Tuesday, August 3, 2010

Aku berkorban, sampai aku yang terkorban

Kenapa ya?
Bila kita simpati pada seseorang yang mungkin terpaksa ditinggalkan,
maka kita dengan rela hati mengikut telunjuk dia mengubah perancangan awal kita demi dia.
Tetapi bila kita dengan tetiba tidak berupaya mengikut perancangan baru tersebut,
seseorang itu tidaklah pula mahu untuk mengubah perancangan baru tersebut dengan alasan dia telah mengaturkannya dengan semua pihak yang terlibat.
Aku pasrah...tidak sanggup aku menyusahkan dia mengatur semula demi aku. Siapalah aku.......
Tapi, terdetik di hatiku adakah itu bererti seseorang itu memang benar-benar tidak peduli tanpa kehadiran aku.
Aku menghubungi antara pihak yang terlibat untuk memohon maaf kerana tidak dapat menyertai perancangan baru, pihak tersebut sangat bertimbang rasa dan sanggup mengubah perancangan baru tersebut walaupun telah ku khabarkan pada pihak tersebut, tidak perlulah berbuat demikian hanya kerana aku...Alhamdulillah masih ada pihak yang masih mengingati aku. Namun, jauh di sudut hati....sekarang aku lebih kenal siapa teman sejati dan aku perlulah berhati-hati supaya tidak hampir terbakar diri lagi...

JANGAN BERDUKACITA DAN JANGAN PEDULIKAN APA ORANG BUAT
-Dr. 'Aidh~La Tahzan-

Hmm....baik aku layan makan benda niha...Wholemeal bread+avocado spread+cheese.

I was drooling when I saw my roomate enjoying this food for her brekkie during my trip to Adelaide last 2 weeks. Interested? Make sure you choose the ripe one :)...

No comments:

Post a Comment