Thursday, June 26, 2014

Ganu vs Kelate

Hari Isnin aku pi beli nasi dagang. Kali ini aku cuba pastikan untuk meminta acar. Tak naklah jadi macam sebelum ini, semacam kurang sesuatu tanpa acar. Alih2 aku yang mendapat malu, bila si penjual menyatakan yang ada acar tu nasi dagang Ganu. Hok ni nasi dage Kelate.....

Disebabkan teringin jugak nak makan acar dan nasi dagang, maka aku buat sendiri. Gigih mencari carot dan membeli cuka pada lewat petang Isnin. Maka, dinner malam itu ......




Tuesday, June 24, 2014

Jagung kering Jagung basi

Sudah lebih 3 minggu di dalam peti sejuk, hampir menjadi jagung kering.


 Maka, di petang Ahad selamat menjadi bubur jagung. Malangnya aku terlupa untuk memasukkannya di dalam peti sejuk. Maka, jadilah bubur jagung basi :(........


Buang sana sini....

Kucing yang bertandang ke rumah I suka sana pancut sana sini terutamanya pada barang-barang yang I letak di porch untuk kitar semula. Dah namanya binatang kan, apa dia tau....

Ni kalau manusia, camno?????
Pagi I telah dicemari dengan TERLIHAT si Bangla pekerja landskap elok je meman*** pada tiang pintu gerbang di Taman Perumahan kami....Punyalah luas semak depan tu dia tak mau pi, nak jugak buat tayangan free tepi jalan grrrrrrrrrrr.........Spoil my day la!!!!!


Saturday, June 21, 2014

Kasihan wanita itu

Terkejut mendengar suami wanita itu main kayu tiga.
Simpati mendengar wanita itu telah diceraikan.
Sakit hati mendengar selama ini wanita itu telah berkorban segalanya
Membiaya pengajian si suami,
Menanggung semua kos pembinaan rumah,
Membayar semua bil.
Malah menyumbang untuk keperluan keluarga si suami.
Hmm...itulah lelaki bila sudah selesa.
Tiada lagi rasa tanggungjawab.

Kasihan wanita itu tidak semua tahu kisahnya.
Biarlah rahsia.....
Dia pasti ada sebabnya.
Tapi sampai bila?
Suatu hari akan terbongkar juga.

Bila orang yg rapat dengannya tersilap kata.
Orang yang mendengar hairan ke mana perginya si suami.
Kasihan wanita itu jadi kelu seketika.
Kasihan wanita itu terpaksa berbohong,
si suami ada urusan di luar negara.
Kasihan wanita itu ramai pula ingin tahu
di manakah tempatnya.
Kasihan wanita itu terpaksa mereka cerita suaminya ada urusan bertahun-tahun...




Thursday, June 19, 2014

Bahaya dan aib

I don't understand why certain people never change. In fact makin teruk. Menipu dan mereka-reka cerita sebagai sebagai makanan. Tutup sana gali sini. Tak terfikirkah mungkin membahayakan dan mengaibkan diri sendiri dan orang sekeliling. ..Insaflah

Saturday, June 14, 2014

nyah sakit

Shoosh....shhoosh....tolong pergi.
ADUH mmg tak tahan.
Bukan selesema teruk
Tapi dah 14 hari
Bukan batuk teruk
Tapi dah 8 hari
Tekak tu rasa di geletek sentiasa
Sakit kepala biasanya di tengahari atau mlm
Senja semalam tetiba je macam sesak nafas
Terbatuk2 la semasa solat
Dah p klinik last wednesday
Mkn ubat malam je la
Yelah baru terhegeh2 nak ganti puasa
Lagipun kerja kan
Walau dah minta ubat yg tak buat sleepy but still sleepy juga

Ubat selesema, radang tekak dan lozenges.
vitamin C pun ada. Cuma tak ambil gbr




Tuesday, June 10, 2014

Alone and lonely

After nearly 2 weeks full of fun and laughter; screaming, sulking and crying; memorable, enjoyable and exhausting trip and not to forget indulged in various food......
Now back to 'reality'....alone, lonely and busy like a bee......
Yup busy...I had my lunch at nearly 4pm yesterday...
Tapi ni sempat pulak update blog kan...hilangkan stress after meeting with customer

Friday, June 6, 2014

Penat dan Puashati

Siapa kata bercuti itu untuk berehat?
Siapa kata bercuti itu untuk mencari ketenangan?
Siapa kata bercuti itu menyeronokkan?

Biarlah perjalanan mencabar dalam tempoh yang lama
Biarlah jalan sesak dan aliran trafik yang perlahan
Biarlah mendaki menuruni bukit berliku dikala hujan lebat
Biarlah susah untuk memakir kenderaan
Yang penting orang-orang tersayang dapat menikmati keindahan Malaysia dan bergembira.

KEGEMBIRAAN DAN KESERONOKAN KELUARGA MENGHILANGKAN KEPENATAN, MELENYAPKAN KELENGUHAN DAN MENIMBULKAN RASA BAHAGIA DAN PUAS DI HATI KITA :)))))

Lost World of Tambun





Cameron Highland
 First stop from Simpang Pulai


House of Lavender


Lavender Garden yang Lavender tak menjadi hahahha



Cameron Bharat Valley
 

Taman Agro Teknologi





  

Sungai Klah Hot Spring

Thursday, May 15, 2014

GOOD GOOD vs STUPID

Lewat pagi tadi, saya beserta kawan A dan B membantu kawan C dalam satu tugas pemantauan kursus. I  thought I perlu bertugas dengan si B, rupa-rupanya si A yang muncul. Haritu si C beritahu kami perlu letak bahan, baru benarkan peserta masuk. Tapi hari ini menurut si A, si C mencadangkan hanya edarkan bahan selepas peserta masuk. I ok lagi. Tapi I agak tersentak apabila si A MENGARAHkan I untuk bertugas di bahagian atas dan dia di bahagian bawah. I tak suka diarah. Kami sama-sama bantu  si C. Kenapa A berlagak boss? Ada beza MENGARAH dan MEMBERITAHU kawan. Lagi-lagi rakan2 yang lebih tua dan senior. So tersentak dan tersentap jugaklah. Memang hari ini I am a bit sensitive coz I sebenarnya tak sedap badan, sakit kepala dan sakit perut. I boleh imagine mesti I ketar lutut untuk turun naik. Tapi I malas nak cakap pulak. So, salah I juga lah. Memang dilema. Antara kasihan kan kawan yang perlukan pertolongan atau melayan diri yang sakit.

Pada I, better I uruskan peserta kanan dan dia uruskan peserta kiri. So, sama-sama perlu turun naik tangga. Then, bila dia terangkan kaedah pengumpulan bahan. I ok je la. Memang selama ini I memang praktikkan cara itu. Cuma I ulang sebut kaedah dari mula peserta masuk sehingga pengedaran bahan untuk tujuan pengesahan. Tiba-tiba kelihatan dia cuba menahan sabar. Dan cakap "Sorry ya, jangan kecik hati". Then, dia ulang sebut kaedah. So, memang betullah apa yang yang I sebut dan faham tadi. Ni lah masalahnya orang yang nak kita dengar apa yang dia cakap, tapi bila kita cakap dia tak mau dengar. So, end up we look stupid since orang yang perasan bagus ni kononnya perlu ulang cakap banyak kali. Apa masalahnya to just say YES and NO lepas dengar apa saya cakap. Kenapa perlu nak sebut pasal kecil hati, kalau dari awal dia tau I dah terasa hati dengan cara dia. So, pls TONE DOWN lah kan. Ni lah antara perkara yang I tak suka bila bekerja, apabila orang rasa dia BAGUS and PERFECT dan LOOK DOWN on people. Kalau sekali dua kali tu boleh je diabaikan. Tapi kalau dah hampir 12 tahun kenal, masih macam tu..???Tapi, macam biasa kalau orang tak mahu berubah, I lah perlu berubah kan. Perkara kecik je kan. Jangan over sensitive and just let it be....Lagipun buruk baik tetap kawan kita juga. Sebab tu dah berbelas tahun masih bersama hahhaha.

Friday, May 9, 2014

Dilemma & Bukan Pilihan

Minggu ini dari Isnin sampai Khamis saya dalam dilemma.
Why?
Antara integriti dan simpati.
Antara etika dan budi bicara.
Ke sana sini minta pendapat.
Rakan sekerja kata begini begitu.
Ketua Unit sukar dicari
Hanya nota bawah pintu dan sms sebagi medium.
Second boss kata kalau dah begitu, begitulah
Tambahnya lagi ...Dah diberi second chance, apa yg berlaku anggap sebagai penalti
Saya balik dengan hati yang tak tenang dan fikiran yang serabut
Selepas solat zuhur memang saya berdoa supaya ada keajaiban berlaku.
Saya redha dan nekad, ikut sahaja kata second boss.
Tiba-tiba lebih kurang 4pm ketua unit menghubungi saya
Katanya kita ikut budi bicara
dah dapat kebenaran dari boss dan second boss yang lain.
Syukur...tak perlu pening-pening

Saya sudah lama berminat nak buat satu projek
Sebagai panduan untuk ramai orang
Rupa-rupanya ada orang lain berminat juga
Dia yang menentukan dan memilih ahlinya
Pastinya saya tiada
Ya, saya bukan pilihan
Ya, saya perlu sedar siapa saya
Ya, saya perlu tahu di mana kedudukan saya
Terima kasih kerana buat saya sedar diri....