Showing posts with label tv. Show all posts
Showing posts with label tv. Show all posts

Friday, February 6, 2015

perempuan lemah?????

Tak faham tgk cerita istikharah cinta ni.

Kenapalah menunjukkan perempuan ni mudah percaya dan terpedaya dengan kata2 dan tipudaya oleh orang-orang yang ternyata ingin merosakkan perkahwinannya???? Bukan sekali tetapi berulang kali.

Kenapa menunjukkan perempuan ini begitu lemah dan hanya membiarkan lelaki lain mengganggunya???

Kenapa menunjukkan perempuan ini mudah diperas ugut? Sedangkan dia sendiri boleh membuat laporan polis apabila diugut. Malah boleh membuat dakwaan kerana hampir dirogol sebelum itu.

Kenapa menunjukkan perempuan ini begitu berahsia tanpa mahu berkongsi masalahnya dengan orang lain dan sanggup menjadi mangsa????

Kenapa menunjukkan perempuan ini sanggup mengikut kehendak lelaki lain dan membelakangkan suaminya?

Kenapa menunjukkan perempuan ini mudah bersyak wasangka dan meroyan apabila melihat suaminya bersama perempuan lain, tetapi dia sendiri pernah keluar dengan lelaki lain ketika out station? Malah hanya pasrah keluar lunch setiap hari dengan lelaki lain.....

Kenapa si suami pula hanya pasrah sahaja tanpa berusaha untuk memberitahu perkara sebenar????

Moral of the stories:
1. The importance of communication in marriage.
2. Cubalah tunjuk cerita wanita yang berhati kental dan tidak mudah menyerah
3. JANGAN TENGOK CERITA YG MENGARUT DAN MENYAKITKAN HATI

Monday, November 11, 2013

AF MASUK 2013 kan.....

Rasanya ramai nak boikot Akademi Fantasia 2013, gara-gara penyingkiran Azhael.
Pasti ramai terkejut dan bengang dengan keputusan itu.
Lagi tidak puas hati apabila si Nabila masuk final.
Tambah menyakitkan hati bila melihat dia senyum lebar nampak gigi di kala peserta lain seperti terpinga-pinga dengan keputusan yang amat mengejutkan itu.
Rata-rata dalam facebook dok mengutuk dia, siap kata suara chipmunk lagi.
So, mana datangnya pengundi dia yang ramai tu?????

Kedengaran soseh sok sek, that unexpected result hanyalah manipulasi penganjur. Tetapi penganjur menafikan, sebaliknya menyalahkan peminat yang tidak mengundi Azhael.

Dan seperti dijangka, dari AF BUZZ 9.20pm sebentar tadi ada Afundi masuk sebaik sahaja tamat AF buzz ini dan keputusan akan diumumkan dalam MELETOPS malam esok.

Macam dirancang ek...AFMASUK means ramai yang perlu mengundi sms kan, means makin banyak lah pendapatan penganjur kan...Tak cukup-cukup lagi ke kadar bayaran yang baru naik tu????