Showing posts with label car. Show all posts
Showing posts with label car. Show all posts

Thursday, March 17, 2022

Tak bertanggungjawab

I just dont understand certain people
Suppose bila dah rosakkan barang orang
Contohnya bawa kereta kita sampai kemalangan
Maka segeralah meminta maaf
Dan uruskan semua cepat2.

Ni dah setahun
Tiada perkembangan pasal tuntutan insurans
Semua I yg kena tanya
I yg terhegeh2...

Last year I pelik
Dah 3 bulan selepas kemalangan
Tiada minta/forward any documents
Tiada update apa2

So I reminded this person
Lepas tu senyap
I asked and reminded him again
Pasal responsibility etc

Pun mcm takde perkembangan
Until i mula bising dalam whatsapp group
Bila nk minta claim form pun mcm problem
Minta laporan polis tapi beri resit bayaran laporan
Sampai I minta no tel the workshop staff
Tapi tak angkat

Then them ada minta my ic photocopy
Takutlah bila minta nk beri je
So I minta senarai dokumen dan
Nak check semua borang etc

Bila I balik bulan 11
Baru I tau my car was total lost
But bila google boleh claim
Bila tengok laporan 
Kinda fishy
Cuma i tak sempat baca borang coz kalut

Guess what
Until mid feb 2022 no update
Bila tanya katanya waiting for me
He said I told him I wanna read it first
Habis tu yg senyap sampai 3 bulan tu kenapa
Katanya tak mau kacau 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️
So naive or no common sense?
Then he asked me whether I want to see the form
And then he will ask certain party
I just replied pls settle it quickly

Hmm...
I totally forgotten about it
But suddely I remembered it yesterday
And asked him
No response....

But his response today
Seems wanna blaim me
He said last time I wanna read the form first 
🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️
Then where is his reponsibiliy to settle this claim
Dah jika I lupa lagi
Remindlah
Bukan buat tak tau
Bukan senyap
When the 22 yo acted like 12 yo.






Monday, April 23, 2018

Aku makcik dan tayar

Khamis petang ku ternampak
Tayar keretaku kempis lagi
Oh tidak.....
Sekali lagi????

Dah lewat petang
Esok jelah pi tampal

Singgah di kedai mengambil makanan
Kembali ke kereta nampaknya tayar semakin penyek
Ditegur dek kontraktor pancitkah?
Disarankah ke kedai motor di situ.
Kedai motor???
Bolehkah???
Katanya baru minggu lepas ada yg ke sana

Ku tanya pekerja di kedai motor
Boleh katanya
Tapi perlu bawa kereta masuk ke sini
Alat kami tak sampai nak ke jalan
Eh nak ikut mana?
Lorong tengah ....
Tapikan lorong tu ada palang dik oii...
Mana muat
Haritu ada je kereta lepas
Acik cubalah
Hish tak beranilah...

Eh jap....
ACIK????
First time budak2 sebaya tu panggil I begitu
Nampak tuo sangat dah ni...😰😰.....

Inilah tayar penyek itu


Dan banyak kali tayar ni pancit 😰
1. Tak sampai seminggu beli ogos 2014, kena paku pjg...
2. Then kena paku pjg lagi
3. Hujung last year pun di kg jadi lagi
4. This year mcm penyek, then kawan isi angin
5. Then last 3 week
6. Terbaru kejadian khamis nilah....

Pagi jumaat ku ke bengkel kereta
Ramainya orang
Luckily ada 3 kereta je

TAMPAL LUAR
Guna ini


Sumbat begini



Tapi lubangnya besar pula
Saiz satu jari

Perlu TAMPAL LUAR pula
Perlu tunggu dalam 15 minit
Mula-mula letak gam hijau
Jemur kering


Then letak tampalan begini


Tapi tak cukup pula
Letak gam hijau lagi
Tunggu kering lagi
Buat tampalan lagi

Setelah angin di pam
Tayar jadi begini


Bengkok2 jadinya 😭
Tu tengok lubang yg besar tu

Maka, perlulah menukar tayar baru 😰
Di hujung bulan?
Tapi perlu out station?
Kenalah tukau juga

Di tayar baru tertulis .../185
Tauke pun cakap 185
Tapi dalam purse hanya rm20 sahaja
Ku perlu ke bank
So hutang dulu
Sebelum pi confirmkan dulu dgn tauke
Apa???
RM250 pulak...
Minta diskaun setakat dpt RM10
Yg 185 tu apa pula???
Lah model tayarkah...
Awatlah I blur

Pi Bank Islam...
Kad tak boleh guna 😰😰😰
Tanya pegawai
Disuruhnya gosok2 sikit pada line hitam tu
Alhamdulillah boleh pulak...

Anyway...
Baru ku tahu ada dua tempat yg biasa bocor
Yg dulu disini


3 minggu lepas berlaku lagi di tempat sama
Setelah 3 minggu begini dalamnya setelah ditampal


Yang kali ni di tempat lain pula
Pun ada kesan bocor terdahulu...

Hmm...special betul tayar ni
Setakat ini sahaja perkhidmatannya
So good bye....



Wednesday, April 18, 2018

Aku, atm machine dan car wash

Hari jumaat
Macam2 plan nak buat
Tapi macam2 jadi n rumah tetap bersepah 😅

Pagi packing dulu
Pening cari pakaian 😅
Di Tingkat atas tingkat bawah?
Dalam Bilik master bilik kedua?
Dalam Beg travel atau beg balik kg?

Dah sort pakaian di bilik medium
baru boleh packing dengan tenang
Then sort dokumen di bawah
Cuci bilik air bawah n mandi ler
Jemur kain n bersiap

Konon nak keluar pkl 10am
Hmm...tapi 11am

Bermulalah misi withdraw duit
Mestilah di atm machine Bank Islam terdekat
But again kad bank islam ditolak
Padahal haritu boleh je
Even try guna kad maybank pun tak boleh
Biasa boleh je 😭😭😭
Kenapalah SUSAH nak WITHDRAW DUIT?
Ke manakah nak pi?
Malas nak pi town coz nak cepat
Alhamdulillah misi berjaya di Stesen minyak Petronas

Tapi sebelum tu nak pi cuci kereta...
Pi ke first car wash tutup
Takpelah yg seberang sana bukak
Buat u-turn
Eh! Awat signboard tutup
Blur kejap
Owh adik yg heret water hose tu ...
bukan pekerja car wash tp pekerja gerai depan tu 😅😅😅😅

Alamak nak pi mana ni???
Ok pi yg besar sebelah kedai Thai...
On the way there teringat car wash nearby Petron
Tempat tu nmpk organized
Cuma tak pernah singgah
Sampai je terkejut I
Jangankan bumbung tiang pun tarak 😅😅😅
Hanya tinggal sisa konkrit yg telah dikumpulkan

Ok takpelah teruskan ke carwash sebelah kedai Thai
On the way there ternampak carwash di area kg
Tapi tak sempat nak buat u turn...

Teruskan ke plan asal
Sampai je.....
Alamak.....
Dah jadi padang pasir 😅😅😅

Oklah kena buat uturn nak pi kg tu
Masalahnya tiada tempat u turn
Jika nak buat juga, jalan sibuk
So dah alang-alang tu teruskan perjalanan
Pi petronas withdrwa duit
Pi nearby area kot2 ada carwash
Rasa pernah nearby masjid
Tapi takde pula
Pi area shoplot pun takde
WHY???
SUSAHNYA NAK CUCI KERETA
Maklumlah cuci 4 bulan sekali kot 😅😅
Call kawan...eh! Betullah ada nearby masjid

Alhamdulillah....akhirnya...


Mahal pula...RM12
Tempat laim biasanya RM10-12
Takpelah....
Tauke belanja I cendol you


Nasi beriani beli sendirilah....

Masuk kereta baru perasan
Mereka tak bersihkan dalam kereta thoroughly....
Dashboard masih berabuk

Balik rumah around 12.30pm
Lunch dulu
Then clearkan barang dalam kereta
Terpaksalah bersihkan dashboard dll juga...

Then barulah terhegeh-hegeh kemaskan rumah
Akibatnya kalutlah nak mandi n bersiap
Akibatnya 3.10pm baru sampai tempat perjumpaan....
Takpelah ada org lewat 20 minit dari I 😅








Tuesday, September 9, 2014

Redha itu Perlu

Awal bulan june I realised ada resapan dan lelehen air di dinding dapur.


Siapa yang tak sedihkan. Terpaksa tangguh nak pasang kitchen cabinet. Apapun perlu redha.

Kontraktor yang sibuk hanya boleh datang baiki pada bulan puasa iaitu pada bulan julai. Maka, beberapa hari selepas itu iaitu pada 19 julai boss kitchen cabinet pula install KC. Memang ada terfikir utk tangguh tapi kesian pula pada dia yang mesti nak duit untuk raya. Balik dari cuti raya saya pelik tengok ada takungan air atas kaunter dapur. Belek punya belek air itu datang dari dinding juga tapi di hujung dapur pula....Kesian my new KC. Lagi teruk apabila hujan lebat di ruang lain jelas ada resapan di siling dan titisan air yg laju huhu sampai boleh tadah. Bocor ler tu


Terdapat juga resapan air di rekahan di dinding bilik huhu. Bila call kontraktor dia hanya boleh datang tengok the week after. Janjinya nak check datang untuk proper check n baiki on 8 sept. Hampeh...dia minta tangguh next week. Apalagi yg saya boleh buat selain REDHA dan berdoa.

Haritu 28 -29 august I ada urusan di Ampangan dan Seremban. Walaupun I org N9, I memang tak biasa these area. Akibatnya asyik salah jalan walaupun Garmin sedia membantu. Untuk hari pertama hanya sekali saja tersilap jalan dan tempat. Bila masa untuk pulang asyik la tersilap jalan. Just REDHA dan harungi sahaja. Still in N9.

Lagi teruk esoknya apabila jalan yang sepatutnya dilalui tutup kerana raptai National day. Maka terperangkap dalam kesesakan di pokan soromban. Bila berjaya keluar dari kesesakan itu, tiba2 ada pula kereta rosak di tengah jalan berbukit. Tersekat lagi...Walaupun sudah terlewat 30 min dari appointment I perlu REDHA dan terus berdoa semoga perjalanan dipermudahkan. Seterusnya, Encik Garmin yang disangka membantu memudahkan rupa2nya telah membawa saya melalui kawasan kampung yang berjalan sempit berbukit curam dan selekoh tajam. Belum lagi masalah parking. Nak balik pun beberapa kali silap jalan. Si Garmin dah outdated kot, menyebut ada roundabout walapun hakikatnya ku lihat ada junction je di situ grrrr.

Seterusnya 5 sept pula di Paroi. Pergi balik pun tersilap jalan. Bila dah salah jalan nak kembali ke pangkal jalan sikit punya mencabar. Nak pergi terpaksa masuk ke halaman rumah orang. Nak balik sikit lagi nak terus ke KPilah. Then weekend ada bengkel di soromban pun pergi balik silap jalan huhu....Worst hampir nak terlanggar si biru yang tak sabar2 nak keluar dari terminal grrr


whatever it is perlu REDHA dan TERUS REDHA.

Hari ini my bau kedai baby pulak buat hal.


Sedikit terkejut dan terkilan kerana baru 3 hari bermanja..Tapi tak larat nak rasa sedih. Again REDHA itu PERLU. Ini semua ujian. Hikmahnya kita tahu ramai yang ingin menemani dan membantu dikala kita memerlukan. ALHAMDULILLAH.

Sunday, November 3, 2013

Bila duit tak cukup......

Haritu I ada bengkel/kursus 3 hari. Tapi I mengelat pi 2 hari je Selasa-Rabu. Alkisahnya, on the way nak balik rumah tetiba I ternampak 'check engine light' menyala.


 First time menyala beberapa bulan dulu. Risau juga. I takut membahayakan je. Tapi biasanya bila kereta kena hujan. Engine basah kesejukan kot heheheh. Bila bawa pi bengkel yang biasa I pi, katanya takde apa. Tapi kalau I nak pastikan, kena pi bengkel elektronik. Yang tu tak berkesempatan, lagipun macam dah ok. Then, 2 minggu lepas menyala lagi. Cuma semasa menyala tu, I tengah kalut nak pi kerja. Selain itu, dalam 2 minggu ini juga I notice, I punya speed meter adakalanya tak berfungsi. Susahlah I nak merempit. Merempit konon, tapi penakut nak overtake kereta kat right lane ;)))))

Anyway, kebetulan tempat bengkel/kursus  tu dekat dengan bengkel kereta. Maka, segeralah I ke sana, coz dah rasa berdebar, takut kot meletop ke apa. Yelah, bukannya hujan pun. Technician kat bengkel tu checked guna alat elektronik la...Aku google namanya -electronic scan tool or diagnostic computer. Tapi alat tu macam tak membantu. Technician kata mungkin juga masalah auto sensor. Diagnostic tool sudah, buka bonet check engine pun sudah, akhirnya dia check engine dari bawah kereta pulak....


 Risau tengok kereta I setinggi itu. Then, technician kata kena buat autotuning dan apatah, aku dengar macam total body...yang dia kata kena cuci...kotor body kot hahhahahah....Bila aku google tadi throttle body rupanya hehhehe. Actually dia pun tak pasti apa masalahnya. Mungkin juga auto sensor yang mana kos nya RM100++-200++. So, katanya better buat autotuning+throttle body tu dulu, kosnya RM80. Aku minta diskaun dia kata dah murah. Biasanya RM120, yolah tuh. Bila aku check purse, aku ada duit RM70 plus beberap keping RM1. Mana cukup !!!. Aku siap tunjuk pada technician tuh. So, dia pi tanya boss dan boss kata bayar RM70 dulu, yang RM10 tu bayar nanti. Okay lega....Psst...tu satu tips jugak tu untuk dapat diskaun.

Yang terharunya, bila time nak bayar...rupanya dicelah-celah duit RM1 tu ada duit RM5. Macam tak percaya je....Yang bendulnya, aku pi bagitau tenchnician tuh duit cukup....Lepas tu nyesal, kan dah terlepas nak dapat harga diskaun.

Then, balik singgah kedai makan. Dah terasa-rasa sotong goreng tepung dalam mulut nih. Disebabkan staf yang biasa ambil order kat situ takde dan senarai menu pun takde, aku tulis lah "sotong goreng" pada kertas untuk tukang masak yang ada masalah pendengaran.Tapi apa yang I dapat adalah.............


sotong goreng kunyit...Frust sangat huhu...Telan je la, memang itu rezeki I on that day........

Tapi you all ingat tak?.....I mana ada duit dah. Kan dah habis bayar kereta RM80 tadi. Duit syiling ada, tapi confirm tak cukup. Takkan nak guna duit OZ. I dah panik dan malu giler tau..malu dengan cashier dan juga sorang pelanggan yang duduk mengadap kaunter. Camno tak cukup duit sampai 2 kali ni :(. Luckily teringat baki duit tol dalam kereta...Alhamdulillah, logo acik.

Bila I balik rumah, saja belek purse. Chet !!!! Rupa-rupanya di celah-celah duit OZ ada lagi beberapa keping duit RM5, lebihan duit raya. Tu la, lenkali jangan panik ;)))))


Sunday, August 18, 2013

Aku dan steering kereta

I cuti sampai hari Selasa je....Rasa menyesal tak cuti sampai Jumaat. Bila dah takde mood nak balik kerja, semua plan ke longkang. Maka pada 5.30 pagi Rabu I barulah terhegeh-hegeh nak packing. Pulak tu kena gak lipat baju baju di rumah kampung. Yalah, nak tinggalkan bilik di kampung, mestilah dalam keadaan bersih dan kemas supaya bila I balik semula idokla sakit mata. Bukan apa, bilik I ni hanya bersih bila I ada je or else no one cares. Lagi menjahanamkan barang dalam bilik I or mengotorkannya adalah :(.......

Macam biasa melalut jugakkan.....

Sesudahnya, I hanya bertolak dari kampung around 8.30am. Di ELITE banyak juga kereta....macam biasalahkan. Rasa nak buat chicken dance je bila masuk ke NKVE....tak banyak kereta you. Kalau hari biasa jammed gilos kan. Berhenti jap kat R&R Sg Buloh membeli Dunkin Donut meal-smoothies yang tak sedap, chicken mayo sandwich and choc donut.........


Tapikan tak baik happy awal2. Keluar je dari R&R banyak beno kenderaan....tak masuk dengan trailer/kereta/mpv yg dipandu di lane tengah. Wei bang trailer NCD, bang Honda 6373 dan pakcik toyota....agak-agaklah. Kalau dah tau hang bawak kenderaan berat or nak hisap rokok or sembang2 sambil bawa 80-90km/j pilah lorong kiri. Yang driver bus pulak, kalau ko rasa ko nak terbang ko pi la lane kanan, awat bagi flash kat I yg memandu dgn kelajuan 110-120km/j ..........Kalau I pandu slow pun, nak buat guano? dah ore depe siputkan........nak ke kiri pun banyak lori.

Bila sampai ofis buat apa yang patut, then 2pm nak kena pi bebel kat peserta di dewan. Huhuhu..tetiba je my car steering wheel locked and I couldn't even turn my key in grrrrrrr. Cuba banyak kali tak dapat. Call la kawan yang selalu jadi mangsa I...huhu lambatnya angkat. Tanya dia kat mana, masih cuti raya....So, tanya jelah dia apa nak buat. Sila gerak steering sambil pusingkan kunci. Dah cuba, tapi tak dapat jugak. Ganas...macam nak tercabut steering tu I buat. Kawan I nak datang tolong. Kesian pulak. Takpo den cubo laie....Alhamdulillah, acik berjayo...yeay.....Jumpa peserta kursus, bebel kat depa kot2 depa doakan sesuatu terjadi supaya takde kursus hari Rabu hahahah....Amboi! masing-masing sengih :P...

Sunday, April 7, 2013

Aku, hujan, car alarm dan tikar

Hari Sabtu petang I pi pasar malam mencari nasi kerabu dan cendawan goreng. There was a couple dengan dua orang anak ni punyalah lama memilih lauk untuk nasi kerabu. Anak dia siap berangan lagi tu, walaupun dipanggil beberapa kali dek mak pak nya. Sebelum orang yang jual tu sediakan their food, depa dah tanya anak depa nak lauk apa, semasa orang tu dok ambil lauk pun depa sibuk tanya anak depa lagi, terpaksa orang gerai tu tunggu.  Bila dah nak bayar, barulah nak laksam, barulah nak kuih. Punyalah lama terpacak depan kuih tu, tak mahu pulak ambil grrrrrr. Luckily bukan anak 10 or else tak mustahil lebih 1 jam ... Beberapa kali orang gerai tu pandang I dan I dapat rasakan dia kesiankan I tunggu lama.

Sebaik sahaja I meninggalkan gerai nasi kerabu tu, terasa satu titisan air dari atas. Nak hujankah? Tapi langit tidak pula mendung kelabu. Then, I beli air. Sebaik sahaja I membayar duit air, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Hah sudah...I tak bawa payung. Terpaksa menumpang teduh di gerai air itu. Pada mulanya, saya merancang untuk menunggu sebentar sehingga hujan redha kalau tidak berhenti. Malangnya, hujan semakin lebat dan tapak pasar malam itu mula digenangi air. Geli I tengok air gelap. Tanpa membuang masa saya terus meredah hujan lebat kira-kira 150m ke parkir kereta. Sangat sukar mengharungi hujan lebat ditambah pula air yang memenuhi jalan. Baju lencun, selipar licin dan kerap nak tertanggal. Tapi saya tetap control macho. Macam best pulak bermandikan hujan. Lagi 30m dari kereta, pemandangan saya semakin kabur. Tapi saya tetap gagahkan kaki melangkah.

Sampai ke kereta.......alamak!!!!!! my car key fob tidak berfungsi grrr. Banyak kali ku cuba tekan button unlock...hmm sia-sia. Lencun sudah satu badan. Walaupun tahu akibatnya, maka saya buka pintu kereta secara manual. Maka...there goes the loud beeping car alarm........Takpe-takpe...masuk kereta cepat2. Try tekan remote tak berjaya juga, alarm tetap berbunyi grrrrrr. Cuba masukkan kunci dalam ignition, pun tak dapat nak hentikan alarm. Lagi bengang, kereta pun tak boleh nak start. Akhirnya, tak sampai 5 minit, alarm berhenti sendiri. Saya cuba start kereta tak boleh juga. Bila buka pintu kereta, there goes the alarm again grrrrrrrrrrrrrr.

Huhu nak buat apa ni........tenang- tenang. Ok..I called the car workshop owner. Hish si LIm ni kat tempat lain. Dia suruh call kawannya. Pun hampeh, tak menjawab panggilan. Hmmm.....think think. Nak minta tolong famili jauh :(. Nak call kawankah? Siapa?  Kawan baik pun balik kampung.  Ada juga rakan lain. Tapi tak nak ganggu dan menyusahkan orang petang-petang. Apa pulak kata hubby/wife mereka. Segan nak minta tolong orang yang tidak dikenali yang pi/balik ke/dari pasar malam. Takut juga nak minta tolong pekerja kilang yang berdekatan. Rasa sedih pun ada, beginilah nasib when you're alone...totally on our own. Hmm...Alhamdulillah dapat ilham, bukankah 3 block away from the car parking, ada workshop...ada dua kot. Tapi hari ni Sabtu, dah petang, tolonglah jangan tutup. Hujan dah berhenti, tapi baju tetap lembap. Hmm...segan jugak nak berjalan keluar. Rambut melepek...selamba je la. Luckily pakai dark t-shirt and jeans, so kuranglah segannya. Alhamdulillah workshop masih beroperasi. So, minta pekerjanya pergi ke tempat parkir kereta dan saya pun kembali semula ke sana.

Tak sampai 10min pekerja workshop pun datang. Bila buka pintu kereta, maka terpekik terjerit lah si alarm itu. Si pekerja suruh I to turn the car on, then dia pi buka pintu penumpang depan, dan tekan sesuatu di bawah dashboard compartment. Berhenti juga alarm tu. Alhamdulillah. Next he asked me to start the car and walla........hidup kembali keto den.

Mako den mintak dia ajar camno nak stopkan alarm tuh :

1. Turn the car on (masukkanlah dulu key in ignition)
2. Press the red button below the dashboard compartment
(that reset button depends on your car model)
3. Start the car............

Lepas tu, sempat lagi I pi beli 2 bidang tikar dengan total harga sebanyak RM130. Penat I fikir apa penjodoh bilangan untuk tikar, helaikah? kepingkah, dah 3 minit baru teringat bidang kot hehhehe. Sebidang tikar buluh kecil (5X5.5 feet2-harga asal RM50).


 Sebidang lagi buluh halus (6x6.5 ft2-harga asal RM120).


Harganya mahal compared to Nilai3. I beli kat Nilai yang saiz lagi besar pun RM60 je. Tapi tak tahu bila nak balik kampung. Lagi cepat I uruskan hamparan lantai untuk rumah dan ofis, lagi cepat saya berasa tenang, lagi mudah I nak siapkan kerja yang bertimbun ;).

Lepas mandi dan solat, I tak sabar-sabar nak letak tikar bawah meja. Semestinya terkial-kial nak alihkan meja sensorang. Siapa lagi yang nak tolongkan, hanya kudrat me, myself and I lah ;). Asalnya meja tu begini.


Bunganya tiada coz dah hantar balik kampung 4 tahun dulu hehhehe. Tapi, hasil dari misi pertama ke NIlai3, I serlahkan dengan bunga baru


 Semasa berkemas-kemas bulan lepas, I terjumpa pulak alas pinggan...maka bubuh pi lah hehhehe


Dan beginilah keadaan sebelum di ganti tikar. Tikar lama yang telah lusuh, malah agak suram bila banyak warna coklat.


Tapi bila dah ganti tikar...I rasa fenin pulak bila tengok my dining area coz macam too heavy...fierce and so many stripes. Tapi malas pulak nak ambil gambarnya. Bunga tu pun macam tak sesuai je kat situ. Lantaklah janji ada bunga hehehhe.

Apapun bila makan nasi kerabu I taklah fenin hehhehe


 Sorrylah, tu gambar nasi kerabu bulan lepas hehhehe..........

Oklah nak tengok ABPBH 2013....
Awat pengacara macam buhsan, sudah hilang taringkah???
Lawaklah si Rafidah tu -nak poie sawah ko poie tunggang kudo :P..........   

update at 11.53pm:
Aiyo...Che'Ta...awat hangpa lupa umum nama calon? Tau2 umumkan pemenang je. Kesian calon yang tak tersebut namanya...

Tahniah Shaheizy Sam...Yeay!!!...jangan biarkan Aaron menang :P....buhsan dengan dia. Alangkah bestnya jika Adi dan Nora menang.......

Sunday, May 27, 2012

Jom Naik Thomas...chu ..chu......


Let's get on Thomas ride...
 

What a long que.....


Eh ! Biar betul bola mata hitam ku.....

Betul la...........
Hahaha...........ala la comel ek....

Steam Train nearby our house, 8 minutes walking distance only. I saw the signboard ages ago and I only knew what is actually there yesterday hehehe... Better late than never...Lantakla more suitable for kids. Janji I ada gak experience naik steam train walaupun tak sempat naik puffing billy masa pi Melbie haritu....


 

The journey hahaha....

Memang pakai coal tau....


Keluar jugaklah steamnya...


Boleh juga berpiknik dan bbq di sini....

Ok Jom balik

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, tetiba lelaki ber Lamborgini memanggil kami


Dan mengajak kami take a ride with him


 Opps......berangan je la hahaha..............dapat asap je la...


 Semuanya smartkan....



Hmmm...How I wish..............Dapat tengok pun jadilah kan. Aktiviti harini disudahi dengan menikmati wafle dan ice cream.


Aku nak mendobi dan menjadi bibik vakum dan mop lantai.....
Sekian, Fairy melaporkan aktiviti hari minggu :))

Update:
Tadi nengok Eurovision 2012 song contest sat. Tak kuasa aku nak tunggu sampai habis. Tapi my hosuemate bagitau Sweden yg menang. Ni surf tenet...it's confirmed :). Tapi aku paling suka Rusian grannies ni....sangat cute. Dapat undian ke-2 terbanyak...



Sempat baking cookies while singing. Korang boleh?

Si Anggun, Indonesian born artist represented France :).......

Seksa giler ek...umpama pakai bikini je hahhaa