Monday, January 1, 2018

Bertahi, berulat dan Mati...

Semalam, sebelum tengahari dengan hati yang berat, perlu gagahkan diri balik ke rumah meninggalkan kampung halaman setelah seminggu berjimba. Alhamdulillah trafik lancar walaupun kenderaan agak banyak di lebuh raya. Bila sampai tol KLIA...Apa??? Terpapar baki kad Touch n Go hanya RM4...Betulkah? Ke RM40? Ke RM14? Ke lain? Google bolehkah top up di Petronas. Alhamdulillah boleh. Maka top uplah RM50. Guess what bila sampai tol seterusnya baki RM98++...Maksudnya tadi RM54 ??? Berlebih cukuplah 😰😰. Kan elok RM50 tu buat makan seminggu je....Lepas tu baru terfikir, awat tadi tak check sendiri baki di Smartag tu 😅😅....Itulah kan bila panik.

Walaupun perjalanan bukannya jauh, tetapi sakan membeli bekal 😅 di RnR. Konon malas nak keluar bila sampai rumah. Mula-mula pi tapau nasi, rendang ayam dan kambas


Risau pula mengantuk, maka membeli asam jambu pedas dan kulit limau. Tapi perut dah lapar pula...perlulah beli food yg senang dimakan sambil memandu. Maka classic waffle dan blended corn Daily Freshlah penyelamatnya 😁.


Tang mana pulak kfc tu. Alkisahnya nak singgah di toilet tol. Tapi tak reti side parking...Maka terus ke town. Habis toilet mana yg bersih..pilah KFC. Akibat rasa bersalah, terpaksalah I beli chewu cheezy ball 😅.

Nak p farmasi tutup pula...Eh! Tapi ada sign "Rehat dan akan kembali 2pm". Tunggu je la...Lagi 15 minit je. TAPI AKHIRNYA FARMASI LEWAT BUKA!!!! Tunggu dalam kereta sehingga 2.15pm. Dalam masa 30minit I perhatikan farmasi ni kehilangan lebih 10 pelanggan tanpa mengira bangsa Melayu, Cina dan India. Malah, bangla juga 😅. Ni memang tutup atau rehat sekejap??? Kalau tutup, I baliklah..I geram...I google nama farmasi dan cari nombor telefon. Bila buat panggilan, buka katanya...yolah tu. Hah...baru terkial2 nak buka pintu dan tukar sign kan Aci...owh makan kfc ke Aci 😁😁😁.

I sebenarnya nak membeli digital body weight scale..


Dapatlah for RM90....
Tapi digital weight scale ni awat measure lebih ha??? 58.8kg malam, 58.1 kg pagi..
Kalau penimbang biasa yg di kampung atau rumah lebih kurang 55.5kg malam. Beza 3.3kg tu 😱😱😱.

Sementara nak tunggu farmasi buka I pi bayar bil celcom. Nyampah agent celcom ni...In my email, the bill is RM149.85, but the staff said RM150 😠😠. So you see...AGENT CELCOM CHARGE LEBIH!!! Quickly I said I want to pay the exact amount. Kalau sehari ada 30 pelanggan...dah dapat RM4.50. Seminggu...RM31.50, Sebulan RM126..setahun RM1512 you...Duit free tu....Kalau ya pun nak ambil cakaplah. Ni kira menipulah kan....Duit haram tuh!!!
How la pekerja perempuan Islam di outlet tu boleh bersekongkol...So peringatan untuk semua..pastikan SEMAK BIL dan BAYAR DENGAN JUMLAH TEPAT.

Bila sampai rumah...
Pulak dah....
AUTO GATE TAK BERFUNGSI
Kot lah remote bateri weak
So kena masuk rumah cuba remote lain
Luckily I masih belum berkesempatan nak letak padlock di pintu kecil

Buka pintu rumah
AWAT BAU BUSUK NI
Apalah agaknya...
Macam bau tahi kucing
Tengok carpet depan pintu macam takde apa
Tinjau ruang rehat macam ok je...

Pi cari remote lain untuk autogate
Trylah guna
Pun tak fungsi
Guna suis di dinding pun sama
Adoi...how nak bawa kereta masuk???

Cari skrew driver khas untuk autogate
Then berjaya buka auto gate manually
Dan pandu kereta ke porch
Angkatlah barang ke ruang rehat
Then terpandang ini di dapur


Dan ini


KENAPA BERSEPAH????
Ada juga barang bersepah di bilik bawah....

😱😱😱😱
What has happened?
Ada orang masukkah?
Kucingkah?
Mana dia pi?
Bergegas ke ruang tamu dan ternampak


😠😠😠😠
NAJIS APAKAH DI ATAS CARPET ITU?
Kucingkah?
Mengkarungkah?
Berak sajakah?
Kencing?
Adakah bahagian lain carpet tu basah?
Carpet lain bagaimana pula?
Kena check pula...
Kalau kucing, mana dia pi?
Terperangkapkah?
Hidup lagi atau dah mati?
check carpet lain semua ok
Siap hidu tu 😅😅😅
Naik atas juga check semua
Tingkap dan pintu berkunci
Kalau ada tingkap terbuka pun
tapi diluarnya ada jaring nyamuk yg masih ok dan terpaku kemas
Apa sebenarnya ni ???
Ada kesan ada binatang dah masuk, tapi mana dia pi????
Mungkin juga ikut tingkap dan jaring nyamuk tu
Mcm ada serpihan kecil kaca tingkap..
Entahlah...I musykil
I tak tahu...

So how????
Nak bawa barang masuk dulu?
Atau bersihkan carpet?
Atau solat?
Relax....
Take a deep breath....
Fikir dengan tenang

Bawa semua barang masuk dulu ya...
Ambil gambar kejadian...
La awat lampu bilik bawah tak menyala
So naikkan suis at the panel

Tapi AWAT DI DAPUR BAU LAIN MACAM...
Tak nampak pula najis binatang...
Terdetik hati nak buka freezer...


😭😭😭😭😭
FREEZER DAH BUSUK BERULAT you!!!!
Maksudnya black out area dapur dah lama
Living hall n upstairs have different electric panel lain..so ok
Adoiii....tambah keroje lagi....

Ok pi bersihkan carpet
Geli geleman you...
Tutup hidunglah
Gumpalan tisu tu pi flush dalam toilet bowl
Later pi hantar carpet ke dobi

Then bersihkan fridge
Lagilah seksa
Dengan geli tengok ulat
Nak menahan bau lagi

Ok rehat sat
Tengok tv lah...
La...DEKODER ASTRO TAK ON PULA!!!!


Cuba on off suis dan cabut dan pasang plug pun tak jalan...
😭😭😭😭😭
Kena hentam petirlah kot
No wonder suis at electric panel jatuh.

Google contact no. astro pun susah
Bila call hotline dah tukar nombor baru pula
BILA CALL NO BARU ASTRO ASYIK DISCONNECT !!!!
Google lagi...
Jumpa no lain
Kata staf tu tempat tu ofis tu bukan customer service centre Astro
Dia beri nombor yg sepatutnya
La....nombor tu yg I call asyik Dc
Staf tu tak faham2...
Bukannya I tak reti nak tekan2 nombor ikut arahan...
Akhirnya dia baru faham
Tapi dia cuba boleh pulak
Bila I check semula
Owhh...patutlah
😅😅😅
I tertinggal satu nombor...
Macam2 arahan diberinya
Check adapter menyala tak lampu?
Kabel ketat tak?
Ada bau terbakarkah?
On off suis...
Cabut pasang plug...
Tukar pointlah...
Semua pun tak boleh
😭😭😭
Technician datang isnin ler
Kena bayau RM65 katanya...
Mati kutulah tanpa tv....

Check freezer
Walaupun dah dibersihkan
MASIH BERBAU DAN ULAT MELENTING2!!!!
Jenuh bersihkan lagi
Guna dish liquid
Sapukan lemon
Letakkan potongan lemon
Letak juga sepiring soda bikarbonat

Masuk toilet
La awat gumpalan tisu masih ada
Bukan dah flush ke tadi
So flush lagi
Tapi MANGKUK TANDAS TETAP TERSUMBAT
😭😭😭.
Di jolok2 pun tak lepas
😰😰😰😰😰

Around 6pm...
AWAT FRIDGE TAK SEJUK!!!
It nearly 3 hours after I cleaned it
Ok mungkin coz lama terpadam

The fridge still not getting cold around 9pm
Adoi...CONFIRM FRIDGE ROSAK!!!!
Compressor kot coz its body tak panas
Ada warranty kan
Dont worry....
Carilah warranty card...
😱😱😱
Seriously !!!!
I NEVER RETURN THE COMPANY'S COPY

Habih tu Camno ni?
Kok sos cili dan kicap boleh tahan kot
What about tartar sauce, mayo n thousand island?
HOW ABOUT FROZEN FOOD YG BANYAK FROM KAMPUNG ???
💆💆💆💆
Luckily teringat ada cool bag...Alhamdulillah
Idok le tahan kan...but at least melambatkan proses nyahbeku.

Eh cerita ni tak habis lagi tau.
Petang tu bila I sampai rumah,
Orang sebelah dok pecahkan dinding
Dahlah penat, ada masalah gate dan najis atas carpet tu
I pun cakap kuat masa di porch...
"Bisingnya, hari ahadkan"
Confirmlah tak dengar 😅.
Bila I dah discover macam2 problem I jadi stresslahkan
Lagilah stress dengar bunyi kuat
I pi porch and tinjau rumah sebelah
I tau ada bangla kat ruang tamu
Then I jerit
" hello...bisinglah, ni hari ahad, orang nak rehat"
Senyap sikit, then dengar bunyi motor pergi
Lega....
Masa I nak pakai telekung
Kuatnya lahai dengar bunyi ketukan, macam sebelah I je
I keluar lagi...
Si bangla tu ada di laman
"Hello...senyaplah, ni hari Ahadkan, you all bising..sakit kepala tau...bla..bla...Mana boleh buat kerja ahad, saya report namti"
Hah...tau pun senyap...
Selama ni I sabar coz I hormat jiran baru I
Nampak zuhud dan soft spoken
Lagipun mesti dia kejar masa nak siapkan
Tapi siapa tahan bila pagi2 weekdays dah bising.
Ok fine...awat aku pi kerja lewatkan 😅
Tapi pagi Sabtu pun bising gak.
Sampai tengahati ok lagi, ni sampai petsng
Hari Ahad pun sama bising.
Ingatkan seminggu I takde dah settle segala bunyi bising tu...
Rupanya worst...
Encik kok ia pun nak jimat duit
Hormatilah jiran sebelah
Jangan ganggu ketenteramannya
Ingatlah hak jiran anda
Tulahkan kadang pelik...orang banyak harta ni
Gila kejar harta, kedekut duit
Sampai lupa hak orang ....
Hilang hormatku ...

WHAT A SERIES OF UNFORTUNATE EVENTS....
ONE AFTER ANOTHER...
EXHAUSTING AND UPSETTING PROBLEM ON THE LAST DAY OF 2017
It really a TEST and REMINDER for me...
Pasrah je la....
Malam tidur awal coz stress 😅😅😅







No comments:

Post a Comment