Tuesday, February 3, 2015

Harga urut pun naik

Hari Ahad I pi berurut di Nilai



Terkejut harga urut 2 jam dah naik ke RM80. Kalau tak silap dulu sehinggalah Dis 2014 hanya RM 60. Nak ambil gambar senarai harga baru tak dibenarkan...Nyampah....Tapi naik harga pun later I tetap pi juga. Tak dapatlah nak boikot coz tempatnya memang menarik, bersih, selesa dan rasa selamat kerana for ladies tempat urutnya di atas.

Can't resist to pamper myself once in a while. Cuma malu banyak coz lately si tukang urut tu memang lurut/londehkan sikit pantise kat bhg belakang. Dulu2 idok gitu. Agaknya makin tua ni dan kerap pula buat kerja berat dan angkat brg berat, urat bahagian belakang tu perlukan perhatian lebih. Luckily orang Thai, tahan malu sikit. Boleh book tukang urut pilihan atau favourite.

Di tempat kerja I memang ada orang Melayu yang boleh urut. Tapi I tak suka jika orang yg banyak tanya, banyak cakap dan bercerita. "Kerja kat mana?", "Kenal tak si A?", "satu tempat kerja dengan si B?", " owh!!! Dia selalu datang sini, haritu terseliuh, lepas tu saja datang nak urut badan", "Kesian! Dia tak kahwin lagi...", "Anak dia tu bla...bla bla", "owh! Tak kahwin lagi? Ingatkan baru lepas pantang!!!". Orang datang nak hilangkan stress, makin stress la kalau dengar org dok pok pek. Lagi satu macam hilang privacy jika kisah kita pun diceritaksn pada orang lain. Sakit hati pun ada bila terkena soalan terakhir tu. Masa tu masih muda kot dan berat I kurang dari 44kg dan masih boleh pakai kebaya dan kurung moden, pun terkena soalan gitu. Just imagine kalau kena sekarang dengan berat 51kg dan gelebeh gelembung sana sini.....

Pagi isnin membawalah ke tengahari dok la ceri beri .....Itulah makan tak hingat hari Ahad tu. Menu pasar minggu yg yummy...lontong, pecal, pulut dan rendang daging n limpa....Nak pi buat facial di Aster Spring, fully booked pulak. So dok rumah dendiam buat kerja and surf tenet and tgk tv je lah.

Adoi...terkejut I sekejap ni dengar bunyi letupan. Tembakan senapang lah tu. Di sini memang macam hutanlah, macam2 binatang ada ....biawak, beruk/kera, babi hutan dll.

No comments:

Post a Comment