Saturday, March 2, 2013

Malaysia, aku BALIKKK !!!!!

Many things happened before returning home. If the time permits, if I still remember it and if I still have my blogging mojo, maybe I'll blog about it later. One thing for sure ; the day to return home was a mixed-feeling day....



Baru 2 hari di Malaysia, I miss tap water. Hah! jangan gelak and jangan kutuk...silalah percaya...banyak kali pi atau hampir menadah air paip hahhaha. Luckily teringat sebelum sempat minum. Dulu ok gak, terus tadah dan minum coz ada BioAura tuh..but according to the so called agent that there is no replacement for the broken part, kalau nak jugak kononnya kena pi KL, teruslah filter tu jadi tukun. Anyway, I miss the beach too....I miss everything about OZ ...hmm..hmm...maybe most of it, not all ;)


Malaysian food yang memula di makan? Entahlah..tak ingat
Nasi lemak kot or maybe roti canai...maybe dua2 sekali hahahhah. Kemudian diikuti mee goreng mamak dan seterusnya roti nan ayam tandoori yummms........Dah dapat makan gulai ikan keli belimbing buluh pujaan hatiku. Burger bakar pun sudah, nasi Arab pun sudah...yang pastinya onion ring burger king tetap dihati hehehheh

Aktiviti yg ditunggu-tunggu pastinya thai massage,


facial treatment and hair cutting/washing. Rindunya nak pi Serenity Spa di Bangi itu, masih wujudkah? 

Yang paling tak sangka, my friend macam boleh hidu I sudah memijak bumi Malaysia :P. Siap ada yang termimpi dapat firasat tu hahhaha. Hmm..ada juga yg menyindir di laman sosial, entahlah mungkin aku 'perasan' atau hanya perasanku sahaja...abaikanlah.

Oklah, I nak packing baju ni dan kemas bilik. Sangat penat, packing, unpack, and packing semula.

---------------EMAIL/KOMEN------------------------------------------------------

Sorrylah kalau saya tidak /lambat balas email/komen. That berukband is so slow grrrrrrrrrr. Opps perlukah tambah additional volume ?

--------------GA----------------------------------------------------------------

Saya dah post barangan for GA dan lain-lain semalam. Tapi guna pos biasa je.

Ada satu barang tu I rasa perlu guna pos laju atas faktor keselamatan dan masa. Malangnya saya terlupa nak isi bahagian senarai barang. Bila sampai kaunter, bila staf tu suruh isi  bahagian itu, saya jadi blur dan panik selain malu huhuhu. Disebabkan itu saya tidak fokus ketika dia menimbang 3 barang yang lain serta memberikan setemnya selain ketika membayar. Selepas meninggalkan kaunter, saya pergi ke meja untuk melekatkan setem. Ketika itu saya baru perasan, tak mungkin postage to Singapore costed RM2. Awat! murah sangat. Entah! Entah! orang tu tak tengok address tuh. Tapi bila memikirkan logik, dulu saya pos barang ke Japan Rm16, so that RM2 seems reasonable. Then, problem pulak nak sumbat parcel tu dalam post box. Main redah je pi kaunter lain dan berikan parcel tu, sampai terpinga-pinga staf tuh. Entah kenapa berat sangat mulut nak bertanyakan pasal my doubt. Bila keluar dari post office, penatlah I tercari-cari salinan resit post laju dalam hbag. Dua kali I keluar masuk post office tuh tengok atas meja n lantai, tapi tak jumpa, hatta bakul sampah pun I jenguk...Huwaaaaaaaa, how can I get the tracking number then..........

Tadi baru terpikir nak check PosMlaysia website regarding international mail/parcel rate. Rasa nak hantuk kapla kat dinding bila kulihat international surface parcel to Singapore (<1kg)=RM15.90, Surface mail(0.3kg)=RM6.85. Dan ketika entri ini ditulis, baru I teringat kalau international post biasanya we have to fill in the declaration form for the items....huwaaaaaaaaaaaaaa. Ya Allah, semoga semua barangan itu selamat sampai ke tuan empunyanya. Dan andaikata within 2 weeks, you all yg berkenaan masih tak dapat barangan you all silalah, tinggalkan komen kat sini ya. Dan for my Singaporean friend, rasanya you kena bayar/denda charge yang terkurang bayar itu  due to my mistake/carelessness. So, silalah maklumkan kepada saya berapa kosnya and I'll pay to you later. So, to all GA winner/receiver..saya mohon berbanyak maaf due to this unexpected circumtances.

Friday, February 22, 2013

Senja Nan Merah...........

Flaming red dusk ..................



View through my window .......


 Oh!!!! How I miss it ........everything :(. If I can turn the time back...............



Wednesday, February 20, 2013

Hutang 6 ribu?????

I called Bank Islam to change the billing address on 5/2/2013. Nak terjojol bijik mata bila dikhabarkan by the officer that my credit was RM6168. Camno boleh jadi gitu??? Astro for kampung tu biasalah I dok buat auto debit, but it just RM132.50. Risik punya risik antara penyumbang terbesar adalah I made RM3491.11~AUD1090  payment to uni on 3/12/12. Apa ek????? Owh...my accommodation fee for 6 weeks. Ya....sila percaya untuk 6 minggu sahaja. Baki tu I buat tambah sikit untuk beli PC and ada benda lagho opps.........Cuak sangat...haritu jugak I click maybank2u. Alih2 transfer limit RM3000 pulak. Logo acik, hari ini selamat bayar lagi separuh. Moralnya, janganlah berhutang dan silalah simpan duit selain berjimat/berhemah berbelanja. Habis tu camno pulak kan. Apo jo yang ado nak disimpan? camno nak bayar yuran kalau tak berhutang? Manolah nak tinggal nanti kan. Sib baik ado credit card tu ha...........Dah namo eh menyaro hidup sendiri. Sendiri buat sendiri tanggunglah kan :(.

So, silalah insaf dan pandai-pandailah jaga budget ya. So isnin malam, check my spending. Sangat sakit hati bila my account tak balance grrrrrrrrrr. Luckily progress I ok sikit during the day. Bolehlah siap 2 paragraph kat intro for my paper dan godek2 theoretical background. Serupa bibik jugak bila sibuk menyental bilik air, menyapu dan iron baju setimbun. Selasa???? Hmm.........I dok ngadap lappy, buat entry for 'diari'...huish jenuh perah otak n belek sana sini dok mengingat. Then, malam sibuk iron seluar yg kurang sikit timbunannya hehheh. Susah betul nak ambil mood nak jenguk my simulation, selain nak draw figure using adobe. Nampaknya perancangan ke laut............

Dalam pada kesempitan, ada rakan baik hati belanja makan haritu. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak :)))). Sedap pulak tuh.....Ada tomyam, prawn/mango salad and duck with spicy sauce


and for desert we had this .....




Saturday, February 16, 2013

Semangat membara

Okay..okay...stay focus.
Run simulation, prepare the article and try to get it all done before 20/2/2012.

Apa-apahal, kita makan dulu... eh?

Thursday, February 14, 2013

Wednesday, February 6, 2013

Show me the BLING Bling............

Let's CUCI MATA dan CERIAKAN HATI walaupun gambar basi hehehhe....









Sunday, February 3, 2013

Siri Salma The Return....

 Hello...rindu saya???
(mode perasan hahhahah)

Eh! sudah 3 february...how time flies so fast huhuhu.........
Kojo eden melambak dan banyak bona ni.
Shoo...shoo....si M#*^s....
Pi jauh-jauh...
jangan muncul-muncul lagi.........

Apa-apa pun.......jom flash back............

Sesiapa yang semasa zaman kanak-kanak ribena berminat dengan kisah penyiasatan, pastinya pernah membaca Siri Salma. I have surfed the internet and found this


from this link : http://duneoworld.blogspot.com/2011/01/siri-salma-nancy-drew-lagi.html

Bagus betul pemilik buku ini, kelihatan buku ini masih dalam keadaan baik. During my primary school days, most of these books in the library hampir lunyai. Malah terdapat buku yang sudah tiada back cover :)..........

Dulu, I suka sangat kisah misteri dan penyiasatan macam ini..Tambahan pula, jika si Salma dan rakan-rakan menemui pintu atau bilik rahsia atau apa2 yang tersembunyi. Siap boleh imagine tu...malah pernah berangan nak buat rumah yang ada bilik rahsia dan terowong rahsia untuk menyelamatkan diri hehhehe. Early jan 2013 kot tengok movie dengan kanda yang memaparkan ada bilik rahsia disebalik rak buku. So, I ceritalah my angan-angan masa kecil. Tau apa dia cakap???

"Nanti mati sensorang kat situ, takde sape yang tau"

Chet...merencatkan angan-anganku aje ..............

Irfa : see...wujud lagi buku ni kan ;)

Monday, January 28, 2013

Bertinju dengan Queen?

Memang banyak siaran tertangguh. Bz selain takde mood nak online and menulis. So setelah sebulan berlalu, barulah ku kongsikan What I did on Boxing day........26/12/2012? Apalagi, boxing with the Queen...eh...should I say boxing like a Queen ?

I sensorang pi Sydney....to Queen Victoria Building hehehheh....


I went to Bondi Junction and QVB the previous year. So, this year I opted to QVB only. Al-kisahnya, this time pepagi lagi dah macam2 berlaku...Baru jalan beberapa langkah, nampak mendung semacam, lagipun according to weather forecast shower in Sydney. So, patah balik ambil payung. Then, I walked about 20mins to the train station. Dah termengah-mengah turun naik bukit dan akhirnya tangga, maka beraturlah nak beli tiket. Nampak sorang lelaki Oz yg agak lembut ni macam ke hulu hilir kerisauan. Dia seperti perlukan bantuan, tapi dia kelihatan agak serba salah untuk bertanya kepada orang yg beratur. Lantas aku pun tanya is there any problem. Owh rupanya, dia nak ke South, not to Sydney, tapi ticket machine yg ke South tak terima his note and he didn't have enough coins. Ticket machine yg sebelah sini, rasanya hanya to north. Entah kenapa ku rasakan ingin membantu mamat ni, so aku pun bagilah my aud8 coins. Dia bagi aku aud5 note+aud1 coin. So dia pun menyeberang ke sebelah sana dan selamat membeli tiket. Rasa terharu pula bila dia seperti menunggu aku melihatnya semula, dan dia lambaikan tangan :).

Tetiba aku baru teringat,......alamak...aku ada aud50, coins pun tingal berapa sen je selain aud5 note from that guy. Ah sudah............Takut machine sebelah sini pun tak terima note. Seperti dijangka, my note was rejected. Makcik belakang dah bising2. I kan pendek, manalah perasan display that the machine ni maximum money balance is aud19. Sah-sahlah mine was more than that. So, I pun bagilah laluan kat makcik tuh. Alhamdulillah ada Malaysian yg beratur selang beberapa orang di belakang nampak/tahu my problem dan he offered to help me. Maka akak pinjam duit dulu ya dik. Actually before that segan nak offer kat adik2 nak belikan tiket untuk depa. Pasal makcik tu jugaklah. Dia membebel bila ada budak Cina yang seolah-olah nak potong que. Padahal dia baru sampai dan hanya nak borak sekejap dgn kawannya. Whatever it is...jelas di sini, kita tolong orang..tak semestinya orang tu balas, mungkin orang lain pula yg tolong kita :).....

Anyway, akhirnya aku berjaya ke QVB. Ingat nak jamu mata kat Oroton and Coach outlet, alih-alih ternampak dulu Tie Rack, tersinggah dan terbeli makcik scarf itu hehehhe..........


 Then akhirnya Coach....penat I beratur


Hampir 30min....line tu akhirnya jadi double line tau hehheh coz pihak security tak mahu ganggu orang yg lalu lalang. Bila masuk kat Coach, ku rasa macam di China atau mungkin di Indonesia walaupun aku tak pernah ke sana. Takdelah yang berambut blonde melainkan yg jaga pintu hehhehe....

Then, saja menikmati pengalaman beratur di Oroton....tiada yg berkenan. Owh..ada sebenarnya. Tapi tak mampu hehehhe........oh melainkan key chain je. Nak beli purse sampai aud80 rasa mahal bebeno.

Kita gi naik atas ya...kita snap2 gambar lautan manusia di QVB :)..............


Meh kita zoom Coach

 

Eh! security berbaju putih sudah tukar, begitu juga penjaga pintu berambut blonde. See....sila beratur berdua-dua hehhehe...no more double line macam before yg seolah-olah beratur berempat hehehh.

Next, lautan manusia....



Dimana-mana...eskalator, tingkat atas...tingkat bawah.......rimassssssssssssss


Next Oroton


Ada yang bertudung? Look like Malaysian hehheheh...........

Then kita tunggu bas opposite to Town Hall pi Paddys market ya............


 Pi tukar tshirt haritu yg ada defect. Tapi terbeli baju budak pulak. Alo lo cute kan.

 
 

Entah kenapa ku rasakan baju dewasa biasa-biasa aje.

 
 

Then pi China town mencari ini.............

 

I tau...I tau...i guna gambar previous entry hehehe.........

Serabut la lalu di China Town ni. Geli pun ada. Camnalah nak cari snack ni. At last jumpa di kedai souvenir nearby/before Mamaks restaurant. Tshirt kat kedai ni menarik juga, malah lagi murah dari Paddys dan ada design yang tak terdapat di Paddys antaranya as below:


 Entahlah, I kan pelik sikit. rasa cam comel je kan lautan kangaroo itu dan koala ini hehhehe


Tapi hampagas betul, that snack dia pi jual AUD25.90/kilo. Bila I patah balik, baru I ternampak apa yg di jual di kedai ni. Ingatkan kedai jual jewellery Opal je....Biasalah bila kalut nak balik, selain penat dan kelenguhan mengangkat barang....kabur pandangan...


Yang sakit hati tuh, they sell it for AUD23.50/kilo ....grrrrrrrr. Tipah tertipu...............Kalau datang OZ, silalah borong ya. Kalau tak silap kat Jusco, sebungkus cinonit tu RM14....ridiculous...,.Kalau sekilo, maunya beratussssssssssssssss RM.

Owh komen terdahulu, nanti I komen. Nak kemas bilik..yg penuh segala hidupan ewwwwwwwwwwwww...........


Wednesday, January 23, 2013

Scarf Makcik?


Why did I buy it?
I don't know.
Maybe before buying it, it's look exclusive.
Now.....hmmmmmm...just like Makcik scarf huh?
(Sedarlah awak pun memang dah makcik ...tapi to anak2 buah la ;)))  )

But,
does it suit me?
is it my style?
Hmm.........macam tak aje.....
See...I told you............macam tak sherashi bersama yang lain....


Pssttt.. scarf yg no 2 dari kanan tu ku tengok ramai pulak minah Arab guna. Pulak tu pi lepak di indoor playground in front of Katies. Boleh depa jadi duta Katies hehheh. It supposed to be summer scarves nak lilit kat leher. Minah Arab belit di kepala cantik jugak. I dah cuba, memang senang nak belit, selain good material. Yang no 3 from right, tu taste makcik greek........I asked her which one is nicer, so she said she prefer that...Actually makcik lain tak berkenan pun. That explains why Katies still have many scarves of that design in stock :)

Tuesday, January 22, 2013

LISTEN to Matluthfi

Lawak dan bernas juga parodi ni....



Ada banyak lagi video yang menarik.
Sila layari http://www.youtube.com/user/matluthfi90

Semalam i buka FB, I like comment Cik Olynn to somebody....yup move on .....
Pendapat masing-masing. Tapi janganlah salah fakta,  pulak tu so fanatic. Kalau ketegaq sangat, hangpa tengok nih....