Tuesday, May 4, 2010

Kita rujuk dengan yang arif...

Bila hidup diperantauan ini, kita kena kuat, tabah dan bersedia dengan sebarang kemungkinan...Tapi, adakalanya rasa nak balik ke pangkuan keluarga je...

Semalam dan pagi tadi saya berkesempatan berbual dengan my housemate.
She just came back from Indonesia yesterday morning. Alhamdulillah dia sempat balik ke sana sebelum bapanya meninggal. Actually, bapaknya memang dah tua 80 tahun n ada tumor dalam hati rasanya. So, selalulah keluar masuk hospital. Pernah sekali my housemate nak balik sana bila dapat tahu bapanya masuk hospital, tapi tak jadi. But last 3 weeks dia balik jugak. Rupanya dia dah rasa something bila dia termimpikan bapaknya. Malah adik beradiknya pun bermimpi seolah-olah dapat petanda di malam sebelum bapaknya meninggal.

Alhamdulillah dia sempat menjaga bapaknya selama 2 minggu di sana. Bapanya meninggal dunia pada 24April, jam 10.45am iaitu dua hari sebelum tarikh dia dijadualkan balik ke sini. Arwah bapanya seolah-olah tahu itulah hari dia akan pergi apabila menyuruh jururawatnya pulang. Malah dua minggu sebelum itu, bapanya telah bercerita mengenai kawan-kawannya yang telah meninggal dunia. Memang tegak bulu roma bila dia kata, bapaknya bertanyakan siapa yang di sebelah dia. Tapi dia kata dia hanya bisikkan Allah ditelinga bapaknya, tanpa menoleh ke sisinya.

Banyak perkara yang pelik berlaku setelah bapaknya meninggal. Mungkin petanda apabila orang alim meninggal, wallahualam. Sebelum bapaknya meninggal banyak kesan merah ditangannya kerana masalah arteri, tapi kesan tersebut hilang setelah bapanya meninggal. Malah, laluan dari rumahnya hingga ke tanah perkuburan tidak ditimpa hujan walaupun kawasan sekelilingnya hujan lebat.

Bapaknya memang guru/ulamak yang disayangi ramai, maka tidak hairanlah ramai pelajarnya yang mengiringi jenazahnya. Sewaktu sakit pun dia masih menulis/menterjemah buku bahasa arab untuk pelajarnya. Dia sempat menterjemah 4 dari 5 jilid buku tersebut, manakala 4 bab sahaja untuk jilid terakhir. Sebab itulah, housemateku berjanji untuk mempelajari bahasa arab walaupun dia sudah tahu asasnya demi menyambung tugas bapanya. Mungkin dia juga boleh meneruskan menulis biografi bapaknya...insya allah.

Adakalanya ada antara kita yang mengadakan kenduri tahlil selepas 7 hari, 40 hari dan 100 hari kematian. Bila ditanyakan mengenai majlis tahlil...rupanya keluarga mereka tidak membuatnya. Mereka mengikut saranan arwah bapaknya supaya kembali ke Al-quran. Kebetulan tadi my sri Lankan housemate memberitahu amalan buddhist memberikan makanan kepada golongon tertentu selepas 7 hari kematian. Maka, my Indonesian housemate berpendapat amalan 7/40/100 hari tersebut kesan dari pengaruh agama lain....Elok juga kita merujuk kepada yang mereka arif dalam hal bertahlil dan/atau kenduri tahlil ini, daripada membuat andaian sendiri.

5 comments:

  1. my nebor org indonesia, baru2 ni ayah mertua dia meninggal di jakarta. nebor den buat kenduri 7 hari 7 malam berturut2, sampai tak larat nak makan2 kat rumah nebor ni. Den pun cetek ilmu agama ni, tapi rasanya bukan perkara wajib pun nak buat kenduri tahlil ni kan.......waallahulam...

    ReplyDelete
  2. Salam Fairy,

    Akak ada bapak angkat yg rajin merujuk kitab2 agama ni, sebetulnya dalam Islam memang takde kenduri 7/40/100 hari tu. Tapi kita ni dh macam satu kemestian lak. Macam jugak org kahwin dlm Islam hanya mewajibkan nikah tu je, dan kenduri sekadar hendak memberitahu yg kita ni dah nikah tapi sekarang kalau boleh 1 malaysia nk kena bagitau, hehehe

    ReplyDelete
  3. al fatihah..rajin kamu dik melapis..okeylah tu.

    ReplyDelete
  4. Kaklia, sampai 7 malam berturut-turut ke ? Tulah lain tempat lain pulak amalannya. Ada yang 3 malam berturut je, then tahlil lagi selepas 7 hari. Saya pun memang kurang ilmu pasal perkara ni. Tersentak jugak bila housemate saya cakap pasal tuh.

    kak aidah,
    Terima kasih kak kerana share info pasal ni. Kebiasaan yang jadi amalan dan akhirnya jadi kemestian pulakkan...Tapi bab kahwin tu hehehe..raja seharikan, kenalah umum pada rakyat jelata :).

    Kak ina,
    Saya jadi takut dan risau pulak. Selepas bapak kawan saya, blogger Hisham pulak...Alfatihah buat mereka. Mana tau esok lusa saya pulak...Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk membuat kebaikan...

    ReplyDelete
  5. ye cik fairy, 7 malam berturut2, siap pasang khemah lagik..hehehe...

    ReplyDelete