Monday, July 5, 2010

Tak suka orang selfish

Sebelum aku membebel pasal selfish ni...layan je la dulu, makhluk-makhluk yg suka makan fish ni...
Kenapa membebel ni????? Biasalah dengan perangai manusia yg pelik-pelik ni...

Well, haritu punya trip bengang dengan orang yg selfish n sangatlah kedekut bukan sahaja dengan duit, malah cameranya. I mean kalau kita pi sesama, tak kisahlah nak share makanan pun. Yang peliknya, kalau makanan kita dia makan, malah tak sabar2 nak habiskan walaupun kita ingat nak simpan lagi. Dia punya makanan hmmm......ada kami rasa ke???? Lagi kesian ada adik tu dah belanja kami mocha ngan choc cake, then belikan donut for breakfast n belikan sauce for lunch....tapi bila adik tu nak tumpang camera si kakak ini n nak menengok kembali gambar yg dah di snap...bole minah ni tak bagi. Bateri camera aku pun dah weak, tapi adakalanya aku tolong gak snap gambar adik tu n tunjuk hasilnya...tawakal je la kan. Yelah kita pergi sekali tu je..klu boleh naklah gambar terbaik. Pulak tu, bila adik tu nak pi pantai dia tak nak, padahal dia pi shopping lelama tu boleh pulak...tak ke selfish ke namanya...

Lagi sedih n bengang, masa kat airport...Yelah, kalau dah flight pukul 8.55, takkan kita awal sangat 7.30am nak pi boarding area tuh. Lagipun bukannya ramai orang pun. So, bila dah check in, aku belum la lagi nak masuk ke boarding area tuh...takkan aku nak buang jus dan buah aku. Baik aku perabih dulu...Dia tak sabar2 nak masuk. So, I told them to just go ahead..kalau nak masuk, masuklah dulu. I wanna finish my food n drink. Guess what..memang tak sangka depa masuk je n left me alone behind....What??? I just say it....sampai hati kan..........Hehehe, salah aku jugak kan, apahal nak kecik ati...dah aku suruh depa masuk dulu. Tapi nilah first time aku jumpa kengkawan yg sangat selfish...Padahal, memang kena tunggu gak dalam boarding area tuh hahaha...lagipun bukannya jauh cam KLIA tu sampai kena naik train. Ni kat bilik sebelah je hahaha...belakang kaunter check in.

Trip kali ni pulak, pun ada gak manusia pelik...dia takde masalah ngan camera dia, tapi nak tumpang camera kita. I pun tak kisahlah, kita take turn guna camera masing2...Tapi memory card aku dah full, tu yg aku kena buang gambar sesikit. Tapi dia gedik jugak nak guna my camera. Not only that suruh ambil banyak kali. Bila time aku punya turn...memory card full sekali lagi. Bengang tak, dia tak mintak maap. Lagi bengang buat muka selamba. Masa dia sibuk posing ngan camera dia pulak. Kita terkial nak mendelete gambar....Bila kita ambil gambar kat satu area tuh..kadang2 kita nak ambil gambar sorang, dia suka sangat nak nyibuk nak join sekali..padahal bila dia sorang, takde pulak kita nak nyibuk. Lagi bengang bila kita dah ambil gambar depa, patutnya turn depa lah amik gambar kita kat situ..boleh depa tinggal kan je kita kat situ terkulat2........Ingatkan buat perangai sekejap je, hari berikutnya pun buat hal lagi. Dah tau my camera battery already weak, still nak tumpang camera I, padahal dia berlagak dia ada bawak extra battery for her camera. But still, layan je la. My camera pun pelik, kejap 1 bar battery, kejap 2 bar battery. So, masa on the way home, aku pun saja tangkap gambar sunset and memang battery sign blinking. So, aku cecepat switch off the camera. Sebab bosan, aku try bukak balik..ok pulak. dah tau takkan ambil gambar lagi...aku pun tengok balik gambar2 yg telah di snap. Boleh minah tu cakap- tahan lagi batteri kamera akak ya....Apasal nak sindir2 pulak. Bengang la kot, coz aku tak kasi sangat dia guna sangat my camera...lagipun dia ingat aku tipu la tuh. Lantaklah la kan janji I'm telling the truth.

Kenkadang kita suka suka gambar candid, tapi dia purposefully kacau dengan berposing...Not only that, bila kita nak capture certain moment, yg kita rasa menarik...dia boleh tetiba melompat depan my camera....sakit hati!!!!!!!!!! As a result of course I miss that moment...yg nampak hanya gambar kapla dia...Come on u r not 7 or 17 anymore, but 27...tak fikir perasan org lain. Hmm..tapi mungkin aku pun camtu gak...dah 30an tapi masih terlompat2 n terkinja2 lagi yg buat orang heran jugak kot..

Pasal gambar pun satu hal, kalau dia suka gambar dia besar2, tapi tak nampak pemandangan..tu suka hati dia lah. Ni bila kita dah setkan camera, dia tinggal nak tekan je...still nak ubah2 jugak. Sesudahnya amat sakit hati, bila tengok gambar dia yg kita ambilkan oklah ada gambar dia dari hujung kapla ke kaki dengan pemandangan sekali...Bila tengok gambar kita, dahlah dekat sangat, kaki tak nampak...pemandangan yilek!!!! Padanlah muka aku kan, sape suruh dia. Next time kenalah beli tripod........kalau tak jadi ke, tak puas hati ke kat diri sendiri je. Psst....adakah aku jahat kalau aku pi delete gambar dia tuh..wakakaa...sebab tak puas hati gambar dia yg aku tangkap tu cantik.

Pulak tu, guna barang kita...punyalah lama, sampai kita kena jemput pulak. Bila kita dah guna, mintaklah dia hantar ke dapur, in case orang lain nak guna...coz I nak bersiap, boleh dia kata dia dah malas nak ke dapur....Tapi at last, pergi jugak ke living room yg sebelah dapur tuh...Sebelum tuh tak tolong basuh pinggan/periuk pun. Dahla lambat kuar nak menolong ke dapur, alih2 sampai je dining room terus ngap makanan dulu. Aku yg dok mengadap memasak menyiapkan makanan tu pun tak sempat nak ngap lagi. Tatkala orang lain sibuk mengangkat barang nak balik, dia pulak pi sibuk bergambar..mestilah orang kuat rombongan cik kiah bengang kan, dahlah penat drive, masak etc...Bila disuruh ambil makanan malas. Konon tak lapar lagi. Tapi kesian lah driver dah lapar sangat. Time ngangkat barang makan nak yg ringan je. Tapi dengan tak segannya, boleh dia memula2 makan dulu. Ko iya pun, bagilah driver yg kepenatan dan kelaparan makan dulu. Takpun dahulukan lah tukang masak or bebudak lelaki dulu. Pulak tu, dah makan tinggal je pinggan tuh atas meja, kemas la. Rasanya masa berhenti makan pun kat cafe pun camtu. Tergedik2 minta knife n fork. Tapi tak guna pun. Then, dia boleh biarkan plastic knife atas meja, bukannya nak pi buang. Kat bilik pun camtuh...tisu2 yg dah berguna n ada kesan darah jerawat dia pun, dia boleh biar atas meja...Malulah kalau ketua rombongan check bilikkan...perempuan pulak tu. So, sape yg nak pi kutip n buang...haku jugak. Aku pun satu hal, sanggup pi buang semata-mata tak nak dituduh pengotor...yelah kami share bilik kan. Mana depa tau sape yg buat...depa aim semualah kan. Konon masuk toilet gelilah, rasa nak muntah la bila masuk toilet yg kita dah guna. Kita tak basuh dengan airlah. Mana dia tau kita ada wet tissue or not. Padahal kita sebelum kuar toilet siap dah check banyak kali n lapkan the top of toilet seat . Sebenarnya sape yg pengotor. Takkan I nak guna botol air, then minum guna botol air tuh????? Then dengan kurang ajarnye pi percikkan air dari botol yg dah diletak dilantai toilet tu kat aku...dengan pi sandarkan botol yg basah tu kat kaki aku...

Kan tak baik cakap pasal orang, mengungkit etc....tapi geram sangatlah..menyampah dan tak tahan dengan perangai manusia ni..ish......Tapi, aku kena muhasabah diri gak. Aku pun salah gak. Aku pun bukannya baik sangat. I mean mesti ada sikap n perangai aku depa tak suka. Cara aku bercakap n tegur depa dan tak suka cara depa tu mungkin obvious sangat. Meaning that..aku ni kureng communication skill...tak tahu camno nak tegur orang, kalau kita tak berapa berkenan dengan perangai depa, pepandai la kan cakap elok2..ni so obvious. Tapi susah nak cakap orang tak faham bahasa ni. Buat ikut suka dia je n ala2 muka tembok. Memang bagus take things easy..but sometimes kena pikir gak pasal orang lain. My prinsip is aku tak suka nyusahkan orang, and hopefully orang tak nyusahkan aku gak. Tak kisah orang nak mintak tolong...tolong selagi mampu, tapi takdelah sampai aku yang terkorban.......Rasanya, dedulu aku pernah cakap kan..kalau kawan tak nak berubah, akulah yg kena berubah...lebih sabar dengan orng cam gitu n cuba mengawal diri n memperbaiki kemahiran berkomunikasi...supaya orang yg tak reti bahasa tu, boleh jadi reti bahasa hahaha...

4 comments:

  1. hikhikhik.....sabar sabar ;-). Tapi memanglah kan, kadang2 pelik betul tengok perangai manusia around us, mcm2 perangai pastu sekarang ni I rasa ramai sgt2 yg selfish. For them, they have to get what they want, who cares about other people. It's always me, me, me kan.

    ReplyDelete
  2. hehhe..LG, dah tak tahan sangat, dok pendam dari haritu. Daripada meletus depan dia bila kami jumpa lagi...baik I luahkan kat sini. Yeap u are totally right...their motto is alwiz themselves, but not others....do not even bother what others feel and think as long as they happy n get what they want. If it does not involve other people it's ok...but, in my case it did affect me. Now once I dah luahkan kat sini..I shouldn't think about it anymore. Daripada I merana sakit hati, baik i pikir benda berfaedah...

    ReplyDelete
  3. betullah lilly
    jangan dok buang masa pkirkan dia n perangainya tu

    ReplyDelete
  4. tu la cikgu. Saya ni suka sangat pikir pasal orang..orang tu pun bukannya tahu saya susah hati pasal dia

    ReplyDelete