Ada sesiapa yang berminat atau masih tercari-cari baju raya? Jika ya, bolehlah lihat paparan imej di bawah :).
Hari Jumaat 3/5/13, saya punyalah semangat nak balik kampung. Pepagi gelap I dah sampai ofis. Ingatkan I lah warga terawal, rupa-rupanya ada dua orang lain dah sampai dulu...Cis. Tak kisahlah, janji tepat 3.10pm, selamatlah I punched out heheheh....Seronok je balik arah selatan, kereta kurang. Kalau ke arah utara, berjujuk-jujuk kereta.
Orang lain sibuk balik kampung, nak mengundi selain berjumpa keluarga. I pulak pepagi lagi I pi Nilai Square mencari baju kerja gara-gara kain-kain baju yg baru dibuat pun sendat semacam. I sudah 51kg you huwaaaaaaaaaaaaaa...... Memula pi Jelita Textiles yang berhampiran Naeem Carpet. Punyalah lama I membelek kain dari hujung sana ke hujung sini, at last I hanya beli sepasang je. Yang Japanese Cotton ni cantik kan
Yang bawah ini lagi cantik di mata I
Cotton ni pun menarik juga
Tapi lama-lama direnung dah macam kain langsir pulak hehheheh
Corduroy ni pun menarik buat blaus, skirt or jubah, nak buat langsir or cadar boleh jugak hhehehhe.
Memanglah la ni ada sale 50%, tapi harga Cotton tetap menyakitkan hati, terutama Japanese n European Cotton. Kalau tak silap, ada yang bidang besar so sepasang 3m (RM175). Lantas ku hanya mampu menyambar sepasang aje. Tapi pelik jugak ada Thailand Satin Cotton yg ku beli dulu sepasang RM80, la ni harganya tetap sama gak. Apa yg sale nya??????
Then I pi Kedai Bunga Raya, tapi memetik si bunga ros (RM70) pulak hahahha
selain si petak-petak(RM40). Chiffon pun ada, tapi I kurang minat coraknya...
Tapi bila lihat gambar ni macam cantik pulak hehhehe.
I kurang minat corak baru pada patung ke-2.
I mean kain yang ada kaki ni macam cepat outdated (bagi orang yg selalu ke kedai kain ;) ).
Then, tergedik2 nak masuk satu lagi Jelita. Berkenan pulak dengan viscose. Tapi viscose ni kena hati2, ada yang mengecut. Maka perlu dibasuh sebelum hantar pi tailor. Kalau tak silap ada jenis yang tak perlu basuh. I berkenan dengan dua kain di bawah ni-sepasang rm100, 2 psg RM160 kot (entah-entah sepasang RM120, 2 psg RM200...tak ingat).
Tapi kainnya agak nipis dan ringan, so kalau yang berwarna putih I mungkin kena pakai inner.
Teringin gak nak tengok Cotton. Ni Satin Cotton kot, lembut je kainnya
Bila fikir balik eloklah tengok kain jenis lain. Asyik Cotton je kan. Pusing punya pusing, belek-belek punya belek berkenan pulak dengan yang di bawah ini...
Made in Italy kononnya only for Gulati but sold at Jelita hehehhe.....sepasang RM138, 3 pasang RM300. Kalau tak silap, dulu2 kain macam gini kat jalan TAR lagi murah...Selain Gulatti, I suka masuk Harison kot yang ada 3 psg for RM250. I sambar yang biru kat atas tu dengan di bawah ini
Baruku perasan, bunga besar tu lebihkurang je hahhahahah, hanya warna dan corak sampingan berbeza.
Selain kain, ada juga baju yang dah siap. Antara yang I berkenan adalah kurong Pahang (RM100).
I sesuai memakai baju bersaiz XS, tapi kan vontot/peha besar...so kainnya mestilah S walaupun labuh. Habis tuh, ada ke orang nak jual kain baju size lain2 kan. So pi tempah je la, jangan tergedik2 beli baju ready made. So, no baju raya ya....baju kerja nilah yang akan dipakai di hari raya nanti. Dah bulan rejab kan....alamak!!! puasa tak habis ganti lagi ni.
Bila dah beli kain, apalagi ngap Double Cheese Burger McD yg amat dirindui, pi potong n cuci rambut n buat facial treatment. Cuma nak pi Thai massage tak sempat.
Hari Ahad...biasalah dok mengadap my last project. Malu dgn spv yg tertanya-tanyakan the article from that project. Dah lah I rasa result dia pelik. I rasa salah satu modelnya pun salah. Tak larat nak lukis, kira dan fikir. Nanti, hanya key in whatever result that I got and discuss with spv. Then, apalagi pi mengundilah.

I rasa pelik, kenapa bila dah dicalit dakwat, jari I rasa tebal je. My family ok je. Rupa-rupanya mine kena calit dua kali, pulak tu ada luka...patutlah rasa semacam. Ingat nak pi lepas Zohor macam tahun 2008, pasti tak ramai orang. Tapi kan ramalan cuaca kata ribut petir di kawasan Pantai barat, maka pergilah 12pm. Sekali hah ko beratur panjang. Dahlah tiada tanda arah tempat undinya di mana. Tercangak-cangak lah I dan kakak. So fikir logik je la, kalau orang tua-di saluran 1 kat bawah, kami ni yg dapat no.5 mestilah kat atas. Sepatutnya di Tingkat 3, punyalah ramai orang, kami perlu queue hingga tingkat 4. Pulak tu yang dapat No.6, mmg boleh lompat2 n guling-guling...tak perlu beratur pun. Siapalah yang uruskan Pusat mengundi ni? Tak check senarai pengundikah? Kalau dah tau ramai pengundi untuk saluran tertentu, bukalah dua saluran. Itulah yang aku dan the friendly Indian guy bebelkan. Ada sorang adik ni, lagi kesian, katanya dia terpaksa menolak kedua-dua ibu bapanya yang menggunakan wheelchair seorang diri, sudahla di kawasan yang agak berbukit. Tiada petugas yang menolong. Katanya lagi di Rembau, ada petugas yang datang menjemput golongan yang kurang upaya di rumah. Eh! tapi boleh kah? Pandai-pandai je aku bebel, entah2 memang tak boleh buka banyak saluran dan petugas tidak dibenarkan membantu pengundi hehheh. Sila audit diri ya. Awat datang lambat? Hang tunggu 45 minit ja, ada orang tunggu lebih 2 jam tau. Hang lemas berkuap semasa beratur di tangga sahaja, orang lain hampir rentung beratur di bawah terik mentari. Hang kena tempias hujan sikit ja, orang lain basah kuyup beratoq dalam hujan lebat.
Gara-gara kepenatan dan kebengangan dan kehujanan, I tak larat dan takde mood nak pi cari khemah untuk menuntut elaun perjalanan. Tahun 2008, I pi tuntut dan dapat RM50. Menurut kawan I, di tempat lain perlu isi borang. Tak pasal2 I terpinga-pinga bila I dihulurkan duit tanpa isi borang. Malu pun ada bila diperhatikan oleh orang yg sedang menjamu selera dalam khemah. Mungkin di kawasan I, I sorang je yang memohon elaun tuh hahhaha. Tahun ni ada kenalan yang dapat RM100, ada jugak yang dapat RM300, malah ada yang dapat tiket. Yang tak dapat apa2 pun ada, gara2 peruntukan dah habis.
Apapun berdasarkan link ini, mengenai wujudnya keadaan di mana parti politik menyediakan
elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Pengerusi SPR-Abdul Aziz berkata elaun itu
tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.