Showing posts with label donut. Show all posts
Showing posts with label donut. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Aku dan steering kereta

I cuti sampai hari Selasa je....Rasa menyesal tak cuti sampai Jumaat. Bila dah takde mood nak balik kerja, semua plan ke longkang. Maka pada 5.30 pagi Rabu I barulah terhegeh-hegeh nak packing. Pulak tu kena gak lipat baju baju di rumah kampung. Yalah, nak tinggalkan bilik di kampung, mestilah dalam keadaan bersih dan kemas supaya bila I balik semula idokla sakit mata. Bukan apa, bilik I ni hanya bersih bila I ada je or else no one cares. Lagi menjahanamkan barang dalam bilik I or mengotorkannya adalah :(.......

Macam biasa melalut jugakkan.....

Sesudahnya, I hanya bertolak dari kampung around 8.30am. Di ELITE banyak juga kereta....macam biasalahkan. Rasa nak buat chicken dance je bila masuk ke NKVE....tak banyak kereta you. Kalau hari biasa jammed gilos kan. Berhenti jap kat R&R Sg Buloh membeli Dunkin Donut meal-smoothies yang tak sedap, chicken mayo sandwich and choc donut.........


Tapikan tak baik happy awal2. Keluar je dari R&R banyak beno kenderaan....tak masuk dengan trailer/kereta/mpv yg dipandu di lane tengah. Wei bang trailer NCD, bang Honda 6373 dan pakcik toyota....agak-agaklah. Kalau dah tau hang bawak kenderaan berat or nak hisap rokok or sembang2 sambil bawa 80-90km/j pilah lorong kiri. Yang driver bus pulak, kalau ko rasa ko nak terbang ko pi la lane kanan, awat bagi flash kat I yg memandu dgn kelajuan 110-120km/j ..........Kalau I pandu slow pun, nak buat guano? dah ore depe siputkan........nak ke kiri pun banyak lori.

Bila sampai ofis buat apa yang patut, then 2pm nak kena pi bebel kat peserta di dewan. Huhuhu..tetiba je my car steering wheel locked and I couldn't even turn my key in grrrrrrr. Cuba banyak kali tak dapat. Call la kawan yang selalu jadi mangsa I...huhu lambatnya angkat. Tanya dia kat mana, masih cuti raya....So, tanya jelah dia apa nak buat. Sila gerak steering sambil pusingkan kunci. Dah cuba, tapi tak dapat jugak. Ganas...macam nak tercabut steering tu I buat. Kawan I nak datang tolong. Kesian pulak. Takpo den cubo laie....Alhamdulillah, acik berjayo...yeay.....Jumpa peserta kursus, bebel kat depa kot2 depa doakan sesuatu terjadi supaya takde kursus hari Rabu hahahah....Amboi! masing-masing sengih :P...

Tuesday, October 26, 2010

Makan donut sampai muak tapi tak mual...

THIS is scheduled post :).
Hari jumaat lepas, aku paksakan diri pergi uni walaupun dah tengahari dan hujan lebat. Macam terasa bangga pulak hehehe...Nak siapkan my proposal, lagipun my spv wanted to give me back my paper for correction. Bila sampai uni, I tried to read and understand the previous literature related to my new project. Huhuhu...sedang enak menikmati coklat, tetiba my spv muncul to give me back my third paper. Selalu kantoi tengah makan, bila dia datang. Sekarang dia taulah, aku kat rumah ke, kat opis ke memang aku selalu makan hehehe....whatever. Nak cover malu, aku pun ambil peluang tanya dia pasal equation dalam that literature. Dia terangkan sikit...tapi bila aku kira sendiri tak dapat2 jugak.

Then, my friend came to my office, maka terbantutlah hasrat aku nak buat modify proposal. Serba salah...between wanna finish what I've plan to do and a friend in need to express her feelings. Bila dah dengar luahan dia, menginsafkan aku betapa I should be thankful having my spv. Payah juga ada main spv yg lepas tangan dan co-spv yang firm dan instruct her to do something but she can't ask any question. Habis, kalau tak faham macam mana.. Tak tahu nak buat apa kena marah. Tak buat apa yang disuruh, kena marah. Kalau salah buat sebab tak faham pun mesti kena marah. Kalau dah buat, tapi tak ikut piawaian dia lagilah kena marah. Buat kena marah, tak buat lagilah kena bommm hehehe. One thing that I should try to tell my friend but still holding back is to throw away her ego and since she already know her spvs attitude, just listen to whatever they say and if she disagree with their suggestion or instruction, she should try to tell them concrete reason for not doing so in a polite manner or diplomatic way. If I were to tell her this, I'm afraid that she will be upset and keep a distance from me, then who else she want to turn to ?? I still remember she said that she only comfortable with another friend and me. In fact, this past few weeks she was not that comfortable with the other friend anymore. I pity her and I think she want me to just listen to whatever she says, not give her my opinion or advice etc. I wish I can help her. Ya Allah show me the way, please open and soften both her and her spvs heart. Aku ni sibuk hal orangkan, aku pun ada masalah aku sendiri jugak. Yalah, kita sesama berkongsi masalah...takkan nak pendam seorang diri sampai bernanah ;). Kesian jugak pada my ofismate, harap dia tak bengang dengan kehadiran rakanku. Dulu, aku rimas bila kawan dia datang hari2 dan satu hari sampai 3-4 kali without knocking the door. Sekarang, kawan aku pulak datang, lama pulak tu hehehe...Balasan kat aku lah tu, next time jangan mengata orang tau!!!! Come on!!! Instead of complaining, try to adaptlah...:)...Ok Ok! I'll try ;).

Wei...mana cerita donutnya ? Hish! korang ni tak sabarlah ;))....I went to city to buy fruits that friday...hehehe beli dua biji orange yg besar gedabak je. Tetiba teringin nak makan donut. Tapi takde pulak in small pack. Yang tinggal hanya satu pack besar 12 biji. Maka nak tak nak beli je la. Ha! makan sangatlah donut tuh...nak sangatkan???. Satu hari 2-3 biji. Punyalah tak senonoh, for dinner on friday, dah makan donut 3 biji...tetiba teringin something crunchy. Tak pasal2 aku pi goreng lebihan ayam ala2 kfc tu after 9pm....hish...melayan si anak tekak + layan movie+baca literature +dengar bebelan my housemate pulak pasal her spv...again??? Ni gambar donut, yang dah kecairan gula selepas sarapan on sunday hehehe....

It was raining on Sunday, so memang mood untuk bermalas-malasan...tapi tak bolehlah. After having lunch with sambal petai, memang aku pulun buat correction for the my paper mengadap tenet. Hey! wait a minute. Did you notice sambal petai ? Yes, I cooked sambal petai on Saturday for my late lunch...
Lambat masak coz aku serabut nak fahamkan the literature sampaikan kertas pengiraan bersepah2 atas meja, lantai dan atas katil. Back to sambal petai...of course petai dalam tinlah. Sambal tu supposed boleh 4 kali makan, tup2 hanya utk 2 kali makan. Ni semua gara2, malam tu, memang ratah sambal tu sambil fahamkan literature+watching movie dari Mr Bean on Holidays, tukar channel ke Miss Congeniality, tukar pulak The Vanishing. Yang kelakarnya, boleh pulak meratah sambal petai sambil menikmati lemonade panas. Dia punya bau, dah gosok gigi pun masih 'harum' lagi. Kuranglah sikit bila dah guna listerine hehehe. What a relief I managed to figure out where do the equations in the literature come from. So, bole lena tidur at nearly 2pm. Nak fahamkan camna depa dapat pun susah, belum lagi nak dapatkan equation and solution sendiri hahaha...