Saturday, October 14, 2017

Urus Sendiri: Part 6

Part 1-5 takde
Tiba2 part 6 😂😂😂
Yg lain byk dlm draf
Yg ini mmg baru jadi 😁

Tengahari tadi
Orang datang rumah
Pasang rain shower
Dah alang2 tu
ganti hand spray
Dan baiki toilet flush problem

Sementara orang tu pi kedai ambil barang
Wiremen pula called me
Katanya dah on the way
Suruh I tunggu sana
Bila I sampai
Hmm...bayang dia pun takde
Kenalah menunggu 😠😠😠
Lepas tu lama na nak discuss
Padahal orang yg satu lagi mesti dah tunggu lama
Nak buat pendawaian dan pasang kipas/lampu
Dua kipas siling.
1 kipas dinding
6 socket (2 je tarik wyer)
Kena tukar electric panel distributor utk tamvah fius ke?
Total RM800
What???
End up kurang dua socket
Jadilah RM500

Kita tersebut Allah
Si apek tu cakap dah 5 kali tak cukupkah
Eh...perlu ingat setiap masa lah
Entah apa dia bebel
"Kena dengar , kena buat juga"
Whateverlah apek oi...
Aku nak cepat
Tapi banyak nau cekadaknya

"Tak boleh ...rendah
Budak kecik boleh sampai
Ada orang haritu sudah tukar"
Takpelah...bukan budak kecik pun...
Yang nak bunuh diri pi capai kipas dah kenapa????

"Bayar semualah...lima ratus sahaja
Bukan lima juta"
Nanti saya nak makan apa apek oi...
Cukuplah RM300 tu
I tak larilah...
Baru deal terus nak duit 😭😭😭

"Kalau saya tanya you jangan marah"
Tanya apa
"You sudah kahwin ke belum"
Kenapa tanya?
"Sajalah"
Perlukah tahu
"Oh rahsialah"

Masa nak keluar rumah
"Pelan...Pelan...
You ni hati macam
Cepat...cepat
Biar saya angkatlah
Bawa kereta baik-baik"
Saya dah lambatlah....

As expected
Si sorang tu dah tunggu bawah pokok
Kesiannya....
Oklah siapkan keroje kome

Then moh le kita pi pasang curtain tracks
Dia lah buat
I dok menDIY
Tapi pinjam spanar dan test pen dia.
Dapatlah dua bangku

Around 4.30
Pi tukar fan
Si pekerja kata tak boleh
Coz warranty card kedai dah cop
Alhamdulillah owner ok

After 6pm
Memulakan misi
Setakat nak masuk cangkuk dan pasang day n night curtains pun lama.
Walhal utk 1 tingkap 3 panel je....
7.45pm berhenti solat
Around 8pm
misi memasang satu kerusi yg separuh jalan
Dan memasang Meltrop
9.40pm baru selesai....


Nak pasang kaki tu yg terkial-kial
Nak tegakkan pun payah
Berat wo.........

Pssst...semasa tengah masukkan cangkuk langsir
Dan tingkap pun terdedah luas
Aku ternampak makhkuk penipu dan penganiaya baru balik
Dia kata dah baiki
Tapi mcm x buat apa lansung
Dah mesej/ whatsapp/ call
Tak balas/pick up call
Ikut hati aku nak pi kejar ke kereta dia
Takpun blok dia depan rumah
Tau apa dia buat?
Dah parking kereta dia
Dia kalut2 bawa motorsikal dia dan cabut
Then barulah anak lelaki yg besar lalu tepi
Followed by his wife n two small children

Now terbaring kepenatan
Dinner time dah lepas pun....
Tapi terasa nak mengunyah 😅😅😅



No comments:

Post a Comment