasa macam apa ya ;))......whateverlah :P
Setelah Kite Bako, maka inilah hasilnya.................

Sunday, April 10, 2011

Lupakan Channel, Coach seminggu pun tak tahan

Aku dah berzaman tulis entri ni, tapi tak terpublish.

Aku memang insaflah
Cuba elak beli beg mahal, melainkan aku dapat free ataupun dapat harga runtuh,
tapi pernah ke ????
Aku mampu beli beg mahal ke? Mahal sangat ke?
Memanglah beg Coach ni
tidak setanding dengan Channel, tapi tetap jugak ada bunyi ribu kan ;))

Tapi kalau dah dasar ganas, tak sampai seminggu guna, dah comot
cuba korang tengok pemegangnya

cuba korang zoom tgk kat tulisan tuh, dah comot ada kesan kehitaman


Lagipun, Si Coach ni biasa aje kan walaupun agak mahal harganya
HIsh tak bersyukurkan,
bila tiada, teringin pulak,
bila depan mata tak hargai pulak.

Kinda regret buying it coz
i) don't need it, just want it,,, can buy lots of things with that price
ii) expensive, the cheaper one is better in design in my opinionlah
iii) not leather
iv) tetiba tidak berkenan dengan design tuh, cepat kotor pulak tuh
v) aku ni ganas,
vi) baru tau ada yang tiruan
vii) kalau aku pakai, mesti orang ingat tiruan huhuhu
vii) aku bayar guna credit card huhuhu, tapi lepas tu aku bayar lump sum guna duit gajilah
Kan lebih baik aku guna duit tu pi shopping benda lain hahhaa

Tapi masing2 punya citarasa dari segi fungsi, jenama, design, material dan kualiti, masing2 punya keinginan, masing-masing punya kemampuan dan yang paling penting tujuan membeli
Senang cerita masing2 punya sukalah.
Tapi dalam pada kononnya kita punya sukalah, harus juga kita berhati2
jangan sampai dikatakan berniat atau memang berniat untuk menunjuk2 dan sampai menghina orang yang memakai beg tangan tiada jenama, murah camni

RM10 aje ;),
aku tak kisah aku pakai je,
yang penting free dan pemberian yang ikhlas from my SIL
boleh gak sumbat laptop aku tau

cop pasar malam mahupun tiruan (Tapi boleh ke kita beli beg tangan tiruan? macam beli cd cetak rompak ke? Imitation, inspired by certain brand is different from tiruan ka? Aku conpius pulak)

For me, yang penting handbag itu
i) dibeli dengan duit yang halal
ii) memang digunakan, bukan utk hiasan semata-mata
iii) tahan lasak bila dibelasah semahunya hahahha
vi) evergreen
v)sesuai di bawa kemana-mana (sebab malas nak tukar-tukar)
vi) berfungsi sebagai beg doraemon yang boleh disumbat segalanya
(jangan tak tau beg kawan aku, siap ada nail clipper, minyak cak kapak, panadol, gunting dan juga segala resit hehehe, pada dialah aku mencari jika terdesak :)) )

Tapikan bila kita pakai handbag yg mahal sikit ni walaupun tak setanding Channel/LV/Prada, berdasarkan my experience orang akan layan dengan baik. Contohnya tailor kat tempat aku yang perasan kedai dia sama dengan butik, tiba-tiba jadi peramah. Siap berborak pasal beg tuh dan tanya harga tuh. Sekurang-kurangnya salesgirl/salesman layan kita dengan baik bila masuk branded outlet at The Garden, bukanlah pandang sebelah mata takpun pandang macam kita tak layak masuk outlet depa. In fact, salesgirl kat Sogo pun layan aku dengan baik, walaupun aku hanya beli sling beg yang berharga RM6600 ni

oppssssssssssssssssss terlebih figures pulak ya. RM66 aje, BUM aje kan :P. Bukan Kipling ke hape ;))

Aku memang sukalah sling bag BUM ni, dulu2 pun aku ada pakai bertahun jugak, tapi dah koyak pulak. Tulah sape suruh beli beg yang harganya kurang RM1000 kan :P

Hehehe masa aku pi masuk Jusco Midvalley pulak, ada sorang kakak ni tertoleh-toleh nengok my Coach, Cantiklah kot beg tuh. Ntah2 dia terkejut dengan kecomotan bag aku tuh hahaha. Ntah2 dia kata aku pakai beg yang dah ketinggalan zaman ;)). Takpun mungkin dia kata minah selebet ni ada hati nak pakai coach, tiruan lah tu hahaha. Hish tak baik berburuk sangka kan

Tapikan, dengan hadirnya si Coach itew, tetiba sling bag Cik Elle yang berharga RM90 tu pun merajuk masa aku pi Melaka haritu

Maka tamatlah riwayatnye huhuhu. Tulah kena beli beg yang berharga RM900 takpun RM9000 ;))

Luckily it happened masa aku dah nak balik. Tulah, isi banyak barang lagi, camna tak terputus talinya. Selagi ada ruang, selagi tu aku sumbat hahhaa. Hopefully the new sling bag will be ok. Wei beg sekolah aku pun nak interframe jugak. Ni beg sekolah yang kedua. Beg sekolah yang pertama tak sampai 6 bulan di OZ dah nak putus tali belakang hahaha. Kalau tak silap warna merah, beli kat Jusco kot. Aku tengok Si Camel ni pun macam hampir nak tercabut jugak tali belakang tuh. Camel ni pun beli kat Jusco Midvalley. Memula ingat nak cari Samsonite, tapi design tak pekenan pulak. BIla suka, tak sesuai untuk my lappy pulak....lagipun mahal bebeno. Penat merayau tau, cari beg gini. Ada jenama apatah Swiss ke hape...I suka, tapi ada lambang cross pulak. At last aku kembali mencari si Camel ini. Semoga Camel tu akan terus bertahan ...........

Sunday, April 3, 2011

Makan besar

Rasa macam dah lama tak cerita pasal makanan kan.
Hah ni nasi Padang
Sedap Kak jah, ado rendang daging, ayam sambal dan terung rebus bersambal. Hehehe, confirmlah bukan aku yang masak. Ni aku makan kat Warong Ita, bukan di Malaysia mahupun Indonesia tau, tapi di Lakemba, Sydney hehehe. Satu set $9.50. Di Lakemba memang mudah dapatkan makanan dan produk halal. Masjid pun ada tau. We went there last 2 weeks kot, jap nak tengok date kat gambar........ yup on 19/3. Susah bagi orang yang ada KaKi tetapi tiada CarKey untuk datang sini :(. Selain makan-makan, kami sempat membeli minced beef, kicap kipas udang dan juga produk untuk kulit yang licin dan gebu macam Kh** T*y* hahaha....

Lepas tu, kami singgah di Punchbowl.
Bukan mencari mangkuk punch, mahupun nak minum air punch , mahupun main bowling.
Mahupun sengaja cari pasal nak kena punch.
Habis, Nak cari apa?
Cari inilah........
Double cheese burger dan big Mac. Perut kecik camna tak moncit n boroi kalau disumbat-sumbatkan ;)).
Halal ke?
Puas hati?????
Jangan pulak pi order Angus Beef Burger pulak ya :P