Friday, April 6, 2018

Apakah bunyi benda jatuh dan mencakar itu...

Apa ya korang rasa...
Apabila terjaga dari tidur kerana mendengar bunyi benda jatuh dgn kuat?
Pukul 5.30 pagi pula tu 😰😰
Aku memang terkejut dan takutlah...
Macam2 yg difikir
Bunyi apa tu?
Apakah ia?
Orangkah?
Binatangkah?
Bendakah?

Kuatkan hati bangun mengambil penyapu
Eh! Macam tak kuat je
Pi ambil pole pembersih sawang


Tinjau ruang tamu
Tiada apa
Pasang lampu porch
Tinjau dari tingkap
Clear...
Pandang ke siling porch
Ok...tiada yg berlubang
Tinjau dari sliding door
Pun ok...

Pergi ke tangga
Alamak tingkat atas gelap
Kuatkan hati naik juga
Tuju ke bilik medium pasang lampu
Eh! Awat timbunan baju jatuh ke lantai?
Jenguk bilik single ...
Seems ok
Masuk masterbedroom
Pun ok...
Tinjau bilik air pun ok

Turun semula
Kebingungan...
Bunyi apa tadi?
Mimpikah?

Tiba2...Dengar bunyi mencakar 😱
Ya Allah apakah itu?
Di siling porch kah?
Kelawarkah?
Kucingkah?

Pergi ke ruang tamu
Berbunyi lagi bunyi cakaran
😰😰😰.
Dari manakah datangnya?
Tak mungkin understairs storage
Ia tertutup rapat
Dari rumah sebelah yg tiada penghunikah?
Ye kot...
Nanti kalau owner datang I will inform him

Tiba2 terpandang sesuatu bawah tangga
Apakah ia????
Ini dia.....

Owh ni yg bunyi jatuh tadi
Ambil, check it's stand dan letak semula...
Tiba2...terdengar bunyi....
Bunyi apa????
Memang terkejutlah
Tapi lega jumpa puncanya...
Tapi how dia masuk ke dalam rumah?
How dia muat celah kecik belakang kabinet ni?


Betulkah dia makhluk sebenar?
Bukan jelmaan ?

Tapi how dia nak keluar?
Kena tarik the side cabinet....
Tapi buka pintu sesiap dulu
Akhirnya dia keluar dari celah tu
Tapi....dia lari naik ke tangga pulak 😰😰😰
I pi ke pintu panggil2 turun
Confirm dia tak layan
Takkan I nak buat free show pakai nightie depan pintu....

Lantak dia lah dulu
I pi pakai baju dulu
Membebellah I sensorang pepagi buta...
Ulang panggil dia ke pintu depan
Dia dok berbunyi
Tapi tetap di tangga

Oklah I pi tunggu di dapur
And perhati dari jauh...
Alhamdulillah...akhirnya dia keluar
I cecepat pi tutup pintu

Eh! Bising pulak dia
Nak masuk rumah semula
Siapa dia?
Niha....


Dahlah garang
Bising pula...
Orang beri makan pun tak nak
Dah pusing2 situ...
Barulah nak makan....
Tu pun  setakat sekeping dua je kot


Mengada2 pulak....

Entah siapa punya?
Korang kalau nak membela binatang
Jagalah elok2...
Jangan biar masuk rumah orang
Kalau tiada rasa tanggungjawab terhadap binatang peliharaan dan tak fikir pasal jiran, then jangan tergedik2 nak pelihara...
Siapa tak terkejut dan terganggu?
Kalau org yg sakit jantung terkwjut camno???

Itulah kejadian awal pagi Rabu.....

















No comments:

Post a Comment