Thursday, January 26, 2012

Oz OZ OZ oi oi oi..........

Today is Australia day :)....so cuti lah kan. As usual sesape yang tinggal nearby the harbour boleh pi serbu tengok many activities such as thong throwing, sand sculpture, dance n music performance and etc...and diakhiri dengan fireworks....yup....another fireworks after new year celebration.....Nantilah aku letak gambar hehehe...sat gi baru nak pi :P....

Tapikan ikut weather forecast it going to be light rain. Kat tv kata, cats n dogs rain hheee....Tu la pelik kan...wet summer. It was raining all day long yesterday. Tapi hujan2 pun sedap juga makan aiskrim kan ;))..............Tambah2 lagi aiskrim kapal terbang ;)))))

Sesape yang naik pesawat Mas, mesti perasan aiskrim ni kan....

Sedap kan...Ada halal certificate pulak tu......
Memang enak dimakan during summer..............
Itu the last piece...so kena beli lagi. Harap ada diskaun. Haritukan kita teringin nak makan asikrim. Jenama yang biasa dibeli macam Peters and Bulla tak de special promo. Tetiba terpandang Sara lee...terus capai and bayar. Balik rumah excited nak makan, dah nak sudukan ke mulut...tetiba rasa nak baca label...alamak ada gelatin dan takde pulak logo halal. Huhuhu...Sara lee kan ada certain produk yang ada logo halal, so kalau takde logo halal, logiknya tak halal la kan...........Frust sangat. Macam pulak aku tak baca label masa beli. Esoknya, pi cari kat Aldi....puas hati melantak sensorang sebekas aiskrim hehehe............

Monday, January 23, 2012

Makan cili sampai pengsan

Cili apa yang korang nak?

Ada chili powder,

Ada dried chili

Ada cili api=bird's eyes chillies

Ada bell pepper....


Ya macam2 cili from 14/01-16/01.......

on 14/1, teringin nak sambal tumis, my favourite kan..so buat banyak nak simpan in freezer. Tapi awat rasa pelik ek.... Lagi mau tanya kan...padahal guna chili powder.....

Makan pulak dengan sup suhun....ala sanang baitu...curah air+bawang besar+bawang putih+perencah ayam+suhun+fucuk+carot.....

0n 15/1,
aku sarapan roti canai bercicahkan sambal ikan bilis tuh.
lunch nasi lemak...kanda masak guna cili kering.....
Malam..aku makan sup suhun with cili kicap of course guna cili api....

on 16/1
lunch with sambal ikan bilis again
dinner...sambal black fish..guna campuran cili besar, cili merah kecil dan cili api dan jugak capsicumon 17/1
bangun tido aku rasa sakit perut ala2 memulas....then selamat mengeluarkan isi perut.
But still rasa sakit. Walaupun tak selera nak brekky..ku gagahkan jugak makan roti+minum milo...Tak lama lepas tu pun, selamat mengeluarkan isi perut. Masa tu memang tak larat dah. perut sakit at one point belah kanan...dahlah memang almost all the time sakit kapla bahagian kanan. Tak boleh fokus mengadap laptop, ..nak study menyarap atas katil pun tak larat. At last aku tidor...Bangun, mandi, solat..Tak selera nak makan berat. Hanya makan beberapa butir anggur. Memang pelik sangat aku tiada selera makan, nak minum pun takde keinginan, cuba minum susah nak telan. Lepas tu aku tidor lagi....Memang tak larat nak bangun solat asar. Dah dekat pukul 6.30 kot baru aku larat bukak mata. Then duduk atas katil jap, terus aku tunduk ambil barang yang jatuh kat lantai...then aku berdiri minum air, tetiba rasa loya dan dizzy...Then I felt so weak that my leg could not support my weight. Rasanya aku sempat berpaut di kerusi dan dengar bunyi berdentum.....Sedar-sedar aku dah terbaring atas sejadah dan punggung belah kanan sakit. Agaknya aku pengsanlah tuh. Tak tahulah 15-20 mins kot. Badan pun dah berpeluh masa tu, so aku gagahkan diri bangun dan solat asar. Aku sembahyang duduk je. I was still nauseous and dizzy at that time. Mungkin juga aku dehydrated and kurang tenaga coz tak makan dan kurang minum.

Then aku tido lagi. Lepas maghrib n isyak, aku mmg tak selera nak makan, tapi coz takut aku pitam/pengsan lagi, aku paksa makan sikit baked potato+anggur. Then aku paksa diri baca artikel.............Cuma tak boleh lama-lama. Lepas tu selamat zzzzzzzzzzzzzzzz................

Itulah, agaknya perut aku dah tak tahan nak makan pedas-pedas ni. Bukan tak boleh lansung, tapi tak boleh selalu kot, macam hari-hari makan cili tuh...Terkejut kot perut aku. Tu yg affect body system dari sakit perut, dehydrated sampai terpengsan.....dahlah summer heat .....

Malu kan, nama je orang nogoghi...tapi makan cili sampai pengsan......Kerana cili aku derita.....

Seriau jugak ya, bila pengsan sensorang dalam bilik. Manalah housemate tau, lagi-lagi jika kami jarang bersua walaupun satu rumah. Kes sebegini sebenarnya tidak boleh dipandang ringan. Teringat my friend case, pengsan dalam ofis. Mungkin kerana hentakan kuat, ada darah beku di kepala....dia koma. Tidak lama selepas operation, dia pergi buat selama-lamanya...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah....

Friday, January 20, 2012

AKU BENGANG !!!!!!

I arrived home tonite at around 10.15pm. Dengan kepenatan, lapar dan sakit kepala sampai je rumah tengok dining table dipenuhi oleh my German housemate and residents from other units. They were playing uno. Tu takpelah...sambil berdiri aku tengok depa main dan sekadar berbual sikit. Takkan aku nak terus naik ke atas tanpa menegur mereka. Tapi ada jugak sesibuk pasal my studies...hish. Terfikir jugak masa tu, bila la depa nak balik, aku nak masak maggi. Bila nak makan nanti, takkan nak makan kat atas, tak manis pulak.Tapi takkan nak makan depan mata depa pulak. Luckily masa aku naik atas nak hantar barang, depa pun balik. Hanya sorang lagi yang tinggal berbual dengan my housemate. Yang bengangnya masa aku nak ambil air, masa tu jugaklah baru depa nak basuh pinggan. Ok, lepas tu dia baliklah. Then, aku nak cari sudu dan garfu aku tak jumpa pulak. My German housemate(GH) offered her cutlery and of course aku tak nak. Then she said that maybe our new Thai housemate use my stuff.

Me : I dont share my things....(masa ni memang cakap dengan nada lemah dan tak boleh fikir ayat yg proper)

GH: How would people know which one is your stuff and which one is common use.

Me: That's why I put my cutlery here (sambil tunjuk one space at the first dish rack, yelah second dish rack dia yg selalu guna. In fact yang first pun dia ada guna jugak. Tempat sudu pun dia guna gak)

GH: Then, you have no choice unless you dry your stuff.

Me: Grrrrrrrrrrrrrrr........................I don't always have time to do that. Maybe I just put my stuff there (pointing at empty space on the bench top).

Pelikkan minah ni tak considerate lansung. Since ada dua dish rack, why not satu aku guna, satu lagi dia guna. Aku tak tahu apa masalahnya. Kalau nak share dish rack pun aku tak kisah. Tapi kalau kau masak pork ko gunalah yang second dish rack tuh.

Thursday, January 19, 2012

Lagi lagi kambing.....

Scheduled post :P...

E...eh ni bukan kambing ek...beef fried rice


Alkisahnya, sekali lagi aku tak sempat nak siapkan bekal pi uni. Pi cafe yang dekat dengan school semua tutup, kalau yg bukak pun setakat ada muffin, tak tertelan, hamburger memang haram ditelan kan...Then, pi cafe yang jauh sikit ada thai cafe n subway tapi tak terbeli pun...yang Thai tuh, macam kembang tekak, Subway pulak long queue selain tak pernah torai pun OZ Subway. Next, pi arah lain pulak cari cafe lain..tutup pulak. Geram punya pasal, aku pi city..cerdik sangatkan....selain macam baki elaun ada ratus-ratus lagikan....So aku pi Thai restaurant

....HALAL tau...dan sedap.....Kalau nak jimat masa and duit, better balik umah, and makan maggi ek...


Hah ni barulah kambing ....Macam biasa bahan perapan lamb=oyster sauce, honey +black pepper. For mushroom too sanang baitu...curah susu dalam fry pan yang ada saki baki lamb juice+kicap, jika kurang rasa tambah garam lah hehehhe..........jangan lupa letak mushroom ek....Percayalah kos masak this food dari segi tenaga, masa dan duit memang jimat sangat...Menu sihat kan kan kan ;)))))).....

What is the difference between mutton and lamb????
Sila google sendiri...aku baru tau hahahha...
Selama ini aku ingat mutton =daging kambing Pak Dollah yang kat kampung tuh= meat of goat je, lamb =daging kambing biri2=meat of sheep....Tu la pepandai buat andaian sendiri.

Aiyoo..baru tau juga veal=meat of calf...aku ingat sepupu sepapat pork. Bertahun tengok Masterchef Australia pun tak nak ambil tahu..ish...ish....ish....

Pst...pst...Aku ada terfikir nak bela kambing la. Apa kelas bela kambing biasa...Kambing Boer lah. Bebiri ok ke ? Mesti banyak untung ternak Kambing nih. Yelah meh aku listkan
1. Kambing dah cukup umur boleh
a) dieksport ke luar negara
b) dijual di pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan harian (orang awam, peniaga/pengusaha makanan, caterer etc), semasa perayaan( Hari Raya Aidil Adha/Aidilfitri, Deepavali), majlis kenduri kendara (Kahwin, Aqiqah, etc).
c) disimpan/dijual sebagai goat breeders.

2. Kambing tak cukup umur tuh pun boleh dijual jugak kepada sesape yang baru berminat nak berjinak-jinak dalam dunia ternakan nih hehehee............


3. Jika penternak cukup modal, berdaya saing dan kreatif boleh

a) mengusahakan produk dari kambing berjenama sendiri or sebagai supplier for
i) makanan
- fresh meat
- frozen lamb goat slices, minced, burger, sosej,
- smoked lamb
- Instant food-lamb korma, mutton curry...apa2 je la....
- goat's milk, goat's cheese
ii) baja tahi kambing
iii) calf leather for handbag etc....
iv) kok bela sheep ...wah boleh dapat wool tuh hahhaha..........
v) uri kambing untuk kecantikan ...uwekssssssssssssssssssss
vi) kuku kambing for handcraft :))))))))))))))))))))))))))))))))))

b) membuka perniagaan
i) gerai kambing panggang di Pasar Malam atau kenduri kahwin ;))....
ii) restaurant yang menu utamanya kambing dari ladang sendiri hahhaa...

Tu dia..tu dari fikiran aku je. Belum lagi aku google and buat research tau :P...
Kalau korang ada idea, sumbangkanlah jugak kat sini.....

Sudah-sudahlah kita cakap pasal kambing....nanti ada yang bau kambing coz tak mandi lagi :P......Jom kita sarapan ;)))))

Ni sarapan kembang tekak...tu la ingat perut besar boleh habih sepinggan


Ada pajeri nenas tuh...guna canned pineapple+pes pak berahim yg dah expired hehehe...ada sambal belacan harituh punya+ ikan sepat masin..mesti my germany house penin dengan bau ikan tuh....tu yang bukak tingkap living room walaupun tingkap dapur dah terbuka luas

Wednesday, January 18, 2012

Sarapanku cekodok penyek, desertku pavlova

Scheduled post :)...

Wow wee..... my first pavlova....ko ada :P


Ambil recipe dari http://citarasawan.blogspot.com/2011/11/mini-pavlova.html......
tapi camnalah aku tak tercopy berapa suhu pembakaran...coz tak sampai 15 minit, macam pelik warnanya. So, terpaksalah aku switch off the oven and biarkan pavlova tu dalam oven for 45 mins. Tak nyempatkan nak menghias.....macam nyesal pulak pi letak passion fruit tuh....Macam sememeh je....Apa rasanya? Betul la crispy outside, chewy/sticky inside..tapi awat chewy bebeno hahhaha....gara2 aku hanya buat hanya 1/4 dari adunan, selain masalah suhu tu lah kan...................

Cekodok penyet nih...for my brekky. Kenyang sampai petang you hahhaha..............

For dinner I had grilled lamb...

Tahankan perut ku...from cekodok tu grilled lamb to pavlova...

Monday, January 16, 2012

Hidupan laut dan darat di bulan disember....

Macam biasa sebelum you all menonton tayangan gambar, haruslah baca bebelan aku :P. In my previous post, aku mengomel pasal Latex kan. Hari Jumaat, aku pi uni, pi tanya kawan Vietnam aku. Sekejap je dia detect apa masalahnya. Rupanya there are certain commands cannot be recognized by certain Latex class or package...chet...Kiranya IOP class lagi baguslah berbanding Elsevier class yang asyik tak kenal commands nih. Macam \etal for et al. and \fl for left justify for the equation. That Vietnamese guy submitted his thesis on friday..he was so happy and said to me that I can call him Dr. :).....Oh! No....he will leave our group most probabaly on May :(...Another blow for me actually. Remember last time, how down I felt when there was penghijrahan besar-besaran my group to Adelaide....Anyway, I had long discussion with this guy. Once again he said that he wanna try something new. Yup! I can't deny that currently it seems that our group seems stuck....In fact certain people seems to look down on what we do. Whenever we go to engineering conference, they didn't interested or should I say didn't appreciate of our work. Whenever we went to our major conference, they seems clueless in our work....Sometimes, I just feel it all useless....Ya Allah! permudahkan perjalanan Phdku, kurniakan kepadaku ilmu yang bermanfaat dan boleh dikembangkan nanti.......Other than that, there are other things that make me worry....My spv will super duper bz with her lecturing, grant application etc until May...Hope she will have time for me.....And of course hopefully my x-spv who currently in Adelaide keep his promise to check my thesis too.....

Anyway...tayangan menu last December...pelbagai hidupan laut dan darat..yolah tuh ;)))))))


Ayam goreng madu+sambal berlado terung
....guna pes segera yg podeh tuh....

Then, teringin nak makan sambal udang pulak................


Esoknya, curah je nasi dalam sambal udang...tambah kicap jadilah nasi goreng udang....


Hari yang seterusnya, aku tak sempat masak. Nak beli kebab, tutup pulak cafe tuh. So, pi je la cafe lain. Pening nak beli apa...at last pilih ni vegetarian roll...

Malam tuh, I had grilled lamb for dinner...Tak larat nak telan veges yang banyak tuh


For lunch on 23/12...I just reheat instant rice given by my friend...mushroom rice and I just add cabbage...
For dinner I had...ikan bakar+air asam...perencah adabi lah ya ;)...


Then on 24/12...I cooked this black pepper pasta...


Later, on 29/12...farewell lunch for my friend...beef spring roll
as entree and

vegetarian pizza.....

Tapi sentap jugaklah, bila orang ni cakap sedap lagi pizza tempat lain...Hish! saja je nak buat aku bengang dan hampir tak ikhlas belanja. Macam jugak dulu, aku ni kan jarang2 pi minum dengan kawan, selain tak biasa, aku pun tak mampu nak minum selalu aud4 hotchoc. Baik aku buat air teh free+ susu free kat pantry tuh hehehe...So, bila aku belanja sorang minah ni..dia boleh kata manis sangatlah, itulah inilah....Tu belum lagi orang yang kita belikan anak dia t-shirt mahal dan pesan jangan basuh guna washing machine, tapi buat jugak. Sesudahnya hilang segala corak dibaju tuh. Ada juga yang kita belikan anak dia legging pumpkin patch, dia bawak pi pasar malam je. Pulak tu boleh cakap dia belikan anak nya legging kat Nilai 3 lagi merlip merlap.....Yang dibelikan baju, kata macam baju burok pun ada, salah saiz lah. Belum lagi suruh kita belikan beg. Walaupun kita kesuntukan masa dan kesempitan wang, still cari n belikan beg yg agak berjenama. Tapi complain jugak, tak banyak pocket lah, tali panjang sangatlah. Lenkali beli sendirilah...Ada jugak bila dihidangkan lettuce yang agak kekuningan, pun complaint. Padahal bukan pun senang sangat, masih berhutang dengan kita. Aku makan je kalau sayur yang agak kekuningan kat sini. Takkan nak buang pulak. Korang pun tau, food yang dah expired pun aku makan. Yelah yang expired 2-3 bulan lah. Yang dah setahun kena buanglah, walaupun sedihkan. I mean, bila hidup sebagai pelajar di overseas, I memang appreciate my food. Baru tau hidup susah...and live within the limited budget. Memanglah, sometimes I ada beli food instead of cooking, tapi lepas tu pepandailah makan maggi kan...but not breadlah. Aku memang susah nak telan bread except for brekky....

Sometimes geram, dissappointed and upset dengan perangai orang pelbagai tu kan. Betapa sometimes kita ikat perut n nafsu shopping untuk diri sendiri, semata-mata coz they are in our mind.....Bukan minta balas budi or dikenang but at least appreciate of what we have done and be grateful of what they got. Macam-macam perangai manusia kan. Tak cakap terima kasih takpe, tapi kalau tak suka diam-diam sudahlah. Ada yang saja ambil kesempatan, harap kita je yang belanja, tapi sendiri berkira dan kedekut giler...I really kagum dengan sorang adik ni, lansung tak berkira. Malah dia yang selalu belanja kakak-kakak dia nih. Kanda yang berjawatan tinggi tu pun dia belanja tau...Moga murah rezeki.....

Thursday, January 12, 2012

Jariku terluka, kapla serabut, mata rasa nak tersembul

As usual aku serabut, bila masa aku tak serabut ek ?
Harini pasal kena ikut format journal article pulak. Definitely, each journal has their own format. Actually, I typed my article using Latex (wiki) which tedious and have a lot of commands but really useful when the article contains a lot of symbol and formulas. For example :

Code:
\begin{equation} f(k;\lambda)=\frac{e^{-\lambda} \lambda^k}{k!},\,\! \end{equation}
Produce:


Source: http://einstein.drexel.edu/liki/index.php/LaTeX_Math_Commands

Previously I sent my articles to IOP Publishing which has their own iop style. So, at first I just typed the latest article using iop style. I am planning to submit this article to Elsevier which has their els.cls style. Logically, if I want to use Elsevier style, I just have to change one command at the top of the document. However, I have problem while compiling my Latex document using this style. It seems that my references couldn't be recognized. I have been trying to figure out what is wrong with it since 7pm today. Geram sangat tadi aku pi masak, makan and tetiba tertengok movie I got mail ...Ingat dah lega and dapat ilham camna nak buat, but still...I am struggling right now :(....tu yang kapla sakit, mata pun rasa toing toing nak terkeluar nih....So bila bukak blog, belek2 posting tab, ternampaklah draft entry seperti di bawah ;)

Bila godek2 gambar last month=last year, aku terjumpa gambar ni ....

Yang korang pi tengok garis2 halus tu kenapa :P....Nampak tak yg bentuk bulat tuh?...Hish nak tau camna boleh jadi gitu?

Basuh baju punya pasal la...mana-mana yang kena handwash aku tenyeh guna tangan je...terlebih tenyeh or memang banyak baju nak basuh or kulit ku yang nipis, maka tersiatlah kulit jari ku.....Pedih tau, dahlah banyak cucian lagi.
berparutkah? Hilang hantaran 10 000.................opss 1000 ;))))))))).........

Penat n pedih mencuci, kita pi masak ya. Memula buat ala2 sambal tumis, then curahkan je lebihan creamy pasta haritu hehhee

So...lunck pack siap...jom pi uni.....

Kerja banyak kan, so aku balik malam. Takut nak ikut jalan biasa, aku ikut jalan lain nak pi tunggu bas...jalan yg sunyi huhuhu...seriously...aku sorang je kat situ. Siap fikir, ada ke tak bas malam tuh....

Nilah jalan yg biasa aku guna nak pi tunggu bus ni, tapi sebab dah malam sangat n sunyi sepi, aku takut nak lalu jalan tu seorang diri...ye la kena lalu yg kawasan gelap yg kat hujung tu la...ala2 tunnel...seram....


Tu lah, konon nak ikut kawan pi makan2, tapi disebabkan my programming hampeh+result hampeh..so kena balik lambat n kena masak jugaklah...Luckily aku still ada lebihan marinated beef haritu ...Balik....sliced the egg plant thinly and grilled the beef and followed by the beef...sambil tunggu beef...cuci salad, and curah balsamic vinegar......so jadilah beef steak+grilled egg plant+veges


Dua hari lepas tu kan aku pi Westfield...ala hari yang terbeli silikon bakeware in previous post.


So share dengan kanda beli red lea roasted chicken for lunch. So for dinner I had the leftover chicken dengan aksesori tambahan ;)...On 11/12 aku n housemate buat choc brownies...dialah nak perabihkan tepung. Esoknya aku masak daging masak merah+telur dadar for dinner. Ingat nak dinner dengan housemate tapi asyik pi 'dating' je dgn bff almost every nite. Tapi kebetulan ada adik ni datang nak makan brownies. So aku ajak adik ni join aku dinner. Dia macam terkejut bila suap lauk tu...hehhee mesti tak kena pada selera dia. Aku ok je ....dan jadilah bekal aku pada keesokan harinya.


14/12 kan tragedi yang aku terbeli oporto yang ada bab* tu.....So aku terpaksa pulak membeli kebab huhuhu.....On 16/12 aku guna je instant rice yg kawan aku bagi haritu. Perasa mexican kot...so aku tambah sliced roasted chicken haritu....jadilah my lunch pack


Malam tu kan pi Malaysian hall, dapat makan nasi briani hehehe.....Esoknya makan nasi dagang kat rumah kawan pulak..rezeki makan free kan.............

Wednesday, January 11, 2012

Susahnya nak cari referees

No No No....not football referees ok....

This is about finding referees for journal article.. Normally the publisher requires 2/3 referees or reviewers. Itupun sampai tension nak cari. Inikan pulak nak cari 5 orang okay.....

Bukan apa, adakalanya saya rasa orang tulah yang paling relevan dan sesuai nak jadi referee for my article. Tapi bila cari info pasalnya punyalah susah. Ada yang gagal dikesan his contact details. Ada yang hanya ada email address. Ada juga yang tak update his current address. Misalnya dalam biodata di Leeds Uni. Bila cari staff directory tak jumpa pulak. Setelah google beberapa kali, rupanya dah pindah ke Rice Uni...Grrrrrrrrrr.............Tu kira masalah kecik tapi remeh. Yang parahnya, bila check his latest publications...alamak, dia dah lama tinggalkan area tuh, misalnya he got new research interest...............

Hish daripada aku membebel, baik aku pi cari referees kan...
Tapi camna nak cari bila spv suruh baiki my 4th paper...tapi atas meja dah bersepah references and calculation for 5th project sambil mengadap my programming code that takes too long to execute....

Apa-apapun
bak kata my friend " kita layan je",
bak kata my x-housemate, "dinikmati aja",
bak kata kanda " bulldoze je"....
kalau bak kata aku " jom rehat...sambil blog walking ;)))) "

Monday, January 9, 2012

Masak-masak bulan Disember

This is scheduled post...
Sebelum saya tayangkan hasil masakan saya, haruslah saya tunjuk dulu sesi
makan free :)...kawan minta temankan dia bawak kawan dia jenjalan sekitar tempat kami. So dia nak belanja kawan dia, dia kena gak belanja saya jugak kan...rezeki saya :)...

Manggo lassi
Sizzling tandoori chicken...berasap you

nan bread stuffed with tandoori chicken and cheese....

satay prawn pizza...yang ni bukan makan free ya...kami share kot...

Sesi masak sendiri bermula ;))

beef steak and potato salad
+asparagus for dinner...a bit dry huh wpun only 3-5 minutes grilled for each side...tapi rasa tetap sedap :)

Tulah kena buat sendirilah, haritukan tak join the bbq gathering at out accommodation. Then, beef steak again with leftover potato salad+tomatoes for lunch the next day....gravy tu aku just curah susu je dalam fry pan yg ada lebihan steak juice hehehe..tak kuasa nak letak tepung..tu yg cair semacam hehhee

malam tu...telan kerabu manggo halus bebeno..tiada sos ikan guna juga sos tiram hahaha...

Teringin nak makan sambal cili api ikan bilis....tapi rupanya green chili sauce jauh beza rasanya dengan cabai rawit in bottle....banyak komplen ek...habis je aku makan...


Masa kat uni on 6/12, teringin pulak nak makan creamy tuna pasta...hehehe letak je butter, susu, cheese+black n white pepper....nal lagi ummph...letak fried dried chillies...

Kembang tekak pulak nak makan pasta...so ni lunch pack for 7/12.....


Konon je lunch pack for opis...sesudahnya, makan kat rumah je hahhaha. Then petangnya ngegada sangat nak churros...terlebih telur, maka adunan cair selain bau telur hahhaha...............

Saturday, January 7, 2012

Sambal organ dalaman

Organ dalaman ayamlah, takkan manusia pulak...nanti jadi macam Amy Mastura si penanggal tu, jilat jari tuh ;))...........

Aku dah lama teringin nak masak ni. Jumpa menu nih masa gatheringlah. Tapi manalah nak cari internal organ pulak. Kebetulan, jumpa pulak chicken liver and gizzards at red lea masa p westfield haritu....Apalagi, I bought a handful of each lah :)....Masalahnya, bila call tuan empunya resipi, memanjang tak angkat phone. Takpelah....

Maka on 4/1/2012, aku bantai je resipi sendiri for sambal hati n pedal. Memula lumurkan organ tersebut dgn garam kunyit dan goreng. Tutuplah fry pan kan, nanti tak pasal2 berlaku loncatan hati ayam, kalau tak hati kita yg sakit coz tangan n muka bertanda melecur kena percikan minyak hehehe...Sambil tuh tumbuk bawang besar sebiji dan kemudian tumis. Masukkan 1tbsp minced garlic, 1 tbsp ginger powder and 1/2 tbsp lemon grass powder. Kacau sehingga naik bau. Masukkan bancuhan 4 tbsp chili powder+1/2 mug air. Hah tumislah sampai pecah minyak. Masukkan 1/4 tbsp serbuk belacan, 1 tbsp oyster sauce dan gula dan garam secukup rasa. Nak lebih kick..tambah 1 tbsp honey. Kacau perlahan hingga masak or kuah pekat. Sambil tu hiris hati n pedal yang dah digoreng dan finally gaulkan dalam sambal.....

Apa rasanya????
Pada aku dah cukup sedaplah. Rasa hampir nak sama macam yang aku pernah makan. Tapi terpulanglah pada taste bud memasingkan. Kot kalau korang buat guna resipi ni, korang tak suka pulak kan....Kalau guna fresh garlic n ginger n lemon grass, pasti hasilnya lebih sodap. Orang malaskan...banyak guna yg powder, takpun ready minced hehehe. Tak boleh bagi sukatan garam, coz garam Oz ni pelik sikit...kurang masin kot.

Sebelum tu on 02/01/2012, aku teringin nak makan sup panas. Malas nak menumbuk bagai, maka aku guna je la pes soto segera. Indo mari....Tapi rasanya pelik...so aku adjust tambah serbuk fennel, cumin, black n white pepper hehehe...Esoknya, nak kasi meriah utk lunch pack, maka aku tambah sawi.....siap buah kuah kicap tuh

Tapi sesudahnya aku tak pi uni pun hehhee......Bila rasa dah kembang tekak asyik makan sup, maka malam tuh aku masak asam pedas ikan yellow tail.....abaikan je la ikan yg hampir hancur aku kerjakan

Tapikan...pes segera adabi tu dah expired. Luckily tak sakit perut....Psst siap ada sambal belacan you. Mana dapat belacan? Guna serbuk belacan segera lah hehehe..........