Masa first day puasa-27/6, aku teringin nak makan cookies ala famos amos. Nak tak nak perlulah dibuat. Ni untuk my housemate...abaikan je la cookies penyek nih gara-gara terlebih minyak hahaha....
Aku punya sorang, 4 kali ganda tuh hehehe. (Resipinya nanti aku cari semula ya). Second day puasa pulak, aku teringin lagi. Entah apa2 je kan. Baru puasa ganti, macam2 dah mengidam. Kalau puasa di bulan Ramadhan nanti tak tahulah...Kali ini nak makan murtabak. Maka, apalagi surf lah internet dan dapatlah resipi murtabak biskut (resipi akan di backlink kemudian) dan terhasillah
Tapi, aku tak ikut sukatan sangat, maka terkurang garam. Puasakan, mana boleh rasa. Yang geramnya biskut jacob ni lambat lembut. Tapi aku nak cepat, coz masa tu lagi 30minit nak berbuka, so aku letakkan je biskut keras tu as the top layer. Hehehe memanglah keras jadinya. Kesian pulak tetamu housemateku, yang bila depa turun nak pi makan kat luar, masa tu aku tengah basuh bekas, dia kata bau sedap. Tapi aku tak offer pun murtabak tuh, coz bagi aku tak sesuailah nak bagi kat orang coz tak menjadi sangat atas salah sendiri. Tak baikkan tak bagi orang makan, kalau depa terbau. Tapi takkan nak bagi orang benda yang tak menjadi sangat.
Hari Rabu aku buka puasa kat opis makan cereal bar je hehehe. Then kalut pi tengok thesis competition. Mesti ada refreshment kan once the competition was over. Maka aku melantak spring roll dengan banyaknya, pastry, sushi, egg tart and samosa. Siap tapau 2 ketul pastri tuh. Tak tahulah pulak chicken skewer tu halal, kalau tak harus ku bedal hahaha.
Hari Khamis, serabut dengan kerja kan. Maka buat jelah tomyam ayam guna instant paste je la.
Nak unsur kehijauan, letak je beans. Sesuai tak sesuai, bantai aje. Aku je yang nak makan....
No comments:
Post a Comment