Sunday, October 9, 2011

orang tua kolot...

Aku tau aku ni dah tua, tak faham kehendak orang muda dan berfikiran sempit. Tapi apa rasanya bila rakan perempuan kita selalu pulang lewat malam atau awal pagi (antara 12-3am) dan dihantar pula oleh lelaki. Malah, adakalanya pulang pada keesokan hari. Tapi, si perempuan tidur di mana? Mungkin di rumah rakan perempuan yang lain. Hmm...mereka bukan berdua-duaan sahaja di rumah si lelaki dan mungkin mereka belajar bersama walaupun dari kursus yang berbeza. Mungkin juga sekadar melepak, makan-makan, berborak, berkaraoke, main game atau bersiar-siar untuk menghilangkan tekanan belajar. Biasalah orang muda kan, yang penting mereka menutup aurat pakai tudung dan tidak meninggalkan solat. Tapi, walaupun masih muda mereka bukan budak-budak lagi. Tak mungkin tak boleh fikir apa yang baik, apa yang buruk? Tak mungkin mereka tidak tahu batas pergaulan. Hmm...setakat nak melepak tak salahkan. Tapi, ianya tidak manis melepak sehingga dinihari. Mungkin juga si lelaki hanya membantu menghantar si perempuan pulang setelah habis belajar atau mencari bahan di library atau berbincang dengan rakan sekursus. Tapi....kalau begitu, tak logik sampai hampir hari-hari belajar sehingga lewat malam. Hmmm..mungkin si perempuan, tidak suka pulang awal untuk mengelakkan dari berjumpa dengan rakan yang tua, kolot lagi dingin ;)))))......................

Adakah aku hanya berprasangka buruk?Mahu ditegurkah? Berdosakah aku jika tidak menegur, lagipun aku tak nampak apa yang mereka buat? Adakah mereka akan menerima teguran lantaran aku sendiri ada kekurangan? Adakah mereka boleh menerima aku dengan baik, setelah ditegur? Apa yg perlu aku buat jika orang lain bertanya kenapa dia balik lambat?Jika sesuatu berlaku, adakah orang lain akan menyalahkan aku yang tidak menegur? Adakah orang lain yang pernah bersama mereka ada menegur? Apakah yang perlu aku kata dan buat jika orang lain yang pernah bersama mereka, meminta kami yang serumah menegur mereka?Adakah aku patut mengikut kata-kata " orang lain tak fikir hal aku, buat apa aku nak fikir orang lain"?

No comments:

Post a Comment