Showing posts with label garden. Show all posts
Showing posts with label garden. Show all posts

Monday, June 8, 2020

Let's gardening

From imagination πŸ˜‡ πŸ’­
We sketch ✍ 🎨
From sketch πŸ–Ό
We make it into realityπŸ’ͺπŸ’ͺ 🌱
Slowly πŸ‘£πŸ‘£πŸ‘£πŸ•”πŸ•”
but getting there 🌿
Hopefully every plant grows well
And serves its purpose
πŸ₯¬πŸ†πŸŒΆπŸ₯’πŸ₯‘πŸ…
🌡🌡🌡☘☘☘🌲🌲🌲


Saturday, February 21, 2015

Seri pagi jumaat

Di saat jiran2 masih melelapkan mata,
Di saat rakan2 kembali bersama keluarga,
Di saat mereka bercuti bergembira,
Aku mencuci mata dengan pelbagai warna dan tona


Pink biasa yang tumbuh merata2


Dark pink
Light pink

Pale pink


Si putih

Jasmine

Si purple


Si pink


Si oren



Syukur pokok subur dan si bunga kembang mekar
Teruja melihat warna ceria
Bangga dengan hasil penat menanam ...
Tataplah sepuasnya
Minggu depan ia mungkin terpaksa pergi .....

Sunday, January 18, 2015

Peluh masin

Last Saturday....Using these tools selain cangkul


I managed to clear up a lil' bit of my 3 months abandoned front yard, trimmed few plants and transferred potted plants in the ground.


It took me nearly 3 hours to do that. Memang muka merah padam dan semestinya keluar peluh masin.
.ewwwww. As a result I spent the entire afternoon lying on the sofa suffering from migraine  :(.

This saturday, I spend the entire morning lying on the sofa too...just watching movie@702 from one to another...oppps....petang I ada kojo pulak. Serabut melayan karenah orang yang beratus itu. Ada yang degil, ada yang bodoh sombong, ada juga yg tidak boleh membezakan antara tanggungjawab dan kebajikan, ada juga yang mensia-siakan peluang kedua.

Setelah sekian lama, hari ini baru pi pasar. Macam tak percaya je beli buah sikit dah rm6, beli tenggiri 2 keping dah rm10 dan sayur sikit pun rm10. Macam manalah perbelanjaan utk ahli keluarga yg ramai dan selalu masak ya?

Then, I masuk Guardian. Pencuci muka cetaphil hampir habis dan evertone cream Palmers mmg dah habis. Evertone cream takde huhu. I beli ni je...saja nak try.


Adoiii!!! 250ml cetaphil cleanser cost rm57++. Mahalnya....Rindunya nak shopping di OZ....Chemistware house, takpun Priceline.

I beli skin socks juga rm15 kot for 2 packs. Each pack contain 6 pairs of socks. Cheap but good material....I like. Beli juga dried cranberries. Dulu semasa di OZ suka sangat beli this snack from turkish guy.


Then, apalagi pi beli KFC. Lepas tu bising2 gemuks....


Pelik KFC ni, memanglah I tak beli set snack plate. Tapi kesian tgk orang lama tunggu..ayam goreng habis ???. Dah tau hari Ahad and orang ramai gorengla banyak terus, takpun frequently lah.

Sambil tgk AJL, kita munch this old school snack


Touching performance by Alia. Seems like she sang sepenuh hati. Psst....Dato Qu Puteh ada di mana2 ek. Gegar Vaganza ado, AJL pun ado...barulah putih!!!.....Psst ! Di sebalik kontroversi kumpulan MOJO, nmpknya Edry membuat percaturan yg berani dan berhasil dengan menampilkan Caliph buskers apabila persembahan mereka mendapat sorakan dan standing ovation. Pelik juga pada mulanya coz dalam kegelapan kelihatan penyanyi berbadan tegap dan tinggi, sedangkan haritu dlm MHI penyanyi barunya nampak rendah. Tapi gimik itu sudah boleh di agak pabila melihat the blind teenager yang mengetuk alat ala2 dram kot.


Sunday, September 21, 2014

Jalan bengkok

Asalnya tanah membukit di sudut kiri coz I nk buat ruang tanam bunga kuning. Tanah membukit bercampur aduk dengan batu hiasan menutupi slate. Bila kereta rapat ke tiang, terpaksa pijak tanah untuk ke pintu masuk. Bila malam atau hujan risau terkena becak atau takut pulak terpijak entah apa2.


Tadi entah datang angin apatah, selama dua jam I membina laluan bengkok, membersihkan slate dan memindahkan batu2 kecil.



Lega mata menengok. Tapi now sakit tangan dan belakang.....

Tuesday, September 2, 2014

Tangan panas

Haritu sebelum raya  I ada beli beberapa jenis pokok bunga yang pink, purple and white jasmine. Cuma tak sempat nak pindahkan ke pasu atau tanah. Malangnya bila kembali dari cuti raya pasangan kembar bunga pink tu mati. Mungkin kurang air.


Then I bersemangat tanam/pindah pokok bunga beli tu, selain memindahkan anak2 pokok bunga pink yang tumbuh melata di front yard. Malangnya seminggu selepas itu ada beberapa anak pokok tu jadi layu dan akhirnya mati. Kawan I cakap mungkin kena pancutan kucing.

So last 2 weeks I pi beli pokok bunga oren dan kuning. Last week I nampak sebahagian pokok bunga pink pula jadi layu. Setelah beberapa hari di kampung, tengahari tadi bila I sampai rumah pokok bunga pink dan kuning dah mati. Pokok bunga oren pun dah layu sebelah huhu....

BUKAN TANGAN SEJUK 
BUKAN GREEN HAND
ADAKAH TANGAN PANAS????





Monday, August 18, 2014

gardening as therapy

Semalam balik je dari my friend's wedding reception, I terus tukar baju and off I went to nursery mencuci mata. I beli jasmine and pokok bunga yg tak tahan lama tu such as bunga tahi ayam n tapak itik. Nantilah I tunjuk gambar.

 Selain tu I suka tengok juga pokok2 ni....



Next wish list la....

Petang tu apalagi...menyangkul, menyodok dan menanam...aktiviti yg menyihatkan dan boleh menghilangkan tekanan :)....

Sunday, September 9, 2012

Menemani Kanda di taman bunga

Harini saya menemani kanda di botanic garden.


Cantikkan :).............
 

Hati jadi tak keruan bila melihat bunga-bunga ni......

 

Tapi sayangnya, cherry blossom are not full bloom yet. Maybe another 2-3 weeks. Actually, kanda teringin nak bergambar seperti rakan kami tahun lepas, dikelilingi bunga-bunga seperti di bawah ni. 


Malangnya sudah pukul 10pagi, so too much light to capture the original colour of the flowers :(.


She loves that pink color flowers.  But again too bright to see it from here, unless we come closer and zoom it.

Masa di snilah camera kanda full memory pulak hehhehe. Then, I faced the same problem too hehhehe. So, kena delete the previous pics, luckily I had saved them in external hd last week hehhehe.

I heart these flowers,

combination of pink and white.


Then, we went to the other side of the garden


Hilang serabut tesis bila melihat pepohon hijau dan bunga pelbagai warna ni kan. Memang pada mulanya saya plan tak mahu keluar hari ini. Tapi kesian pulak dengan kanda. Kesian2 pun, bengang tetap ada hehhehe. Yelah, semalam kanda keluar shopping dan pi "mendaki" gunung tak ajak saya. Alasannya takut saya masih berlingkar atas katil lagi. Tapi hari ini demi memenuhi kehendaknya, sanggup pulak dia ketuk bilik saya hehhehe. Then banyak komen pasal camera saya blurlah, ada aluran cahaya lah. Biasalah sometimes camera bila kita baru on, agak kabur sikit. Lepas tu ok je. The same goes to the alur cahaya. Memang masa nak snap gambar nampak macam ada stripes pada skrin. Tapi lepas tu gambar ok je. Tak cukup dengan tu, kononnya camera I-phone dia better than my 10 mega pixels Lumix. Lantas saya bantai dia semula hehhehe, memanglah nampak cantik dalam phone, cuba view dalam laptop...baru tau gambar tu ok ke tak. Yang pastinya saya dah tengok hasilnya...ada gambar yang PECAHHHH ya.......Tapi dia still tak boleh terima, kononnya kena set saiz gambar. Yelah tu, memang pandai cakap, tapi belum tentu dia tau how to do it. Last weekend we went to the beach and just stayed there until sunset. Guess what she didn't know how to change the camera mode to sunset mode. What????? She has been using that 14 MP LUmix since 2009. Whatever it is bersabar je la dengan my kanda ter'sayang' hehhehe. Kalau ikut memang sepanjang masa sakit hati. Kena ikut je mana dia pergi, walaupun kita pun ada bunga atau tempat yang kita lebih suka. Berkorban, kita yang makan hati ;). Selain tu biasalah peel manusia. Begitu cerewet bila bab bergambar. Lantakla nak cerewet tu coz I pun cerewet hahhaha. Cumanya, bila I ambil gambar sesiapa I ambil dengan sepenuh hati bagi memastikan hasil yang terbaik. Sangat sedih bila orang ambilkan gambar kita sambil lewa dan hanya dengan sebelah tangan je :(. Kita ambilkan gambar lebih dari 10 keping dari pelbagai sudut. Dia ambil 5 je, boleh? Sebab tu I kalau pi mana2 akan make sure I ada juga gambar pemandangan tanpa 'orang' supaya tak sakit hati bila tengok gambar kita tak elok. Lagi sakit hati bila tengok gambar orang tu, yang kita ambilkan CANTIKKK. Hahhaha dengki kan. So, at least gambar pemandangan tu as back up la kan hehhehehe............

Opps, biasalah saya tak boleh dipisahkan dari membebel dan melalut. Ni dah bukan fairylilly journal, tapi dah macam kanda journal or worse blog mari mengutuk kanda hehhehe. Tapi kalau tiada kanda, sunyilah hidupku hehehhe. Kanda pun mesti tak boleh hidup tanpaku ahaks.....Contohnya I have to guide her the way to get our lunch nearby the beach. Anyway, we had begian waffle for lunch at 12.30pm. I bought this mango passion fruit set.


Junior set ya. Tu pun mongah den nak perabih. Yelah two scoops ice cream hehheheh.  Sedang enak menikmati my lunch ni tetiba terdengar sorang guy ni snap at his wife "You are not the one who had to deal with it". Luckily wife dia senyap je. Lega saya bila melihat lelaki tu just act like normal once their children come back to their seat. Tulah saya memang tak suka tengok famili bergaduh depan orang ramai. Malu tu satu hal, tapi kesian kat anak-anak.

Anyway, ingatkan boleh bertahan sampai dinner...berangan je la. I ate trout masak taucu at 3.45pm hehehhehe.


Tapikan malam saya lapar lagi. So at 9.15pm I had mixed beans with lettuce hehheheh.


Dan semasa menulis ayat terakhir ini, saya sedang mengudap whittaker coconut-choc. Oklah...perlu berjuang dengan my writing ....

Monday, October 17, 2011

Cute Edible garden, ko ada????

Jangan jealous lah tengok our cute Edible garden

Bukan belakang rumah tau...tapi depan rumah.


Apa yang ada?

Tau apa tuh? Brocoli lah...tak tahulah sama ada spesis gitu atau sebab tak diambil.

Ni masa putik lagi.
Kalau dah membesar camnilah jadinya....


Kalau dah berbunga gini pula.Ada apa lagi ya?....Hmmmmmmm beetroot lah.

Aku suka beetroot nih. Tapi biasa beli yang dalam tin. Buat side dish or letak dalam sandwich.

Yang ini radish kot hehehe...

Yang ini ?
Entah2 weed hahaha....
Jom kita ke tepi rumah pulak...

Pun macam-macam ada...Ada beans.

Tak caya...look here :P...
Ada coriander

and finally...lettuce

Confirm bukan aku yang tanam kan. Ni hasil tangan our ex-senior resident and her ex-boyfriend but now they are best friends n roomate jugaklah ;))....Sejak tiada si vegetarian yang ada psychological illness tuh, maka kuranglah pengambil n pemakan sayur tuh. Kalau tidak, habis putik diambilnya sehingga membuatkan yg tukang tanam bengang hehhee...Tapi tak dengarlah depa bising2, yang bebel only my kanda lah hehhee...Yelah dulu dia berminat dengan gardening nih. Aku pun pernah join sekali je. It only that tanaman kami di belakang rumah tak menjadi pulak last year :(...

Semalam aku n kanda tanam akar daun bawang, rasa2 boleh hidup ke? Bukan kalau nak daun bawang, kena tanam bawangnya ker? Takpe kito torai ek....
Semalam juga baru aku perasan, rumpun serai dah takde. Huwaaaaaaaa...mesti dah kena cabut, mesti depa ingat itu wild grass....chettttttttttttttttttttttttttt. Mahal tau serai sebatang tuh.....