Monday, November 30, 2009

Ya Ampun, Kok bisa jadi begini...Kejam kah aku

Korang sedih tak bila baca mesej di bawah

Wa'alaikumsalam warokhmatullohiwabarokaatuh, Maaf sekali Kak kalau apa yang saya lakukan membuat Kak Marah. Dan trimakasih banyak atas masukannya, hanya Alloh SWT yang tahu apa yang ada dalam benak saya dan insyaAlloh tidak ada sedikit pun niat jelek saya untuk menyakiti orang lain, apalagi mengusik barang orang lain. Saya disini sendir dan tidak punya Familii, tidak akan ada gunanya bagi saya memiliki niat jelek sedikitpun pada orang lain, apalagi pada orang-orang di rumah ini. Nanti, besuk atau lusa saya meninggal pun, saya tidak tahu. Yang saya maksud kotor, tempat biru yang disibelah pojok, tadi banyak lalat yang disana dan maaf sekali saya tidak tahu sama sekali kalau brg itu milik Kak . Yang saya tahu itu belum sempat dibuang saja, jadi saya ereskan. Sekali lagi saya mohon maaf dan saya berjanji mulai saat ini tidak akan menanyakan apapun lagi (hal-hal sekecil apapun) dirumah ini pada teman-teman di sini termasuk kak . Sekali lagi saya mohon maaf yang sebesar-besarnya jika selama ini apa yang saya lakukan salah bagi teman-teman semua. Sekali lagi saya mohon maaf yang sebesar-besarnya. Astaghfirullohal'adziim 33X Wassalamu'alaikum ww

Kesimpulannya

Dia salah sebab buang barang aku tanpa bertanya dulu.
Aku salah sebab pi letak barang kat situ.
Dia salah sebab tak minta maaf
Aku salah sebab cepat terasa hati.
Dia salah sebab tidak ambil peduli perasaanku dan tidak rasa bersalah
Aku salah faham apa yang dia cakap dan cara dia menyampaikannya

Aku salah sebab terburu-buru meluah perasan.
Dia pulak salah faham apa yang aku maksudkan.

Aku salah sebab menulis ayat yang mungkin mengelirukan
Dia salah sebab tidak boleh menerima kritikan.
Aku salah sebab menulis tanpa memikir perasaannya dan akibatnya
Dia salah sebab melibatkan orang lain

Kami berdua memang saling salah faham dan salah. Cara kami tak sesuai, walaupun niat kami baik...kami hanya insan biasa.

Moral of the story

FIKIR DULU SEBELUM BERBUAT SESUATU.
PERLU PERTIMBANGKAN BURUK BAIKNYA KESAN DARI TINDAKAN KITA.
PERASAAN DAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA PERLU DIJAGA, WALAUPUN ADAKALANYA IA MENYAKITKAN BILA TERPAKSA MEMENDAM RASA MENANGGUNGNYA. ITULAH KESABARAN, KETABAHAN DAN PENGORBANAN.
MAAFKANLAH MEREKA...SUPAYA HATI KITA BERSIH DAN MENDAPAT HIDAYAH DAN KEBERKATAN.
LUPAKAN APA YANG TELAH BERLAKU, TAPI....
We can forgive what people have said and done to us, but it's hard to forget what people made us feel.
THEN WE SHOULD LEARN HOW TO FORGIVE AND FORGET.
REMEMBER ALL THE SWEET MEMORIES, THEIR KINDNESS. DON'T LET IT BE SPOILED BY JUST ONE SMALL MISTAKE....THIS IS FOR BOTH OF US.

YA ALLAH, bukalah dan lembutkanlah hatinya untuk maafkanku. Berilah kami kesabaran, kesejahteraan dan keharmonian. Amin...




Sunday, November 29, 2009

Aku memang jahat ....

Salam hmate ind,
I'm really sorry if the way I speak to u just now hurt your feeling.
But, you hurt my feeling too...
I don't mind if people want to touch or use my thing without my permission, but I do mind n care if people throw away my things without my permission.
Not only that, if that people don't even feel guilty.
And don't even say sorry for doing so.
In fact, it's really annoying if the same people ask what i'm going to do with my things just to cover their mistake.
Why must i keep the things if I don't have intention to do something with it.
What most hurt is if people don't want to hear my explanation?
It seems that this people look down on other people and think that they better than other people.
Do you think that you are the only one who care about the cleanliness and tidiness of the house.
Of course i want to clear my things there before going home.
You said that the things dirty in my plastic case, but yet you said it's not dirty when you took it from the bin (and put it back in my plastic case). Which one is dirtier?
I know your intention is good but the way is not right.
I'm really sorry if whatever i write here, hurt your feeling. But, I don't want to talk behind your back or just keep it in my heart until it burst. It's for our own good as housemate and friend.

Funny, tetiba bila sesi luah rasa...tetiba tercakap omputih. Walaupun, amat ketaranya betapa teruknya my English haha...Well, sometimes it's better to say it in english to express our feeling. DBP tolong jangan gam saya. Yolah, kok cakap melayu kan..terbabas-babas, sorang cakap lain, sorang faham lain. Lagipun ayat di bawah cam pelik je kan. nak kata formal, tak jugak, nak kata ayat buku tak jugak...minta maaflah, aku bab menulis ni ada kureng...
Salam hmate,
Saya minta maaf jika saya menyakitkan hati awak tadi.
Tapi awak menyakitkan hati saya juga...
Saya tak kisah kalau orang nak usik atau guna barang saya tanpa kebenaran, tapi saya memang kisah dan ambil peduli jika orang buang barang saya tanpa kebenaran.
Bukan itu sahaja, jika orang itu tidak rasa bersalah pun.
Dan tidak meminta maaf .
Malah, amat mengjengkelkan jika orang itu bertanyakan apa saya nak buat dengan benda itu untuk menutup kesalahannya.
Kenapa saya simpan barang itu, jika saya tidak saya tiada niat untuk berbuat sesuatu dengan benda tersebut.
Apa yang paling menyedihkan adalah bila orang tidak mahu mendengar penjelasan saya.
Rasanya orang sebegini memandang rendah pada orang lain dan fikir mereka lebih baik dari orang lain.
Adakah awak fikir awak seorang sahaja yang mengambil berat tentang kebersihan dan kekemasan rumah?
Memang saya mahu mengemaskan barang saya di situ sebelum saya pulang.
Kamu kata benda dalam bekas plastik saya kotor, tapi sebaliknya kamu kata benda itu tidak kotor bila kamu mengambilnya dalam tong sampah dan meletakkannya kembali ke bekas saya. Yang manakah lebih kotor?
Saya tahu niat awak baik, tapi caranya tidak betul.
Saya mohon maaf jika apa yang saya tulis, menyakitkan hati awak. Saya tidak mahu bercakap di belakang dan simpan dalam hati sehingga akhirnya "meletup'. Ia untuk kebaikan kita bersama sebagai teman serumah dan rakan.

Yolah sorang msian, sorang indon...kenkadang cakap bahasa melayu tak paham, cakap english bru paham. Memang banyak perkataan kita tidak sama maksudnya dalam bahasa mereka, selain memang tiada dalam vocab bahasa mereka.

Ringkasnya, cerita harini :
Actually it's not about the things, but about attitude and how do you deal with something.
Aku memang emosional. Aku patut bersabar dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata. Terlajak perahu boleh diundur...

Tapi kenapa sampai jadi begini...esok jelah

Saturday, November 28, 2009

Aktiviti masak-masak, bercanda n beli belah...salam aidil adha


Malam raya
Pulun membuat dua puding, resipi dari blog noorana (thanks noorana). Akibat menderhaka sikit dan mungkin agar2 serbuknya tak sama ngan di malaysia, maka hasilnya agak keras...pudingnya lansung tak bergoyang, tekstur sgt kasar coz telur putih timbul...sehingga terpaksa ditapis . Rasanya tetap sedap, cuma kureng ummph mungkin coz segala telurnya tinggal dlm tapisan, rasanya masa memuda dulu buat lagi menjadi. Moralnya, ikut je resipi yg diberi, jgn pepandai ubahsuai melainkan ko mmg selalu n pandai masak mcm noorana tu. Anyway, hikmahnya puding tu senang dipotong n tak berubah bentuk bila dibawa jln jauh.


Hari raya Aidil Adha
Pi uni, return buku library dulu. Then, jalan kaki pi umah pelajar malaysia untuk jamuan raya potluck. Pelbagai hidangan, ada rendang pelbagai warna n cara masak, ada lemang, nasi lemak, nasi tomat, ada laksam, mee n bihun goreng, popia n kek coklat opps..my puding too. Balik pun jalan kaki...susut ke???Ingat nak pi opis, tpi cam tak, larat balik umah...tido. Petang, pi tangkap ikan dan picnic....Tangkap ikan??? saja je....umpannya maruku hehe. Best main air sambil menikmati keindahan alam ni.
saja tepek gambar haritu...tp tempat main harini takde rumpai

Sehari selepas raya-pagi
Pi mandi manda di laut. Konon nk mandi di rock pool, pesisir laut yg disekat menjadi kolam. Tp ombak jahat..opps ombak kuat dengan air pun dlm. At last mandi je tepi rock pool..which is kawasan berbatu semulajadi yg kedalamannya tak lebih 1m. Konon nak belajar float...tp penakut n nafas pun pendek. Anyway, akhirnya tertunailah hasrat dihati nak mandi laut setelah 9 bulan mengidam..sorry kak ina guna keyword akak hehe.

Tengahari-petang
Saja pi shoping complex yg jauh sikit, naik bas. Byk sale...rmbg mata. Pekenan satu baju tanpa lengan, suitable for summer. Cam comel je klu pkai. Bila dah try, tp menurut adik hmt, kakak hmt pun bru pi cuba...terkilan nya. Padahal, i yg cuba dulu. Rasanya utk seorang kakak mmg tak sesuai pakai and in fact she never wear that type of blouse before. Nak ubah style kot. Lantaklah, ada hikmah aku tak beli, lagipun a bit large for me, especially at the armpit part. Best lagi beli ni...

Biasa kt msia fererro roche je. Here, we got fererro rondnoir-dark choc and fererro garden-coconut...it's good...

Wednesday, November 25, 2009

Berito dah basi....Lokehlah milah woi...copek sikit jang !!!!

  • Kak Jah : Apo bondo eh, nak copek na tu....?
  • Milah : Ade lah..
  • Kak Jah : Ko nak penampar? Ngengado bona. Tadi yo yo lah panggil den.
  • Milah : Cubo toko?
  • Kak Jah : Lokeh la...den nak anyam ketupek dan siapkan bahan nak buek rondang niha. Takdo maso nak tunggu ko bikin drama doh.
  • Milah : Best lak ai...Kami takdo nak masak bagai. Hari Jumaat pun kono pi Uni gak. Den nak buek CONTEST SESUKO HATI lagilah
  • Kak Jah : Apo laie...ko ni dah amnesia? Ken dah buek minggu lopeh. Ko dah takdo kojo dah ko.
  • Milah : Eh, kojo melambak. Ni kebotulan ado baju t-shirt niha. Saiz X-L. Adik den mesti tak muek. Sorang tolobih saiz, sorang terkurang saiz. Sepupu ramai na lak. Tu yg nak bagi kek kengkawn yg berminat tu. Untuk anak2 lelaki atau boyfren kot.
  • Kak Jah : Tak baju reject, baju second hand lah tu. Goli den..he...Ntah mamat mano dah pakai. Dahla..gambar kasut, macam mintak penyepak atau nak bagi penyepak jo...tak manislah org kito pakai.
  • Milah : Amboi..jangan buek cerito !!!. Ni baju baru tau. Converse lagi tu. Tapi, sobona eh..den memang tak perasan pun gambar kasut tu. Ingat an corak abstrak...balik rumah baru porasan. Nak buek camno.
  • Kak Jah : Eleh converse jo. Kat Msia bersepah baju tu, tak yah pi OZ. Tapi, kalau nak bagi free sapo tak nak kan. Mesti kono buek something dulu tu, bukannya toruih dapek ken ?
  • Milah : Amboi banyak cekadak, org nak bagi free pun sompek ngato g. Yolah, nanti den bagi sekali la ngan satu beg OZ yg murah tu. Yo boto la tu...mesti ado bondo kono buek. Ala sonang yo..Ni nak suruh orang teka negeri tompek dek belajar dulu, ikut susunan dari mulo.
  • Kak Jah : Apo nogori eh ?
  • Milah : Kelantan, NS, Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Selangor, Pulau Pinang.
  • Kak Jah : Kalau camtu akak lah dapek tshirt tu, dah ikut turutan nogori tu.
  • Milah : Apo lak ? Memanglah nogori dah boto, susunan eh tak boto. Kono senaraikan negeri tu ikut susunan dari tompek den mulo2 belajar sampai yg terkemudian. Hontam jo, bantai jo...dah namo eh cubo toko...
  • Kak Jah : Ko rabun ko apo, tu Pulau Pinang kuar duo kali tu.
  • Milah : Ha..ah la. Kojap, nak kiro balik...boto lah tu, memang duo kali.
  • Kak Jah : Apo syarat eh?
  • Milah : Sanang baitu...opps silap lak, sonang yo. Tulis jawapan eh diruangan komen di bawah. Setiap orang dibenarkan mencuba 3 kali sahaja. Contest ni berakhir pada 03/12/09 pukul 9mlm Msia. Insya allah, pemenang akan diumumkan dan dihubungi pada 07/12/09 dan T-shirt akan dipos pada 19/12/09. Sesilap tahun dopan baru dapek...jangan marah ha...takut bz bz.
SALAM AIDIL ADHA ...

Bilo la nak insaf ni...

Kak Jah : Ko ni nak jadi apo?Dahlah dokek pukul duo boleh baru sampai opis. Bilo kek opis sibuk bertenet lak.

Den : Yolah, den nak pulun buek kojo bermulo dari sekarang. Dah set target kono siapkan kojo harini gak. Harini pun den nak balik lambek tau.

Kak Jah : Dah tu apo tunggu laie, poie lah buek kojo tu

Den : Tapi den musykil la, kenapo status blog den tak di hadpate kek blog orang lain. Ntah status zaman bilo dah. Biaso eh, automatik. Minggu lopeh pun jadi jadi camtu.

Kak Jah : Ntah den tak roti bobonda ni. Tanyolah kengkawan blog ko

Den : Ado sesape tau, what's wrong with my blog post/entry ? What should I do????

Tuesday, November 24, 2009

Oh Aaron jangan tinggal daku...

Sayu bila melihat Aaron mengemas barang. Kenapa harus jadi begini Aaron, kita masih boleh berbincang. Kalau merajuk dengan aku janganlah sampai tinggalkan aku keseorangan. Kadang-kadang, dia menghempas barang-barangnya. Tidakkah dia tahu, hempasan barang itu umpama tusukan tajam ke hatiku. Satu-persatu kotak barangannya diangkat keluar, begitulah juga air mataku, setitis demi setitis membasahi pipiku. Kenapa...kenapa jadi begini akhirnya, bukankah selama ini kita begitu bahagia, berkongsi suka-duka...Please Aaron, don't leave me. Never say good bye !!!




Apo kona ko milah woi...laki orang tu !!! Kok laki ko nak sodih2 sampai nangih tu, takpo lah jugak. Takdolah sampai nangih doh, tapi den memang sodih n sayu sobab room mate den opps...ofis mate den mamat oz ni, dah habih belajar. Tu yg ngomeh barang, memang line clear habis...Dio pun dah dapek kojo kek Melbourne. Gonna miss him...his kindness, jokes, etc.. Lagi terharu, bilo dio bagi kato2 semangat kek den, sebelum poie tadi...Oh Aaron, Jangan ko ucap selamat tinggal!!!




Memang dio tak ucap Good bye pun, he just said "See yea"...Hehe, memang pun tahun dopan dio nak datang laie. Dah diposan eh, jangan bagi sesapo bawak lari komputer dio, coz he will come back...


Psst...cam sayu lak donga lagu shades tu, tambahan bilo my ex zaman dedolu bagi mesej dalam fesbuk tadi
"... tak pe aku doakan ko bahagia dan berjaya"

Sesayu pun, soru jangan miss ha...Ni jolah my dinner tonite, my hash browns

Monday, November 23, 2009

Woi, Encik Mood poie la sinun..asyik ngacau jo

Nyampah betul ngan Encik mood ni. Asyik mengganggu je. Bila, orang nak buat kerja, dia mula datang...tak suko tau. Bonci lah !!!! Pasal dek ko, sampai satu hari den dok melukis si protein tu. Padahal gambar tu cinonit jo. Ko ajak den ponteng sekolah, bertenet lah, poie makan lah, buat benda ngarutlah. Nilah akibatnya bila Encik Mood malas dan bosan yang datang. Harap Dato' Mood baik dan rajin akan segera datang menyelamatkan aku....helep helep !!!!

Amboi...Perdano Montori pun ber fesbuk...


Kalau korang tak cayo, silo bukak link kek bawah

http://www.facebook.com/najibrazak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Bagus jugak yo, bolehlah rakyat berhubung terus ngan PM. Montang2 lah PM berfesbuk ni, korang janganlak sesuko hati berfesbuk waktu kojo lak...nak ikut jojak langkah PM konon. PM punyo wall post pun maso dio dalam kapal torbang tau...bukan maso dio kek opis. Apo tak pueh hati ko...yolah, yolah, peringatan tu untuk den sekali la tuh..hehe

Tetibo ...sudah tukar....

Polik bona cuaco kek sini, semalam paneh berdonting dan suhu cocah 42 degree. Tetibo harini hujan la pulak ngan suhu 20 degree. Such an unpredictable weather, memang sukar nak ramal.
Tapi baguslah hujan ni, harapnya boleh membantu memadamkan kebakaran...bushfire n grass fire.
Kita pun rasa lebih selesa compared to feeling hot and stuffy like yesterday.

Sunday, November 22, 2009

Paneh...paneh..Den dalam sauna ko????

Paneh bona harini....suhu mencecah ramalan 40 degree. Memang bilik cam sauna. Dahla bilik ni takde ceiling fan. Kalau ada pun kipas cinonit tu, memang cam tak berfungsi yo. Walaupun berangin di luar, masih terasa bahang panasnya. Bila jenguk kat luar siang tadi..berjerebu, tak nampak dah kebiruan laut dan langit. Rasanya pasal bush fire. Khabarnya banyak kawasan dalam New South Wales ini mengalami kebakaran, sehingga 100 kes. Ada jugak grass fire yg bergerak pantas disebabkan angin yg kuat. Memang bahaya, the fire is burning from bush then boleh melarat ke kawasan penempatan. Penduduk di kawasan yang terlibat pun telah diberi amaran kecemasan/berjaga2. Malah terdapat arahan untuk mengosongkan hospital di kawasan yang terlibat.

Pihak berkuasa sedang berusaha memadamkan kebakaran sama ada dengan pancutan air di darat atau dengan menggunakan water bomb dari udara. Malah, mereka bersama penduduk juga menjalankan langkah pencegahan dengan menyembur/menyiram air di keliling rumah penduduk. Macam2 bencana kat sini haritu dust and hail storm, then flood, la ni bush fire lak.

Yang peliknya, walaupun suhu di Sydney dah 42 degree, tapi sekarang ni terdapat sekumpulan rakyatnya yang sanggup nak berkerumun dan berasak-asak macam gambar bawah nun.

Acara apa tu ? Australian Idol Grand final di Sydney Opera house. Psst...nampak tak Sydney Harbour bridge tu, teringin nak mendakinya tapi tak mampu lak $200 tu. Wah nampaknya the hot nite getting hotter...phew....Padahal kalau hari biasa camni je rupanya, a bit dull.

But tonite...it's really happening...fantastic view. Haha..cuma gambar je tak berkualiti, kamera tak oklah ni...bukan pasal jurugambar ya.

Dan baru tadi, diumumkan pemenangnya adalah si Setan opps...Stan Walker