Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

Teknik Penyapu

Bukan teknik menyapu lantai ya ;)))))).
Itu kalau tak tahu, memang nak kena babab hehehe.
Ini teknik penyapu hahaha.....
untuk apa?????
Untuk kemasan lantai la.


Yes!!! Broom finishing for concrete floor as slip resistant.

Mula2 macam biasa ratakan bancuhan simen dan pasir....


Then taburkan serbuk simen kering atas bancuhan rata tadi. Renjis air dan ratakan serbuk tersebut sehingga licin. Ulang 2 hingga 3 kali proses menabur simen, merenjis air dan meratakan/melicinkan.

Akhirnya, silalah menyapu di atas concrete itu. Gunakan penyapu begini hehehe..plastic bristles.


I memang gelak besar bila contractor kata kena guna penyapu. Rupa2nya memang teknik ni memang dah lama dan di luar negara pun memang guna penyapu juga. I je yang tak tahu. Bersungguh I tengok, nanti balik kampung boleh buat. Si Indo tukang cat tu gelakkan I, katanya dia lelaki pun tak reti buat. Yang tukang buat lantai tu katanya dah biasa buat rumah/bangunan di Taiwan. So what??? Pls do not look down on people just because they are woman. Whatever lah kalau contractor tu ada pengalaman buat rumah di Singapore ka, Japan ke, Europe ke....ingat orang biasa macam I tak boleh buat ke????? Rasa semua orang boleh buatlah. Either cantik tak cantik,  Kemas tak kemas, or kukuh tak kukuh la...;))))))).




Monday, October 28, 2013

Pemotong rumput terlampau

Kejadian hari Sabtu 26/10/13 lebih kurang 9.30am. Aku sedang berbaring di sofa sambil menonton TV. Tiba-tiba door bell berbunyi. Aku biarkan sahaja. Sekali lagi door bell berbunyi, lantaklah itu mesti pemotong rumput. Tak faham-faham bangla ni. Tingkap masih tertutup, night curtain pun aku tak selak lagi. Tu maksudnya tuan rumah tak mahu diganggu. Tiba-tiba aku dengan bunyi mesin rumput. Eleh! Nak bagi hint dia ada kat luar lah tu. Yang peliknya bunyi mesin rumput semakin kuat. Bila aku selak langsir, si bangla tu dah start potong rumput at front yard. Ya, dalam pagar, bukan luar pagar. Aku pun meletuplah. Kira wayang free je la, si bangla nampak aku pakai dress pendek je. Sebab tulah aku malas nak layan sesape dingdong pepagi.

Me: Siapa beri you masuk?
Bangla:...(.terpinga-pinga)
Me: Siapa beri you masuk?
Bangla:Sudah beri
Me:Bila?
Bangla: Tadi...(sambil tunjuk kat tingkap bilik atas....eH! aku ada belaan kah?)
Me: Bila saya beri? Jangan pandai-pandai masuk rumah orang.
Bangla: sorry, sorry...(sambil berjalan keluar)

Moralnya: Silalah kunci pintu pagar anda, maksudnya letaklah padlock  lagi bagus rantai besau. Tak guna ada notis amaran keselamatan kat pintu pagar coz bangla idok le faham....

Kejadian petang sabtu pula.
Hah ko, sampai 4 kali door bell berbunyi. Ganggu kosentrasi I nak solat je. 2 kali cukuplah. Orang tak respon, blahlah. Rumput  lalang dah panjang sangat, hampir sama tinggi dengan pagar. Memang every weekend, ramai bangla/paskitani/indian yang berminat. Kalau kawasan depan belakang sekangkang kera nak charge RM35, sorrylah I nak guna khidmat dia lagi. Siap offer lagi tu "saya bagi murahlah kakak"



Saturday, August 24, 2013

Kerana dapur aku keciwa :(

It's been a hectic and tiring week, but I'll write about it later.

Harini aku sangat keciwa kerana si kontraktor/renovator berlagak or pilih orang or penipu or mungkin pelupa. Penat je la I dok lukis plan rumah, gara-gara tak boleh print my excel file semalam. Tidaklah dia muncul grrrr. Kalau tak silap hujung Mac or early april this year, aku contact dia katanya busy, bulan June baru dia free. Bila bulan Jun aku call, katanya jadualnya penuh this year...nak buat banglo lah, sekolah lah. Ok fine. Katanya nak bagi no phone kawannya yang kerjanya bagus juga. Sampai ke saat ini...hampeh......

My friend called him last week. Boleh pulak dia datang hari ini. Yelah, dulu kontraktor tu pernah renovate rumah dia. So, 5.40pm dia sampai di kawasan rumah kami, kawan I pun suruh I jumpa dia. I mintalah dia ukur rumah I, so nanti bolehlah tengok quotation dia. Tak sempat nak sambung cakap apa-apa lagi, dia kata nak pi rumah baru kawan I dulu. Ok, fine....Then, tunggu punya tunggu dah 6.50pm. Bila dengar suara kawan I, I excited la....Tau apa kawan I cakap

" Eh! kontraktor tu tak datang ke?. "
Dah lama jugak dia balik. Ingatkan dia singgah sini"

Hmm....jual mahal ya. Kalau tak nak cakaplah tak nak. Tak perlu buat orang tertunggu-tunggu. Yelah dia tau orang suka kerja dia, mestilah dia pilih big project such as semi-d, bungalow and school. Apalah sangat rumah I yang rumah teres je kan.

I ni bukan apa, I ni dah naik rimas tengok dapur I. Tak cukup tempat nak letak barang-barang dapur :(. Tengoklah tu serabut .........


Washing machine pun letak dalam, coz dulu letak kat laundry area kat luar...jadi berkulat berbintik coz tempias. Buat apa I beli almari dapur, if later nak buat kitchen kabinet. Dah alang kepalang baik I extend dapur terus ..............

Actually, haritu I ada jugak minta quotation pada another chinese kontraktor, tapi mahal bebeno RM47000 tanpa wiring and ceiling skirting.


Asalnya nak folding door.....lepas tu ngegada nak sliding door bagai hehehhe.


 Kontraktor Indon pulak RM40000 for everything, cumanya I segan dan takut..I kan sorang je. Lagipun hasil kerjanya memang kureng.  Eh! tapi idok le termasuk kitchen kabinet ya.....


 I suka sangat design kabinet and counter ni

 Majalah dapur:July-Sept2009

Tapi nak warna putih

 Dapur:April-jun2011

Solid wood cantik, tapi khabarnya selepas 5-6 tahun kayu yg muda boleh mengecut. Takpe banyak jenis lain kan...Belum ada rezeki nak dapat ni semua...takpelah, tengok gambar dan berangan pun satu terapi juga ;).

Ok, back to the contractor....sesudahnya I confuse nak pilih kontraktor yang mana hehhehe. Then, bila tengok rumah kampung banyak pulak nak dibaiki. Kereta pun buat hal. So, lagilah I pening. I biasalah, kalau dah pening satu apa pun I tak buat. Bila balik raya bincang dengan abah, katanya buat mana yang penting dululah....Tapi since I busy sangat, I boleh pejam mata bila masuk dapur and sometimes put aside benda2 yang buat I buntu. Hangat-hangat tahi ayam, kan ?

Then, bersemangat kembali, bila Cina tu bersetuju tengok rumah baru kawan I. So, I pun nak join sekali. Malangnya, cina tu tetap jual mahal dengan I. Yelah, rumah teres je, pakai kereta lama and pulak tu muka macam tak cukup duit n tak menyakinkan. I rasa I kena mandi bungalah hehhehe. Hish! Tak baik memperlekehkan diri sendiri. If we do not confident with and respect ourselves, how can other people respect us. Apapun, mesti ada hikmahnya...beria-ia nak extend rumah, macamlah duit ratus ribu hahhahah. Kenalah tambah saving, maka silalah berjimat ;)..........selain buat apa yang penting dan perlu sahaja...