Tuesday, February 24, 2015

KERJA SAMPAI NANGIS!!!!!

Semasa kembali bekerja awal tahun 2013 I rasa jiwa kosong, terasing dan rasa nak lari. Perasan itu sama ketika I menjejak kaki ke boarding school dan bumi kangaroo. Ditambah pula di ofis baru yg terletak ditempat yang kelihatan kosong dan panas. Sedikit sebanyak rakan2 yang tidak lagi seperti dulu pun jadi penyebab. Tapi yang paling tak tahan apabila banyak prosedur baru yang perlu difahami dan diikuti. Lagi2 bila ada yang sukar beri kerjasama dan expect kita faham sendiri. Dah cari info dan google sana sini pun tak faham juga....Memang I menangis....menangis kerana sedih? Menangis kerana marah? Menangis kerana kecewa? Rasanya memang bercampur baur.

Hari ini, dua tahun selepas tragedi air mata ....sekali lagi air mata ku tumpah. Ok...saya tipu...bergenang air mata sahaja.
Kenapa?????
Di kala orang sibuk bercuti sana sini or balik kampung ketika cuti raya cina, saya terpaksa tinggal di rumah seorang diri menyiapkan kerja. Empat kerja besar perlu dibuat. Dua dah overdue. Alhamdulillah dua tu siap during weekend. Yang ke3 memang tak siap. Due datenya minggu ni. Takpelah khamis ni pulun. Tapi yang ke4 tu memang tak siap2 lagi since last year hinggalah ke weekend baru ni. Terpaksa di sambung pada hari Isnin. Pun tak siap juga kerana sibuk menyiapkan bahan untuk orang lain dan kerana mengejar deadline kerja ke5 pulak. I dok pulun mengadap kerja ke5 tu dari 5++pm tu 8++ pm. Rasa nak give up je. Memang otak tahap tepu. Tapi memang kena KUAT dan bertahan. Luckily I siapkan juga semalam or else memang mengaibkan jika nama naik berulang kali kerana kerja tak siap.

Harini sambung lagi kerja ke4. Tapi pagi2 ada meeting 2 jam, then petang 3pm and 4pm ada appointment pulak. Sambil2 tu siapkan dokumen, tambah/ubahsuai bahan,contact sana sini, jumpa/tanya orang itu ini. Dugaan pun banyak ...orang tak mau beri kerjasama, orang sibuk nak berborak walhal tau kita bz,perlu remind boss, colleague n clerk. Bila tanya boss about something, tak pasal2 kita yang kena buat pula. Maaf...saya dah tak larat. Apa yg ada je la. Makin kita buat, makin kita realize banyak bahan tiada. Tu tak termasuk tersilap print...hish membazir kertas n ink. Then dah 8pm printer buat hal pulak...mogok kepenatan kot. Huhuhu memang seram tinggal sorang2 dalam building yang sangat besar tu. Turun bawah pun sanggup guna tangga, takut terperangkap dlm lif sensorang. Nak pi parking lot pun takut huhuhu. Balik rumah gelap dan sepi.... takut nak turun buka pintu pagar dan terkial2 nak buka pintu rumah.

Kesimpulannya saya benci audit!!!!!
Kepayahan yang dilalui hari ini,
moga membawa kemudahan pada esok hari....

No comments:

Post a Comment