Thursday, March 13, 2014

Dulu MH370, Kini MH318

Baru sahaja menonton Astro Awani sebentar tadi. Kod penerbangan MH370 KL-Beijing akan ditukar ke MH318 sebagai tanda penghormatan kepada penumpang dan krew penerbangan MH370.

Whatever the new number of the flight is, our thought and prayers is always with the passenger and crew of MH370. The most importang thing is yakin dengan kekuasaan Allah.

Sejak kehilangan pesawat Boieng 777 ini pada hari Sabtu 8 Mac 2014, pelbagai teori diutarakan oleh pakar penerbangan dan pelbagai spekulasi telah ditimbulkan oleh orang-orang biasa mahupun keyboard warriors mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut. Namun, semakin banyak persoalan yang timbul. Temubual bersama Kapten Norrudin pastinya membuka mata dan hati kita semua...Ya, Allah Maha Berkuasa.

Harini telah masuk hari ke-6 misi mencari pesawat yang hilang tersebut. Antara laporan terkini adalah
  1. Rakaman satelit China memaparkan imej tiga objek di Laut Cina Selatan yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan pesawat tersebut.
  2. Warga New Zealand yang merupakan pekerja pelantar minyak di tenggara Vietnam mendakwa melihat pesawat yang terbakar pada altitud yang tinggi dan menjunam.
Pastinya Astro Awani menjadi tatapan ramai di Malaysia untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai pesawat tersebut dan nasib penumpang dan krew nya. Dulu Astro Awani bukanlah pilihan, kini saya adalah antara penonton setianya. Saya tidak berminat lagi untuk menonton Fear Factor, Movie mahupun drama. Channel 728 bukan lagi keutamaan saya. Tiada lagi keterujaan untuk menonton My Love From the Star. PRK DUN Kajang memang saya tidak peduli, Kes Azizul-Shalwati pun hampir dilupai, Kemenangan Dato' Lee Chong Wei pun dipandang sepi....Semuanya kerana MH370..........menanti dan terus menanti perkembangan terkini.

Kita yang tiada pertalian darah dengan penumpang dan krew pun tidak senang duduk, berasa sedih dan gusar, inikan pula keluarga yang perlu menanggung dan menanti. Berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Simpati bila mendengar ada pihak yang telah mengucapkan takziah kepada keluarga, geram bila mendengar ada pihak yang cuba mempromosikan barangan diruangan #prayMH370. Kenapalah wujud orang-orang yang tidak sensitif? Sedangkan menurut kaunselor, mendengar perkataan "sabar" pun boleh menimbulkan kemarahan pihak keluarga yang terlibat.

Tersentuh apabila melihat visual dari astro Awani kelmarin memaparkan dan melaporkan salah seorang waris penumpang yang agak emosi apabila dihalang oleh sukarelawan dari ditemuramah oleh pihak media.

Bergenang air mata apabila Buletin Utama TV3 malam tadi dimulakan dengan visual anggota penyelamat melaungkan azan di lautan. 

Sebak bila mendengar doa:
Jika dilangit, turunkanlah
Jika dilaut, timbulkanlah
Jika didarat, tunjukkanlah.....


Semoga pesawat tersebut ditemui dan semua penumpang dan krew selamat. 





Friday, March 7, 2014

Sibuk Mencari dapur Idaman

One of it ....


Note: Gambar ni kawan saya sent via email. Rasanya pernah terlihat dalam internet. Nanti kalau jumpa saya sertakan link. TQ

Age and Change

I don't want to think and even think about my age. Certain people may not sensitive about their age. But I DO sensitive about my age.That is why I really hate it when someone remind me of my age. Not only that, that someone told me that when we reach certain 'figure', it is hard for us to change. Really???? If that someone wants to, I can list a few examples for  her future reference. To change not only you have to do that one 'thing' but you have to change many things!!!!

DO NOT hurt someone's feeling
DO NOT talk bad about others
DO NOT spread family's shame
DO NOT assume that you are always the victim
DO NOT think that you are superior than others

Have you stop doing all that????
That are only tiny fraction of thousands.
Definitely I want to change to be a better person. But let me do it in my own way...change gradually...rather than drastically that may make me back to the old me. I know her intention is good. But do you think I want to listen to someone that I do not trust, do not respect and cannot be a good example.

Friday, February 21, 2014

Kerana 14k

I need to pay RM14k for a project. How can I get that money within one day? Buntu sekejap coz dana yang sepatutnya I dapat masih tak nampak bayang. Fikir-fikir punya fikir teringatkan Tabung Haji. Alhamdulillah berjaya keluarkan RM1500 sebanyak 3 kali dari Tabung Haji dari Bank Islam ATM. So baki RM9500 kononnya nak transfer guna Maybank2u. Unfortunately, the transaction was declined for 3 attempts. Eventhough I have changed the transaction limit to RM10k and then I tried smaller amount of transaction. Maybe the payee account is invalid.

So, this morning I went to Hong Leong Bank to check that account. Yeap, it is a valid account. Pi pulak kaunter luar Maybank. Kata staf pompuan disitu, trasaction limit for Maybank2u to another bank is RM3K. Really? Haritu I transferred to Australian bank more than 3K, ok jo. Katanya kalau tak ada buku kena isi form money express, then they can verify my account by verifying my IC number. I waited for more than one and half hour until my number was called at the inside counter. This time the machine can't detect my thumb print huhuhu...Habih tu dah kulit nipis and lembap berpeluh, machine pun ngeri kan. Tangan pun dah tergigil nak rasa loya n sakit kapla gara2 minum iced coffee OTown. Dah tau tak boleh minum coffee gitu...tapi degilkan, padan muko. The staf suggested to me to transfer RM5k using atm machine and another RM4500 using Maybank2u since both transaction limit are RM5k. So, pi la beratoq kat atm machine tuh...hampeh....That RM5k money transfer was invalid. However I managed to withdraw RM1500....Pi lagi kaunter luar, tanyo kat guy staff awat takleh buat money transfer. Oh ok, kena tukar pulak transaction limit. Queue lagi, tukar transaction limit for both money transfer and atm withdrawal to 5k. Alhamdulillah berjaya transferred 5k. Tapi tak boleh withdraw RM3000. Withdraw je RM1500. Pi lagi kaunter luar tanya pulak the first staff pompuan. Hmm...kali ni tak membantu. Siap kata, nanti kad boleh kena telan. Malas nak fikir lagi. I cuba lagi berator, Alhamdulillah after 2 hours of tormenting and stressing moment I managed to withdraw the final RM1500.What a day..............from one to another.

Wednesday, January 29, 2014

Lepat pisang Kopi 'O'


Bukan senang nak cari kuih pada hari biasa. Itu sarapan pagi Ahad. Lepat pisang dibeli di pasar malam. Enak sungguh bila dinikmati bersama Kopi O Aik Cheong.

Saturday, January 18, 2014

Carelessness costs me half a thousand ringgit

Who knows it could be my life too...
Believe it or not, the day before I got the instinct that something might happen today or later.
Yeap! It really happened this afternoon.
Although that early sense made me prepared and accept whatever would happen, but still I can't avoid feeling a little bit panic at the beginning.
A test and reminder from Allah...

I will share the story later.

The wedding breaker

Itu tajuk novelnya.
Diadaptasi menjadi Ariana Rose di TV3


Liyana, Ariana, Adam dan Sophie.....


Tak sabar menanti penghujung drama, maka ku pinta rakan belikan. Kedengaran sudah sold out di beberapa tempat, tanpa ku jangka akhirnya novel ini menjadi milikku last Wednesday.


Ku pulun baca dari 7.30pm santak ke 3.30am. Have to stop reading apabila kulihat tulisannya sudah menjadi berbayang tiga dan menari-nari.....

Pendapat saya :
  1.  Cerita yang menarik.
  2.  Sarat dengan pengajaran dan info yang bermanfaat.
  3.  Syabas kepada penulisnya Evelyn Rose yang berjaya menghasilkan novel yang menambat hati ramai pembaca walaupun kalau tidak silap saya ini merupakan karya pertamanya.
  4. Ternyata penulis tinggi pengetahuan, kaya pengalaman dan jauh kembaranya.
  5.  Terdapat jalan cerita yang susah sedikit untuk diterima misalnya apabila si Ariana yang sepatutnya cemas dan ketakutan diculik tiba-tiba dibuai perasan dan hanyut berkucupan akibat terpana dengan kekacakan Adam. Tapi dalam novel memang telah diterangkan kemungkinan berlaku begitu ;). Nak tau? Belilah...RM22.50 aje........
  6.  Beberapa info tidak diolah dengan menarik membuatkan saya sedikit bosan. Maybe my bad coz reading it past my bed time hehhehe...
  7. Adakalanya kita perlu berpijak di bumi nyata.
  8. Sound biased content regardless of just a sentence can distract the reading.
  9. Drama adaptasi yang menonjolkan Liyana dan Ramzul menjadikan cerita lebih menarik. We can feel their hatred, grudge and revenge......
 

Yeay! Lepas ini kuranglah rasa tertunggu-tunggu 7pm :P




Monday, January 13, 2014

Memacam hal

Pagi tadi, konon nak tengok tv sambil brekky.
Alih2 terpapar di TV yang my astro card inactive.
Bila check bil...opps aku masih tak bayar bil bulan 12.
Due datenya 02/01/14. Hari ni kan dan 13/01/14.
Chet!!! kok iye pun hantarlah reminder grrrrrrrrrrrrrr.

Then, naik ke bilik. Konon nak bayar bil via online.
Celcom broadband pulak buat hal. Connection failed...
Tak boleh jadi ni, awat dari semalam no connection.
Bila check senarai message, takde pulak overduenya
Bila check bil...opps pun bil bulan 12 dah overdue...
Due date 26/12/13.........

Maka, bila sampai opis boleh bayar.
Tapi kita pi bank dulu ya.
Sampai town, tempat parking susah dicari.
Jalan pun sesak gara2 orang parking menunggu dikiri kanan jalan.
Sesudahnya jalan dua lorong jadi jalan tengah lorong.
Ada pulak si bingai yang menyekat jalan dan menunggu utk buat u-turn di jalan sesak.
Bila I bagi laluan, orang belakang pulak bengang dengan I grrrrr

Akhirnya dapat parking jauh dari bank.
Harus menapak dalam kepanasan.
Bila sampai bank, amboi ramainya orang...
Tapi, pendapatan ASB haruslah disemak sebelum buat pinjaman dot...dot..dot
Jika cukup pendapatannya, maka boleh kurangkan loan dot dot dot...
Tapi baru pukul 11am, aku dapat nombor giliran 99..
Ya 99 you...ramai bona nak tambah/keluarkan pelaburan ASB yo...
Maka, dicadangkan datang petang.

Dah alang kepalang keluar ni, elok juga singgah je la watson yang dekat dengan parking
Tapi tak buka lagi pulak......

On the way to ofis, singgah beli nasi ayam
Dah 3 minit selepas ambil my order, baru nak gantung 3 ekor ayam
Then tak muncul-muncul2.
Then keluar semula si tukang ambil order baru perasan kawannya tak siapkan my food
Maka, dia pun potong ayam.
Kalau iya pun potong je la untuk I dulu.
Yang pi potong sampai seekor ayam tu buat apa.
Bila nampak my pandangan tajam dan bengang, barulah terhegeh-hegeh nak siapkan.
Hish! camnolah restoren Melayu nak maju

Bila sampai opis,
Hish ada yang nak kena ni.
I expect to see certain letters in my office before 12pm.
Ada 2 ketul je, yang lain lupa or buat2 lupa.
Dah pukul 12.45pm baru lagi 2 pucuk surat sampai.
Memang saja nak datangkan marah

Bila nak lunch, terkejut tengok sup nasi ayam berlinang dalam plastik besar.
Rupanya plastik sup tak diikat kemas
Bila dah hampir habis lunch, baru perasan, baju basah terkena sup ayam yang menitis dari plastik.
Maka David Beckham perfume bertukar menjadi fragrance nasi ayam.
Hmmmm....what a day!!!!!!!!!!!!

Sunday, January 5, 2014

Suka Lauk

Tahun lepas=30/12/13=last week, saya ditegur dek peniaga makanan

"Suka lauk ya"

Malu. Tapi itulah realitinya.Tak percaya? Sila lihat di bawah ;)



Wednesday, January 1, 2014

Happy New Year 2014

How time flies very fast. Sedar-sedar hari ini dah masuk 2014.
Tak sempat lagi nak fikir dan senaraikan azam tahun baru.
Yang I nampak setakat ini keinginan dari tahun 2013 adalah 
  • live a healthy lifestyle and   
  • enjoy my work and be a productive employee. 
 Certain of them, I rather keep to myself since they are too personal to share here ;).
Walau apapun semoga dalam perlindungan dan diberkati Allah.
Ameen.