Awal bulan june I realised ada resapan dan lelehen air di dinding dapur.
Siapa yang tak sedihkan. Terpaksa tangguh nak pasang kitchen cabinet. Apapun perlu redha.
Kontraktor yang sibuk hanya boleh datang baiki pada bulan puasa iaitu pada bulan julai. Maka, beberapa hari selepas itu iaitu pada 19 julai boss kitchen cabinet pula install KC. Memang ada terfikir utk tangguh tapi kesian pula pada dia yang mesti nak duit untuk raya. Balik dari cuti raya saya pelik tengok ada takungan air atas kaunter dapur. Belek punya belek air itu datang dari dinding juga tapi di hujung dapur pula....Kesian my new KC. Lagi teruk apabila hujan lebat di ruang lain jelas ada resapan di siling dan titisan air yg laju huhu sampai boleh tadah. Bocor ler tu
Terdapat juga resapan air di rekahan di dinding bilik huhu. Bila call kontraktor dia hanya boleh datang tengok the week after. Janjinya nak check datang untuk proper check n baiki on 8 sept. Hampeh...dia minta tangguh next week. Apalagi yg saya boleh buat selain REDHA dan berdoa.
Haritu 28 -29 august I ada urusan di Ampangan dan Seremban. Walaupun I org N9, I memang tak biasa these area. Akibatnya asyik salah jalan walaupun Garmin sedia membantu. Untuk hari pertama hanya sekali saja tersilap jalan dan tempat. Bila masa untuk pulang asyik la tersilap jalan. Just REDHA dan harungi sahaja. Still in N9.
Lagi teruk esoknya apabila jalan yang sepatutnya dilalui tutup kerana raptai National day. Maka terperangkap dalam kesesakan di pokan soromban. Bila berjaya keluar dari kesesakan itu, tiba2 ada pula kereta rosak di tengah jalan berbukit. Tersekat lagi...Walaupun sudah terlewat 30 min dari appointment I perlu REDHA dan terus berdoa semoga perjalanan dipermudahkan. Seterusnya, Encik Garmin yang disangka membantu memudahkan rupa2nya telah membawa saya melalui kawasan kampung yang berjalan sempit berbukit curam dan selekoh tajam. Belum lagi masalah parking. Nak balik pun beberapa kali silap jalan. Si Garmin dah outdated kot, menyebut ada roundabout walapun hakikatnya ku lihat ada junction je di situ grrrr.
Seterusnya 5 sept pula di Paroi. Pergi balik pun tersilap jalan. Bila dah salah jalan nak kembali ke pangkal jalan sikit punya mencabar. Nak pergi terpaksa masuk ke halaman rumah orang. Nak balik sikit lagi nak terus ke KPilah. Then weekend ada bengkel di soromban pun pergi balik silap jalan huhu....Worst hampir nak terlanggar si biru yang tak sabar2 nak keluar dari terminal grrr
whatever it is perlu REDHA dan TERUS REDHA.
Hari ini my bau kedai baby pulak buat hal.
Sedikit terkejut dan terkilan kerana baru 3 hari bermanja..Tapi tak larat nak rasa sedih. Again REDHA itu PERLU. Ini semua ujian. Hikmahnya kita tahu ramai yang ingin menemani dan membantu dikala kita memerlukan. ALHAMDULILLAH.
No comments:
Post a Comment