Monday, August 18, 2014

gardening as therapy

Semalam balik je dari my friend's wedding reception, I terus tukar baju and off I went to nursery mencuci mata. I beli jasmine and pokok bunga yg tak tahan lama tu such as bunga tahi ayam n tapak itik. Nantilah I tunjuk gambar.

 Selain tu I suka tengok juga pokok2 ni....



Next wish list la....

Petang tu apalagi...menyangkul, menyodok dan menanam...aktiviti yg menyihatkan dan boleh menghilangkan tekanan :)....

Wednesday, August 13, 2014

Briani and laksa overdose

Hello there...Dah berapa raya open house uols pi?

Hari jumaat lepas ada jamuan raya di pejabat kami. Antara menu utama adalah nasi beriani,ayam masak merah, daging hitam dll.

Hari sabtu  I perlu ke tempat kerja utk buat penilaian. Then, tergesa2 ke pasar mencari buah dan ke supermarket. Tu tak termasuk cerita I berpatah balik ke pasar mengambil tembikai yg tertinggal. Kalut balik rumah dan mengemas brg yg dibeli, datang pula jiran menjemput ke majlis hari jadi cucunya pd ptg tu. Sorry ya jiran my schedule penuh. Then I pergi majlis makan2 di rumah rakan. Penat sangat sampai tak larat nak makan mihun sup yg dihidangkan. Then around 2pm kami beramai-ramai pergi ke open house rakan lain. Since I was really hungry I chose to eat nasi beriani and rakan2nya again. Then bergegas pulak ke kedai mengambil laksa yg telah ditempah. Kalut mengemas rumah and menyiapkan apa yg patut. After asar rakan2 mula berkunjung pula ke rumah I menikmati laksa. Mlm tu ada rakan yg stay overnite at my house, maka leftover laksa for dinner.

Hari ahad I pi beraya di rumah kawan. Then together we went to kenduri kahwin and I ate nasi beriani again. Then pi pula rumah kawan lain makan pasembor. Next we went to another friend's house. Guess what is the menu? Yup it was Laksa hehe. Malam tu pun me n my friend had leftover laksa for dinner.

Hari Isnin pun I had leftover laksa for lunch. Malam tak la....Teringin siakap 3 rasa but ended up with paprik ayam hehe. So the leftover became my lunch on tuesday.

So untuk berbuka tonite I had leftover laksa yg telah diubahsuai laksa black pepper hehe...




Monday, August 4, 2014

Baju kurong biru

Salam Aidilfitri. Mohon maaf atas ketelanjuran kata dan terkasar bahasa di alam maya ini.

I suka sangat melihat gambar terlebih cahaya ini.


Atuk dan cucunya.

Buat pertama kalinya tahun ini kami beraya dengan pakaian warna sedondon. Pada awalnya I pasrah saja memakai baju kerja atau baju konvo tahun lepas. Tapi bila melihat my famili secara kebetulan membeli or telah menempah baju biru, tak pasal2 petang jumaat 24 july I terpaksa berkunjung ke Nilai Square mencari Baju Kurong Biru. Masuk kedai pertama I try baju kurong mini yg bewarna pink dengan corak paisley biru dan kain biru. Then I try baju separa lace ni pulak


Tapi labuh ek.
Then masuk kedai lain suka tengok baju yg similar mcm second one. Tanpa lace. Tapi ada sulaman pink dan manik putih. Lupa pulak nak ambil gambar. Masuk lagi 2 kedai lain. Hanya sekadar melihat2 tanpa mencuba. Then masuk satu kedai yg ada baju2 ni.


I suka sgt baju ni.

See labuh jugak. Sikit lagi baju kurong tu boleh jadi jubah hehe. Tengok tu begitu jelas kesan lipatan kain haha


Memula fikir tetap nak beli jugak. But i can't. Tu masih berpuasa dah sendat di vontot. Kalau beraya pasti sendat di porut jugak. MACAM SLIM PULAK I DLM GAMBAR NI HEHE. REALITINYA JAUH SEKALI HAHA

Then I pi Blok 2 pulak. Orang nak cari baju biru, si penjual tunjuk baju hijau grrrr. Then pi kedai lain pulak. Try lagi baju. Pun sama labuh dan vontot sendat. AKhirnya I kembali ke kedai yang first. Mencuba baju ini


Tapi tu saiz M..bahu terlebih n pinggang baju ke bawah. Saiz S yilek huhu. Nampaknya rezeki I adalah si kurong mini Paisley yang pertama hehe....I ambil saiz M...agak besar juga dan akan nampak I besar. Saiz S dah ok cuma kalau terlebih makan susah nk cover perut. HUISH...hampir 2 jam mencari baju sepasang tuh....

SO....SEKIAN KISAH MISI MENCARI BAJU KURONG BIRU HAHA