Teringin sangat nak makan tart...maka hari sabtu lepas, aku buatlah blueberry cheese tart. First time buat tau. Kenapa ada saiz datuk dan saiz cucu. Awat yang saiz cucu lain beno rope nyer...
Buat yg saiz besar 4 ketul je. Tulah I takde mini tart tray. Yang ada mini muffin tray..so guna jelah. Then buatlah sendiri coraknya guna lidi, cam tak puas hati..so guna garfu pulak hehehe...Tapi serius, rasa nak menangis menggelek dan meletakkan doh dalam acuan. Lama sungguh !!!! Disebabkan rupanya kureng maka aku tak jadilah nak bawak hampir semua tart ni ke open house my friend. So, hanya beri tuan rumah and my other friend 9+5 ketul je yg saiz kecik tu. Nak bagi yang besar tu takut dalam tak masak. So, tinggalkan mesej kat umah suruh my housemate makan. Tapi terkejut jugaklah bila balik, yang saiz besar dah dimakan 2 ketul. Hehehe aku ingat depa nak makan yg kecik je hahaha. Malam tu aku makan yang kecik je la. So, hari ahad aku tengok tinggal 2 ketul besar dan 2 kecik. Satu yang besar tu aku makan buat sarapan. Then aku buanglah kertas suruh depa makan tuh, and plan nak letak bekas tart tu tempat lain coz ingat nak makan lagi yg sebijik besar tuh. Tapi bila pikir balik takkan lah depa nak makan lagi coz semalam dah makan lagipun aku dah buang kertas tuh. Bila ku turun petang tu nak mandi aku tengok ada lagi tart tu, ingat lepas mandi nak ngap...alih2 dah lesap. Rasa terkilan sangat huhuhu...tapi redha je lah. Tu lah next time asingkan yang sendiri nak makan and yang nak bagi orang. Cuma tak sangka pulak ada ramai orang yang jenis tak makan saman macam aku terkilan nak makan pizza mangkuk tuh...dahlah biar je bekas tu, bukan nak tolong basuh huhuhu....Takpe pengajaran hehehhe...kena ikhlas dan redha dengan apa yg terjadi kan...Huish! ngomel pulakkan. Aku ambil resipi yang sememangnya diakui sedap oleh aku dan rakan2 dari Mamafami. Thank you very much mamafami and sources (Chef Anuar and Alex Goh)...... :)).
Untuk gathering pada hari raya kedua which is last two saturdays, I baked this kek lapis prune yang tak cukup lapis ni hehehe....
Tapi agak bantat coz aku tersilap salin cara membuatnya dari blog bro Rozzan. Apa-apapun terimakasih bro Rozzan, sungguh pun bantat habis je aku makan hahaha. Nanti cuba lagi tau!!!! Aku tambah sikit mixed spices dalam adunan ala2 resipi kek lapis Rima.
Semalam baru start puasa ganti. Ada yang kata boleh sekalikan dengan puasa 6. Ada yang kata tak boleh. Ada yang kata dapatkan fadilat puasa 6 dulu, puasa ganti bila2 boleh. Ada yang kata better ganti dulu puasa wajib, baru buat yang sunat. So, aku gantilah dulu puasa wajib ni, kalau diterima puasa 6 tu juga alhamdulillah. Jika berkesempatan insya allah aku buat dua2, habiskan ganti then baru puasa 6. Semalam aku berbuka dengan sambal tumis ikan bilis dan telur dadar berkarot yang pecah ni hahaha....Actually, memang dah terkantoi makan nasi rumah kawan sabtu lepas. Aku malas nak masak nasi coz beras dah habis. So, kena bukak pack baru...tu yang malas hehehe...Tapi dah selamatlah makan nasi semalam kan. Lagipun tak guna hidup tanpa nasi jika berat badan sama je hehehe
Kalut masak, coz sibuk dengan Adobe photoshop nak melukis object for my research. Tak tahu nak guna software ni, banyak buang masa cari guide dalam internet. Nak lukis sendiri tak tahu, nak ambil gambar dari internet pun, still kena ubah suai....Sampai kawan saya cakap saya ni buat phd in science ke arts hehehe....Tulah dok mengadap benda ni dari 4pm sampai 12am, semata2 nak hasilkan satu objek kecil yang 3 dimensi. Tapi tolakla masa nak masak, berbuka, sembahyang dan lain-lain ya hehehe. Stress pun ada dengan kerja, dengan masalah orang ...bila stress teringin sangat nak minum coke huhuhu, walaupun pernah terbaca coke boleh mematikan sel otak. Susah nak tido last nite, kalau tak fikir...selfish pulak, bila fikir nangis, bila baca doa nangis...kan lagi bagus bangun sembahyang malam daripada buat drama air mata.....
Bila cakap pasal drama ni, tadi baru habis tengok epilog syurga cinta episod 25. So habis hari khamis la kan, episod 28. Tak sukalah guna Tonton ni, lembaps..better website tv3 yang dulu. Oklah, nak lipat baju n pulun buat kerja ni coz dah email spv nak jumpa dia khamis ni.
salam dan selamat hari raya fairy...
ReplyDeletetentu sedih bila berhari raya di perantauann..tak per tak lama lagi kan study kat situ.
akak ingat nak gak buat tart dgn Yana tapi ashik sibuk memanjang..
lilly...
ReplyDeletedah dapat berapa hari puasa? alhamdulillah saya dah habis ganti...kira sunat sekali lah tu, insyaAllah, harap Allah terima... ganti 10 hari..
tak pernah seumur hidup saya buat tart..memang salute ngan lilly
salam kak ina,
ReplyDeletememanglah sedih bila raya diperantauan. Alhamdulillah this year, kurang kesedihannaya coz tak fikir sangat pasal raya.
Hehhehe..akak memang raya bz kan, mana nak masa..nak pi beraya..jauh pulak perjalanan tuh hehhee.
cikgu,
saya baru dapat 5 hari. Samalah cam cikgu kena ganti 10 hari...aduh tak larat betul. Dulu biasanyanya 6-8 hari je...
Bab tart ni, my first time la tuh..kalau di Malaysia beli je hahaha