Tuesday, October 10, 2017

Bila kacang lupakan kulit Episod 1

Awal Feb 2017
Berakhirlah projek kami bersama
Ku titip pesanan hasilkan produk
Dengan perancangan yang betul
Boleh dapat dua produk

Hujung Mac 2017
Katanya nak menghadiri satu program antarabangsa
Ku semak...sesuailah itu
Ku minta pastikan adakah hasilnya setakat kompilasi atau lebih dari itu

Awal April 2017
Tiada yg mengejutkan
Responnya seperti yang dijangka
Katanya ingin menyertai program kebangsaan
Kami berbincang pembahagian objektif
Objektif 1 dan 2 untuk Produk 1 di Program antarabangsa
Objektif 3, 4, 5, 6 untuk Produk 2 di Program kebangsaan

Awal Julai 2017
Katanya telah mendapat maklumbalas dari Program Antarabangsa
Agak bagus juga
Ku kehairanan....
Bagaimana dia hasilkan produk dan hantar tanpa melibatkan aku
Walaupun ada sedikit wasangka
Tapi ku cuba fikir positif
Tak mungkin dia singkirkan aku
Ku pesan untuk pusingan kedua sepatutnya ku perlu semak juga
Dia berjanji untuk berbuat demikian

Tapi seterusnya
DIA SENYAP
AKU PUN LUPA

Pertengahan Sept 2017
Katanya ada masalah dengan organisasi kami
Ku cuba juga hubungi sana sini
Katanya lagi Produk 2 telah terpilih di peringkat saringan
20 terbaik dari 84 penyertaan
Di peringkat kebangsaan 40 terbaik dari 350
Hati siapa yg tidak gembira dan berbunga2
The labour of our hardwork and time
Yang bagusnya dia dah agihkan dengan baik
Perancangan awal kami 2 produk
Tapi rupanya dia hasilkan 3 produk
Objektif 1 n 2 untuk Produk 1
Objektif 3 n 5 untuk Produk 2
Objektif 4 n 6 untuk Produk 3
Tapi sekali lagi tertanya-tanya
Kenapa hanya maklumkan
Kenapa tidak libatkan aku untuk semak
Tak mengapalah
Dia sepatutnya tahu tanggungjawab dia

Awal okt 2017
Semalamlah kan
Katanya dapat komen baik untuk produk 1
Ada yang tanya dan berminat
Ada yg minta kongsi
Hati berbunga2 lagi
Tiba2 terfikir sesuatu
Lantas ku layari internet
Seperti yang telah dijangka
Namaku lansung tiada
Tapi hanya nama dia dan seseorang yg tiada kaitan dengan projek kami
Hmm...sampainya hati
Tanggungjawab yg dilupakan
Dia tak tahukah?
Perlukah aku meminta-minta?
Ku mengadu pada rakan 1 dan 2.
Rakan 2 kata sepatutnya tidak boleh begitu
Tapi dia mengikut mazhab yg sekarang asyik pung pang di media sosial
Rakan 1 terkejut dan katanya nak bercakap dengan dia ...
Ku ambil masa untuk bertanyakan dia tentang apa yg berlaku
Dia pun ambil masa nak menjawab
Dia benar2 minta maaf dan cuba betulkan keadaan
Tak dapat tak apalah
Yang penting dia dah usaha
Pengajaran untuk aku dan dia
Perlu sedar itu tindakan yg tidak betul
Bukan ganjaran yang diminta
Segala masa, jasa dan usaha gigih pihak yang terlibat dilupa jangan ....
Maka..
Produk 1 sempat diselamatkan
Produk 2 ku perlu ucap selamat tinggal dan pasrah je la...😭😭😭
Produk 3 ...ku tunggu tahun depan 😅















No comments:

Post a Comment