1. Sila beritahu awal.
Bukannya lagi 20min nak pukul 7pm dan di kala anda lihat kawan anda sedang kalut menyiapkan kerja di ofis. Akibatnya tuan rumah tidak dapat menyiapkan kerja ofis yg telah dirancang dan kalut balik mengemas rumah yg tongkang pecah. Selain risau tiada stok makanan di rumah dan tak sempat singgah di kedai.
2. Jangan masuk ke bilik secara tiba2 walaupun tuan rumah sudah berpesan untuk menunggu di tingkat bawah buat seketika.
Terkejut dan malu si tuan rumah yang kalut membersihkan bilik air dan mengemas bilik.
3. Janganlah buat seperti rutin harian anda di rumah sendiri.
Kelaparan si tuan rumah menunggu tetamu tidak turun makan malam. Nak dipanggil takut menganggu.
Tersengguk tuan rumah yang 'cuti' terpaksa bangun awal pagi dihujung minggu, lagi2 di kala hujan lebat.
4. Bila dihidang makanan yang dibeli, janganlah banyak sangat complaint
Konon anda lebih suka makanan di kedai satu lagi.
Konon makanan itu banyak bahan perasa.
Konon makanan itu banyak angin.
Konon anda banyak pantang makanan.
5. Bila dihidang makanan yang dimasak, janganlah banyak sangat cakap.
Tak perlu nak komen apa2 pasal makanan tu. Sedap makan banyak, tak sedap senyap.
Esoknya janganlah komplen perut tak sedaplah, cirit biritlah...
Tuan rumah mungkin juga kecil hati melihat anda makan scramble egg yg dihidang sesudu sahaja, tapi sibuk bercerita scramble egg sedap yg anda teringat2 ada kacang peas and kawan2nya.
6. Janganlah dibelek2 dalam gelas yang nak diguna tu. Gelas tu baru dibasuh dan bertangkupkan.
7. Dah tuan rumah budget terhad buat masa ni. Tak perlulah syorkan beli penapis.
8. Tak perlulah suruh tuan rumah yang menggunakan kain lap dan kitchen towel untuk membeli tisu lembut hanya kerana anda suka.
9. Perlukah komen tentang kipas yang berabuk?
8.
Saya sayang kawan saya. Saya tahu kita patut raikan tetamu. Tetapi tetamu pun perlulah tahu batasnya....Tapi bila fikir semula, dah namanya kawan so maybe my friend thought that I don't mind ;))))))
No comments:
Post a Comment