Thursday, May 31, 2018

Dendam

Pagi tadi I tiba2 teringat kisah bulan Ogos tahun lepas...tentang pegawai yg tak buat tindakan seperti dibincangkan dan akhirnya seolah2 aku dibuang tanpa mengambilkira segala sumbangan dan pengorbananku selama ini.

Hujung tahun lepas di kala kami terserempak katanya masih tak lupa janjinya. Benarkah?

Pagi tadi aku terfikir...jika kami terserempak lagi akan ku katakan " nanti jangan menyesal tak sempat minta maaf jika I mati dulu...takpun jika you mati"...
You see...bahaya sungguh kan kalau teringat yg kita pernah dikhianati....
Lagi2 kalau orang itu nampak mesra dan positif....
Walaupun cuba dilupakan, sakitnya itu datang kembali jika tiba2 kembali dalam ingatan.

Ditakdirkan pagi tadi aku terserempak dengan dia. Serba salah rasanya ingin menegur lantaran teringatkan apa yg ku fikirkan pada awal pagi. Kenapalah aku terfikir begitu? Kenapalah ada rasa sedemikian?

Dia seperti biasa bertanya khabar....Aku pun balas pertanyaan dengan agak kekok....Ku tahu dia cuba berbual mesra dengan mengatakan aku nampak lain, makin berseri....Lantas ku jawab kurang tekanan kini. Hanya fokus kerja sendiri dan tiada lagi kerja pentadbiran. Ditanyanya lagi...nak tak sambung lagi?...Owh tidak! Cukuplah yang dulu itu. You are the best katanya.....Hmm...begitulah lumrah hidup. Hanya setelah seseorang itu pergi...barulah kita tahu betapa dulu kita mensia-siakannya...Lagi2 apabila yg dikejar2 itu telah menunjukkan belangnya 😅....

Hmm...life goes on....



No comments:

Post a Comment