Saturday, June 29, 2013

What to do on the weekend?

Last week
Perancangan awal hari Sabtu nak pi ofis awal, then petang terus pi pasar malam.
Tiba-tiba  kawan ajak pi One utama pulak, tapi petang la.
Kerja banyak, shopping punya pasal...aku sanggup ;)
So, ubah plan kononnya siapkan kerja di opis, then baru pi One Utama.
Sesudahnya, dok ngadap kerja kat rumah, then tengahari baru pi opis.
Tapi semata-mata mengadap tenet dan lunch je. 2pm balik coz ngantuk hahhaha.....
Dah 5.15pm baru tergedik2 nak pi One utama hahahha...........

Dapatlah merasa Chillies for the first time. Tapi, malu la nak snap gambar hehehhe....
Then, pi Ikea, mencari side table and bulb for floor lamp....
Sampai rumah 12++ pm kot....penat gilos..........

Esoknya barulah kita memasang meja. Nak yang brown black, tapi takde :(..putih pun putih la walaupun tak match hehhehe


Tu dia semangat tu keluarkan screw driver.....


Alih2 tak guna pun hahahhaha.........

Bangga melihat my DIY table ;)...........


 This week
I supposed to go back to my hometown this week, unfortunately something happened. So, I have to stay here instead. Things happened for a reason, so today I can rest properly here :).

Petang pi cut/wash my hair, then singgah pasar malam mencari buah, sayur dan nasi kerabu.

Owh...I ada beli bunga you.........RM43


....nampak real kan.......


Harini, dah rehat sakan...esok kena pulunlah buat kerja ya...


Thursday, June 27, 2013

I love you

Semalam sayup2 kedengaran ...
"I love you ... "
"Eh! dia dah kahwinlah...."
"Belumlah, cik kan..."

Dalam hati ada bunga....walaupun mungkin ada yg benci, tapi ada juga yg faham my 'way'.

Harini with colleague ketika meeting

Me : Nanti you all lah kena handle ...( If we really ikut dasar baru)
..................
Dia : Tanya lah boss tu (dengan nada yang cuba dikawal)
................
...............
...............

Dia : Takkan you all tak boleh handle. You all boleh kan.....(dengan suara agak bengang)

Me : ..............( buat tak dengar )

Tapi dalam hatiku
 "Bukan boleh tak boleh, 
Tapi layak tak layak. Kami rasa bersalah
Lagipun, ko buat, kerjaya ko berkembang. 
Kami buat, we got nothing !!!!!!!!!!"


Tuesday, June 25, 2013

Sendat???? Rabun?

Kejadian semalam
Dah iron baju sesiap.
Bila sarung kain, rasa semacam.
Sesuatu terlintas di fikiran
Hmm...tak mungkin..nehi...nehi, last month ok je...
Bila tarik zip, eh....eh....kenapa tak boleh tarik sampai atas huwaaaaaa....
Kalau boleh tarik zip pun...bolehkah jalan kepit-kepit macam pompuan jopun
Sedarlah diri ya....your current weight is 52kg...yup over 50kg!!!!!!!!
Ya...sukar untuk terima hakikat!!!!
Ukurlilit badan, pinggang, lengan dan peha dah bertambah-tambah incinya.
My orange peels are so obvious that I do not even need to do the pinching test
Maka, carilah baju lain and iron lah......

Rabun or tak kisah?
Kejadian hari ni....
Sambil beroperasi di dalam toilet,
jelas kedengaran suara
"luruskan barisan"
"Angkat tangan"
"Turun"
Ulang lagi.....
Bila ku keluar rumah
Ku lihat murid2 berlompatan dan berlarian di padang.
Cikgu? cikgu ? Rabun kah?
Jerebu kan makin teruk kat sini........

Monday, June 24, 2013

Latest API in Malaysia

Patutlah makin semput...makin bertambah IPU :(...

At about 7pm: the smell of smoke turned to the annoying smell of anti-mosquito fogging
As a result = mode loyo dan poning den........

My biologist friend said that " ni sebab banyak benda terampai'....
Alamak! I lupa maksud that science jargon
...terus I bayangkan bendasing terapung-apung di udara ;)

Untuk semakan :

http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx


Somput....

Jerebu makin teruk di sini starting from yesterday :(.

Semalam di rumah dah mula sakit tekak dan batuk2...

Harini pi kerja, bau asap je la. Dada sakit ...memang susah nak bernafas...somput.

Sunday, June 23, 2013

Bulan mengambang di kala jerebu

Nampakkah bulan malam ini?

Yup supermoon phenomenon during  haze red alert.........

From kosmo online:

Fenomena bulan paling hampir ke bumi yang dikenali sebagai Preigee atau supermoon akan dapat disaksikan di seluruh dunia malam ini.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam berkata, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.
Katanya, orang ramai akan dapat menyaksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi pada jarak 356,989 kilometer.
Kenyataan itu menyebut, keadaan itu berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur, bukan berbentuk bulat sempurna menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan.
Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer.


Bulan luarbiasa or biasa or tak nampak....malam ni kita perlu menyambut malam Nifsu Syaaban....
Nisfu Syaaban berlaku pada pertengahan bulan atau 15 Syaaban dalam kalender Islam iaitu pada esok hari (http://beritasemasa.com/malam-nisfu-syaaban-2013).

Antara Amalan Nisfu Syaaban 2013?

  • 1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
  • 2. Melakukan Qiamullail.
  • 3. Berpuasa pada siang harinya.
(http://beritasemasa.com/malam-nisfu-syaaban-2013).




Saturday, June 22, 2013

Bila rasa rindu nak masak ...

Entri lama bertarikh 29/6 which was only published on 14/7/2013...back dated hahhaha

Ni masakan pertama I di kampung sejak I kembali dari land down under.


Lama dah...berbulan-bulan dulu. Ikan siakap stim....tapi I rebus je hehehhe


dan sayur campur sos tiram. Lawak je bila my nephew rasa sikit ikan tuh and suruh simpan untuk dia makan lepas balik sekolah. Sayur tu pun rasanya 60% dia yang makan...Apa maknanya tu?????

Dan minggu lepas, tetiba teringin sangat nak masak. Tambahan pula bila puasa kan, mengidam tu lebih sikit la even though just for simple food. Maka habis je kerja around 5pm on Monday, I rushed to the supermarket. Dah 6.40pm baru sampai my house area, rasa tak larat pulak nak bersilat memasak. Maka, singgahlah pasar malam. Beli je la nasi tomato. Akhirnya, on Tuesday...Alhamdulillah, dapatlah I berbuka puasa dengan black pepper chicken+veges hasil masakan sendiri sambil menonton Teduhan Kasih.....


Ya, nasi tu nasi tomato hehhehe...leftover from previous day break fast :). Ya, saya memang kedekut tak suka membazir...Selagi boleh makan, I akan makan.......

Memang semasa jadi student di land down under, selain window shopping, cooking is my therapy. So happy sangat malam selasa tu bila dapat masak. Apa taknya on the day, memang I serabut dengan my course plan. I tak tahu nak buat camna. Tak tahu nak tanya siapa. Tanya boss, instead of explaining she asked me to search the internet. Masalahnya, I lagi confuse bila browse the internet. I just wonder why my boss didn't provide us with the standard format. Even worse, after our conversation she sent email to everyone  to remind us to handle the course properly according to the participant level.  My colleague either bz or not around. Ada pulak yang I minta contoh, tak balas pulak my email. Tak pasal2 meleleh juga air mata dek penangan kerja....Memang, semasa tu memang I totally berdoa and berserah kepada Allah. Tetiba je, out of sudden, my colleague datang minta tolong I buat 'pengagihan kawasan untuk customer' coz I knew that area better. Lantas, I terus tanya dia pasal that course plan, after all he have handled that course before. Oklah..apa yang I bantai buat tuh, samalah seperti apa yang dia pernah buat.....Dah puas hati, I sent the course plan to my boss. Then, my boss my called me to ensure about my plan...pulak dah grrrrrrrrrrrrr. Walaupun, I kata ia boleh dilaksanakan, tetiba I jadi cuak pulak, Maka terpaksalah I google di sana sini again ....

Semasa tengah penin tuh, datang pula kawan yg lain. Maka, dia tunjukkan rujukan yang biasa mereka guna pakai.....Maka, cepat2 lah I betulkan my plan dan hantar new version kepada my boss. I siap senaraikan juga beberapa kemusykilan............

Then, I have to attend 3 days course starting from Wednesday.....It started at 8.30am and finished at 4.30pm. Tapi I lambat pulak selain parking space problem. Tak pasal2 I kena sindir 2 , 3 kali dek penceramah

"Saya hanya jawab soalan those who come earlier, saya tak dapat entertain saya yang datang lambat"

Ada ke aku tanya soalan semasa itu ??????? Teruslah aku rasa tak down :(.........

Ada 2 orang lain datang lagi lambat dari aku, idoklah kena sindir ..............

Sekali lagi sebelum kursus tamat for that day, aku terasa............Padanlah muka I kan ;)...

"Esok datanglah awal lebihkurang 8am, boleh kita sembang, janganlah pukul 9 baru datang"

Geram dengan Speaker, pening dengan course plan lagi. My boss rasanya tak faham apa yg I tanya. At last I buat appointment on Thursday late afternoon je la senang hehehhe. Tapi kena rushed from the workshop lah. Settle pun .......

Ha yang ini pulak bolognese pasta, tabur parmesan and japaleno yumssssssss...





Friday, June 21, 2013

Bunyi apakah?????????

Pagi tadi, aku terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi berdenting kuat. Terus aku berdebar-debar. Tapi sukar sangat nak buka mata. Memandangkan beberpa tahun dulu, rumahku pernah dimasuki pencuri, dan aku tak larat nak buka mata walaupun aku terdengar bunyi, maka kali ini aku memang kuatkan hati nak buka mata. Pandang keliling bilik, tengok jam 3.46am dan terus duduk. BUnyi apakah tadi? Macam bunyi kepala kipas berdetik apabila di pusingkan sampai habis...tapi kipas ok je. Terus aku terfikir...entah2 ada orang cuba buka potong grill. Tapi aku tetap tak berganjak dari katil....takut la....Manalah tau kot ada sesuatu menerpa dari tingkap.

Bila ada kekuatan baru I bangun dari katil dan melihat apa2 yang boleh dijadikan senjata...Pulak dah. Takde pun kayu. Dedulu memang ada batang penyapu. Aku hampir nak cabut kepala floor lamp ikea, semata-mata nakkan batangnya...tapi malas pulak nanti nak pasang...hehhehe sempat fikir malas tuh. Apa yang aku jumpa hanger je la.....ya hanger plastik....

Kuatkan hati, pi tepi tingkap...selak-selak langsir. Alhamdulillah, tiada apa2 yang mencurigakan di luar dan grill pun ok.......

Maka,  I sambung je tidur walaupun dalam ketakutan......

Bila I bersiap-siap nak pi kerja lebihkurang 10.45am....I terperasan sesuatu di lantai....Nak tau apa?????
CICAK!!!!!!!!!!!
Ya cicak mati tanpa ekor ........
Ekornya kat mana????
Di celah-celah my hair dryer wyer.......grrrrrrrrr
Maka terpaksalah I mengutipnya....
Geli betul bila kutip cicak guna tisu dan terasa-rasa perutnya yang lembik...ewwwwwwwww
Lantas terus ku campak n flush dalam toilet........

So, kesimpulannya bunyi yang aku dengar this morning adalah bunyi cicak terkena kipas....

Tuesday, June 18, 2013

Makan-makan@ Nilai

 Bila dah membebel..dah tersebar aura negatif kan.
So kena cepat dapatkan aura positif hahhaha...
Apa caranya?
Be happy....
How?
Talking about food ;)...


Tu dia..ada coconut shake, ada mee ketam+udang RM13


 Ada nasi kukus, gulai kawah...(tak ingat harga)


 Ada sup power (RM6)...


 Beli di mana????
@ MMA santai cornerlah

Bila waktunya?
Tak tahu...petang ke malam kot....

Macam2 ADA....
Burger bakar abang burn pun ada tau....







Mari mengamuk ..eh.....

Peliklah....organisasi sikit punya besar tapi facilities yileks.........

Ada tu ada...tapi tidak disediakan
Padahal dulu all were provided.

Apa guna pindah tempat baru, tapi kemudahan tak lengkap
...hmm sangat tak sesuai dengan organisasi.

Sapelah tak hangin pepagi.
Dahlah benda tu amat penting untuk kerja, tapi tak disediakan.
Kalau nak guna gak, kena isi form buat permohonan.
Takkan kalau hari2 nak guna, I kena isi form hari-hari?
...selama 6 bulan? Selama setahun????
Then kena bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan....
Katanya kalau nak selamat, I yg kena bawa hari-hari....
Orang yg uruskan alat tu sendiri kata, takkan dia nak angkat barang tu hari-hari.
Habis tu takkanlah I yg nak angkut hari-hari keluar masuk kereta?
Laptop lagi....
Sesudahnya tukar kerjaya jadi balaci angkat barang....

Kalau kereta kena pecah, I jugak yang kena tanggung.
Logiknya, perlu ditinggalkan ditempat yang diperlukan.
Kalau I tak guna, orang lain pun boleh guna.
Sharing is caring :).......
Orang lain tak guna selama ini, coz depa tak tahu atau malas nak go thru all the procedure.
Soalnya, depa yang menguruskan alat ini dah ambil langkah keselamatankah?
Takkan takde kunci? Terkedu pulak ko...
Takkan baru nak beli kunci?
Takkan tiada allocation money for that?
Nakkah I bertanyakan your boss?
Takpun I go thru my boss?
Or how about our big boss????
Katanya kalau kunci pun, orang tetap boleh potong kabel.
Kalau dah begitu, apa gunanya security guard ya????
Kalau begitu beban kerja kami makin luas
...selain kerja hakiki, perlu jadi pengangkat barang dan juga pengawal keselamatan....

Berani juga...depa dok cakap pasal kerja ikhlas tak ikhlas.....
Jika tak ikhlas bekerja,
jika tak mahu menghasilkan produk yg terbaik
...I takkan bersusah payah buat semua ni...
Tapi kalau semua I perlu buat, korang2 makan gaji buta kah????