Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Langsir siap 1 jam Di Nilai 3

Itu dusta ya puan-puan ....
Kejadian semalam=orang shopping raya di hari AHAD.
I tunggu dekat 2 jam chet!!!!!!!!!
Bila I bebel, pandai pulak taukeh Cina menjawab and mode ambi hati

"Biasalah kalau last minute...."
"You bawak ong...sebab tu ramai customer "

Bila I minta discount dengan si bangla sebab lambat, pandailah bangla takut gaji kena potong hahahha......tak berani angkat muka tuh.

Terpaksa bayar guna credit card.

Punyalah ramai orang di NIlai 3. 
Susah nak parking, kereta pun susah nak gerak.....
Duit ATM pun kehabisan

Pi Ambank ATM dalam Marrybrown :
Nak withdraw RM1000, tak boleh coz ada RM10 je. 
Bila aku tekan pilihan RM200-RM50 pu je, takde respond, so cancel je la....

Pi RHB ATM kat 7-E:
Tried to withdraw RM1000, katanya jumlah yang I masukkan tidak sah.
Tried to withdraw RM500, pun katanya tak sah.
hatta RM100, pun samo gak....frust!!!, I terus ambil 100plus dan bayar...eHHHH........

Dah hangin pasal ATM, hangin pulak pasal langsir tuh.
Jenjalan cari pasal lagi kat Nilai Textile Walk.
Pi cari blaus Mak. Dia suka t-shirt Oz size 22 yang I beli kat Millers.
Tapi kat Malaysia, susah nak cari tshirt, blaus berlambak lah...

Borak dengan orang kat kedai tu, pasal ATM machine....
Owh rupanya ada Agrobank ATM machine dekat Pasar Nilai3 ya Puan-puan.
Tapi I dah sangat penat nak berjalan kaki ya....
 
In case you all, kehabisan duit cam I dan yang lain2 pelanggan yang kecewa tak boleh shopping lebih.
Tapi kalau rajin, ko patah balik la ke Petronas Taman Semarak atau mana-mana bank kat situ hehehhe.

Eh! tajuk pasal langsir, I pi cerita pasal ATM pulak kan hehhehe......

Langsir ni RM8 semeter kot. 


 So, kos keseluruhan untuk satu tingkap 3 daun=RM88. Dua daun RM57 kot. Langsir murah je, tapi rasanya jadi mahal coz upah jahit tuh. Walaupun niat I nak pi NIlai just cari bunga, tapi langsir baru untuk ruang TV dan rumah tengah ada juga dalam plan wpun idok le penting sangat.

Kalau nak yang design baru, ada velvet sikit, berat, berkualiti dan pasti tahan lama ~ RM144/tingkap ya....semeter RM30-38 kot. Psst...ramai beli yang merah tu dan jugak coklat yang berbunga tuh



Orang kata biar alah membeli, menang memakai. Langsir kat serambi rumah I agak mahal juga(ikut budget I la hehhe), tapi dah 7 tahun masih bersinar dan berseri. So, lagi 3 tahun, mungkin kita ganti baru hehhehe.

Semasa, I patah balik dari 7-E, yang berhenti di kedai SAKA. Kedai ni macam2 keperluan rumah ada, dari pinggan mangkuk, barang letrik, barang plastik dan juga certain hardware. Maka I terbeli bekas kuih raya yang simple RM23.80 ni.........Dah buhsan I tengok bekas berbunga matahari tuh. Kalau yang colurful stripes macam kat Jusco, ada orang tu cakap stripes tu mudah tanggal...


Tetiba terbekenan dengan stripes plastic table cloth ni ....RM9/meter......


dan juga corak yg atas sekali
 

Tersinggah jugak kedai yang jual storage stool=RM10..cuci mata je, cash money tak cukup la. Lagipun tak plan n tak perlu pun :P.

 
Entri langsir di akhiri dengan gubahan orkid RM99 or RM94 kot ............dah orchid in trend kononnya ;)..........


Setangkai RM16.90...entahlah..alih2 RM13.90 hehheh.  Batu=polistrene berlumut tu RM6.90 sebungkus kot. Sponge Rm1.30...kali ni I pantau betul2 harga each item one by one coz tak mau lebih RM100 macam harituh. Tapi I lupa tanya pasal daun tuh...Huhu...I ingat murah je. Chet daun tu RM8.90/2 kelopak kot. Kalau guna 4?  Takpe...nak sedapkan hati....dia ada akar, so seems real kononnya  hehhehe.....

Yang pasti, bunga apatah ni RM14.90 setangkai.....chett patut nak raya turun harga. Kenapa ku rasa dah naik harga singgit........


Punyalah kepenatan, terus I pi urut kaki n bahu RM55/1.5 hours....

Oklah I nak sambung buat paper nih....sat gi nak pi ofis semula.....




Monday, July 15, 2013

Oh My Orchid !!!!!!!!!



Kak Ton, Cantik tak bunga I ????????



Berminat? RM 138 ya .......Upah gubah tu yang mahal grrrrrrrrrrrrr


Takde baju raya, ada bunga raya pun jadilah kan ;)))))))

Currently, orchids are in trend.......Tak percaya?





Thursday, November 3, 2011

Antara Ros dan Mawar.....

Samakah?
Sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bunga_Mawar.
Jom kita menikmati dan menghayati kecantikan si Mawar ini....



Pasti satu terapi yang baik dan menenangkan bila kita dikelilingi bunga yang cantik, ditambah pula dengan warna yang menarik dan baunya yang harum.

Tapi bagaimana jika kita dikelilingi oleh orang yang mempunyai nama bunga?????

Zaman dulu ramai yang namakan anak dengan nama bunga seperti Kenanga,


Cempaka,


Mawar,Melur,



dan Anggerik atau Orkid.

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSl-b7cqG7RfSrvqMTpLlepO-etoZLZlIwv0sp10aGtlPPORTN-

Eh! pernah dengar orang bernama Kemboja??????


Pada era 70an dan 80an, muncul pula nama-nama seperti Dahlia,



Jasmine=Melur.......


Terdapat juga gabungan nama bunga klasik dan nama moden. Contohnya nama isteri Azhar Sulaiman iaitu Cempaka Emalin dan adik-adiknya iaitu Teratai Edithy, Melor Edina dan Rose Ermini. What a sweet name......(sumber: http://arminbaniaz.com/2011/03/pahamin-rajab.html)

Nama anak-anak mereka juga terdapat elemen bunga seperti Kasih Leia Ixora dan Kasih Iris Leona. Kasih bunyinya klasik, tapi gabungan dengan bunga moden tidak pulak janggal, malah menarik dan unik bunyinya....JOm kita lihat bagaimanakah rupa Ixora dan Iris........



Bagaimana pula pada tahun 2000-2011?
Nampaknya artis Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus juga berminat dengan nama bunga ini dengan menamakan bayi kembar mereka Tiara Rose dan Iman Lily.......

Psssssssssssssssst.....Nama anak spv aku Ivy......


Of All the flowers name, Aku memang suka dengan nama Iris dan Ixora.
Bagaimana pula dengan nama pilihan anda semua?
Tapi jangan pulak you all pi letak nama anak seperti Mimosa pudica dan Acacia ...:P
Kalau berminat sila rujuk http://www.buzzle.com/articles/list-of-flower-names-and-meanings-of-flowers.html. dan http://www.babycenter.com/0_baby-names-inspired-by-flowers_10305342.bc

Tapi jangan pulak u all namakan anak dengan Sulfida dan Sianida ye ;))))))))...............
Sedap bunyinya tapi rupanya bahan kimia.....beracun pulak tu........