Showing posts with label deco. Show all posts
Showing posts with label deco. Show all posts

Saturday, February 28, 2015

Purple deco

I do not like wall paper due to its heavy n rich pattern.
But this one look nice together with the purple chair.


Psst I like to watch this new drama series. The actor and actress act really well....the cocky and arrogant business woman and easy going paid boyfriend.




Monday, January 26, 2015

Bidai RM100


Beli di mana????
Semestinya di Nilai 3....di kedai carpet sebelah Cotton House.
Berapa kaki?
4 kaki !!!
Dibeli awal Dis 2014, dipasang mid Jan 2015. Alang2 orang datang tukar roda sliding door, terus minta pasang blind tu. Upah RM10.

Apa belakang bidai????


The greens tiga sekawan. Yang ditengah beli di Ikea last year, yg dua lagi beli di nursery on saturday . I suka sangat yang hujung kanan tu, RM7 kot. Tapi yg artificial di Ikea costs around RM29. Tak kuasa membazir. Next project ...herbs pulak.

Hari Sabtu pi pasar malam. Makan macam2 sampai pagi Ahad sakit perut. Apa taknya makan nasi lemak sambal petai dan ayam berempah, popia basah idaman dan cendawan goreng. Tapi biasalah kalau dtg twin memang ceri beri selain headache la.

Hari Ahad sakan mengemas dan bersihkan downstairs seharian....buang sawang, sapu, lap, mop dan sapu lagi. Sampai sakit belakang dan tangan mengalihkan meja mkn kayu seorang diri, semata2 nk letak tikar di bawahnya. Tu tak termasuk buang habuk carpet dan sofa. Kesian bantal kena sebat hahaha. Dah malam baru beralih ke upstairs pulak.

Malam, perut berangin sangat coz I didn't take proper lunch. Apalagi masak nasi and goreng telur. Tengok jam...alamak!!! dah pukul 11pm. Dinner atau supper????

Hmm... beras yg disimpan dalam new tupperware container kembali berkutu. Kalau i tahu better guna container biasa dan simpan dlm fridge. Kali ni jemur pulak di depan pintu upstairs. Masa mengaut timbunan beras dijemuran, I nmpk ada lagi seekor kutu tu. Kill! Kill!!! Die!!!! Die!!!! Tetiba datang mentol atas kepala!!!!! I pi talakan hair dryer maximum heat dalam container haha. Kok kutu kepanasan, mesti dia lari ke bawah. Bila keluarkan beras di bawah tu, Alhamdulillah tanpa kutu. Harap lepas ni memang zero kutu lah.

Tuesday, August 6, 2013

Deko-deko caca marba

Biasanya bila nak raya ni, kerja deko-deko rumah kampung merangkap mengemas dan membersih, memanglah kerja I. Maka hari ini kita mulakan dengan menyapu+lap habuk, mop lantai, menyapu lagi, mendeko, vakum dan menyapu lagi....Sempat lagi menyambil, membasuh baju dan menyapu luar rumah. Ponek boto acik, milah woi........ Longoh dah tangan acik ni ha.

Oklah, nilah hasil deko di serambi ..........Satu bahagian English style kononnya.



 Asalnya ini.........


Dihiasi dengan bunga, table runner dan throw cushion  baru. Bunga tu I gubah sendiri aka main cucuk aje ;). Bunga di hujung tu dan juga tikar buluh berbunga adalah barang lama


Yang satu lagi asalnya begini ....


Jadilah ini ala-ala klasik gitu tapi carpet=failed....


Semuanya lama kecuali the red+black cushion  yg dibeli di Jusco 2 weeks ago and carved carpet yang di kidnap from my house hehhehe.


Eh! carpet baru harus di bentang.


I planned nak beli tikar atau carpet kecil RM100, alih2 terbeli carpet besar....terpengaruh beli dua terus. Hish, sungguhlah pelanggan yang kurang rasional. Dahlah kena speaking London memanjang kat kilang carpet kat Nilai3 tuh. Habih tu dah pekerjanya ada Filipino and Hindustan kot. I cakap bahasa melayu dia buat muka blur. Merah muka I bila dia tanya can you speak English. Pulak tu ada bangla tu ingat I orang Philipine jugak grrrrrrr.

Macam biasa, nak cerita lain mesti bebel lain jugak.

Okay, rumah tengah dilupa jangan.......
Bentanglah carpet lama. Azabnya nak keluarkan dari stor.


Biar carpet terbentang luas gitu with minimun furniture. Kat sini sanak sedara nak makan ketupat lemang nanti....Bebudak yang datang beraya tapi nak duit raya je, pi makan kat serambi hehehe. Eloklah sangatlah tu carpet merah menyala, langsir maroon hahhah.


Haritu beli langsir tu eden lupolah warna carpet tuh.

Lupa pulak, buka gulungan carpet terjumpa ni hahhaha.......


Serambi dah, ruang tengah dah....tapi bilik macam tongkang pecah, dapur macam nak runtuh...Takpe, takpe insyaAllah bila ada duit lebih kita baiki dapur, kita cat satu rumah luar dan dalam. Kali terakhir cat luar rumah tahun 2005/2006 kot. I bergaduh besar dengan tukang cat, coz I nak warna coklat, dia pi cat kuning cair.  Tapi bila makcik I masuk rumah, sibuk je tanya awat tak cat dalam sekali. Boleh je, berilah budgetnya :P. Kali terakhir cat bahagian dalam tahun 2000 kot hehhehe. Memanglah cat dah luntur, kesan hakisan banjir lagi selain hasil seni my nephew ;)))))))))...

Oklah you all.....
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
dan
Maaf zahir dan batin



Sunday, April 7, 2013

Aku, hujan, car alarm dan tikar

Hari Sabtu petang I pi pasar malam mencari nasi kerabu dan cendawan goreng. There was a couple dengan dua orang anak ni punyalah lama memilih lauk untuk nasi kerabu. Anak dia siap berangan lagi tu, walaupun dipanggil beberapa kali dek mak pak nya. Sebelum orang yang jual tu sediakan their food, depa dah tanya anak depa nak lauk apa, semasa orang tu dok ambil lauk pun depa sibuk tanya anak depa lagi, terpaksa orang gerai tu tunggu.  Bila dah nak bayar, barulah nak laksam, barulah nak kuih. Punyalah lama terpacak depan kuih tu, tak mahu pulak ambil grrrrrr. Luckily bukan anak 10 or else tak mustahil lebih 1 jam ... Beberapa kali orang gerai tu pandang I dan I dapat rasakan dia kesiankan I tunggu lama.

Sebaik sahaja I meninggalkan gerai nasi kerabu tu, terasa satu titisan air dari atas. Nak hujankah? Tapi langit tidak pula mendung kelabu. Then, I beli air. Sebaik sahaja I membayar duit air, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Hah sudah...I tak bawa payung. Terpaksa menumpang teduh di gerai air itu. Pada mulanya, saya merancang untuk menunggu sebentar sehingga hujan redha kalau tidak berhenti. Malangnya, hujan semakin lebat dan tapak pasar malam itu mula digenangi air. Geli I tengok air gelap. Tanpa membuang masa saya terus meredah hujan lebat kira-kira 150m ke parkir kereta. Sangat sukar mengharungi hujan lebat ditambah pula air yang memenuhi jalan. Baju lencun, selipar licin dan kerap nak tertanggal. Tapi saya tetap control macho. Macam best pulak bermandikan hujan. Lagi 30m dari kereta, pemandangan saya semakin kabur. Tapi saya tetap gagahkan kaki melangkah.

Sampai ke kereta.......alamak!!!!!! my car key fob tidak berfungsi grrr. Banyak kali ku cuba tekan button unlock...hmm sia-sia. Lencun sudah satu badan. Walaupun tahu akibatnya, maka saya buka pintu kereta secara manual. Maka...there goes the loud beeping car alarm........Takpe-takpe...masuk kereta cepat2. Try tekan remote tak berjaya juga, alarm tetap berbunyi grrrrrr. Cuba masukkan kunci dalam ignition, pun tak dapat nak hentikan alarm. Lagi bengang, kereta pun tak boleh nak start. Akhirnya, tak sampai 5 minit, alarm berhenti sendiri. Saya cuba start kereta tak boleh juga. Bila buka pintu kereta, there goes the alarm again grrrrrrrrrrrrrr.

Huhu nak buat apa ni........tenang- tenang. Ok..I called the car workshop owner. Hish si LIm ni kat tempat lain. Dia suruh call kawannya. Pun hampeh, tak menjawab panggilan. Hmmm.....think think. Nak minta tolong famili jauh :(. Nak call kawankah? Siapa?  Kawan baik pun balik kampung.  Ada juga rakan lain. Tapi tak nak ganggu dan menyusahkan orang petang-petang. Apa pulak kata hubby/wife mereka. Segan nak minta tolong orang yang tidak dikenali yang pi/balik ke/dari pasar malam. Takut juga nak minta tolong pekerja kilang yang berdekatan. Rasa sedih pun ada, beginilah nasib when you're alone...totally on our own. Hmm...Alhamdulillah dapat ilham, bukankah 3 block away from the car parking, ada workshop...ada dua kot. Tapi hari ni Sabtu, dah petang, tolonglah jangan tutup. Hujan dah berhenti, tapi baju tetap lembap. Hmm...segan jugak nak berjalan keluar. Rambut melepek...selamba je la. Luckily pakai dark t-shirt and jeans, so kuranglah segannya. Alhamdulillah workshop masih beroperasi. So, minta pekerjanya pergi ke tempat parkir kereta dan saya pun kembali semula ke sana.

Tak sampai 10min pekerja workshop pun datang. Bila buka pintu kereta, maka terpekik terjerit lah si alarm itu. Si pekerja suruh I to turn the car on, then dia pi buka pintu penumpang depan, dan tekan sesuatu di bawah dashboard compartment. Berhenti juga alarm tu. Alhamdulillah. Next he asked me to start the car and walla........hidup kembali keto den.

Mako den mintak dia ajar camno nak stopkan alarm tuh :

1. Turn the car on (masukkanlah dulu key in ignition)
2. Press the red button below the dashboard compartment
(that reset button depends on your car model)
3. Start the car............

Lepas tu, sempat lagi I pi beli 2 bidang tikar dengan total harga sebanyak RM130. Penat I fikir apa penjodoh bilangan untuk tikar, helaikah? kepingkah, dah 3 minit baru teringat bidang kot hehhehe. Sebidang tikar buluh kecil (5X5.5 feet2-harga asal RM50).


 Sebidang lagi buluh halus (6x6.5 ft2-harga asal RM120).


Harganya mahal compared to Nilai3. I beli kat Nilai yang saiz lagi besar pun RM60 je. Tapi tak tahu bila nak balik kampung. Lagi cepat I uruskan hamparan lantai untuk rumah dan ofis, lagi cepat saya berasa tenang, lagi mudah I nak siapkan kerja yang bertimbun ;).

Lepas mandi dan solat, I tak sabar-sabar nak letak tikar bawah meja. Semestinya terkial-kial nak alihkan meja sensorang. Siapa lagi yang nak tolongkan, hanya kudrat me, myself and I lah ;). Asalnya meja tu begini.


Bunganya tiada coz dah hantar balik kampung 4 tahun dulu hehhehe. Tapi, hasil dari misi pertama ke NIlai3, I serlahkan dengan bunga baru


 Semasa berkemas-kemas bulan lepas, I terjumpa pulak alas pinggan...maka bubuh pi lah hehhehe


Dan beginilah keadaan sebelum di ganti tikar. Tikar lama yang telah lusuh, malah agak suram bila banyak warna coklat.


Tapi bila dah ganti tikar...I rasa fenin pulak bila tengok my dining area coz macam too heavy...fierce and so many stripes. Tapi malas pulak nak ambil gambarnya. Bunga tu pun macam tak sesuai je kat situ. Lantaklah janji ada bunga hehehhe.

Apapun bila makan nasi kerabu I taklah fenin hehhehe


 Sorrylah, tu gambar nasi kerabu bulan lepas hehhehe..........

Oklah nak tengok ABPBH 2013....
Awat pengacara macam buhsan, sudah hilang taringkah???
Lawaklah si Rafidah tu -nak poie sawah ko poie tunggang kudo :P..........   

update at 11.53pm:
Aiyo...Che'Ta...awat hangpa lupa umum nama calon? Tau2 umumkan pemenang je. Kesian calon yang tak tersebut namanya...

Tahniah Shaheizy Sam...Yeay!!!...jangan biarkan Aaron menang :P....buhsan dengan dia. Alangkah bestnya jika Adi dan Nora menang.......